Friday, June 18, 2010

CCM -> KL - Marang

Cuti-cuti Malaysia (CCM) kali ni pergi secara tak rancang. Adik bongsu dtg sempena cuti sekolah dan minggu kedua dia dah kena balik ke asrama dia kat Kelantan sana sbb dah start kelas tambahan. Adik aku tu SPM tahun ni. So nak tak nak terpaksa la dia balik semula ke asrama dia.

Mula tu dia just plan belikan tiket bas utk dia balik ke asrama. Tp aku pikir2 balik cam kesian gak ler kat dia. Dahler dtg KL akak dia tak bawak gi mn pun. Laktu sian kat dia, kat Kelantan dia takder sapa2. Means, dia takder kakak2 dan abg2 yg dia leh bermanja, sbb akak2 dan abg2 yg rapat ngan dia semua ada kat umah aku ni. Dahler takder sapa2 kat kg, dtg sini pun sorang, balik pun sorang... Cam kesian la kat dia kan.

So tetiba jer timbul idea nak htr dia balik. Lagipun tahun ni lom pi bercuti mn2. Dan sbg cara utk bg adik aku release tension dia gak selain release tension aku sendiri. Plan asal aku nak gamble jer balik ni. Tp bila dipikirkan ni cuti sekolah, gamble nantikan ada yg tido dlm kete kan.

So sehari sebelum berlepas (berdrive), aku carik la tempat tido. Asalnya nak lepak umah adik aku kat Kuantan, sekali dia plak takder sbb laki dia kena pi Sarawak, so dia malas nak lepak umah dia sorang2 lagipun minggu tu minggu last dia keje kat kompeni tu. Dan asalnya gak aku nak gi lepak kat Merang, tp bila dipikirkan aku takut lmbt sampai situ, so terpaksalah aku tukar plan tido kat Marang.

Cari dlm internet, aku jumpa la Aguilla Resort ni. So aku call, book..dan done..

So after keje, aku pack barang sambil kemas umah (aku takleh la, kalau nak tinggal umah lama2 make sure umah dikemas terlebih dahulu), then terus memblahkan diri ke rumah akak aku sbb adik2 aku ada kat umah akak dan mmg plan dari awal berlepas dari rumah kakak sbb senang, dekat sikit ngan laluan ke Pantai Timur.

Pagi tu bertolak dlm kul 9.30 pg. Dan syukurlah pg tu tak jam pun sampailah aku kat Kemaman. Berenti minum jap kat R&R Gambang.

So akubudget dlm kul 2 atau kul 3 sampai la kat resort tu. Sekali sblm masuk Kerteh, aduhai jam giler2. Sampaikan kete tak berjln dlm bbrp minit. Adala kot sejam lebih jam ajer. Tensen sbb tak tahu apa yg berlaku dan sampai mn jam tu berakhir. So before masuk Kerteh tu, barulah nmpk rupanya ada accident. Hancur kete. Aku tak dpt tgk betul2 la kan sbb aku tgh drive. So adik2 aku ckp, ada mayat berbungkus dok atas stretcher. Aku perasan gak ada cam org atas tu siap org tutup ngan payung2. Tp aku tgh drive, mls nak menjamkan lagi traffic kan. Patutla kete polis byk buah lalu ngan ambulans bagai. Bomba sebijik pun ada.

Jadi jam teruk sbb derang terpaksa tutup satu jln. So terpaksa take turn atr nak ke Kemaman ngan nak ke Kerteh.

Mujur lepas tu jln ok dan dlm kul 4 lbh, kitaorg sampai resort. So resort ni so far ok la. Aku ambik yg jauh sikit dari pantai, rega RM110, 2 queen beds. So kira ok lah. Pantai dia bersih, air pun agak jernih dan mengadap Pulau Kapas. 

 Cun giler kete Kia Forte hijau tu, plat Singapore. Ramai Singaporean masa ni. Yg accident tu pun kete Singapore

Lepas smbhyg bg, kitaorg gi carik tmpt mkn. Lapar giler. Aku mkn jer mknn ready made, tp adik2 aku order mknn panas. Sedap gakler mknn dia.

Sedap tomyam sotong dia tu

Sblm balik, kitaorg tapau dulu kerepok lekor. Plan nak mkn kat tepi pantai. Asalnya nak tgk2 jer sambil lepak2. Sekali teruja tgk semua org mandi laut, so kitaorg apa lagi, pi terjun laut la...

Malam tu barulah terasa badan letih. Tp cam teringin sgt nak minum minuman panas. So lepas dah rehat cukup, kitaorg pi la ke cafe yg betul2 kat tepi pantai tu. Cafe ni mmg under resort ni. Mlm nampak la lampu2 resort kat Pulau Kapas tu. Haaa..sebelum lupa, resort ni ada gak buat snorkeling pi kat Pulau Kapas sana, RM60 satu pax, bertolak kul 7 pg balik kul 11pg or depend pada kita nak suh ambik kul brp. Aku tak join pun sbb plan nak balik Kelantan plak esoknya. Tak sempat beb..


Ni suasana waktu pagi. Cantik tul...Sbnrnya masa ni dah kul 8 pg kot...Tp sbb ambik gmbr menghadap matahari, so jadi cam waktu senja plak.

Ok..next sambung citer jln2 kat Trg plak.....

Thursday, June 17, 2010

Syukur alhamdulillah

Aku balik kg ari tu sambil2 bercuti, byk masa abis atas jalan jer...Bukannya apa, aku kan cam tak mampu nak drive jauh2 dgn kesihatan tak ok ni. Aku takut la kan, masa aku tgh drive, tetiba kaki kejang ke apa, or aku rs tgn aku sakit sgt ke apa kan. So aku byk la bawak kete separuh2, menetap satu mlm situ, satu mlm sini. 

Detail tu nanti aku citer kemudianlah...Masa aku bercuti tu, mmg sakit la kan tgn dan kaki ni. Tp aku byk ignore jelah. Buat2 cam tak sakit. Mls nak layan sgt sakit ni. Dan dua hari last tu, aku cuba abaikan mkn ubat. Bukan apa, aku sajer nak test, ok tak kalau aku tak mkn ubat. Aku mls nak bergantung harap pada ubat jer. Kalau pikir pasal drug yg byk dlm badan ni, ngeri gak aku rs. Sbb tu lah aku cuba abaikan ubat, nak tahu apa kesannya...
Ari last tu, masa aku kat Kuantan, aku rs cam nak demam dah. Bukan sbb tak mkn ubat, tp aku rs sbb aku tak cukup minum air masak. Campur plak, ari last aku kat kg tu, aku dah byk tido sbb aku pikir aku nak kena drive mlm tu kena pi Kuantan. So sampai Kuantan dlm kul 1.00++ pg, aku langsung tak leh tido. Mujur umah adik aku tu ada Astro. So aku layan la Astro. Tido cam tido ayam. Tidur 2,3 minit, aku dah bgn. Last2 kul 6 aku bgn smbhyg Subuh. 

Lepas Subuh, aku melepek depan tv sampai la kul 8 lbh, aku paksa gak tidur sbb pikir nak kena drive balik KL. Dptla tidur kejap.

Masa on the way balik KL, aku rs happy sikit. Sbb kaki aku dah kurang sakit. Tp bila sampai umah akak aku, tetiba jer dah start sakit dah kaki ngan tgn aku...Aduhaiiii...Masa ni aku cuba tahan lagi daripada mkn ubat.

Isnin aku still bercuti tp akak aku ajak pi Nilai 3, beli kain utk buat bag (ada sesapa nak tempah beg?..hehehe). Patutnya aku nak pi pg, so lepas Subuh, aku lepak depan tv jap, then aku tido sat sbb kepala dah ting tong, yelah tido tak cukup kan. Sekali aku bgn tidur, kete aku hilang. Rupanya adik aku ambik, dia pi interview..Aduhai...

Tghr aku temankan adik aku ambik laki dia kat LCCT. Masa ni pun kepala dah ting tong sbb tgn kaki semua sakit, ngan tekak, kepala pun dah rasa cam org nak demam. Tp sabar jelah. Yelah kesian plak kat adik aku sbb dia tak th jln. So lepas settle hal adik ngan ipar aku, balik umah rehat jap, barulah pi ke Nilai 3.

Masa ni tgn dah bengkak. Diri pun dah tak larat. Tp tahan jelah. Balik umah, terus aku minta adik aku tlg htrkan akak aku and kids balik umah. Mmg dah flat, ngan satu badan sakit.

Esoknya barulah aku start balik mkn ubat. Masa ni melepek jelah depan tv. Nak layan org ckp pun dah mls. Masa minum ubat, masukkan sekali air yaasin. Syukur alhamdullillah, mlm tu rs lega sikit (sbb mkn pain killer yg Dr bg kot) terus pi klinik ambik MC.

Smlm tgn masih rs sakit2. Masih rs kebas2 kat hujung jari tgn kanan. Tp kepala dah ok sikit. Dan today, baru lah aku perasan (masa tgh start nak menulis ni), kebas kat hujung jari kanan ni, dah hilang. Sedangkan berminggu2 (dah berbulan kot) tak hilang2, tp ari ni tetiba dah ok. Dan kaki pun dah tak sakit, tgn pun dah blh genggam walaupun rs la sikit2 cam tegang tu, tp muchhhhhhhhhh better. Syukurr ssgt. 

Aku tak tahu la puncanya apa. Sbb ubat streoid tu aku mkn cam biasa smlm. Ari ni langsung satu ubat aku lom mkn sbb puasa. Tp aku akan cuba tak ambik drug utk sehari dua ni. Nak tahu makin ok ke tak, dan insyaallah nak amalkan minum air yaasin tu.

Hopefully aku akan lebih sihat dgn kuasa Allah. Insyaallah..Aminn

Wednesday, June 9, 2010

Cuti-cuti Malaysia

Aku sbnrnya mls nak ke mana2. Nak2 time cuti sekolah ni. Tp bila dipikirkan, smpai bila aku nak terperuk kat umah aku jer kan. Patutnya time otak berserabut ni la, aku kuar hirup udara segar, bagi rileks sikit. Bawak kete, jln2, jauh dari bandararaya, kota yg penuh ngan kebisingan ni kan.

So tetiba jer terkuar idea nak balik kg. Balik kg sambil htr adik bongsu aku yg dtg dari ari Jumaat lagi balik asrama dia kat nun negeri ku tercinta tu. So ambik kesempatan drive balik kg melalui Trg sambil hirup udara segar tepi pantai.

Aku punya plan nak lepak umah adik aku kat Kuantan. Sekali dia plak tak balik Kuantan sbb laki dia kena pi Sarawak. Huhu... So nak tak nak aku kena la carik hotel/ chalet/ motel dan seantara dengannya.

Nak booking, tp aku takut at that time aku sampai mn dah. Sbb plan aku nak lepak kat Pantai Merang, kat Setiu tu. Tp risau plak kalau aku sampai lmbt situ. Rugi la kan, bila sampai sana, aku hanya tido jer. Sedangkan plan sampai sana, nak lepak2 tepi pantai bagai kan. 

Nak lepak Kuantan or area Cherating, aku rs cam blh lagi nak drive jauh dari situ. So nanti nak balik kg, dekat sikit. Tu yg plan nak pi Merang. Anyway aku tgk keadaan dulu camner. Kalau takder tmpt nak tido, aku terus balik umah je lah kan..Hehehe

Insyaallah on the way back to KL, plan nak singgah tido umah makcik. Aku sajer jer mls nak singgah umah makcik. Sbb asyik singgah umah dia jer, then aku plan plan nak jln2 kan. Kalau singgah umah dia, maknanya lepak umah jelah kan..Yelah nak kuar dari umah dia tu, aduhai, jauhhhhh beb...Tp tgk la esok kalau tetiba mls nak balik umah lagi, tmpt tido takder, terpaksa la kot singgah umah dia...Tumpang tido..hehe

Anyway, doakan aku selamat balik kg dan balik semula ke sini. Insyaallah segalanya selamat. Dan aku nyer mind pun lebih tenang dan no more serabut2. Insyaallah...Aminn


Bekalan harian

Ni la bekalan ubatan utk sebulan. Huhuhu...
Tiap2 hari nak kena makan benda alah ni... Plan nak try cara homeopathy plak. Yelah tak larat sih mkn dadah ni...Minta2 la sihat cepat walaupun Dr ckp paling minimum blh sihat pun mkn 3 bln gak..Sob sob sob


Tuesday, June 8, 2010

Bisinggggg

Bilik aku ni sunyi sepi. Sbbnya skrg ni cuti sekolah. So ada la 2,3 kerat jer dlm bilik ni.

Tgh dlm kesunyiaan ni, tetiba tepon member aku tu bunyi. Yelah org takder kan. Yg tukang tepon tu pun...aduhaiiiiiiiiiiii...sakit hati aku. Yelah, kalau korang kan, kalau org call, tak angkat, fhm2 la kan. Sama ada org tu takder kat tmpt dia, or tak mo angkat ke apa kan. 

Yg aku bengkek, dari td sampai la ni, tak berhenti2 bunyi. Cam lepas abis nada tone, dia call lagi, dan call lagi. Agaknya expect at the end org tu akan angkat kot. Tp yg sakit hatinya, kitaorg la ni. Yg dok dgr ni. Nak jer aku gi cabut wayar tepon tu. Sakit telinga la bebbbbbbbb. Tunggu2 jelah dulu....Tepon la karang2 plak....

Aduhaiiiiiiii...tensen akuuuuuuuu..bisinggggggggggggg


Monday, June 7, 2010

Appointment with Dr Raven

So ari ni ada appointment ngan Dr Raven (rheumatologist) kat SDMC. Appointment should be 9-12pm, but sbb nak bekfes dulu, so tolak dari ofis dlm kul 9 lbh. Bekalan utk ke sana semestinya lah:
GL dari PMCare

Bahan bacaan...at least aku dah fhm dah pasal GLCD

Ari ni dah cuti sekolah so jalan smooth jer. Sblm kul 10 dah sampai sana, siap register bagai dan menunggu utk nama dipanggil. Aku dok kat kerusi yg jauh sikit dari org. Plan nak buat keje. Dah nama pun dtg hospital time ofis, so kena la buat keje ofis kan. Dah agak dah mesti menunggu paling koman pun 2 jam. Takkan 2 jam tu engko nak tgk org je kan. Baik la aku buat keje berfaedah sikit. Lagipun dah tahu nama mesti lmbt dipanggil dah no giliran aku pun no 17. Huhuhu
Gegar sikit..lagipun segan bunyi kamera ni kuat sgt. Tmpt kena panggil tu nun jauh kat tmpt ada org tgh jln tu

Mmg menunggu lama la kan. Dlm kul 1 brlah nama dipanggil. Ada improvement sikit la kan. Sakit dah kurang walaupun kat sendi still sakit, but at least yg mencucuk2 tu dah ilang. Dr tegur pasal mkn, berselera ker mkn sekarang. Aku ckp la, mmg pun. Dia gelak dan ckp dia tgk berat badan dah naik. Aduhai, yelah 2 minggu tak jumpa dia, dah 2 kg naik..Huhuhu.. So dia suh ctrl mkn. Yelah ubat steroid ni mmg la buat aku nak mkn jer kejenya.

Dah sbb jari telunjuk belah kanan ni degil sikit, tak nak surut bengkaknya dan masih takleh bengkok kan, so Dr terpaksa la cucuk bg ubat. Bagi jari tu leh lentur sikit.
Jari takleh bengkok. Sampai situ jer blh bengkokkan dia dan dah bengkak pun

 Kena cucuk kat telunjuk kanan. Tp sbnrnya kat jari hantu tu pun sendi dah bengkak dan keras. Tp still leh bengkok kan jari. Tu yg Dr hanya suntik kat jari telunjuk tp katanya dua2 jari sekali akan dpt effect dia.

Dr tanda ngan pen tmpt nak cucuk. Before that dia tekan2 dulu kat mn yg aku rs sakit. Tu yg dia tanda tmpt yg aku rs sakit bila ditekan. Dia tanda ngan pen pun aku dah sakit sbb pen tu muncung tajam. Mujur takder la sakit sgt masa cucuk tu. Aku dah cuak dah masa tu

Lagi 2 minggu kena jumpa lagi. Dr nak tgk ada tak improvement utk imflamation. Dia harap sgt ada perubahan dan aku semestinya lah kan amat la perlukan perubahan. Tanya Dr, agak2 ambik masa lama ker nak sihat betul. Dia ckp plg koman pun 3bulan. 

Balik td dgn seplastik bag ubat. Bekalan utk 2 minggu. Streoid pun Dr dah kurangkan, dan dia nak tgk improvement. Hopefully I will be better. Amin

Sunday, June 6, 2010

Keje tetap

Ni lah keje tetap aku tiap2 bulan. Kutip bil tepon utk 70 sim card dan kumpulkan muka depan dia dan key in bil dia then submit to my bos.

Belah kiri th yg nak dibuang, detail dia ngan sampul surat. Yg tgh tu yg lom dibukak dan yg kanan tu muka dpn bil.

Yang tak nak tu, di campak buang. Aduhai membazir brp btg pokok dah tiap bulan.

Yg dah siap, disusun dan diklip bersama sblm disubmit. Yg ni takleh submit lagi sbb ada satu bil miss. Lom sampai kot

Tu la keje tetap tiap2 bulan. Nampak cam bosan tp sbnrnya ok jer bg aku. Yelah keje yg tak perlukan aku pikir panjang. Hahahaha...time2 bosan aku buat la keje ni.