Tuesday, September 27, 2011

Sorry..i’m busy

Aku byk tul benda nak buat dua tiga menjak ni terutama start minggu lepas. Minggu ni lagilah pack. Tp so far, takdelah aku rs melemahkan diri aku, tp aku rs excited utk siapkan semua kerja2 yg diamanahkan pada aku.

Minggu ni jer aku involved ngan 2 event raya. Dgn meeting utk 2 projek lagi sbb masing2 PM ngan TL utk setiap projek push kitaorg utk settlekan task kitaorg masing2.

Satu projek kena push sbb aku akan ngajar customer how to use our system ngan device next month. Byk aku nak kena setel benda tu. Kena sediakan training plan semua. Fuuhhh… dokumen pun lom siap lagi dan byk perlu direview dulu by project members.

Satu projek lagi ptg td br revise task masing2. Cam biasa firmware part la… Lagi seminggu kena attend training FreeRTOS plak. Utk projek kali ni, derang nak start terus guna FreeRTOS. So struggle sikit la kot utk start ni.

Ari Khamis ni nak kena ikut technician TM buat keje. Yelah, aku nanti nak train derang guna product kitaorg develop tu, kenala mengfamiliarkan diri dgn environment keje derang. Takleh la aku suka2 jer assume derang nyer nature keje.

Ari Jumaat lepas abah aku dtg..melawat anak2 dia kat sini. So, hujung minggu aku akan full utk entertain dia. Ahad ni dia dah nak balik. So Sabtu jelah ada masa utk aku entertain dia bawak gi jln2 sbb start Khamis br dia mai tido umah aku. Ari tu tido umah abang then umah kakak.

Hujung minggu slpsnya plak, aku busy nak gi lari2 plak. Practice tak lagi ni. Mampu ke aku nak settlekan 6km? Dari start puasa ari tu sampai la ni, satu exercise lom buat ni. Aishhhhh…

Anyway, aku kena start buat planning ni. Kalau takder plan, mampus aku…kucar kacir hidup. 3 plan aku kena buat ni. Plan utk 2 projek tu dan satu plan utk diri aku sendiri utk make sure aku tahu mn nak letak priority lbh tinggi… Alamakkkkkk baru teringat, satu lagi projek, baru jer PM projek tu inform aku yg dia email SRS dan SDD utk aku review. Adussssss….camner leh lupa ni.

Sahhhhhhh..aku kena bentang planning aku ni.

Wednesday, September 14, 2011

Alhamdulillah

Bbrp menjak ni aku rs down and kurang motivasi. Bila dah rs down giler2, mata pun berair mengenang nasib diri yg terasa cam makin kelam…….tp masih lom gelap.


gmbr hasil carian dari google

Tp syukur, aku masih punya kkwn yg sudi meluangkan sedikit masa utk mndgr luahan perasaan ni. Yg sabar melayan kerenah aku ni. Dan sudi menceriakan hidup aku di kala aku kesedihan sehingga buat aku lupa seketika dgn perkara yang menyedihkan itu. Thanks frens….seorg kawan yg baik, adalah kwn yg sudi nak share saat anda bersedih kan? Bukannya di kala kita gembira jer derang ada kan?

Pagi ni pun aku mulakan dgn benda yg buat aku rs ishhhhhhh…. Aku kepantangan tul kalau aku dihon org. Seriously, pagi td mmg aku tahu la aku silap..no doubt about it. Kesilapan aku adalah aku masuk lane kanan…di kala kereta tgh bersusun sbb jam. Tp salah ker kita tukar lane? Laktu bukannya aku main redah jer pun masuk lane. Masih berhemah…aku tgk kenderaan tgh brgerak kat lane kanan, so aku nmpk ada ruang utk aku masuk, so aku bg signal, then sikit2 masuk sblh kanan…then damnnnnn kereta blkg tetiba bagi hon sbb marah aku masuk depan dia. Seriously..aku bg signal awal2 lagi, takkan la kedekut sgt utk aku masuk lane tu. Aku pun kalau pagi2 tgh jam tu, aku nmpk ada kete nak masuk dpn aku, selalunya aku bg jer. No harm pun kalau stkt sebijik kete. Lainlah sampai berderet kete nak masuk dpn aku.

Aku benci org hon2 aku kalau benda2 kecik gini. So effect me sampai ofis….arghhhhhhhhh

Tp Allah itu Maha Adil dan Maha Kuasa…Dia sayang hambanya. Di kala aku bersedih dua tiga menjak ni…Dia bg aku kegembiraan utk seketika.

Walaupun skdr sedikit pujian, tp mampu buat aku ceria dan bermotivasi pada hari ini. Walaupun x dpt apa pun, dlm bentuk realiti or material, sedikit kata2 semangat, buat aku rs bersemangat utk teruskan kehidupan aku pada ari ini dan insyaallah hari2 akan datang.

Bak status aku kat facebook smlm

“HIDUP HARUS DITERUSKAN WALAUPUN DUGAAN KERAP MENDATANG..:”

yupppppppp….kita cuba..walaupun pahit, insyaallah kita akan dpt kemanisannya nanti..

Sunday, September 11, 2011

Ingat pada yang Tersayang (2)

Pg smlm pi pejabat pos Bangi bahagian courier sbb adik nak gi pos motor dia. Insyaallah isnin ni dia dah start masuk study balik.

Lepas urusan selesai, kitaorg pun terus blk umah. On the way nak sampai umah, kitaorg nampak seorg ibu. We guess dia ibu la kan sbb dia bawak stroller and seorg budak lelaki yg aku agak masih tadika.

Bila tgk tu, kitaorg dua2 terus ckp

“BODOHHHHHHHHHHHHHHHH….'”

Kenapa kitaorg ckp camtu? Sbbnya ni

image

Apa la yg anak2 dia buat yg dia benci sgt sampai memperjudikan nyawa anak2 dia gitu. Stkt nyawa dia ok la..but anak2 dia?

Pompuan tu bawak anak dia dgn stroller dan seorg budak laki yg kejap2 nak pi ke kiri dan kanan mak dia. Yg buat kitaorg tak fhm, kenapa dia tak bawak jer anak2 guna laluan pejalan kaki? kenapa perlu dok atas jalan, laktu sblh kanan?

Kat jalan ni kbykn kenderaan semua laju2 sbbnya jln straight dan kat situ ada lubang besar yg dari jauh org nampak itu adalah lopak besar, dan majoriti kereta akan ke kanan jalan sbb nak elakkan lubang tu. Dahler anak dia yg laki tu kejap ke kiri, kejap ke kanan. What if kalau time anak dia pi ke tgh jln, kereta tgh laju?

Adik aku ckp

“Mesti dia igt dia tu kereta”

Tp aku ckp

“Tak, mesti dia igt dia Robocop sbb dia pakai spek hitam”

Skdr gmbr hiasan

Kalau kena langgar pun, still ada sparepart dia kan? ;)

Saturday, September 10, 2011

Aku Bukan Tomboy

Yup…aku ni bukannya tomboy….
Biasa aku dgr org bila berckp
“Aku dulu kecik2 tomboy sbb suka panjat2 pokok, pakai short, suka kawan ngan laki, bertumbuk ngan laki..….”
Aku suka panjat pokok? Yes, sukaaaaaaaaaaa…..tp aku gayat….pernah panjat pokok, lepak atas pokok, tp takat ketinggian yg aku blh naik adalah setinggi pembaris ni jer.

Korang tahu kan pembaris kuning cikgu2 dulu2 guna. Pjg mn la sgt kan? X mencabar langsung. Buat kena gelak ngan org jer..
Nak kata aku dulu2 pakai short??? Nak kena tibai gan ayah aku? Pakai skirt blh, jgn suar2 ni. Pakai benda2 larangan tu, sama ada kena tibai or ko dgrla bebelan berthn2 sampai berdarah telinga.
Nak kata aku berkawan ngan laki? Masa kitaorg satu family berpindah ke satu kg (ala tak sampai 1km pun dgn umah sblm tu tp isolate la dr org, so takde kawan sblm tu), aku kenal la jiran2 sekeliling yg ada anak laki. Sbnrnya ada budak2 pompuan, tp igtn aku byk pada permainan ngan budak2 laki cam main kejar2, bola beracun, ntah apa2 lagi. Kkdg main gak ngan budaak2 pompuan, tp abis2 pun main lompat tali jer. Tp kalau aku main ngan budak laki pun, still ada kawan2 pompuan yg join main. Nak kata aku tomboy sbb ni? NOOOO….takat main game2 ni je pun..standard la nama pun game. Cm la org lain x main.
Nak kata aku suka bertumbuk? Apa kejadah aku nak main tumbuk2 ngan derang? Aku kena tumbuk ada la…Hehehehe… Aku dulu2 kan pendiam, lbh suka isolatekan diri… so aku menjadi mangsa buli sekolah masa aku drjh 1 dan 2. Syukur alhamdulillah drjh 2, cikgu dpt tahu, terus tukarkan aku sorang jer ke kelas lain. Sian kawan2 aku yg masih menjadi mangsa buli dlm kelas tu (mungkin derang takut nak cerita kat cikgu or parents kot….aku drama queen, mcm2 aku buat walaupun aku tak citer aku kena buli. masih teringat aku kena dukung ngan cikgu sbb aku berlakon aku sakit giler sbb bisul..padahal tak mo cikgu tinggalkan aku dlm kelas tu tanpa pengawasan….yelah sah2 kena buli kalau cikgu takder) sbb aku still tanya khabar member2 kelas lama. Huhuhuhu
Stkt tumbuk2 ni, aku mampu bertumbuk ngan adik2 aku blh la. Aku ni kepantangan kalau adik2 aku kurang ajar ngan arwah mak. Kena debik terus. aku kurang ajar, dakper plak yek…Debik diri sendiri!
Aku tahu aku bukan tomboy. Tp mungkin aku ni jenis kasar punya org kot. Jenis yg ikut suka hati aku nak buat apa. Kalau aku aim nak buat sesuatu, aku cuba buat. Kkdg jenis hentam kromo. Mulut suka hati ckp tanpa pikir ngan sapa aku berckp. Entahler…..aku sendiri pun tak fhm ngan diri sendiri. Tp aku tahu, aku bukan tomboy.
Tp aku selalu diasingkan dari pompuan2 sekeliling. Diasingkan??? Hehehehe.. maksud aku, kenapa aku selalu dikategorikan lain dr pompuan2 sekeliling. Aku pun tak th. situasi2 gini selalu berlaku kat aku.
+++++++++++++
Kekawan laki: (bincang pasal tgk naruto apa benda ntah. Tp laki vs pompuan)
Aku: (tetiba sibuk menjawab) Org pun tgk naruto apa. (aku ngan certain2 org bhskn diri as “Org” or “oghe”)
Kekawan laki: Mimi lainnnnnnnn
Terkebil2 aku. Apa yg lain? Ada jer kekawan pompuan tgk naruto.
++++++++++++++
Kekawan lelaki: Dlm kereta, pompuan selalunya letak tisu kat dpn. Tp laki letak kat blkg sbb pompuan senang nak lap muka, mulut bla2.. senang nak bermake up
Aku: Yeker? Org letak kat blkg jer.
Kekawan laki: Mimi lainnnnnnnnnn
Korang igt aku ni apa???
+++++++++++++
Kalau berkonvoi dgn adik beradik aku, Kakak2 aku tak dibenarkan ayah aku bawak kereta dgn alasan, bg kat laki yg bawak. Tp kalau aku bawak, dakper.
??????????
++++++++++++++
Abg aku memBENARKAN aku bawak kete dia. Siap ajar camner nak guna kereta dia. But big NO to my sisters.
++++++++++++++
Ada adik beradik laki lain dlm umah. Tp bab2 htr dan ambik, minta tlg apa2, semua dtg jumpa aku. (br jer tgh dok tulis ni, adik aku mai ketuk pintu, tlg ambik dia karang. Padahal abg2 dia ada jer….tp aku kakak yg baikkkk ;)
????????
++++++++++++
Sbnrnya byk la yg berlaku kat aku, buat kkdg aku wonder. Apa yg famili aku tgk pada diri aku? Apa yg kekawan tgk aku?
Aku igt zaman sekolah2 dulu, selalu dok imagine yg aku sbnrnya laki. Hehehehe…siap tgk kat cermin, sambil membygkn kalau aku laki, camner rupanya.
Aku bukan pengkid, aku bukan tomboy, aku bukan suka pada pompuan……tp dulu2 iklan Dunhill tunjuk baju2 laki, aku suka tul tgk. Cam smart jer kalau aku pakai (bengongggg..tak sedar diri pendek).
Aku pun tak th la apa pandangan org lain terhadap aku. Aku bukannya berjln ngangkang cam laki. Aku lemah lembut apa (erkkkk….muntah adik beradik aku nanti). Xdelah…, aku still appearance cam pompuan apa.
Takdelah cam gini pun.
Gmbr hasil google

Aku masih camni…(update: ni bukan aku..ni org lain..takut silap fhm)
gmbr hasil google


Cuma aku tak fhm kenapa aku selalu dikatakan “lain” dari pompuan lain…Huhuhuhu



(sbnrnya aku adalah alien dari planet Zuhal………)

Friday, September 9, 2011

Ingat pada Yg Tersayang…

 

Entry ni bukannya maksud aku tgh rindu pada seseorg…mmg la aku sentiasa igt pada org2 yg tersayang cam abah aku, arwah mak aku, adik beradik aku, makcik2 yg rapat ngan aku…tp yg nak citer kat sini, benda lainnnn……

Ok, aku nak citer pasal benda ni.

Aku budget most of family la kan yg ada anak, mesti put this kind of sticker kat cermin blkg kete kan?

Aku tak rasa geng2 bujang yg letak sticker gini. Yelah beb….nanti jatuhla saham.

Aku kalau tgk sticker ni kat kete2, terus aku budget derang ni mesti sayang giler anak2 derang, family derang la kan. Kalau tak, apa reason korang letak sticker ni?

Tp yg aku nak citer kat sini, bukannya pasal sticker ni semata2. But pasal org2 yg bawak kete terutama yg letak sticker ni.

Aku kan balik kg ari tu kan. So byk la kete2 atas jalan. Dan dlm byk2 kete tu, ada la kete2 yg sengal yg buat kita sakit hati memandang derang. Tak nak pandangkan, nanti kita plak yg accident.

Aku sbnrnya tak puas hati tul la kalau ko bawak anak bini dalam kete, tp ko bawak kete cam ko bawak sorang2. Maksud aku cam kes aku balik ari tu, dalam kereta ada anak bini, tp asyik la memotong suka hati kereta. Bukannya takleh nak memotong, tp budget2 la kan.

Ni dah nmpk ada kete kat arah bertentangan, tp nak gak potong. Takkan la takleh sabar sikit, tunggu kereta2 tu blah dulu, tunggu lorong bertentangan kosong dulu baru potong. It;s ok kalau kenderaan tu jauh lagi nak sampai kat korang, ni kete dpn tak sampai pun 500m, sibuk gak nak potong. Siap kete2 tu high beam lagi. Yelah, kalau stkt dia jer yg accident dakper, tp kalau tak smpt lepas, kete2 tu yg jadi mangsa, camner?

Bukan stkt sekali, tp berkali2. Sampai aku plak yg naik gerun. Kkdg kesian kat kete2 dari arah bertentangan tu, sampai terpaksa ke tepi takut bertembung ngan derang.

Pernah sekali dulu dpn mata sendiri nmpk satu kete ni, sikitttttttttt jer lagi nak kena langgar ngan lori. Lori tu siap high beam, hon2 lagi…baru la terhegeh2 masuk lane. Kalau tak smpt, arwah la jawabnya. Kitaorg dlm kete sampai terjerit2, risau dan gerun menengoknya.

Sbb tu kkdg kalau tgk berita2 pasal kes2 accident ni, kbykn sbb kes potong kereta tp tak smpt masuk lane, langgar kenderaaan arah bertentangn. Kesian pada mereka2 yg tak bersalah.

Cam kes pagi td, ada kereta pompuan ni, ada sticker tu tp aku tak sure la ada baby ke tak dlm keretanya. Cam takleh nak sabar2. Tak sampai 200m jer pun dpn tu dah ada simpang, tp budget nak gak bawak kete laju2, potong semua kete, ambik laluan bertentangan, tp last2 ko kena beratur gak nak masuk simpang. Tu pun nasib ada kereta bg ruang utk dia masuk barisan. Laju2 sgt nak pi mn kak…kalau lah tgh lelaju kat simpang tu, ada kereta tetiba masuk situ, tak ker terus bertembung ngan kete dia.

image

Igtlah org yg tersayang time bawak kete tu. Dan igtlah org lain pun ada juga org yg tersayang.

Thursday, September 8, 2011

9 days 8 nights

Tajuk tu terus teringat kat citer 2 days 1 night ni. Aku minat reality show ni..hehehe

Ni geng lama…MC Mong (2nd from left) ngan Kim C (2nd from right) dah takder..ganti ngan Taewoong ngan Jong Min.

Ok2…tajuk kat atas tu takder kena mengena pun ngan citer di atas. Sajer selingan….

Ok, sbnrnya aku nak citer spjg aku cuti raya ari tu. Aku sebenarnya start cuti Jumaat (ambik EL sbbnya aku apply tak cukup 3 hari waktu bekerja sblm tarikh cuti…patutnya aku apply ari Isnin lagi….tp hari Selasa baru realize yg aku hanya perlu guna annual leave sehari jer utk cuti raya ni…so apply hari Jumaat utk aku siapkan apa yg patut sblm balik raya.) tp perjalanan aku balik kg dan pulang berbakti di tanah Selangor ni ari Ahad. So start Sabtu tu sampai Ahad, kiranya 9 hari la kan? (Apa yg aku dok bebel pun aku dah blur..)

Pemerhatian aku spjg 9 hari ni….perghhhh byk benda yg aku tgk dan perhatikan dapat disimpulkan….

Perjalanan aku balik kg start kul 8 pg dari umah. Suppose blh jer blk awal lagi…tp adik aku konon nak pi Bangi ambik poslaju. So decide bertolak kul 8 pg dari umah then terus ke Bangi, then teruskan perjlnn balik kg.

Sekali blh plak adik aku tanya…..

“Pesal tak bertolak lepas sahur tadi”

Rasa nak hempuk pun ada. Bukan main mlm sblm tu, bila kitaorg ckp plan nak bertolak sblm sahur, means nak ajak sahur kat luar, dia ngan muka cam sedih, kata dia plan nak gi ambik barang dia kat poslaju. Konon nanti takder baju raya.

Kitaorg ni sbb pikir kesian kat dia nanti takder baju raya, terus decide tukar bertolak kul 8 pagi dgn persetujuan dia. Bila dia yg mempertikaikan pesal tolak lambat, mmg kena sound jelah. Blh plak dia ckp

“Ala..bukan baju raya pun yang nak ambik kat pos laju tu.”

Mmg nak kena…..

So bertolak terus ke Kuantan sbb mmg plan nak bukak pose kat Kuantan then after buka puasa barulah teruskan perjlnn menuju ke negeri tumpah darahku.

Syukurlah kan….kul 8 bertolak dari umah, sampai umah adik kat Kuantan dlm kul 11.30 gitu..jam pun takde, walaupun nampak jalan ke Bentong dah beratur kete.

Sampai umah adik, terus tido..ngantuk beb…Aku bgn kul 4.30 siapkan sahur derang dan tak tido lps tu..terus drive ke Kuantan.

Kitaorg bukak puasa kat Secret Recipe Semambu (kalau tak silap la) dan lps tu layan movie dulu barulah bertolak blk ke kg. So now turn my brother bawak kete.

Perjlnn agak slippery sbb ujan dan mujur ada highway baru dah siap (LPT Phase 2), so jimat sikit masa. Dlm kul 3++ dah sampai umah. Alhamdulillahhh..

Spjg puasa kat umah, aku masak jer sbb mls nak ke pasar ramadhan lagipun mmg spjg puasa aku jarang beli pun kat Param. Walaupun mkn biasa2 jer, tp alhamdulillah, kenyang gak kitaorg dan masakan semua abis.

Adik beradik kitaorg yg dah kawin ni mengamalkan sistem bergilir time raya. Means kalau tahun lepas dah raya kat umah kitaorg, so this year raya kat umah mentua masing2. Bukannya akan beraya dua umah cam sstgh org.

Memandangkan last year geng2 kawin dah raya kat sini, so this year tinggal geng2 bujang jelah yg beraya kat umah ni. Cuma adik aku yg dah kawin tu jer yg join raya ngan kitoarg sbb last year dia raya kat kg sblh laki dia.

Walaupun kitaorg beraya tanpa budak2 kecik, tp ok la….ada la aktiviti yg blh kitaorg buat dan masih buat sampai skrg.

Utk 1st day raya, after Asar, dah jadi kewajiban kitaorg akan melawat sedara kat kg sblh ayah dan 2nd day raya, pi melawat sedara kat sblh arwah mak. Alhamdulillah dpt la jumpa ngan sanak sedara dua2 belah walaupun dah makin berkurangan..huhuhuhuh

Kitaorg balik ke Kuantan ari Sabtu. Plan nak balik Jumaat ptg, tp tak jadi..lagipun cam kesian kat ayah. Ari Sabtu tu, suppose ayah nak join sekali pi KL, tp ntahnya tetiba dia kata tak jadi sbb dia nak abiskan puasa dulu. Insyaallah Sabtu ni dia dtg.

Perjlnn ke Kuantan dimulakan pada pukul 9 lbh pg (konon nak elakkan jam)..so budget dlm ptg mungkin baru sampai. Sekali kul 12 tu dah sampai MukhtafiBillahShah… Terus la ambik kesempatan sampai awal kat situ pi singgah umah makcik.

Lepak situ dalam bbrp jam…sambil mkn tghr, lepaskan penat, borak2, ngumpat2, bergurau senda…hehehehe. Then dlm kul 3 lbh baru bertolak walaupun makcik cam tak berapa nak bg kitaorg pi lagi sbb kalau blh nak suh tido situ. Tp sbb dah janji nak tido umah adik…ala…lagipun kitaorg dah tahu..kalau tido umah dia, sah2 la esoknya konon nak bertolak pagi, mesti tghr gak tolaknya. Biasalah makcik tu…konon suh bekfes dulu, then suh tunggu mkn nasik la….last2 selalu lmbt bertolak.

So sampai umah adik, terus terjah sambung tgk movie sbb nak tgk sequal citer sblm tu (Airplane II). Mujur la adik ipar tu memahami ipar2nya yg tak ntah apa2. Hehehe

Esoknya kul 9 lbh barulah bertolak pi ibukota. Tu pun tunggu abis tgk movie The A - Team..

Syukur alhamdulillah kul 1 tu dah terpacak menunggu sepupu kat Sg Besi LRT.

Apa yg aku perhati kan dapat disimpulkan (pergh pjg la plak aku menaip walaupun dlm kemalasan):
+++++++++++++++++++++++++
Ayah (Abah kitaorg panggil)

Alhamdulillah, nampak dia berlembut sikit ngan kitaorg. Takder dah dgr dia bebel2 pjg. Kalau dia bebel pun, kitaorg balas dalam bentuk lawak, last2 dia pun join gelak sama. Mmg nampak sgt dia cuba dekatkan diri ngan kitaorg. Mungkin bg org lain pelik bila aku ckp camtu. Tp bg kitaorg adik beradik, yg mmg tak rapat ngan ayah ni sejak dulu, mmg sesuatu yg lain la. Dan syukur ssgt bila tgk dia berubah camtu.

Kalau dulu2 blk kg jer, hati dok tahan jer sakit hati dgr apa yg dia ckp…tp skrg ni alhamdulillah, nmpk dia lebih cool dan takder la kita ckp spth terus dia nak naik angin marah2.

Bila tgk dia ari tu, rs cam sedihhhh ssgt. Nak2 bila dia bg amanat kat aku. Aduhai…aku ni mujur bukan anak laki. Kalau aku anak laki, lagilah byk aku diberi amanat. Tanggungjawab yg aku pikul selama ni kkdg buat aku terasa cam aku ni anak/budak laki jer. Hmmmm…

Aku harap sgt ayah aku happy dan sentiasa sihat. Insyaallah.

++++++++++++++++++++++++++
Mak Tiri

Alhamdulillah gak…sbb nmpk dia pun cam makin ok. Kalau dulu time kitaorg balik, asyik nak terperap dlm bilik jer. Time mkn barulah munculkan diri. Tp kali ni, nampaklah bila kitaorg masak, dia pun join tlg apa yg patut. Kalau dulu, ayah aku tu cam bukan laki dia. Time sahur, dia mkn sesorang dan dahulu dari org lain. Kkdg kesian tgk ayah aku. Mkn minum tak terjaga cam hidup bujang. Tp ni alhamdulillah, dia byk berubah. Bila tgk dia ok ni, kitaorg pun rasa lega la sikit. Kalau nak kuar pun, atleast dia inform kitaorg dulu. Takdelah menghilang sampai kkdg ayah aku pun tak th dia gi mn.

Kitaorg bukannya nak kesempurnaan sbb semua org tak sempurna dalam dunia ni. Tp dah ok camni pun kitaorg dah bersyukur ssgt. Atleast tenang sikit famili kitaorg. Alhamdulillah. Kitaorg pun bila org buat baik ngan kitaorg, kitaorg pun buat baik la gak ngan dia. Kitaorg ni bukannya jahat sgt. Pi memana, still kitaorg igt kat dia, beli something kat dia. Even time raya ari tu pun, kitaorg bg gak kat dia duit raya.

Hopefully dia jadi isteri dan wanita yg baik. Insyaallah.

+++++++++++++++++++++
Yang ni peringtn utk org lain dan diri sendiri gak…

Kalau pi umah org, kita nak tlg tuan umah, tlglah dgn ikhlas. Cthnya cam terjadi baru2 ni, ada tetamu datang berbuka puasa kat umah. Lps settle berbuka, aku pun basuh la semua pinggan mangkuk yang ada kat dlm sink tu. Dan adalah tetamu ni sibuk la dok minta ngan aku biar dia jer continue basuh pinggan mangkuk. Aku ckp dakper, biar aku jer basuh. Tp dia nak gak tlg. Last2 aku settlekan jer dulu mana yang aku dapat buat dan pass tugas kat dia. Dah nak sgt kan, dok bising2 kat blkg aku kan.

Tp kalau nak tlg tu, buatla keje ngan ikhlas. Sakit jer hati kitaorg bila tgk pinggan mangkuk yg dia basuh masih berminyak. Mmg nmpk sgt cam basuh cincai. Nak2 sudip dan kuali yg aku guna utk masak sblm tu, langsung tak sental. Cam dia jirus air jer. Saki baki masakan tu byk lagi kat sudip tu. Tak pasal2 kitaorg kena basuh semula. Adusssss…

++++++++++++++++++++
Hari raya ari tu sempat aku gi melawat nenek sedara yg tak sihat. Sedih jer tgk dia kurus giler, tinggal tulang ngan kulit jer sbb dia tak mkn. Anak2 dia dah byk kali usaha bg dia mkn, tp setiap kali dia mkn, setiap kali tu la dia luahkan balik.

Tgk dia, buat aku terpikir zaman tua aku nanti camner la yek. Huhuhuhu….

+++++++++++++++++++
Manusia ni penuh ngan pura2 kan? Cam terjadi masa raya ari tu. Sedih tul la bila org yg kita pelihara dari kecik sbb dia adik beradik dah jadi anak yatim piatu, bila besar, dah hidup senang, dan2 je lupakan kita.

Cam terjadi ari tu. Nenek sebelah mak dia tu, masa cucunya dah jadi anak yatim piatu, langsung tak ambik kisah kesusahan cucu2nya ni. Brp kali buang cucu2 ni. So nenek dan pakcik makcik sblh arwah ayah derang la yang ambik dan pelihara sampai besar walaupun mcm2 cekadak derang.

Tup2 bila semua dah besar, dah nmpk hasilnya..dan2 la plak nenek sebelah sana tu suh beraya sana. Siap suh anak sulung pi kutip semua adik2nya utk beraya situ. Kata2 yg diucapkan masa ambik adik2nya

“Mama ckp kitaorg adik beradik takleh berpisah, kena beraya bersama2.”

Erkkk..dah berthn baru nak raya sesama? Kebtulan raya ari tu si anak sulung nak kawin, majlis dibuat rumah nenek yg sana tu, inform sepintas lalu kat pakcik makcik dan nenek yg susah payah pelihara derang selama ni. Dahler bukan dari famili kaya, semua hidup susah gak, tp still jaga derang. Aduhaiiii..kecik hati famili sebelah sini.

Peringatn utk kita semua, jgnlah jadi seperti ini…

+++++++++++++++++++++++

Sbnrnya byk yg nak citer..tp cam pjg…so tak yah la kan. Baik citer pasal benda lain..hehehe