Wednesday, January 26, 2011

Ujian lisan

Ari tu dok baca kat forum, pasal hukum oral sex dlm Islam. Tiba2 aku teringat zaman dulu2, zaman aku inesen. Yelah, kita masa dulu2 kan mana ada internet2 ni bagai...so pendedahan pun kurang...
Dulu2 kan masa kita sekolah, kita kan ada ujian lisan utk SRP (zaman aku SRP, lom wujud PMR..errrr, tua ke aku?). So kitaorg selalu la sebut 'oral test' instead of ujian lisan.

So bila aku jumpa term "oral sex", terus terpikir la, ooooo ckp pasal sex. Then one day, aku baca paper, pasal sorang pakcik ni dijatuhkan hukuman pasal dia buat oral seks kat sorang budak ni... So aku punya interpretation masa tu, pakcik ni jahat tul, ada ke ckp pasal seks kat budak2, kan dah kena hukum..padan muka dia...
So inesen...hahahahahah

Tuesday, January 25, 2011

Menu Sihat

Aku suka beli Rapi kalau ada topik menarik.. yg pasti suka tgk bab menu ni. Dulu pernah la ikut kejap..tp dlm bbrp ari jelah... So utk bulan ni, ni menu dia.. Utk sesapa yg teringin nak jadikan panduan

Friday, January 14, 2011

Exchange Gift (EG) Stationary

Sempena masuk thn baru dan jugak masuk sekolah, kitoarg di IG buat EG sesama forummers. Aku dah bg kat partner aku dan dah selamat dah sampai ke tgnnya.
Dan akunyer dari my partner baru jer sampai this week. Dan ni lah hadiahnya...Mmg aku suka sbb benda yg aku lom ada dan mmg aku nak. Thanks Yun..

pen kaler2...menarik sikit buku aku ada macam2 kaler


diary...cun
 


Saturday, January 8, 2011

Bila Ribut Malas Melanda

Ari ni ribut melandaku...Bukan ribut ujan ke apa, ni ribut mls...Dahler suasana sungguh sejuk pg td.. Rs nak bergulung jr dlm selimut..tp mn blh kan...

Dahler sampai2 jer ofis, aku nyer beg kecik yg buh tepon ngan 'identiti' aku tertinggal kat umah. Dahler ngantuk giler, so dlm kul 11, blk umah ambik beg tu. Dan alang2 dh masuk waktu rehat, aku tido la jap kat umah.

Dlm kul 2 lbh, blk ofis semula...penat aa badan ni. Dahler tido atas sofa gitu jer.. Workout mlm td mmg buat badan letih giler..

Ni keletihan masih terasa...terus cam was2.. Nak pi ke tak gym esok.. Cam mls jer..tp kalau blh tak mo ajar mls2 ni... tgk la pg esok camner,,,Rajin ke tak

Thursday, January 6, 2011

Laksa Segera

Ari tu pi beli barang2 dapur kat Giant. Masa tgh belek2 barang, ternampak la paket laksa segera ni. Sajer jer la kitoarg beli, konon nak try.

So mlm td try la masak. Sedap gak. Rs cam yg beli kat pasar kat kg tu. Dahler laksa yg kitoarg beli jenis halus punya...

Gmbr atas tu gmbr depan paket dia. Gmbr 2nd, cara2 nak buat...senang jer tp aku tmbh la apa yg patut utk kuah tu.. Gmbr paling bawah ni, bahan2 ulam-ulaman... Timun tu mls nak potong halus2...Ala, nanti masuk perut gak kan?

My Stationary









Kat IG pakat tayang stationary... So ni aku nak tayang aku nyer plak... hahahaha. Ada lagi kat dlm laci tp mls nak tempek sbb selerak hahaha

Wednesday, January 5, 2011

PT Time

Mlm ni ada appointment with my PT at 8. Ptg ni ujan so kena kuar awal utk elakkan jam. Tp x awal gak pun sbb tak perasan dah lmbt masa balik td. Mujur lalu jln Puncak Jalil, nampak cam jam teruk gak kat jln Puchong tu. So berjaya gak sampai before 8.

Sampai2 jer, letak bag, minum sat. Sekali ada org tegur. Wahhh berjaya gak jumpa member lama. Padahal dah berapa kali set nak jumpa kat gym, tp asyik la tak dpt2 jumpa. Lama x borak ngan dia. Aduuuh member nak migrate to Italy sbb dpt offer keje sana.. Good for him kan.. Good luck my friend.

So tonight belajar TRX ngan trainer. But before that aku start dgn cycling about 10 minutes, guna level 3 for 5 mins maintan more than 70 utk RPMnyer dan continue 4 mins utk level 2 dan another 1 mins utk level 5. 

Ni TRX... exercise guna tali tu...


Mlm ni byk fokus pada core ngan arm. Penat tp best. Penat kejap jer, tp ok lah. Sampai my PT panggil aku Supergirl..hahahaha... So dia akan bagi makin susah supaya aku tak rasa bosan kalau exercise yg diberi tu bg aku senang.


Cam gmbr kat atas tu la, my PT will tie kat besi tu so aku buat la exercise seperti yg di atas. Antara yg dibuat cam yg kepala botak tu buat dengan pompuan baju biru gelap tu buat (plank). 

So next time tak sure lagi buat apa... Rasanya benda yg sama kot...

Tuesday, January 4, 2011

Sit up

Syukur alhamdulillah, takat ni badan aku dah ok sikit. So hanya concentrate part core ngan lengan jer. Skrg ni byk buat exercise utk core dan salah satunya adalah sit up. Mmg sungguh berguna sit up ni... Dah 2 bulan aku exercise, mmg nmpk ssgt bezanya. Kalau dulu, tak payah wat apa2 dah nmpk dah perut aku berlipat2. Apatah lagi kalau duduk..Senak dada sbb perut tolak ke dada.. Semput kkdg.

Dgn trainer baru ni, kitaorg more kat core lah. Salah satu tips adalah:
Sit up ni lahhh
Korang bgn takat tu jer, akan concentrate lebih kat perut korang. And make sure korang masukkan perut korang ke dalam (ala..cam org tahan perut tak bg nmpk buncit) tp make sure korang tak tahan nafas. Nafas cam biasa. Lagi bagus kalau korang dok dlm kedudukan camni, then kaki straight naik atas, jadi bentuk V. Lagi masyukkkkkk. Cuba la tahan utk bbrp second. Aku ni hanya berthn few second jer, hamstring aku tak kuat la... Lemah sungguh... bengang kat diri sendiri..hehehe

Satu lagi, bljr2 lah masukkan perut korang tu selalu dan nafas cam biasa. Mula2 mungkin tak biasa, lelama ok. Tu pun salah satu cara utk bg tekanan kat core tu. Kalau sesapa biasa guna Fitball, tahula pasal benda ni. Almaklumlah utk fitball, mmg byk guna perut utk angkat bola tu semua....

Sbnrnya byk tips lagi...tp mls nak tulis.. Tunggulah kalau ada tgh rajin lagi.

Korang nak tak perut korang jadi camni? Hehehehe


Ting tong

Sejak dua menjak ni, waktu tido aku ntah apa2. Bukan sbb lain pun, sebab diri sendiri..hehehe..
Kalau sblm ni, sejak my PT kata kita should tido before 12, aku sentiasa make sure aku tido before 12. Tp sejak cuti seminggu ni, aku suka hati jer tido kul brp. Kkdg kul 2 pagi br tido, tp bgn before 7. Sah2 la tak cukup tido kan?

Skrg ni pun sama walaupun dah start keje. Mlm td, aku balik keje, blh aku layan majalah sat, then tertido... Sedar2 dah kul 9 mlm. Terus mandi dan turun bawah. Adik aku ckp, adik aku yg sorang tu panggil aku byk kali sbb nak inform dia ambik beg shopping aku dan dia outstation. Tp aku tak bgn pun.. Nampak sgt lena sungguh aku ni.

So mlm td tido lagi kul 2. Dok main ngan jam, berapa kali ntah snooze. Ari ni ada appointment ngan PT. So balik karang, leh la kot tido awal. Hopefully ari ni kepala tak ting tong cam smlm.

Monday, January 3, 2011

HM Tuah - Nak ke Tak Nak




Buku ni sbnrnya dah lama giler aku beli. Ada la kot 5 thn lepas agaknya. Tp cam biasa la, aku ni baca sprh, then tinggal, lepas tu cam tak best kan baca start tgh2. So start dari awal balik, then tinggal di tgh jln. Bak kata HM Tuah, Nak ke Tak Nak baca sampai abis ni? Hehehehe

Lelama buku ni pun dah lunyai. Mujur tak koyak jer lagi (ke dah ada yg nak terkoyak?). Tp dah uzur giler la... Nampk sgt aku ni teruk kan? X ambik sgt pengajaran kan?

Whatever org kata pasal author ni, for me, aku suka jer baca pasal bab2 motivasi ni. Nak2 kalau gaya tulisan rileks cam ni. For me, siapa org tu, dia bljr takat mn, uni biasa ker apa, yg penting apa yg diucapkan tu kita leh ambik pengajaran ke tak? Apa guna kalau bljr uni top 5 in the world pun, tp ckp ntah apa2, what for kan?

So far, aku mmg suka la gaya penulisan bershj dia. Cam aku baca citer jer. Aku ni tak minat sgt baca ayat2 formal ni. Nanti aku cepat bosan. Cuma kkg masa yg tak izinkan aku baca sampai abis buku2 dia. Mmg berlambak la buku2 dia kat umah aku ni.

Pasal buku ni, bila aku baca, buat kita yakin ngan apa yg kita nak buat. Yg penting, tanya diri sendiri, kita nak atau tidak capai apa yg kita mahu. Kalau kita nak, apa yg kita perlu buat? Apa usaha kita? Bila abis jer baca buku ni, buat aku pikir, apa usaha aku selama aku hidup ni? Nampak sgt aku ni byk tak usaha utk capai apa yg aku nak dlm hidup aku. Hopefully this year, I'll try my best to achieve it.

Ni aku dptkan sinopsis dari MPHOnline. Nak tahu lbh lanjut, better baca sendiri. Sbb dia buku motivasi, bukan buku cerita yg blh kita cerita balik perjlnn kisahnya.

'Nak ke Tak Nak' membawa satu kelainan dalam dunia motivasi tempatan. Jika sebelum ini Dr. Tuah lebih cenderung kepada fakta dan kajian, kali ini beliau memaparkan konsep lebih ringan dengan cara pengolahan yang agak santai. Apa yang menariknya, kebanyakan bab berpaksikan kisah-kisah benar berteraskan teladan dan pengalaman yang meningkatkan lagi tahap motivasi diri anda. Selain itu, buku ini juga memberi peluang kepada individu untuk membina keyakinan diri dan kejayaan tanpa rasa takut untuk gagal. Gagal itu mungkin membuka peluang untuk kejayaan yang lebih besar.
Semuanya terletak pada hati. Kalau hendak seribu daya, nak ke tak nak, jawab sendiri!

Aisha Hamza - Kau Milikku


Start Sabtu ari tu sampai la mlm td, aku melayan novel ni. Mlm td berjaya gak aku abiskan. Buku ni adik aku yg beli. Tetiba Sabtu tu terasa nak baca bacaan ringan, so aku capai novel ni. Byk lagi novel yg lom dibaca. Insyaallah aku akan abiskan satu2 sampai dah takder dah novel yg lom dibaca. Takat ni aku berjaya gak abiskan satu buku motivasi. Dan sikit jer lagi nak abiskan novel English tu. Insyaallah, mlm ni nak try abiskan gak novel English tu.

Pasal citer ni....for me ok lah....Tp still standard citer, mesti Hero anak org kaya, hensem, pakai kete mahal. Susah tul aku nak jumpa citer pasal lelaki biasa2 jer...mungkin nanti musnahlah kot impian semua org kan..hehehe... Mungkin itulah impian semua org, mesti nak yg best2 jer kan.. Standarddddddddddd...

Satu jer kelainan bagi citer ni, Heroin dia digmbrkn sebagai wanita biasa yg mempunyai badan yg besar (aku tgk gmbr penulis dia kat blkg cam gempal2 sikit, mungkinkah dia gmbrkan diri dia? hehehe). Tp masih standard, pompuan tu anak org kaya, dan disukai ramai kecuali awek Hero..

Dan seperti biasa, kalau Hero sebegitu rupa, mestila ada awek cun kan? Standard, model la kan.... Camner kalau tukar plak, awek Hero tu biasa2 jer? Hehehe...

Bila baca citer ni, terus aku teringat tentang citer Korea, My Lovely Sam Soon. Satu2nya citer yg aku rs lain dari yg lain. Pesal aku kata lain? Sbbnya heroin dia badan gempal tp hero hensem, kaya, idaman ramai wanita. Selain tu, satu2 nyer citer yg aku rs heroin pertahankan pakwe dia. Maksud aku, kalau citer lain, heroin dia, kalau bercinta ngan hero, then tetiba awek lama hero dtg, ugut jgn kacau pakwe dia, mesti dan2 tu gak heroin akan menjauhkan diri konon baik sgt la rela menyerah pakwe pada org lain.. Tp yg ni lain, camner pun, pertahankan gak pakwe dia. Peduli la org tu nak rebut camner pun. Yg pasti dia yakin walaupun dia hanya wanita biasa yg so-so.

Berbalik pada citer ni, blhlah layan. Ada la kelainannya bila digmbrkn heroin tu sorang yg biasa2 jer. Ni aku tempek dia nyer sinopsis ambik dari laman web Kaki Novel.

Dizyan Farhana, seorang gadis yang memiliki rupa paras yang menawan tetapi disebabkan badannya yang gempal, dia selalu dijadikan bahan usikan teman-teman sekolah. Tidak terkecuali juga Fezrull Faizal. Bermacam perkara yang dilakukan oleh Faizal dan ahli kumpulannya.

8 tahun berlalu, tanpa disengaja, Faizal dan Dizyan bertemu lagi. Tetapi kali ini di tempat kerja di mana Faizal lebih berkuasa. Demi dendam lama yang masih belum padam, Dizyan disuruh bekerja sebagai pembantu rumah di banglo milik keluarganya. Tanpa disangka, terjadi satu peristiwa yang mendesak mereka untuk bersatu sebagai suami isteri. Adakah penyatuan mereka sebagai suami isteri mampu meleraikan ikatan permusuhan yang terjalin sedari mereka kecil lagi? Adakah wujudnya Ku Zhety sebagai ‘kekasih’ Faizal menyebabkan Dizyan merasa jauh hati atau sebaliknya? Mulanya kebencian dan penindasan semata kemudian akhirnya kerinduan dan kasih sayang bercambah sedikit demi sedikit walaupun pelbagai badai datang melanda. Tetapi, kisah hitam yang terjadi kepada Dizyan menghalang hati mereka bersatu. Lebih sadis apabila bahtera rumah tangga yang dibina musnah tanpa sempat kebenaran dibongkar. Faizal dengan cemburu dan egonya, Dizyan dengan sabar dan redanya. Adakah mereka akan kembali bersatu membina keluarga yang sempurna?

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011

Happy New Year to All....Wish this year more happiness than sadness