Monday, May 25, 2009

Gokusen I and II

So mlm ni secara rasminya aku berjaya abiskan tgk citer Gokusen 2. Best citer ni. Kelakar, sedih semua ada.

Pasal cikgu pompuan yg merupakan generasi ke 4 yg bakal ambik alih kumpulan yakuza kat Jepun. Kiranya cikgu pompuan ganas la. Itu maknanya Gokusen. Tp dia lebih berminat jadi cikgu. Tp anak murid dia adalah budak2 bermasalah kat sekolah. Yang kelakar sbb pompuan ni pretending to be cikgu yg senang dibuli tp sbnrnya dia bukannya gitu. Dan dia kena sembunyikan identiti dia as granddaughter to yakuza chief. dlm nak sembunyikkan tu, asyik la dia tersasul guna perkataan yg selalunya org2 yakuza guna. Nk2 plak dia mmg dibesarkan dlm suasana semua laki, dia sorang jer pompuan. Dia start stay ngan atuk dia setelah parents dia meninggal.

Gokusen 1

Gokusen 2

More about it: Click here

P/s: Smlm beli cd Twilight, Bride Wars and The House Bunny ngan rega rm20 utk 3 citer. ni nak tgk citer The House Bunny plak..hehehe..Gokusen 3 nanti2lah...

Geram


Aku geram ngan diri aku sendiri sbb lupa di manakah kabel usb hadphone aku ni. Oleh sbb itu, all picures taken takleh nak boh kat sini. Aduhai....try guna adapter, pun tak dpt gak.

Terpaksa lah aku memenuhkan blog ni ngan gambar2 source from internet for the moment. Aku bosan sikit kalau tgk text without pic.


Fanatik kah aku?

Kawan aku kata aku ni fanatik ngan Korea...Fanatik kah aku?
Jawapannya: TIDAK

Sebenarnya aku blh dikatakan global, international. Bg aku tak kira bangsa mana, negara mana, asalkan sedap di mata aku, di telinga aku, semuanya ok.

Start dari kecik lagi, aku dah biasa tgk citer pelbagai bhs. Citer Tamil, citer hindustan, citer english, arab..sbb yg tu lah yg biasa dipaparkan.

Aku ni dilahirkan sbg anak org miskin. So masa kecik2 tu entertainment takder. Sbb dok jauh dari org, so aku hanya main ngan adik beradik or khayal sorang2. X pun tgk buku. Area situ hanya ada 3 buah rumah termasuk rumah kitoarg. Dua rumah lain most of them adalah adults. So kawan ngan geng2 adults jelah. Masa tu tv pun xder. Al maklumlah hidup susah. Bak kata akak aku, kalau program Bersamamu wujud time tu, mungkin kitoarg adik beradik dah jadi salah sorang pelakonnya. Hehehehe..

Then one day, ayah aku dpt beli tv 2nd hand. Masa tu lah bermula aku kenal dunia hiburan. Aku kenal citer english cam Hart to Hart lakonan Robert Wagner, Dallas (masa tu bg aku hensemnya Patrick Duffy), American Hero, dan byk lagi. Kalau citer tamil ngan hindustan, biasanya akan kitoarg layan lepas Jumaat sbb tu lah waktu tetap siarannya. Then akan layan citer2 Arab terutama bulan Ramadhan. Byk citer best masa tu. Teringat lagi ada satu citer tu yg aku ngan arwah mak suka tgk. tp dah lupa tajuknya. So bad, sbb satu citer jer yg aku ingt sgt time aku kecik aku biasa tgk...citer PJ Holding yg ikut ala2 citer Dallas...hehehe...Dr kecik lagi, x tahu la nape, aku lebih suka layan citer2 asing banding citer2 melayu. Citer melayu yg aku paling suka dari dulu hingga skrg adalah citer2 komedi Allahyarham P. Ramlee.



Masa tu tambahan citer utk kitaorg yg dok bersebelahan ngan Thailand adalah citer2 dari sblh sana. Fhm ke tak fhm, blkg citer. Best oo layan citer Semut Hitam la, biasalah citer2 SuperHero.
Dan tak lupa masa tu lah aku suka sgt ngan citer Jepun, Chiaki. Kisah hidup seorg stewardess. tp masa tu semua alih bahasa la.


Aku nak carik balik la citer ni...best oooo...igt lagi lagu dia, "Cikgu Hiroshi cikgu yangggg baik hati..bla bla bla"

Bila tv kat umah tu dah rosak, mmg takder lah entertainment utk aku. Sampailah aku Drjh 5, pindah umah sewa lain sbb umah sewa tu ada problem ngan air kotor masuk telaga (rumah aku takder paip, telaga jer, org miskin katakan).

Bila dok umah baru ni, adalah kenal jiran tetangga, so hiduplah menumpang tv umah org. Zaman tu ngan citer Cina, citer omputih ngan citer hindustan. Biasa la aku melayan....Tp hanya tertakluk pada si tuan umah pasang citer apa..Mana blh weh suka2 tukar channel tv umah org...Nak kena pelempang ker.

Then bila arwah mak ambik tv arwah nenek yg lama (sbb pakcik belikan tv baru utk nenek), barulah entertainment wujud kembali kat umah aku. So blh lah nak melayan citer2 yg ada. Time tu pun, aku biasa melayan citer2 English, hindustan dan cina. Ala...masa tu kalau citer2 luar mesti alih biasa punya. So layan jelah kan. kecuali english, cina ngan india, guna original suara.

Bila tv rosak kembali, hidup lagi menumpang. Nak tgk 21 Jump Street pun kena tumpang tv umah org. laktu tuan umah bukan jenis tgk citer omputih. Haruuuu...Bila pi sekolah, kawan2 dok bercerita tgk citer tu, tgk citer ni, terlopong jelah. Almaklumlah takder tv katakan. Citer glamer cina, Police Cadet pun hanya mampu dgr kawan2 jer bercerita..

Time dpt tgk tv pun, bila pi umah pakcik makcik, umah nenek jer..Sian tul la....bila igt balik kisah hidup masa dulu2 cam kesian pun ada kat diri sendiri. Mujurlah adik2 tak merasa hidup susah cam aku adik beradik dulu2. Dulu bapak beli kipas angin kecik tu pun jakun nak mampus..Hahahaha

Malas nak citer pjg kan..So sampailah aku dpt masuk asrama, masuk matrik dan terus ke universiti dan kuar universiti, itu lah aku. Seorg yg jenis layan semua citer asalkan aku rs best. Masa aku mula2 keje dulu, balik jer keje, aku akan beli cd sampaikan cam acara wajib. Masa tu cd lanun masih dihalalkan (hehehehe). Rm10 dah dpt dah dlm 3 keping cd. berlambak2 cd aku beli. tp masa tu aku dok layan beli cd english, hindustan or cina jelah. masa tu mana lagi wujud citer2 korea ngan jepun di jual berleluasa. Sampailah one day, ex pakwe aku kenalkan aku ngan citer jepun. Dia pun cam aku gak. Mn citer best tak kira negara mana, dia layan. Citer iran pun dia layan. So sbb jumpa geng kan, start lah aku layan citer jepun.

Citer jepun kitoarg suka sbb citer dia lain dari yg lain. Means, jln citer dia takder lah asyik samaaaaa jer. Setiap citer ada kelainan dan mesej berlainan yg ditonjolkan. Tak cam citer korea, dia nyer citer lebih kurang sama jer, cuma pelakon dia lain, garapan dia lain. tp cam blh di agak ending dia camner.

Start aku beli cd jepun bila Hiro Comic, kedai video jepun start bukak kat sogo. Masa tu lah start aku beli cd2 Jepun. Dan melarat lah sampai skrg ke citer2 Korea plak.

Sbnrnya, start aku kenal ngan download mendownload ni, aku dah kurangkan beli cd2 english ni. Utk citer2 english, aku lebih suka download. sbb dah byk tmpt aku leh download citer2 ni. Kalau aku mls download or citer tu faveret aku, barulah aku akan beli cd. Citer2 korea dan jepun aku mls nak download2 ni. Bukan apa, citer dia, waduhhhhh berbelas2 episod or berpuluh episode. Mn tahan sih nak tunggu download satu2. nak2 skrg dah murah. Baik la aku beli ajer. disebabkan aku asyik beli cd2 korea, taiwan dan jepun lah, agaknya kawan2 aku igtkan aku ni fanatik citer2 ni. Padahal derang tak tahu, berlambak lagi citer2 selain dari 3 negara ni, aku dok simpan tunggu turn nak tgk.

Salah satu feveret movie adalah parody or spoof film. Kalau yg ni sah2 aku beli cd. Almaklumlah kawan aku tak pernah downloadkan utk aku citer2 ni. Aku suka sbb citer2 ni blh buat aku hilang tensen...hahaha


P/s: X leh nak citer pjg2 sbb mls nak menulis. kalau ikutkan hati byk nak citer ni. Ari tu pi umah akak, abg ipar tanya, nak wat apa ngan cd2 yg aku kumpul zaman aku keje dulu. Berlambak kat umah derang. Ikut hati abg ipar aku, dia kata dia nak campak buang jer. Tp aku ni jer cam sayang ooooo...dah bertimbun duit aku abis beli cd2 tu. Tp kalau simpan pun utk apa yek???

Next: Fanatikkah aku 2...tunggu....(tgn dah tak larat nak menaip ni)

Wednesday, May 20, 2009

Nasihat dari seorg rakan

Baru jer td aku semangat nak menulis dlm blog sementara ada waktu ni. Konon lepas semayang Zuhur (nak smyg awal plannya) then nak membebel dlm ni.

Sekali mamat dari India ni ajak borak. Bercerita pasal kawin. Almaklumlah dia sibuk nak kawin next year. Mak bapak carikkan. Baru jer bbrp bulan lepas dok bercerita ngan aku yg mak dia bising suh dia kawin tp calon takder. Tup2 skrg mak ngan ayah dia dah jumpa, so suh kawin tahun dpn.

Mamat ni igtkn aku ni baya2 dia. Dlm 26 thn gitu. hahahaha...terkejut dia bila aku ckp aku ni dah tua. Terus kena bebel. Dok nasihat aku suh carik sorang. Aku kata ada ke kedai jual laki. Gelak dia.

Dia suh aku chat. Yelah, nak kenal tempat lain susah sbb katanya aku nyer routine every day sama jer. Pi keje, balik umah..hujung minggu dok umah. mana la nak jumpa org kan. So katanya....cara yg ada, dgn chat jelah.

Dok bercerita pengalaman dia berchat. Dia kata jgn la percaya 100% kalau chat. but to be fren ok, until one day, kalau dah rs org tu mmg tak menipu, br la leh kawan betul2. tp buat permulaan jgn percaya kat org yg lom kenal lagi.

byk gak ler dibebelnya. TU la ta pasal2 dah nak masuk kul 2. So dah jadi malas nak menulis dah. Nak sembahyang dan nak sambung keje...


Thursday, May 14, 2009

Sibuk + Malas

Tak dpt nak update sbb bz ngan training. Satu minggu nyer training dari pagi hingga petang. Homework asyik la bawak balik tp tak pernah nak dibuat.

Campur plak ngan malas, mmg kena betul la kan...hehehehe

Ni smlm dpt email, kena pi Sabah dan Sarawak minggu dpn. Tgh pikir2 nak pi ke tak. Tp ari ni htr jelah dulu surat kelulusan, nak pi ke idak, blkg kira...

Monday, May 11, 2009

Pelikkk

Aku pelik la....

Org ni tak pernah bertegur sapa ngan aku. Kalau jumpa kat umah family dia pun, dia buat derkkk jer ngan aku. Dari zaman derang awal kawin, sampai la derang dah tua ni, anak2 dah besar panjang, still buat perangai menyombong derang. Kalau zaman awal kawin dulu, berlagak giler ngan kitaorg, konon cam bagussss la sgt. Almaklumlah kitoarg ni anak2 miskin katakan..

Aku budget dia kenal aku pun tak. Apatah lagi anak2 derang yg dah besar panjang tu. Si laki plak, mmg semua kenal ngan keje pun mls, keje ikut suka dia jer. Tu bab keje, bab tipu duit org pun, byk gak...Mak si bini pun dah byk tanah tergadai, duit satu sen tak dpt kat tgn. Abis kat si laki pi enjoy.

Tp tiba2 jer, tepon aku minta aku derma utk sekolahkan anak2 depa. Ari tu si laki yg tepon minta duit ngan aku konon anak dia nak masuk sekolah kat KL. Ngan mukaddimah tepon tu, terus direct mintak duit bukannya bertanya khabar aku dulu, sihat ker tak ke apa..ala..org kata berbahasa la dulu kan sementelah kita ni nak minta duit org kan...Tp sbb aku rs pelik, ngko kenal aku pun idak agaknya, senang2 ko minta duit ngan aku. Aku tanya adik pada si bini. Adik pada si bini kata, just ignore. Sbb mn ada anak depa yg baru nak masuk sekolah. Eh..dah pandai dah minta2 duit sampai kat kitaorg yg dok KL ni.

Ni mlm td, tetiba si bini plak call. Senang2 jer suh kita tanggung anak2 dia nak sekolah. Ngan alasan sbb aku keje. Abis tu laki ngko tu apa citer? Keje melangut???? Aku ni sapa??? Ngko ntah2 kenal aku pun idak, tak malu ke minta duit ngan aku???Dahler menyombong tak igt sblm ni.

Aku pelik la ngan manusia mcm ni...

Tuesday, May 5, 2009

The Earth, The Sun, The Rain - Color Me Badd

Jom layan lagu lama ni...Dok dgr lagu ni. Rasa cam nak menari dan main gitar jer...


The Earth, The Sun, The Rain - Color Me Badd

When I was lost, I could not see
All the beauty and wonder, wrapping around me.
I was alone, dreaming of you
Oh I could not imagine this dream coming true.
So much joy now, in all that I touch
You make me feel everything so much.

Chorus


I will love you for the earth at my feet.
I will love you for the sun in the sky.
I will love you for the falling rain, oh oh oh oh
I will love you for the heart that could break.
I will love you for the dreams that we share.
I will love you for the falling rain, oh oh oh oh

Face in the wind, tears from my eyes
Baby, where have you been?
But I was, always, waiting for you. (oh baby)
To pull back the door.
To take me by the hand and lead me through.
This whole world was a stranger to me. (stranger to me)
Now you have opened my heart to everything.

(Repeat Chorus)


Spoken
Like a whisper in a dream,
you walk softly into my life
with love and sweet emotion
and as I gaze into your eyes
I see the beauty that God has created.
And I love you girl,
Now and Forever...

Repeat Chorus


Oh, yeah, baby...hey,hey,baby,nah nah nah
Repeat Chorus
Oh Oh Oh, baby, yeah



Utk download: Click Here

Me and My Collection

Skrg ni tgh gigihkan diri utk abiskan membaca buku2 berikut:
a. Nak Tak Nak

b. Iman dan Kehidupan

c. PS I Love You
(bahasa apa aku tak tahu yek tu. Main copy jer. Tp aku nyer cover gitu la tp in English :wink)

Harap dapat abiskan seminggu ni....

My New Collection

Masa Pesta Buku baru2 ni, cam biasa akan allocate dlm RM100 paling kurang utk beli buku2. Almaklumlah hobi mmg beli buku ngan CD. Tp utk baca dan menengoknya, takes times...hehehe...So ni adalah buku2 yg baru jer beli ari tu. Tu pun ada yg adik aku pinjam dan ada buku2 yg dibeli utk anak2 sedara masih dlm boot kete sampai ari ni konon takut lupa kalau nak pi jumpa derang...heheh...



Twilight tu, sbnrnya masa mula2 carik kat Kinokinuya dulu zaman tgh hangat citer ni, punyala susah. Asyik sold out. Tu yg masa pi Pesta Buku tu, tetiba tu dia, berderet depan mata, rs cam giler kejap. Dan2 jer terus capai sebijik. Mula tu cam tamak gakler kan. Ikut hati nak ambik satu box, Stephenie Meyer nyer series. Tp pikir2, tak yah lah dulu, nak ambik dua jer dulu, New Moon ngan Twilight. Tp bila ikut pikiran waras ku, better beli satu dulu, make sure settle satu dulu, baru pikir for the next. Byk lagi yg aku lom baca.

HM Tuah nyer buku, mmg aku suka baca. Sbb ayat dia sempoi. Ayat2 Cinta tu, aku dah tgk movie dia, tp ni nak try baca novel dia plak. Sajerrrrr....

Seperti biasa, tak nak la asyik ingt cerita2 dunia jer, so sambar la satu buku pasal agama. Utk makanan hati yg keras ini...hehehe


Aku jarang beli novel2 melayu. Sbbnya adik2 aku suka beli. So bg nak elakkan terbeli benda yg sama, aku mmg tak beli. Bg jer adik2 aku beli. Sbb tu masa Pesta Buku ni, aku call adik2 kot2 dia nak kirim. Tp tu la, aku tak jumpa pun yg adik aku nak. Bukan tak jumpa sbb mmg takder, tp sbb ramai sgt org, aku mls nak mencelah derang. Nak capai buku pun susah. So aku ambik jer mn2 yg aku rs ok, then yg aku agak2 sama ngan adik aku mintak. Tak sempat la nak survey. So aku beli 2 novel melayu. Satu aku dah pass kat adik aku. Satu lagi ni, yg ni.

Masa mula baca tu, ok la kan..Menarik la jugak...Tp lelama cam, jalan citer lebih kurang sama jer ngan citer2 lain. Walaupun garapan dia cam lain skit kan. So aku tgk blkg, dah leh agak dah jln citer dia camner...So aku terus stop baca...

Byk aku baca buku2 novel melayu stail sama jer. Laki kaya dipaksa kawin ngan pompuan biasa, then laki tu mula2 tak suka bini dia, buat hal mcm2, then bila bini larik sbb ala2 kena dera, barulah laki tu mencarik bini dia. Then konon2 frust giler, cari bini dia, pujuk2 bini dia..last2 happy ending...Lebih kurang sama jer semua. Mesti last tu bini walau jahat camner pun laki dia mesti back to her husband gak...Hehehehe...Dah brp bijik dah buku aku baca, lebih kurang gini jln citer dia...Tu yg kkdg aku jadi bosan baca novel melayu...Baik aku baca novel Ramlee Murshid ke apa yek aku dah lupa yg Alaf21 tu. yg tu mmg sah2 lain dari yg lain...heheheh..dulu aku suka gak kumpul buku citer dia cam Tombiruo, Semangat Hutan ke apa ntah...skrg jer dah lama tak beli.


Ni antara yg ada kat rak buku. Sbnrnya nak tunjuk, yg buku2 start dari yg 7habit tu sampai la ke blkg tu, aku lom baca pun lagi. tu buku tahun lepas kot...hahaha...Shopaholic series jer dapat je, terus aku baca sampai abis...Suka series tu...my feveret.


Ni plak collection baru. The latest yg beli. Yg batch dia sblm ni pun lom tgk abis lagi..hehehe...Ari tu aku dok pulun Boys Over Flowers Japan version. Sejak DVD problem ni, susah sikit la nak tgk CD. Sbb kena layan guna laptop....

Jgn Tidur Dgn Laptop

Mlm td aku tidur awal sbb penat and rs frust (sbb apa, nanti kemudian citer....hahaha). After Isyak tu, dok baring2 atas tilam sambil dok layan internet. Dok carik pasal SS501 sbbnya masa petang tu dok tgk Music Bank kat KBS channel, dia kata KimHyunJoong muncul ngan grup dia, tp sampai akhir rancangan takder pun. Aku pun confuse la kan, sama ada aku silap baca translation dia or aku yg terlepas sbbnya aku bukak rancangan tu pun, dah terlepas bbrp minit.


Sbb kes tak puas hati, carik dlm Youtube kot2 ada. Tp idak la jumpa. Cuma jumpa ada la pasal derang buat iklan dan jugak ada rancangan baru under MBC kalau tak silap pasal Haptic Call. Dlm dok surf tu, tetiba baca berita pasal KimJoon pengsan masa lepas perform. Byk aku baca komen derang2 dlm internet cam salahkan BOF nyer schedule la sbb cam sorang2 accident la, pengsan la, sakit la...dgrnya cam tight gak ler schedule depa ni...

Bila dok baca pasal KimJoon ni, tetiba jumpa la pasal kat Youtube rancangan pasal KimJoon ni. Terkekek2 aku gelak sorang2. Comel la mamat ni. Teringat2 lagi stail dia" Yo,yo..what's up bro"...hehehe


So mlm td, ngan mata ala2 kuyu, aku pun tertidur la kan...Ntah camner dlm tidur aku tu, leh mimpi plak geng2 SS501 ni...Kononnya masa tu aku watch derang secara live kat Music Bank..hahaha..masa tgh tunggu derang nak perform lagu Because I'm Stupid, tetiba aku tersedar....masa tu muzik dah kuar dah....

Aku sedar..rupanya ada org call.. Yelah ringtone aku tu, lagu Because I'm Stupid...aduhai..sampai kuar dlm mimpi tu....patutla aku sampai leh dgr derang nyanyi..rupanya derang nyanyi kat tepon aku...hahaha