Showing posts with label pic. Show all posts
Showing posts with label pic. Show all posts

Wednesday, February 24, 2010

Yassin - Nur Kasih

Dok pikir pasal lagu apa yg aku nak simpan kat blog ni. Tetiba aku teringat kat lagu ni. Lagipun lagu ni blm download lagi, so aku decide nak letak lagu ni kat sini.

Lagu ni aku start suka pasal kes aku dok ikut citer Nur Kasih. Citer feveret..walaupun kala org lain dok giler kat Adam, tp aku plak sebaliknya. Aku tak suka Adam sbb bg aku Adam tu selfish. Masa suka Katrina, buang Nur, tp bila suka Nur, buang Katrina.

Ok berbalik pada lagu. Sblm ni mmg pernah dgr lagu ni. Tp mungkin sbb kesesuaian citer ngan lagu buat lagu ni cam best ssgt. Ok lah...layan jelah lagu ni dari baca bebelan aku..Hehehe

Lirik: Nur Kasih (Yassin)

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

Download: Click Here





credit to: mrcadbury86

Bengkek



Kelmarin (skrg dah pagi kan, dah masuk hari Rabu la kan kiranya..so kejadian ni berlaku Isnin) aku bengkek tul la. Aku geram tul kalau org berjanji, dan kita dah usaha supaya janji itu tertunai, tp tup2 org tu bukan kita kacau.

Rumah aku ada masalah ngan saliran air buangan. So nak tak nak, terpaksa la kan panggil org. Aku ada byk choice (yelah iklan kecik2 kan byk dpt kat umah tu). Dlm byk2 tu aku ambik yg kaum aku nyer. Aku call la kata nak minta dia tlg baiki. Masa aku call dia tu, ari Ahad dlm kul 5 lbh dkt2 kul 6 gitu la kan. So dia kata dia dtg esoknya (Isnin) dlm waktu2 petang cam ari yg aku call dia tu la. Dan dia minta aku sms alamat umah.

So kelmarin pg, aku sms la alamat umah. Dlm tghr tu, dia call tanya kul brp nak suh dia dtg sbb dia dah siapkan keje dia yg pagi tu. Kiranya skrg ni dia free la kan. So aku ckp la, aku keje so suh dia dtg petang. So aku set kul 5.30 ngan dia dan berjanji la kan kata aku sampai umah, aku msg dia. Dia pun sama la kan. So kitaorg dah set appointment.

Sbb janji kul 5.30, means aku kena kuar ofis awal la sbb aku nak kena ambik adik aku lagi. So aku minta time off, balik awal. Sblm aku kuar ofis, aku msg siap2 la mamat tu kata aku dah nak balik umah, dan kul 5.30 aku dah ada kat umah. Aku msg dia awal time tu dlm kul 4.15 gitu. Tp dia senyap.

Sampai umah, aku msg lagi. Tp dia senyap gak. DLm dkt kul 6 barulah dia call, kata dia dtg kul 7. Aku bengkek la kan sbb aku dahler rushing balik siap minta time off lagi sbb aku takut dia tertunggu2 kan. Aku bab2 masa ni kkdg aku punctual gak. Yelah kan, sampai bila kita nak org kata Janji Melayu tak pun alaaaa Jam org Melayu kan.Ayah aku selalu pesan, jgn bg org tunggu kita, tp biar kita tunggu derang. Means kalau berjanji tu, kalau kul brp tu, better la dtg awal dr waktunya.

Walaupun dia kata dia dtg kul 7, tp aku minta gak ler suh dtg seawal yg mungkin. Dh nak kul 7, dia call lagi kata dia tak dpt dtg awal dari kul 7 sbb dia kena siapkan keje customer dia sbb customer dia dah tunggu lama. Abis tu aku ni sapa? Bukan customer? Aku tak menunggu lama? Padahal dia dah set dah appointment tu ngan aku.

Tup2 kul 7, msg aku kata dia dtg lmbt sbb jam. Yelah, dahler time tu ngan hujan lagi. DLm kul 7 lbh hampir kul 8, dia msg lagi kata tak dpt dtg sbb jam teruk dan insyaallah dia dtg esoknya. Arghh tensen aku. SIa2 jer amik time off, terkejar sana sini. Terus aku bls balik kata takperlah, aku takleh nak janji bg dia dtg esoknya ke tak sbb aku takut jadi cam ari ni lagi dahler aku terpaksa ambik time off.

Skrg ni aku tak decide lagi business card mn plak yg aku pilih. Mujur tak kritikal sngt masalah saliran tu...Aduhai...

Tuesday, February 23, 2010

Woman Better Than Man?



Salam...
Mlm ni baru leh nak nulis2. Yelah siang keje kan...hehehe... Ok, cam biasa pagi td on the way pi keje dgr HotFM, dan cam biasa la kan, HotChat bersama Fara and FBI.

So topik ari ni pasal yg tertulis kat paper pasal pompuan yg menguasai bhgn perkhidmatan awam dan apa pendapat korangkan pasal benda ni. Which one better? Man or woman?

Pada pendapat aku la kan....ni dari kepala aku la kan, bukan kepala org lain la kan....lebih kurang sama jer pompuan ngan laki ni cuma masing2 ada kelebihan dan kelemahan masing2.

Cam lelaki...memang Allah dah anugerahkan derang ni akal lebih dari nafsu kan. Dan lebih sepatutnya derang ni jadi ketua. Dan otak derang pun akal pjg utk pikir idea2 yg lebih bernas, lbh jauh ke dpn dan lbh baik dari pompuan. Tetapi...... kkdg derang ni mudah sgt kalah ngan nafsu derang.

Kalau yg lemah imannya, senang jer digoda dgn pompuan dan harta. Bila sudah tergoda, akan mempengaruhi akal dia dan dgn itu blh menjatuhkan dia balik.

Dan kkdg sbb akal pjg lah, ramai gak benda2 yg buruk berlaku adalah dtg dari org laki. Cuba tgk sekeliling la kan. Kbykn penjenayah pun majoriti lelaki, yg kat pusat serenti pun laki. Sayang sekali sbb derang tak guna akal yg Allah anugerahkan itu dgn sebaik mungkin.

Kalau pompuan plak, tak dinafikan, akal derang pun mantap gak. Kalau tak mantap, takkan la ramai kita tgk pompuan yg pegang jawatan tinggi even kalau tgk seluruh dunia pun kan. Pompuan pandai dan lebih teliti dalam buat sesuatu pekerjaan walaupun bukan semua la kan (cam aku la kan...messy..hehe)

Tp pompuan ni mudah dikuasai oleh emosi. Sbb tu kalau pompuan ni, nangis2 sikit, pujuk2 sikit kita dah lemah kan. Sbb benda2 gini lah kkdg blh mempengaruhi dia dlm pekerjaan dia mahupun dlm kehidupan seharian dia.

Sbnrnya masa dok dgr kat radio td, dlm otak aku ni dok keluarkan byk idea nak tulis kat sini pasal topik ni. Tp bila dah mlm ni, dan bila dah menulis dlm ni, terus dah lupa apa yg nak diperkatakan.

Anyway, itu lah antaranya pendapat aku la kan. Bg diri aku sendiri pun, aku takleh nak ckp yg aku prefer kawan ngan laki banding ngan pompuan ker, or keje ngan laki lagi best ker...Sbb pengalaman diri sendiri, kita takleh nak spesifikkan kata lelaki better than pompuan or vice versa sbb bg aku its depend on that person itself dan kita pun saling memerlukan antara satu sama lain.

Cam nak kata keje ngan laki lbh best dari pompuan. Bg aku tak gak. Sbb aku pernah bekerja di mana aku sorang jer pompuan dlm kelompok laki dan pernah gak keje ngan pompuan sbg supervisor. Kkdg best la kalau kita keje ngan derang sbb byk ilmu dpt, cara derang lain, tak byk sgt main ngan emosi. Tp dlm ramai2 lelaki tu, mesti terselit gak sorang yg jenis suka ambik kesempatan atas org lain cam kita yg buat keje tu, dia kata dia yg buat dan org akan nmpk kita cam tak buat keje. Tp benda ni bukan lelaki jer yg buat, kkdg pompuan pun ada gak. Kalau pompuan, kita akan tgk cara keje dia lebih teliti, lebih detail tp dlm ramai2 tu terselit gak yg keje cincai jer asalkan siap jer. Kkdg org lain yg buat, dia tukar serba sikit, dah claim dia nyer.

Kalau cam ada caller ckp kalau kat kaunter dia lbh suka pilih laki sbb laki lagi tak cerewet banding ngan pompuan. Bagi aku kan, tak gak ler. Sbg org yg biasa berurusan kat kaunter tak kira la kan, kaunter bank ker apa ker kan..asalkan melibatkan kaunter, aku rs depend on siapa org itu bukan apa jantina org itu. Sbb kkdg aku dpt kaunter yg laki jaga, fussy giler, itu tak blh ini tak blh..cam pernah aku nak pi isi borang utk buat loan, dia minta aku isi guna pen hitam tp aku tersilap isi guna pen biru. Dia mintak aku isi semula. Imagine la dahler form tu perlukan tdtgn majikan kan, takkan la aku nak balik semula ofis semata2 tu. Tp sbb dia bosan kot aku dok tanya byk kali knp tak blh serah yg tu jer tak perlu isi balik just because of color, dia pi tanya kawan pompuan dia. Terus jer pompuan tu ckp, accept jer borang tu sbb takat warna tak kritikal pun. Barulah lelaki tu terima borang aku tu.

Dan pernah gak aku berurusan ngan pompuan kat kaunter. Mcm2 kerenah, tp ngan lelaki, rileks jer, senang jer berurusan. Itu yg aku ckp, its not about gender tp siapa org tu.

Kalau nak citer tu byk la kan..Tp kesimpulannya kan, aku rs takder beza pun lelaki or pompuan walaupun bg aku, suppose lelaki lah yg layak utk jadi ketua sbb akal derang yg lbh kan. Tp sbb masing2 ada kelemahan dan kelebihan masing2, so kita saling memerlukan antara satu sama lain utk saling melengkapi supaya hasil yg dpt adalah yg lebih baik...

Dan semoga kita sentiasa tingkatkn diri kita dan jangan mudah terpengaruh ngan nafsu dunia ni...

Quote:
  • "There are three things men can do with women: love them, suffer for them, or turn them into literature." -- Stephen Stills

  • "Men are like a deck of cards. You'll find the occasional king, but most are jacks." -- Laura Swenson

  • "You see a lot of smart guys with dumb women but you hardly ever see a smart woman with a dumb guy." -- Erica Jong

More quotes..

Monday, February 22, 2010

Sudirman - Pelangi Petang



My most feveret lagu dari arwah Sudirman. Setiap kali dgr lagu ni, aku akan rs hiba. Ni aku jumpa youtube sedutan citer Kami. Sedih beb citer ni and aku tak boring tgk citer ni ulang kali.

Pelangi Petang
Artist: Sudirman

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...


Utk download: Click Here





Credit to: sexrocco

Thursday, February 18, 2010

CNY

Cuti 5 hari (Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu (replacement leave utk yg thaipusam)) tp tak pi mn2 pun. Sblm tu, bukan main plan macam2. Nak pi sana, pi sini. but pikir bab drive mls nyer pasal, so last2 cuti hanya lepak kat rumah jer. Nak ajak adik pompuan tu, dia sibuk dok uruskan pasal hal dia nak kawin bulan dpn. So mls nak kacau kan. Ramai yg tanya, tak balik kg ker?? Tak balik la...Kenapa?? Sbb bulan dpn pun nak kena balik kg gak utk kenduri adik. Mls la nak balik byk2 kali kg ni. Kalau kg tu stkt 2,3 jam jer, ok jer nak balik. Tp ni nak balik ajer makan 8 jam, aduhai..tak larat aaa.. Laktu balik sana, dok ngadap muka yg kita tak nak tgk, so wat per kan. Baik la lepak kat umah sendiri, lagi best apa.

Ari Sabtu hanya kuar umah utk pi aerobik, petang plan nak kuar, siap ckp ngan adik balik awal sikit sbb nak guna kete (adik pinjam kete pi kuar main paintball ngan kekawan dia). Dia dah balik awal, tp tak pi ke mana pun. Hehehe...(kalau ada yg tanya, knp tak ikut adik pi main paintball? Jawapan dia, adik aku yg ni, yg laki. Tak mo aku join dia. Sbb geng2 dia geng2 pro yg ada pakaian sendiri. Laktu aku tak kenal pun geng2 dia yg ni. Kalau geng2 sekolah dia dakper gak sbb dari zaman sekolah lagi kitaorg kenal..hehehe)

Ari Ahad kuar pagi utk pi jogging kat Taman Putra Perdana. Sedih aaa tgk taman tu. Dulu masa pi bbrp tahun lepas, lawa jer tmpt tu. Ari tu pi, mcm kurang dijaga. Area lain ok la, tp main area dia yg ada cam tugu tu, cam tak terjaga. Sedih jer tgk tmpt tu. Tp aku still enjoy. Walaupun tak jog mn pun sbb dada sakit dan mls nak larik, tp peluh mencurah2 kuar sbb keadaan geografi yg berbukit2. Penat weh naik bukit turun bukit...huhuhu

Ari Isnin, tak kuar pi jog pun, tp sbb terlampau bosan, kitaorg kuar gak pi The Mines. Sajer nak lepaskan tekanan hidup..hahaha...Benda yg nak dibeli lain, tp end up beli benda lain. Tp beli pun skdr cam benda2 kecik jer. Xder la benda2 besar pun. Aku ni jenis yg tak reti pi shopping complex without nothing to buy in mind. Kalau skdr pi tp takder tujuan, mmg aku tak berminat aa pi. Pi Mines pun sbb nak survey MP3. Dah abis survey tu, terus lah balik. Mls nak lepak lelama tanpa arah tujuan ni.

Ari Selasa pi umah kakak. Kitaorg ni cam biasa la, kalau kebosanan jer, pi la carik budak2 kecik tu. Plan nak bawak derang kuar. Tp masih tanpa arah tujuan. Plan nak bawak derang pi jln2 kat sunway pyramid tgk org main ski ke apa kan. Tp risau gak kalau kedai masih tak bukak sbb CNY. Yelah, pi mines ari tu pun, masih byk kedai belum dibuka. Lepas tu plan nak pi Pusat Sains Negara. Tp call derang, derang kata tgh tutup sehingga 1/4. So last2 borak2, kitaorg nak gi beli pokok bunga. Ajak la ayah budak2 ni sbb dia yg suh pi kedai sekian2. Mula2 tu dia tak nak pi, pujuk nyer pujuk, ok la dia ikut.

Masa nak kuar tu, tanya dia, nak guna kete mana? Dia ckp guna kete dia. Aku happy la kan, sbb kalau guna kete aku means aku yg kena drive...Hehehe...

Anak2 sedara aku ni pantang nmpk kitaorg pi umah derang. Anggapan derang, kitaorg mesti bawak derang kuar. So bukan main happy la kan tgk kitaorg nak kuar. Sibuk dok pujuk kitaorg nak ikut kitaorg pi mana. Siap takut nak masuk umah, yelah in case kalau derang masuk umah, kitaorg dah masuk kete tinggalkan depa kan. Suh pi toilet pun, siap suh adik aku gi temankan. Hahahaha

Si adik yg tgh demam

Proses pujuk kitaorg bg dia ikut pi jln. Si kakak sibuk dok ngorat anak jiran sebelah. Derang siap berjaga kat luar takut kitaorg blah tanpa bawak derang

So bila kitaorg kuar tu happy la dia masa tu. Tp bila tgk first tmpt kitaorg pi adalah nursery, frust giler beb. Masam giler muka derang. Siap bebel2 kata tu bukan tmpt dia nak pi.

Then bila ayah derang bawak gi mkn, siap tak mo turun, siap protes lagi tak mo makan. Bila dipujuk kata lepas ni kita gi main, barulah nak mkn. Tp still ngan muka masam. Bila kitaorg ckp camner nak gi main kalau takder duit. Siap minta ngan ayah dia duit..hehehe

Lepas mkn, abg ipar bawak la pusing2 kejap, tp terus headed ke rumah. So akak bising takut bbdk tu tak puas hati kan selagi tak bawak gi mn2. So kakak suggest singgah ikea pi main kat bawah tu. Abg ipar biasa lah, macam2 la keluh kesahnya, konon susah nak parking la, susah nak u-turn la..mcm2...so bila adik suggest kata balik umah dulu, bg kitaorg ambik kete then bawak bbdk tu pi One Utama, dan2 tu gak dia kata dia nak g beli seluar. Hahahaha....nmpk no jeles... Aku pun lagi lah suka sbb tak perlu nak drive mencari parking..hehehe

Bbdk kecik tu apa lagi, happy la kan sbb bawak gi main. Aku pun apa lagi, teruskan pencarian MP3 ku. At the end of the day, aku berjaya gak dpt satu MP4 Sony dan bbrp batang pokok hasil belian dan jugak ambik kat umah kakak..heheheh


So smlm, aktiviti aku adalah, menjadi penanam pokok. Tp tak pastilah kan, pokok tu berjaya hidup dlm masa brp ari. Maklumlah tgn aku ni bukan jenis tgn yg berjaya menanam pokok...Hehehe


Wednesday, December 30, 2009

Happy New Year 2010

Aku ni dah semakin malas nak memblogging. Bukannya apa, tp byk sgt benda yg dipikirkan dlm kepala. Nak bagi settle satu2 dulu kalau blh sblm new year. Then masuk new year, leh la fresh start kan..

Anyway, in case aku malas nak menulis, so baik aku wish awal2 pada sesapa yg sudi jenguk blog ni (walaupun nan ado..oops..jue thanks).

New year with new resolution..new hope...happy always everybody...



Wednesday, December 9, 2009

Kawan2 Lama

Ari ni dok bukak FB. Member sekolah lama letak la gmbr zaman sekolah dulu2. Punyalah aku belek, kenapa aku takder dlm gmbr tu...Pelik la kan, kenapa aku tak ditag kan....(perasan glamer..hahaha)..

Telek punya telek, baru perasan....camner la aku nak ada dlm filem tu kalau aku pun dah pindah sekolah lain...hahahaha....masa Form 4 aku dah pindah masuk MRSM. Tu gmbr yg kawan aku letak tu gmbr zaman derang Form 5.

Kitaorg ni walaupun sekolah lain2, tp sbb rapat masa sama2 sekolah dulu2, yelah geng2 dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah dan sampai la skrg ni, masih igt la kan antara satu sama lain. Tambah2 plak adanya facebook..dapat la jumpa balik mana2 yg dah lama tak jumpa tu...

Dlm pada tu, aku terperasan la yg sorang kawan aku ni dah meninggal. Sumpah, aku tak tahu langsung pun dia dah takder. Tu aku yg terkejut gak ler kan, bila member aku tulis "Allahyarham" kat nama dia...Sebak seketika sbb masa zaman sekolah dulu aku agak close la gak ngan dia. Cuma bila dah abis belajar, dgr citernya dia dah pindah Pahang. So terus lost contact. Sedih gak la kan..

Dan dua lagi kawan kitaorg pun dah meninggal. Yg ni kitaorg mmg dah maklum. Sorang meninggal sbb sakit kalau aku tak silap. Aku satu kelas ngan dia dari zaman darjah 2@3 lagi.. Igt lagi dia dok panggil aku anak Ibrahim Libya sbb ayah aku nama Ibrahim. Lagipun masa tu tgh hangat ngan kes Arwah Ibrahim Libya...tragedi memali tu..

Sorang lagi arwah meninggal sbb accident. Sedih gak ler dgr bila dpt berita dia meninggal ni. Ni pun satu kelas ngan aku dari Form 1 lagi.

Dah tua2 ni, biasalah kan, sorang2 akan pergi. Tgk gmbr zaman sekolah2 dulu, teringat time tu. Macam2 suka duka ada. Gelak ketawa, gaduh, gossip...hehehehehe...Aku rs zaman belajar lah zaman yg paling best dlm hidup...

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

To all Muslim friends,

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!!


Thursday, November 19, 2009

Internet Connection OK

Alhamdulillah...ari Selasa ari tu, balik keje, tetiba teringat kat internet. So minta adik on kan modem, check ada connection ke tak. Dan yippieeee....internet dah ada...So apa lagi mlm tu kitaorg happy surfing la kan.


Dan dunia kami akan cerah kembali...hehehe...Tp smlm bz tak dpt la nak update blog.

Tuesday, November 17, 2009

Esok cuti


Esok aku cuti..So tak dapat la nak update blog. Almaklumlah internet lom dpt lg. Anyway, tak sabar esok sbb adik dtg..Makin meriah la umah tu. Nak2 anak2 sedara pun nak dtg lepak situ.


Gangguan

Pg td dok borak2 ngan kekawan pasal gangguan setan dan amalan yg patut kita lakukan sbg ibadah dan jugak seantara dgnnya. Then member pun bukak citer pasal diri dia. Dan dlm masa yg sama aku pun bukak citer gak.

Sbnrnya yg jadi kat aku ni dah lama gak ler. Tak silap bermula tahun 2001, pi umah kawan, dan kakak dia yg leh nmpk benda2 ghaib ni bisik kat kawan. Dia pesan suh aku carikan ustaz sbb dia nmpk something ikut aku. Tp aku hanya anggap cam nothing la kan...

Then thn berikutnya, mcm2 la jadi kat aku. Dari aku terasa cam ada benda kat sekeliling aku (kkdg terasa cam ada something kat sblh, bila pusing, takder plak, kkdg nmpk something tp bila tgk betul2, xder plak), tindih menindih, mimpi benda2 pelik, dok antara realiti or tidak..mcm2 la kan..

Antara yg aku tak sure di alam realiti ke tidak, waktu aku tidur mlm, dlm gelap tu, aku nampak someone bukak pintu, pegang baby, then dia letak baby tu blkg aku yg tgh tidur mengiring. Then aku terasa panasnya baby tu seolah ada manusia yg dok sblh aku. Tp aku paksa diri aku utk berpusing ngadap baby tu sambil baca ayat yg patut, dan paksa utk bukak mata. Walaupun agak susah masa tu dgn bacaan Kursi pun cam berterabur sbb mulut ni cam terkunci, tp aku paksa gak. Syukur lah kan, bila mata leh bukak tu, aku pusing, takder pun benda2 tu semua.

Selain tu kejadian aneh bila aku tidur dgn pakai pakaian lain, bila bgn pg esoknya, lain plak baju yg aku pakai. Kerap gak kejadian ni berlaku. Tp aku hanya anggap benda ni jadi mungkin sbb aku sleepwalking ke, ngigau ke apa kan...X nak pikir benda2 lain.

Tp one time bila dah kerap sgt, member2 pun dok bising2 suh jumpa ustaz, so aku pi la kan ke Darul Syifa'. Tp tak cerita lebih la kan, biasa2 jelah kan....tp masa jumpa ustaz tu, dia ada la tanya kan sama ada aku ni ada pakai tangkal or amalkan ilmu apa2. Aku ckp mn la aku amalkan benda2 pelik or mistik gitu. Ustaz tu ckp, badan aku ni panas, dari sini (sambil letak tgn dia kat dpn badan dia) dah leh rs panasnya badan aku. So ustaz tu bg no dia, suh buat appointment, dia nak tgk umah sekali. Tp tu la aku ni anggap mudah, so tak call pun balik ustaz tu.

Lepas tu pun, aku wat derk jer. Sbb bagi aku mungkin apa yg terjadi pada diri aku ni sekadar silap aku sendiri bukan benda lain. Sampai la akhir tahun lepas, mata aku tetiba bengkak dan lebam sebelah mata. Macam2 pakar perubatan aku jumpa, dah scan byk kali dah, semua pakar tak jumpa apa sbb mata aku jd gini. Yg derang pelik sbb aku langsung tak rs sakit. Derang pun cam pening kepala, nak bg ubat apa pun tak tahu sbb tak tahu apa puncanya.

Masa aku balik kg, aku citer la kat akak aku. Akak aku ajak la jumpa jiran lama dia yg dikatakan blh nmpk la benda2 ghaib. So dari tilikan dia, dia kata ada makhluk hitam (jin ke setan ker, aku dah lupa) ni dok menempel kat diri aku. means sentiasa ikut aku. Sometimes dia masuk dlm badan, sometimes tidak. Dan apa yg dia ckp tu, cam kkdg aku akan tetiba rs nak marah semua, agak betul la kan. So dia bg air bacaan ayat suci al-quran suh aku minum.

Aku amalkan la..tp cam acuh tak acuh la kan. Sampai la makin teruk bengkak ni (dari skdr bengkak dah jadi cam lebam2 kena tumbuk org), Aku pi jumpa seorg ustaz ni. So dia tgkkan apa yg patut, baca apa yg patut, then dia bagi air utk mandikan dan minum. Pesan dia tak yahlah pi jumpa pakar2 lagi sbb derang pun dah tak blh wat per. Tp bila aku tanya sbb apa, dia tak mo ckp.

So balik tu aku amalkan then kebetulan aku pi bercuti ke Penang, aku lupa bawak, so aku cam abaikan sikit la kan. Masa sehari dua aku amalkan, nmpklah perubahan sikit kat mata aku ni. Tp bila dah lama tak amalkan, on off la jadinya penyakit kat mata ni. Mmg kalau sapa2 tanya, aku jawab jer kata dah jumpa Dr, semua suh aku jumpa bomoh plak, even org2 Cina pun. Derang ckp, kalau Dr takleh, cuba la jumpa bomoh plak.

Sampai la pagi td, kawan ajak pi jumpa ustaz utk tgk diri dia sbb ada org ckp, ada org pernah kenakan dia masa dulu2, so aku pi jumpa lagi sekali ustaz yg aku pernah jumpa dulu tu.

Kali ni aku cerita kat dia dari A hingga Z pasal apa yg pernah aku alami sblm2 ni sampai la skrg. Sbb dulu aku hanya citer pasal mata aku yg bengkak ni jer. Lps dia baca apa yg patut, rawat apa yg patut, cam biasa dia suh aku mandi dan minum air yg dia dah baca ngan ayat suci Al-Quran tu. Aku tanya dia sbb apa, mula tu dia tak mo ckp. Bila dipaksa dan ditwist sikit, ustaz tu ckp gangguan tu daripada setan. Yg bengkak kat mata pun tu adalah gangguan setan. Bila aku tanya, tu gangguan sbb org bg ke apa, dia kata jgn pikir semua tu. Aku tanya bila start kena ganggu ngan setan, dia ckp start aku mula rs semua2 tu. Dan sama gak dgn jiran lama akak pernah ckp, benda tu kkdg masuk dlm badan, kkdg dok kat luar jer. So utk protect diri, doa byk2 ngan Allah, dan amalkan sapu air tu kat muka, kepala dan sekeliling dia supaya setan tu tak kacau lagi. Dan renjis air tu dlm rumah supaya dia tak dtg lagi.

Selama ni aku mls nak percaya sgt benda2 ni semua sbb bg aku apa yg berlaku adalah sbb diri aku sendiri, bukan sbb org lain. Tu yg aku ckp ngan ustaz td, aku just nak confirm kan lah, kalau benda2 ni terjadi sbb diri aku sendiri, aku akan cuba ubah supaya xjd lagi, tp kalau berlaku sbb gangguan setan, aku nak lah berubat kan.

So skrg ni, aku harap aku dpt amalkan apa yg ustaz tu suruh sebaik mungkin, dan semoga aku akan sihat walafiat. Insyaallah