Showing posts with label sudirman. Show all posts
Showing posts with label sudirman. Show all posts

Monday, February 22, 2010

Sudirman - Pelangi Petang



My most feveret lagu dari arwah Sudirman. Setiap kali dgr lagu ni, aku akan rs hiba. Ni aku jumpa youtube sedutan citer Kami. Sedih beb citer ni and aku tak boring tgk citer ni ulang kali.

Pelangi Petang
Artist: Sudirman

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...


Utk download: Click Here





Credit to: sexrocco

Sudirman Dlm Kenangan


Pagi td dlm Hot Chat Pagi bincang pasal arwah Sudirman. Sempena memperingati arwah meninggal pada 22 Februari 1992 (betulkan?). Dan topiknya adalah apa shj yg melibatkan arwah dlm hidup korang.

So for me, aku ni mmg peminat dia lah kan. Semua lagu2 dia aku suka. Kartun dia aku suka baca. Movie dia Kami pun aku suka tgk sampai nangis2 aku tgk (sampai skrg pun kalau tgk...nak2 bila pikir dia dah takder kat dunia ni..huhuhu). Kiranya lagu dia tu evergreen la bg diri aku. Tak puas utk didgr. Bg aku, takder artis lain yg leh celen dia. Talent dia superb beb.

Kalau nak tahu....aku pernah la dulu plan nak htr surat kat dia, minta dia jadi abg angkat aku (hahahahahaah..gelak guling2 ni). Bukan apa...dia kan kaya raya, aku ni org miskin. Memang miskin betul la time tu. Aku ni kan, nama je peminat, tp mn pernah beli apa2 brg dia pun. Mana mampu beb. TV pun masa tu harap beli TV yg org lain dah tak nak. Time ada tv tu, aku leh la tgk citer2 feveret aku kan. Tp bila time tv dah kong, terpaksa lah menumpang kasih kat umah org. Kalau jiran baik hati, dia layan jer kehendak aku nak tgk channel mana. Time dia mls nak layan, kenalah tgk jer channel apa yg jiran pasang. Yelah..nama pun menumpang kasih tv org kan.

Berbalik citer td, dulu2 pikir, kalau arwah sudi jadi abg angkat aku, at least dapat la dia tolong aku satu keluarga. Walaupun sikit at least ok la kan lagipun arwah tu kan pemurah..hehehe...Tp aku tak htr pun surat tu. Mana aku nak cekau duit nak beli setem ngan sampul surat beb. Duit pi sekolah pun bawak 30 sen jer tiap2 hari. Tupun cukup la utk beli keropok ngan air time rehat.

Masa tahu arwah sakit dan meninggal, mmg sedih aa gak. Sbb cam hilang sebutir bintang kat negara kita ni. Ada ke artis cam dia skrg ni? Rsnya takder kan. Dgn siap ada business sendiri bagai...Bagi aku dia mmg seorg yg berjaya.

Sempena memperingati beliau, jom kita hadiahkan Al Fatihah kat arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan semoga Allah tempatkan dia di tempat org2 yg soleh. Amin....Al Fatihah