Showing posts with label HotFM. Show all posts
Showing posts with label HotFM. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

Woman Better Than Man?



Salam...
Mlm ni baru leh nak nulis2. Yelah siang keje kan...hehehe... Ok, cam biasa pagi td on the way pi keje dgr HotFM, dan cam biasa la kan, HotChat bersama Fara and FBI.

So topik ari ni pasal yg tertulis kat paper pasal pompuan yg menguasai bhgn perkhidmatan awam dan apa pendapat korangkan pasal benda ni. Which one better? Man or woman?

Pada pendapat aku la kan....ni dari kepala aku la kan, bukan kepala org lain la kan....lebih kurang sama jer pompuan ngan laki ni cuma masing2 ada kelebihan dan kelemahan masing2.

Cam lelaki...memang Allah dah anugerahkan derang ni akal lebih dari nafsu kan. Dan lebih sepatutnya derang ni jadi ketua. Dan otak derang pun akal pjg utk pikir idea2 yg lebih bernas, lbh jauh ke dpn dan lbh baik dari pompuan. Tetapi...... kkdg derang ni mudah sgt kalah ngan nafsu derang.

Kalau yg lemah imannya, senang jer digoda dgn pompuan dan harta. Bila sudah tergoda, akan mempengaruhi akal dia dan dgn itu blh menjatuhkan dia balik.

Dan kkdg sbb akal pjg lah, ramai gak benda2 yg buruk berlaku adalah dtg dari org laki. Cuba tgk sekeliling la kan. Kbykn penjenayah pun majoriti lelaki, yg kat pusat serenti pun laki. Sayang sekali sbb derang tak guna akal yg Allah anugerahkan itu dgn sebaik mungkin.

Kalau pompuan plak, tak dinafikan, akal derang pun mantap gak. Kalau tak mantap, takkan la ramai kita tgk pompuan yg pegang jawatan tinggi even kalau tgk seluruh dunia pun kan. Pompuan pandai dan lebih teliti dalam buat sesuatu pekerjaan walaupun bukan semua la kan (cam aku la kan...messy..hehe)

Tp pompuan ni mudah dikuasai oleh emosi. Sbb tu kalau pompuan ni, nangis2 sikit, pujuk2 sikit kita dah lemah kan. Sbb benda2 gini lah kkdg blh mempengaruhi dia dlm pekerjaan dia mahupun dlm kehidupan seharian dia.

Sbnrnya masa dok dgr kat radio td, dlm otak aku ni dok keluarkan byk idea nak tulis kat sini pasal topik ni. Tp bila dah mlm ni, dan bila dah menulis dlm ni, terus dah lupa apa yg nak diperkatakan.

Anyway, itu lah antaranya pendapat aku la kan. Bg diri aku sendiri pun, aku takleh nak ckp yg aku prefer kawan ngan laki banding ngan pompuan ker, or keje ngan laki lagi best ker...Sbb pengalaman diri sendiri, kita takleh nak spesifikkan kata lelaki better than pompuan or vice versa sbb bg aku its depend on that person itself dan kita pun saling memerlukan antara satu sama lain.

Cam nak kata keje ngan laki lbh best dari pompuan. Bg aku tak gak. Sbb aku pernah bekerja di mana aku sorang jer pompuan dlm kelompok laki dan pernah gak keje ngan pompuan sbg supervisor. Kkdg best la kalau kita keje ngan derang sbb byk ilmu dpt, cara derang lain, tak byk sgt main ngan emosi. Tp dlm ramai2 lelaki tu, mesti terselit gak sorang yg jenis suka ambik kesempatan atas org lain cam kita yg buat keje tu, dia kata dia yg buat dan org akan nmpk kita cam tak buat keje. Tp benda ni bukan lelaki jer yg buat, kkdg pompuan pun ada gak. Kalau pompuan, kita akan tgk cara keje dia lebih teliti, lebih detail tp dlm ramai2 tu terselit gak yg keje cincai jer asalkan siap jer. Kkdg org lain yg buat, dia tukar serba sikit, dah claim dia nyer.

Kalau cam ada caller ckp kalau kat kaunter dia lbh suka pilih laki sbb laki lagi tak cerewet banding ngan pompuan. Bagi aku kan, tak gak ler. Sbg org yg biasa berurusan kat kaunter tak kira la kan, kaunter bank ker apa ker kan..asalkan melibatkan kaunter, aku rs depend on siapa org itu bukan apa jantina org itu. Sbb kkdg aku dpt kaunter yg laki jaga, fussy giler, itu tak blh ini tak blh..cam pernah aku nak pi isi borang utk buat loan, dia minta aku isi guna pen hitam tp aku tersilap isi guna pen biru. Dia mintak aku isi semula. Imagine la dahler form tu perlukan tdtgn majikan kan, takkan la aku nak balik semula ofis semata2 tu. Tp sbb dia bosan kot aku dok tanya byk kali knp tak blh serah yg tu jer tak perlu isi balik just because of color, dia pi tanya kawan pompuan dia. Terus jer pompuan tu ckp, accept jer borang tu sbb takat warna tak kritikal pun. Barulah lelaki tu terima borang aku tu.

Dan pernah gak aku berurusan ngan pompuan kat kaunter. Mcm2 kerenah, tp ngan lelaki, rileks jer, senang jer berurusan. Itu yg aku ckp, its not about gender tp siapa org tu.

Kalau nak citer tu byk la kan..Tp kesimpulannya kan, aku rs takder beza pun lelaki or pompuan walaupun bg aku, suppose lelaki lah yg layak utk jadi ketua sbb akal derang yg lbh kan. Tp sbb masing2 ada kelemahan dan kelebihan masing2, so kita saling memerlukan antara satu sama lain utk saling melengkapi supaya hasil yg dpt adalah yg lebih baik...

Dan semoga kita sentiasa tingkatkn diri kita dan jangan mudah terpengaruh ngan nafsu dunia ni...

Quote:
  • "There are three things men can do with women: love them, suffer for them, or turn them into literature." -- Stephen Stills

  • "Men are like a deck of cards. You'll find the occasional king, but most are jacks." -- Laura Swenson

  • "You see a lot of smart guys with dumb women but you hardly ever see a smart woman with a dumb guy." -- Erica Jong

More quotes..

Monday, February 22, 2010

Sudirman Dlm Kenangan


Pagi td dlm Hot Chat Pagi bincang pasal arwah Sudirman. Sempena memperingati arwah meninggal pada 22 Februari 1992 (betulkan?). Dan topiknya adalah apa shj yg melibatkan arwah dlm hidup korang.

So for me, aku ni mmg peminat dia lah kan. Semua lagu2 dia aku suka. Kartun dia aku suka baca. Movie dia Kami pun aku suka tgk sampai nangis2 aku tgk (sampai skrg pun kalau tgk...nak2 bila pikir dia dah takder kat dunia ni..huhuhu). Kiranya lagu dia tu evergreen la bg diri aku. Tak puas utk didgr. Bg aku, takder artis lain yg leh celen dia. Talent dia superb beb.

Kalau nak tahu....aku pernah la dulu plan nak htr surat kat dia, minta dia jadi abg angkat aku (hahahahahaah..gelak guling2 ni). Bukan apa...dia kan kaya raya, aku ni org miskin. Memang miskin betul la time tu. Aku ni kan, nama je peminat, tp mn pernah beli apa2 brg dia pun. Mana mampu beb. TV pun masa tu harap beli TV yg org lain dah tak nak. Time ada tv tu, aku leh la tgk citer2 feveret aku kan. Tp bila time tv dah kong, terpaksa lah menumpang kasih kat umah org. Kalau jiran baik hati, dia layan jer kehendak aku nak tgk channel mana. Time dia mls nak layan, kenalah tgk jer channel apa yg jiran pasang. Yelah..nama pun menumpang kasih tv org kan.

Berbalik citer td, dulu2 pikir, kalau arwah sudi jadi abg angkat aku, at least dapat la dia tolong aku satu keluarga. Walaupun sikit at least ok la kan lagipun arwah tu kan pemurah..hehehe...Tp aku tak htr pun surat tu. Mana aku nak cekau duit nak beli setem ngan sampul surat beb. Duit pi sekolah pun bawak 30 sen jer tiap2 hari. Tupun cukup la utk beli keropok ngan air time rehat.

Masa tahu arwah sakit dan meninggal, mmg sedih aa gak. Sbb cam hilang sebutir bintang kat negara kita ni. Ada ke artis cam dia skrg ni? Rsnya takder kan. Dgn siap ada business sendiri bagai...Bagi aku dia mmg seorg yg berjaya.

Sempena memperingati beliau, jom kita hadiahkan Al Fatihah kat arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan semoga Allah tempatkan dia di tempat org2 yg soleh. Amin....Al Fatihah

Thursday, February 11, 2010

Cina

Sempena ngan Tahun Baru Cina, ari ni nyer topic utk Hot ChatPagi radio HotFM adalah pasal Cina. Anything yg melibatkan Cina. So sempena tu gak, aku nak citer la pasal diri aku yg melibatkan pasal Cina.

1 - Masa aku Form 1 dulu, ada la sorang mamat Cina ni. Masa tu dia masih kat Kelas Peralihan (khas utk bbdk dari sekolah rendah Cina, so kena stay kat kelas ni for one year bf masuk Form 1..tp rsnya skrg dah takder dah kot) tp kalau ikutkan umur, sama baya la kan. Aku pun tak tahu la kenapa dia minat sangat kat aku ni kan, sampai tak larat nak melayan kerenah dia. Laktu at that time, aku ni cashier aka pelayan kat Koop sekolah. So everytime dia masuk situ, dia tak mo org lain yg layan dia, nak gak aku yg layan dia...bosan sih...mujur bila masuk F2, dia dah stop dah...

2 - Masa kat uni dulu, aku prefer kawan ngan bbdk laki Cina. Kenapa? Sbbnya aku bosan ngan bbdk laki Melayu time tu. Pantang kitaorg panggil depa padahal nak tanya hal study kan, tak pun apa2 hal la kan, terus terperasan... Ala2 konon kita ni suka depa la..aduhai..bosan sih... Laktu pantang kita rapat sikit, ada la ckp yg bukan2. Padahal kita anggap tak lebih dari kawan. Laktu bbdk Cina ni yg bestnya, kitaorg minta tlg apa, derang ok jer terutama bab study. Time lab, kalau aku ngan the gang ada masalah, depa ni la yg tlg kitaorg, tunjuk ajar kitaorg camner nak settlekan. Sampai lecturer pun cam pelik kenapa kitaorg close ssgt. Dan kitoarg perasan setiap kali kitaorg bergurau mesra ngan bbdk Cina, mesti geng2 laki Melayu pandang semacam jer. Aku rs selesa ngan derang sbb ngan derang ni tak perlu melibatkan perasaan. Yelah, bangsa berlainan, mesti derang pun tak nak kat aku, aku pun tak nak depa, so tak perlu melibatkan perasaan. Stkt gurau senda, main2 kan biasalah. Tp kalau melayu, bahaya, terus perasan kata kita suka derang
Satu lagi, kenapa aku suka kawan ngan derang, sbbnya, derang byk tlg aku study. Rugi la plak kalau pikir skrg kan. Yelah time dulu aku pemalas giler. Tak gunakan sepenuhnya bantuan yg derang bagi. Derang ni, time aku ada masalah assignment ke apa, derang akan tlg. Tak lokek tul ngan ilmu derang. Even kalau masalah programming, siap bg yg derang nyer utk kita tgk sbg cth camner nak buat. Tp kalau ngan budak Melayu, aduhai, kedekut giler beb. Tp yg tensennya, kawan2 Melayu aku cam kkdg pulaukan aku konon suh la aku lepak ngan kekawan Cina aku tu...Tp time derang perlukan apa2 ngan bbdk Cina ni, suh aku gak pi korek ngan depa. Geram la kan...

3 - Masa aku mula2 keje as Engineer..tmpt keje aku adalah company Cina. I'm the only female and malay engineer at that company. Yg lain semua Cina dan semua jantan. In that company, only 4 of us were Malay. Tp 3 of them adalah technician and lelaki. So nak tak nak terpaksalah aku kawan ngan bbudak pompuan Cina ngan India. Best dan tak best ada gak. Tak best bila masuk meeting derang ckp Cina. Sampai aku merajuk, tak mo masuk meeting. So derang minta maaf pasal tersasul, lupa pada aku, so derang terpaksa guna bahasa Melayu walaupun sesama derang. Heheheheh....
Dan time ni gak ler, aku selalu dok ikut member2 pompuan ni pi pasar Cina pepagi dan gi beli no ekor. Hehehe..tp derang ni ok. Time beli no ekor, tak bg aku masuk kedai tu, dok tepi dan luar kedai sajer. Derang kata nanti aku kena tangkap sbb aku muslim. Hahaha...Pengalaman pi pasar cina, aku geli beb tgk derang jual katak besar2 dlm sangkar. Aku terpandang jer sangkar tu, berlarik aku kuar dari pasar tu.

4 - Masa aku menyewa dulu, aku kenal sorang classmate master aku yg then dia jadik housemate aku. Masa dok borak2 ngan dia, dia citer pasal pengalaman dia minta keje. Masa dia bercerita yg first time dia minta keje kat tmpt tu, dia guna nama lain. 2nd time dia guna nama lain plak. Aku heran la, pesal plak gitu. Then baru aku tahu, housemate aku ni Cina mualaf. Derang satu famili convert masuk Islam. Sememangnya derang satu famili dah biasa hidup as "Melayu" dari dulu lagi. Org yg paling happy bila semua org masuk Islam adalah adik dia sbb katanya adik dia dah lama mengidam nak belajar menggaji Al Quran. Syukur alhamdulillah. Pengalaman indah yg dia kongsi ngan aku pasal hal dia satu famili.

5 - Masa aku menyewa dulu, tuan umah tu Cina. One day, dia call aku, katanya lawyer umah akan dtg investigate umah sewa tu sbbnya dia plan nak refinance umah dia. Yg kelakar sbb dia minta aku mengaku sbg cousin dia. Dia tak nak lawyer tu tahu yg dia jadikan rumah tu rumah sewa. Kalau aku ni muka Cina dakpelah gak kan, ni muka sah2 muka Melayu. Tp aku terpaksa gak ler ckp kat lawyer tu kata aku bersaudara ngan tuan rumah. Kononnya tuan rumah minta aku tlg jaga rumah dia. Hehehe..tp tuan rumah ni baik giler. Setiap kali raya, mesti dia selitkan kad raya kat dlm post box kitaorg. Kitaorg jer yg tak wish apa2 kat dia..huhuhu

Itulah antara pengalaman aku. Byk gak sbnrnya tp yg ni yg paling aku igt. Anyway, kita ni hidup dlm satu negara dgn pelbagai kaum. Hopefully jgn la kita gaduh2 ke apa kan, semoga kita semua hidup saling hormat menghormati dan aman damai. Walaupun siapa kita, kita ni sama jer, makhluk yg dijadikan oleh Yang Maha Esa.

Hidup 1Malaysia... dan...... Selamat Tahun Baru Cina pada semua bangsa Cina ;)

p/s: Paling suka time CNY adalah dpt tgk tarian naga...suka bunyi gendang2 itu..hehe

Wednesday, February 10, 2010

Jgn buat ku tertanya2...

Cam biasa la kan pagi2 selalu dok dgr HotFM sbb peminat setia dia ada kat sblh aku pepagi dan setiap petang kan. So kalau pagi jer, mesti ada topik yg diperdebatkan. So cam pagi td, derang nyer topik pasal kes askar yg dpt message dari tunang yg kata majlis kawin derang dibatalkan sedangkan lagi dua hari nak nikah. Ntah apa2 tul la mamat tu. Tak pasal2 malu semua org. Tp syukurlah kan sbb org kg tak pandang serong kat pompuan tu.

Dlm byk2 caller tu, ada sorang caller ni bercerita pasal pengalaman dia ngan ex boifren dia. So dia ckp la kenapa lelaki tu takleh berterus terang dari awal..means, kalau suka ckp jelah suka, kalau tak suka ckp jer tak suka.

Aku suka kata2 tu. Sbbnya aku pun jenis yg suka kalau org tu berterus terang. Aku pantang tul la kalau nak suh aku assume sendiri. Nak suh kita paham2 sendiri. Aku lebih suka, kalau hang suka aku, ckp kata suka aku, kalau tak mo, dakpelah.

Kkdg kalau jenis assume2 sendiri ni bahaya. Kalau kita assume tp mmg betul dia suka kita dakpelah kan. Tp selalunya bila pompuan ni, tgk laki layan bagusssss punya, kita pun dah perasan cam dia suka kita, tup2 rupanya dia anggap kita ni kawan je, tak pun adik jer ke..

Aku pernah alami sendiri lah benda2 ni. Bercerita atas pengalaman sendiri.

Pengalaman pertama - Aku pernah la suka ngan sorang brader ni masa aku bljr dulu. Kiranya dia ni tahap senior la kan. Tp sbb dia tukar course dari ambik Medic, tukar Engineering so dia jadi la same batch ngan aku. Aku tak pernah rapat ngan dia pun sbb dia close ngan member aku ni. Member aku ni mmg suka sama dia. Derang ni close sampai la derang ni keje. Berthn2, ada kot dlm 3 thn kerja, derang still rapat. Sentiasa call la cam pakwe makwe. So sampailah kawan aku ni famili dia nak kenalkan dia ngan seseorg. Tp member ni plak tak tahu mamat ni suka ke idak ngan dia sbnrnya sbb bila member ni bercerita pasal famili nak kenalkan ngan org lain, cam takder plak ciri2 cemburu, siap galakkan lagi. Padahal dia layan kawan ni cam awek dia. So member pun ngadu ngan kitaorg. So kitaorg plan la....aku cuba rapatkan diri ngan mamat ni sampaila aku pun agak close la ngan dia. Selidik punya selidik, rupanya mamat ni kata dia anggap kawan aku tu just kawan biasa jer. Member punyalah sedih, terima la pilihan keluarga tu. Abis pasal kawan aku, terkena kat aku plak. Tp bab aku ni lain plak. Dia jer asyik dok kata aku ni suka dia, rindu dia bla bla bla la kan...Kkdg aku rs cam apa dia ckp tu, cam aku yg terhegeh2 kat dia. Tensen gak la aku kan. Tp kat kawan aku (derang still rapat walaupun kawan aku dah terima org lain) dia dok kata aku yg jual mahal, dia suka dan sayang giler kat aku..mcm2 la kan. Sampaikan kawan aku tuduh aku ni ada org lain la, mcm2 la kan. Sedih gak aku. Tp setiap kali call dia, itulah yg dia ckp kat aku. Konon ala2 aku plak terhegeh2. Tak larat aku melayan kerenah mamat tu, so aku pun memblahkan diri. Blh plak dia yg frust konon aku ni tinggalkan dia la mcm2. Bengong tul la mamat tu. Geram tu geram la kan...kalau suka, pesal tak ckp jer ko suka aku, ni dpn aku tuduh aku mcm2, tp blkg, lain plak citer.

Pengalaman kedua - Aku close la ngan abg pada close fren aku. Mulanya famili dia terkejut gak camner kitaorg leh rapat sbb kononnya abg dia tu budak baik yg tak layan pompuan la kan...Tp rupanya idak la gitu pun. Hehehe....dulu pernah la gak terfeeling kat dia. Maklumlah dia layan aku cam bagussssss sgt. Nak2 plak aku mmg rapat ngan derang satu famili kan. Tp bila kenal dia betul2, aku dpt la hapuskan feeling tu. Kenapa aku rs gitu??? Sbbnya, itulah sikap dia. Mmg jenis layan pompuan bagusssss jer. Masa awal2, aku cam pelik gak ler. Pesal la ramai sgt pompuan dok tergila2 kan dia. Rupanya mmg dia ni kalau layan pompuan, sampai kenal ngan mak ayah pompuan tu, rapat sampai ngan adik beradik pompuan tu. Pompuan biasalah kan, bila dah laki tu sanggup jumpa mak ayah, rapat ngan adik beradik sampai kkdg ajak adik beradik kuar sesama, tak ke cam feeling laki tu suka dia? Padahal bila aku tanya pompuan2 tu semua tu awek ke, dia ckp semua tu kawan dia jer. Dia tak feeling lebih pun kat semua2 tu. Sbb aku tgk semua tu lah, aku rs cam ishhhhh ni jgn harap la kalau laki nak suh aku assume2 sendiri. Kalau aku perasan sorang2, tup2 rupanya dia layan aku as friend jer, tak ke malu. Sbb tu bagi aku, selagi tak ckp kat aku, dia suka aku, aku mmg layan semua laki seolah2 dia mmg takder perasaan langsung kat aku. Senang daripada aku dok feeling sorang2 tup2 dia takder pun feeling apa2 ngan aku.

Pengalaman ketiga - ngan ex aku. Aku dah byk kali ckp ngan dia, kalau tak nak aku, ckp jer tak nak aku. Jgn biar aku cam org bodoh jer. Aku sbnrnya dah byk kali dah dgr dia ada org lain dari kkwn dia sendiri. Aku mmg close ngan kkwn dia pun. Even sampai mak bapak derang pun. Aku ni jenis yg lbh suka dgr dari dua blh pihak. So cam kawan dia dok kata dia ada org lain, aku akan tanya dia balik ngan cara elok. So dah dia tak mo ngaku, fine lah..Kalau dia menipu, dia yg berdosa kan..Lantak dia lah kan. Tp yg aku bengkek sbbnya, dia buat derk jer kat aku. Cam takder apa2. Tp bila kete aku ada kat umah kawan dia ker (kitaorg suka kuar ramai2, then kalau aku letih, kkdg kawan dia htr aku guna kete aku then bawak balik kete aku ke rumah derang, lagipun derang tu dok ngan famili masing2), dia cukup marah. TAkpun apa2 jelah yg berlaku kat aku, dia marah. Tp buat aku cam org bodoh je kan. Kkdg tak bercall pun. TP bila suh tinggal kita, tak mo. Mujur tak kawin kan..kalau tak cam gantung tak bertali jer..hahahaha. Lepas bbrp kali dok uh ah sana sini...last2 dia ckp cam ala2 kitaorg ni dah takder apa2. Aku pun lega jelah kan. Aku mmg mls nak melayan perasaan ni..buat abis masa aku jer kan. Tp bila arwah mak aku meninggal, aku inform kawan dia, marah aku balik. Konon pesal ckp kat kawan dia, pesal tak ckp kat dia. Aku pun pelik la kan, kata aku ngan dia dah takder apa2. Pesal dia nak marah2 aku plak. Gitulah jadinya...sampai la one day, kitaorg kuar ngan kawan aku sekali. Ada ke leh ckp dia cam tak tahu nak buat pilihan sama ada aku or awek baru dia. Aku gelak jelah sbb mls nak layan. Kawan aku la yg membara. So aku mls nak melayan cekadak dia lagi, aku just tanya dia betul2, nak ke tak nak aku lagi. So bila dia confirm kata dia tak nak aku lagi, so aku pun lega lakan. Bosan la ngan org cenggini. Kalau nak, buat la cara elok2. Kalau tak nak pun, ckp la elok2. ni buat kita tertanya2 sendiri.
Tp yg kelakar bila tgk kita cam ok jer, cam tak berperasaan, siap blh kawan ngan dia ok jer cam seolah kitaorg takder apa2, dia plak yg cam giler talak. Sebar citer kat kekawan dia yg aku plak yg dok giler kat dia. Kelakar tul. Tahu pun sbb kawan dia call aku kata suh aku lupakan jer dia sbb aku yg tinggalkan dia. Rupanya dia sudah create citer lain. Hahahaha... Aku mampu gelak jer sbb bagi aku tak yah lah layan org cenggini. Buat penat badan jer


Bagi aku senang jer...kalau sesapa suka aku, berterus terang jelah. Aku ni jenis straight fwd. Bukannya jenis nak perasan sorang2. Cam masa aku bljr dulu2 pun, time aku masuk kelas ker, pi cafe ker, pi kedai ker, geng2 classmates laki aku dok usha2, dok panggil2 nama aku, aku wat derk jer cam org takder perasaan. Sampai kawan aku ckp, eh, knp cam tak layan jer derang dok usha2 tu. Aku ckp la, nak suh aku wat camner? buat muka malu tersipu2? Aku bukan jenis gitu.

Kesimpulannya, bg pendapat aku la kan, apa2 hal pun, baik ckp jelah. Tak kira la laki ke pompuan ke. Kalau tak mo, dah ada org lain, apsal tak ckp awal2. Senang takder la sapa2 malu. Dan jgn plak kalau pihak sini kata dia dah ada org lain, suh batalkan jer. Tp pihak sana tak mo, terhegeh2 gak buat majlis padahal pihak satu lagi tu dah ckp awal2 lagi. Sajer peel kan. Lepas tu claim org tu tak tunai janji. Kalau sblm kawin, dah nampak pincang, baik la jgn kawin. Jgn dipaksa. Nanti lepas kawin, baru jer kawin brp hari, dah bercerai berai. Tak ke malu...