Showing posts with label activities. Show all posts
Showing posts with label activities. Show all posts

Tuesday, July 19, 2011

Dulu Lain, Skrg Lain

Dulu tu cam lamaaaaaaaaaaaaa ssgt yek. Padahal dulu tu maksudnya sejam dua tadi jer pun.

Td waktu lunch member call ajak makan free kat bawah. Tp ragu2 nak accept sbb perut kenyang lagi, lagipun plan nak pi gym kat basement ofis ni. Yelah, takkan perut kenyang2, nak pi exercise plak kan. Termuntah nanti kan. Bila dah terasa confirm yg mmg tak nak join mkn, so tolak ajakan kawan tu dan terus pi gym.

Sempat la kuar peluh dalam stgh jam time lunch tu. Stgh jam lagi aku spend utk mandi dan juga tukar lace kasut. Hehehehehe

image

Masuk jer bilik ni, duduk jer kat tmpt sendiri…..adussssssssss berapa terasa betapa laparnya perut ni.

image

Sah2 kena carik mkn. Dahler takder kawan ni nak ajak mkn. Nak kena gi tgk bawah la apa yg ada kat cafe tu. Lapar sihhhhh

Thursday, July 7, 2011

Bola Sepak

Tahniah utk Red Warrior sbb menang Piala Liga Super 2011. Tahniah!!!!

(semua gmbr2 di atas hasil cilok kat internet setelah aku search kat google)

Pasal bola ni sbnrnya, tak pernah2 pun aku minat. Masa zaman aku belajar di sekolah rendah dulu, aku pernah pergi menonton perlawanan bola sepak sekolah. Pergi sekadar utk cheer pasukan sekolah kami.

Apa2 game bg aku sangat best kalau kita ada kumpulan yang ingin disokong dan ada gang bersorak. Dan sbb ada geng lah aku join utk menyokong pasukan kami. Menang atau kalah, dah lupa la plak. Tp paling diigt bila salah sorang pemain pihak lawan merupakan seorg dari keturunan org asli. Mcm mn dia blh bersekolah di situ, aku pun dah lupa sbb dia seakan glamer ketika itu. Sekolah dia hanya sblh jer sekolah kitaorg.

Berbalik pasal bola sepak, permainan ni pernah aku main masa drjh 6. After UPSR, kitaorg dibenarkan utk meluangkan masa kami dengan apa2 game yg kitaorg suka. So kitaorg ahli kelas decide utk change the game with boys. Means, laki main permainan perempuan dan sebaliknya. So laki bljr main netball dan kitaorg diajar main bola sepak dan sepak takraw. Tak sangka ketika itu kitaorg geng2 perempuan sgt enjoy belajar timbang bola takraw. Tak henti2 bljr. sgt bestttt…

Permainan bola sepak hanya aku tonton sekiranya melibatkan permainan Final utk sesuatu Piala. Cam Piala Malaysia ker..but depend on keadaan ketika itu. Kalau tetiba ada geng yg tengok, so aku akan join tengok dan sokong mn2 pasukan yg disukai. Kalau xder, not a big hal for me.

Kkdg aku tak memahami mcm mn seseorg tu blh giler bola. Sanggup meredah org ramai, bersesak2..uishhhh..idok la teman. Sanggup bgn awal pg semata2 nak tgk Piala Dunia…Ishhhhhhh tak kuasalah aku.

But thn ni tetiba berubah. Sejak aku tgk Piala FA baru2 ini melibatkan Kelantan – Terengganu, tetiba aku jadi excited plak tgk bola. Mlm tu, tetiba aku dpt mengenali pemain2 bola di Malaysia ni (usha yg hensem pun ye..hehehe)

Tambahan plak, sejak aku main futsal ni, dan adanya kawan yg sudi ajar pasal teknik2 main bola, teknik passing bola, teknik merembat bola setiap minggu, aku mejadi bertmbh2 excited. Best bila teknik2 tu dpt dilihat ketika pemain2 ni bermain di padang.

So sejak itu, aku terus melayan bola… Melihat Malaysia melawan Taiwan dan seterusnya mlm ni Kelantan melawan Sabah.

Ahad ni ada lagi game melibatkan Malaysia melawan Singapore. Insyaallah aku akan layan dan cheer for Malaysia.

MALAYSIA BOLEHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!

(aku ada bola sendiri kat umah, tp malas nak upload gmbr….bak kata kawan aku, biasa2lah berkawan ngan bola..huhu)

Friday, June 10, 2011

Medan Trip

Lama tul ambik masa utk menulis. Hehehe…

Seperti yg aku ckp sblm ni, kitaorg gi trip ke Medan sbb dpt hadiah cash RM2k dan alang2 salah seorg team member org dari seberang, so gunakan kesempatan yg ada utk pi sana.

Last year team tu menang tmpt ke-3, dpt cash RM1k, and they use that money pi Jakarta-Bandung and stay kat umah member ni. Utk this year, gi Medan, kitaorg stay kat umah Pakcik dia (abg pada ayah dia). Tp yg akan entertain kitaorg adalah sepupunya. Dan memandangkan member ni tak dpt join sekali disebabkan ada masalah yg tak dpt dielakkan, so kitaorg sepenuhnya akan dientertain oleh cousinnya.

Sampai kat LCCT dlm kul 7.45 mlm, flight kitaorg kul 9.45. So just nice la kan. After berkumpul dan check-in in group, kitaorg gi solat dan lepak kat McD sbb ramai gak yg lom mkn termasuk la aku.

Tgh2 mkn, kitaorg dpt call dari org sana, mengenai jadual utk mlm tu. Kami diinform yg bila jer sampai kat Medan nanti, derang akan bawak kitaorg mkn, bg kenyang2. Then blh lah kitaorg rehat, tidur spjg perjlnn kerana perjlnn dari Medan ke rumah dia adalah 3 JAM!

Terkejut gak kitaorg. Jauh tul derang dtg semata2 utk ambik kitaorg kat airport. Aduhaiiii…

Perjlnn ngan flight dari LCCT-Medan hanya mengambil masa bbrp minit jer. Tak sampai 1 jam, dah sampai pun ke Medan. Kat airport tu, Kak Penny (sepupu kawan) tu dah menunggu dgn pegang signboard (first time jumpa kan, masing2 tak kenal muka)

Derang sediakan satu Innova dan Pergio utk kitaorg spjg cuti kat sana with drivers. Bila dah ready, kitaorg dibawa ke kedai mkn. Dahler tgh2 mlm, ngan ngantuk2, diberi mkn..fuuuhhh…tp tak menolak sbb nmpk sedap. Hahahah

Medan1

Sblm Medan2 Slps

Bila dah settle mkn, kitaorg pun apa lg masuk jer kenderaan, terus tidur. Maklumlah perjlnn 3 jam kan. Spjg perjlnn tu kkdg tersedar gak, tp tutup mata balik. Dan sedar2 dah sampai pun umah derang.

Umah K.Penny ni kat Pematang Siantar. Kawasan perumahan, Dpn tu sekolah rendah milik keluarga derang.

Kitaorg bila jer ditunjukkan bilik, apa lagi terus la bersiap utk sambung tidur……

ZZZZZZzzzzz…

Thursday, May 19, 2011

8 days to go

Tak sabar plak pikir minggu dpn minta cuti pjg. Ada dua tmpt yg aku nak pi dlm masa 8 hari aku bercuti tu. Persiapan dalam proses. Tiket utk kedua2 tmpt dah beli. Cuti pun dah apply, dah siap lulus dah pun.

Dua beg utk dua tempat yg berlainan

Insyaallah weekend ni aku nak siapkan apa yg patut so at least aku ada masa utk buat apa yg patut sblm harinya. Yg paling penting adalah: BASUH BAJU!!! (*_^)

Beg kuning tu baru jer beli ari tu. Syukur, rezeki, dpt murah sbb tukang jual tu baru jer balik dari Vietnam, tmpt dia borong beg tu.

Dan ari ni kawan aku email aku pasal beg ni. Betullah kata tokei tu, harga beg tu spttnya mahal. Tu yg dia siap2 ckp kat aku, jgn ckp kat org lain dia jual murah, nanti tokei2 lain marah.

Pasal Gmbr

Ada keje nak kena buat sbnrnya, tp ntahler, ralit buat benda lain, so mls nak start lg.. :evil:

Tetiba terajin nak update blog, dan bukak la gmbr2 yg ada dlm phone ni. So terjumpa few gmbr. Nak update pasal benda lain, tp sbg iklan, nak letak gmbr2 ni. Hehe

Masa Pesta Buku ari tu, bawak anak2 sedara (anak kakak yg kt sini) pi merayau2 sambil beli buku. So dptlah bbrp buku dan brgn utk depa. Plan asal, dah alang2 pi KL tu (aku kan jarang masuk KL), kitaorg plan nak gi jln2 kat area Jln TAR. Konon nak cari tudung ke apa yg patut. Sekali baru jer nak kuar The Mall (sbb g mkn kat sini), ujan tetiba turun ngan lebatnya. So terpaksala berteduh dlm The Mall.

Sementara tunggu mak depa ni pi mn ntah time ni, kitaorg (mak2 sedara yg cun2 ni) melayan la depa. Tak th nak buat apa time ni, so aku ngan adik2 sajer la ambik gmbr kasut baru kitaorg ni. Sekali si budak kenit (umur br 2 thn lbh) sibuk join sekaki, dan kakak2nya pun tgk adik depa join, so join lah gak.

Bahananya, pantang kitaorg berdiri sambil kaki terjulur sikit jer, si kecik tu dan2 jer letak kaki dia sblh kaki kita, konon nak ambik gmbr.. Hahahaha..tak larat melayan.

Kebtulan masa ni kakak dari Penang dtg, so sementara menunggu depa sampai ke The Mall, kitaorg lepak je kat sini. Lagipun kat luar tu ujan lebat bukan main. Dah alang2 waktu Asar, kitaorg solat siap2. Dan ambik turn jaga budak2 kecik ni. The idea came masa melayan budak2 ni takut depa bosan menunggu mak derang solat, so aku cadangkan main this game. Kebetulan masa tu, kat cermin ni byk giler keychain yg bermcm bentuk.

The game is aku suh depa cari binatang2 yg ada kat situ or bentuk2 yg ada. Sapa jumpa, dpt hadiah duit. So fun, si kecik yg tak th apa pun join sekaki.

At the end, derang berjaya gak kumpul bbrp ringgit. Kopak makcik dia.. Hahahaha..

Bila kakak yg dari Penang sampai, ujan pun dah reda, kitaorg pi balik ke PWTC. Dan its time utk derang pack barang, so tak byk dah brg dan dah kurang org.


Minggu lps ada Expo Mum & Baby kat MidValley and aku tlg kawan aku jadi pekerja part time. Gila ramai org sampaikan nak jenguk kedai dpn pun tak sempat (tp rembat sweet free kat booth org sempat jer). Tp puas hati sbb tgk brg berkurangan dan terpaksa memusnahkan harapan customer setelah brg/bj yg depa nak dah abis.


Bukan aku yek dlm gmbr di atas. Tu salah sorang pekerja my fren. Kitaorg panggil lembu tu, lembu gatal sbb kalau tgk betul2, nmpk tak apa yg dia pegang? Hehehe, Siap lembu tu ambik bra tu dan konon pakai kat dia dan buat aksi gatal. Hahahaha..teringin sgt kitaorg nak tgk muka org kat dlm tu...



Saturday, April 30, 2011

Cerita Rafting

Sabtu lepas aku pi rafting kat Kuala Kubu Bharu anjuran kelab ofis aku. Dapat email dari ajk kelab kitaorg punya schedule. So dijangkakan kitaorg akan bertolak dari ofis kul 6.30 pg. Kalau Subuh kat sana lagi bagus.

Jarak dari umah aku ke ofis tak jauh pun. Perjlnn kalau tak jam, dlm 10-15 min je pun. Pagi2 sah2 la kan tak jam. So kalau bertolak kul 6.30, kul 6.15 pun aku blh jer tolak dr umah. Tp aku budget kuar dari umah kul 6 supaya tak susahkan org utk menunggu aku lambat. Yelah kan, kalau ikut logik, takkan sampai jer terus nak masuk kete dan pi kan. Mestilah ada briefing bagai kan before that. Lagipun Subuh awal, so sempat jer aku subuh kat umah, then bertolak dari umah kul 6.

So esoknya aku bgn kul 5 sbb x bersiap apa pun lagi. Bgn jer terus mandi dan bersiap then tunggu subuh. Siap jer solat, nak kuar, kunci plak aku tak sure mn letak. So aku pinjam jer kunci umah adik aku nya. Igtkn dah lambat la kan, sbb aku bertolak lebih kul 6. Tp mujur sampai before kul 6.30

Bawak satu beg kelengkapan baju kering dan bhn2 utk mandi. Pakai selipar bertali atau kasut getah adalah perlu.

Detail: http://www.raftmalaysia.com/raftmalaysia_packages.pdf

Tapi biasalah kan, kalau pagi dan janji melayu kan....akhirnya kul 7.30 br bertolak gara2 ada yg dtg lambat. Aduhhh tensen tul aku. Mmg sakit hati sbb masing2 dah lapar sbb plan asal smpt la nak breakfast sesama before sampai tmpt tu. Kitaorg nak pi awal sbb ptg2 skrg ni kan asyik ujan, so kalau gi awl, cpt la blk dan mungkin smpt elak dr rafting ms ujan.

Kitaorg konvoi naik 4 kereta dgn 18 org semuanya. Dah lapar sgt, alang2 singgah petronas utk isi minyak, kitaorg beli mknn utk mkn dlm kete. Perjlnn dlm 2 jam gak kot or less.

Sampai jer post office Kuala Kubu Bharu tu, jumpa ngan wakil company rafting tu. Sementara tunggu wakil tu sampai, kitaorg pakat la lepak kedai mamak yg ada situ. Mujur tak sempat order roti, dpt citer dari wakil rafting tu katanya geng2 dia dah 3 kali nmpk pekerja situ gaul tepung roti canai tu ngan kaki...Yuckkkkk..

Lps settle breakfast, kitaorg terus pi sana. Disebabkan beg takleh bawak masuk air, so mmg takder gmbr la aku ambik. Hanya guide2 rafting tu jer yg ambikkan gmbr2 sbb depa mmg guna yg kalis air punya kamera. So setiap tmpt yg menarik, derang akan berenti ambikkan gmbr kitaorg. Tp buat masa ni gmbr2 tu tak dpt lg kat kitaorg sbb depa kata nanti depa bg cd.

Masa mula2 tu, dia briefing pasal pemakaian helmet dan life jacket dan dia ajar cmner nak berenang dlm air tu in case kalau jatuh. Mmg ok jer sbb pakai helmet ngan life jacket tp ngeri gak memula sbb air laju. Tp bila dah masuk, cam best la plak.


Bila dah abis tu, barulah start briefing pasal rafting. Kena fhm pasal command derang dan isyarat depa. Lps tu barulah start rafting.

Setiap raft tu, ada 6 org geng kitaorg dan 2 org guide. Guide2 ni org asli tp ketua depa tu org Sarawak kalau tak silap. Masa mula2 tu, air tenang jer, dan time ni guide2 dlm raft aku suh kitaorg practice command2 derang. Sekali sajer jer dia suh kitaorg semua pi ke kanan, dan asyik kata more2 means suh tolak lagi ke tepi. Sekali tu diaaaaa......semua terhumban dlm air. Perghhhhhhh minum air segelen aku rs. Sedar2 jer, aku berdua jer bwh raft tu (berdua jer pompuan dlm raft tu). Panik gak, mujur mamat2 yg satu grup aku ni baik hati, cepat2 tlg kitaorg. Fuuhhh.. Blh guide2 tu gelakkan kitaorg. Siap ckp "Saya belanja minum air". Hampesss...Hehehe..tp sbnrnya dia nak ajar kitaorg in case kalau jatuh dari raft, apa yg perlu buat.

Lps naik semula, brlah betul2 bertolak. Bestttttttttt...Suka sgt. Mmg enjoy giler. Pertghn jln tu kitaorg berkelah reramai kat air terjun. Guide2 ni dah siap2 bawakkan mknn utk kitaorg. Buah epal, quaker chewy granola, mars, snickers...Tp derang ni mmg jaga environment. Tidak dibenarkan sama sekali buang sampah merata, kumpul dlm satu plastik then derang bawak balik.

Sambung lagi rafting..sampai lah dlm 500 meter nak sampai jeti, aku terjun dan berenang sampai jeti. Rs best giler. Nak jer ulang lagi. Naik jer terus gi mandi dan solat then lunch. Makanan disediakan.

Ni jer gmbr smpt ambik. Bukti pi..hehehe

Aku nyer raft warna coklat. Bwh tu sungai 

Sekitar jeti

Jeti

Dan hasilnya:


Friday, April 22, 2011

Cerita Org Malas

Brp kali dah nak mengarang sambung pasal training tu, tp ada je halangan. Halangannya adalah perasaan mls nak mengarang..huhuhuhu.

Esok nak gi rafting. Insyaallah kalau ikut plan, kul 6.30 pg akan bertolak dari ofis. So maknanya kena pi smyg Subuh kat ofis. Pagi2 nak ke ofis..huhuhuhuh....dakper2, esok lalu jln yg byk lampu tu. Tak mo lah lalu jln short cut tp gelap tu.

Ahad plak, kalau ikutkan ada game futsal. Tapi tak tahu la jadi ke idak. Kena confirm balik. Kalau jadi, penat la kot hujung minggu ni. Ari tu dok plan nak minta cuti Isnin tu. Tp pikir2, ari Selasa ada appointment ngan Dr. So nak kena pi ofis gak utk fax appointment nyer letter kat PMCare utk dptkan GL. Baik pi keje terus kan?

Ari ni ada sambungan kelas menjahit. Kalau ari tu main ukur2, ari ni main potong2. Dahler masuk lambat sbb gi makan dulu. Lapar giler td. So pi makan dulu sblm masuk kelas. Masuk2 kelas, org lain dah start nak potong kain. Kita ni dahler lambat masuk, terhegeh2 plak tu. Kalau ikut hati td, kalau sorang2 punya keje lah....dah lama dah bungkus kain tu masuk plastik. Tp td gigih gak ler..walaupun agak blur. Mujur berjaya gak siap potong walaupun tracing tak abis. Dakper, cikgu kata tracing blh buat kat umah jer. Bila ntah aku nak sambung buat tracing tu. Mujur kelas akan disambung dua minggu lagi. So smpt la kot utk buat tracing ngan htr kedai utk jahit tepi.

Monday, April 18, 2011

Cerita Jumaat Lepas

Jumaat ari tu aku dpt bljr dua benda:

1. Menjahit
Aku join kelas jahitan yg dianjurkan oleh Kelab Sukan ofis aku. Kelas derang buat time lunch tu. Mkn provided, tp byr hanya RM10 utk satu session, tp make sure anda adalah ahli yg membyr yuran sbyk RM24 sethn. So berbaloi la kan?

Sbnrnya aku dah lama ada benda alah ni.


Korang mesti tahu kan apa benda dlm tu kan? Tgk jenama pun dah tahu kan? So benda alah ni aku beli sempena birthday aku. Tiap2 thn gitulah...sendiri beli hadiah. Nak tunggu org bg hadiah, nan adoooo... Sapa la yg nak bg hadiah birthday kat aku kan? So every year, aku beli la something to myself. Standard biasa, beli jer, guna ke tak, blkg kira. Yang penting, ada hadiah...hehehe

Mmg dah lama teringin nak bljr menjahit, tp asyik la fail. Tgn aku mmg fail pun, kerassss..Nak menjahit guna jarum biasa, jahit lurus pun terketar2, terkekok2. Faillll...

So masa beli mesin jahit ni, aduhaiiiii beria2. Terus pi kedai, tawar menawar ngan tokey tu, beli yg paling murah je pun. Beli yg mahal2 tp tak guna, rugi gak kan? So aku ambik yg murah. Settle beli, dan2 tu gak aku gi kedai jual brg2 jahit, beli brg2 keperluan. Padahal menjahit satu pun tak reti. Balik jer rumah, aku carik kain compeng (betul ke eja?), dan aku potong, buat empat segi sama. Konon nanti nak sambung2 dan buat apa2 like sarung bantal. Sekali tu dia, potong pun senget benget, settle satu sarung bantal bodoh, terus aku simpan semua barang tu sampai la ni. Huhuhu

Aku hanya bukak mesin tu utk jahitan lurus biasa jer. Tu pun sbb mls nak jahit guna tgn. Mesin ni kakak aku je pun guna kalau dia mai umah aku. Masa ni la kkdg adik2 laki aku minta tlg jahitkan apa yg patut. Maklumlah kakak dia yg tukang beli mesin tu mn reti menjahit pun.

Dulu siap beli kain konon nak bljr buat baju kurung guna buku. Tp sampai sudah buku pun tak beli, kain tu berhabuk jadinya.

So bila ada kelas ni, apa lagi, aku join jelah. Dahler murah, laktu senang nak pi. Utk kelas session pertama ni, kitaorg bljr ukur dan guna brown paper utk buat pattern.


Stkt ni, aku rs ok la. Insyaallah, at the end, aku berjy siapkan satu baju kurung utk diri sendiri. So lps ni tak perlu la tempah ngan org kan. Aku jeles sbnrnya tgk kawan2 aku buat baju kurung utk diri sendiri, tak perlu tempah2 ni. Beli jer kain, terus buat, terus pakai.. Huhuhu

2. How to simplify my programming
Instead of guna if...else byk, aku sbnrnya blh jer gabungkan semua tu guna AND (&&) atau OR (||). So nanti programming lbh pendek. Ari tu main buat mn yg aku fhm dulu. So byklah if...else yg dipakai. So bila ditgk2 byk jer aku leh gabungkan. Thanks to my PM, tlg tgkkan programming aku yg tetiba plak ada problem ari tu bila pindah ke LCD. Padahal problem dia very ciput. Huhuhu.

Target aku utk minggu lps, syukur alhamdulillah tercapai. Dpt gak siapkan utk massage the packet data. So today plan nak simplify dan nak make it lbh smooth lg programming tu. Hopefully no bug lagi. Insyaallah.

Thursday, April 14, 2011

Cerita Hari Ini

Ari ni agak happy dan agak full jadualnya. 

Happy sbb berjaya settlekan target utk keje ari ni. Insyaallah kalau tiada kekusutan berlaku esok, my target utk siapkan task selama seminggu berjaya. I really hope dpt siapkan within one week. Insyaallah.



Pagi ni ada briefing dgn pihak HR pasal survey. Dlm satu jam, then aku sambung keje. Syukur dapat settlekan kekusutan yg berlaku semlm. 

Tghr my PM (also my fren) and my other fren minta tlg jadi derang nyer personal trainer (PT)..hehehe Kelakar plak rs tp oklah, pikir why not utk tlg kekawan kan? At least ilmu yg aku dpt masa kat FF leh aku kongsi ngan kekawan dan dlm masa yang sama aku leh practicekan balik. Kat ofis aku ada gym, so derang every lunch every tuesday and thursday akan lepak kat gym for exercise sbb dua hari tu adalah utk pompuan and the rest utk lelaki.
So td tlg depa apa yg patut. Aku sendiri smpt exercise sikit jer. Tp puas hati sbb dpt tlg org. Sbnrnya kawan aku yg jadi trainer utk Body Jam pernah la usulkan kat aku suh join course utk jadi PT. Tp aku rs aku lom mampu kot. Utk diri sendiri pun tak ok lagi ni. Asyik stamina tak cukup jer. Tp terkejut gak td aku berjaya buat plank selama seminit tanpa rs penat. Hehehe

Plank
Side plank. Tak sangka plak aku leh buat td, ok jer. Kalau dulu, nak angkat badan pun tak mampu apatah nak lepaskan sblh tgn. 

After lunch, aku sambung buat keje. Syukur ssgt sbb Allah bg aku otak utk berpikir dan dpt settlekan keje aku seperti yg aku target. Aku berjaya hasilkan output spt yang aku nak tp still aku utk input dan output guna usart. Suppose output display kat graphic LCD. Tp utk sementara aku kuarkan output kat hyperterminal.

Sbb td dah siap utk hyperterminal, so esok plan instead of display kat hyperterminal, aku akan start display kt graphic LCD. Insyaallah semoga apa yg aku target, berjaya. Kalau esok berjaya settlekan semua, kiranya 80% keje aku dah siap. The rest tunggu hardware engineer integrate semua dulu.

Kalau settle esok, minggu dpn aku dah blh pass board tu kat member aku plak. Insyaallah aku dpt tlg kawan aku settlekan keje dia plak.

So hope everything esok semuanya berjln dgn lancar dgn pertlgn Allah. Insyaallah.

Dan tghr esok, insyaallah nak join kelas menjahit. Tgn aku bukannya jenis pandai menjahit pun. Maklumlah tgn keras. But nak gak try. Mn tahu lps ni blh buat sendiri jer baju kurung.. ;)

Monday, April 11, 2011

Cerita Jogging dan Ahad

Dah lama giler tak berjogging. Rs rindu plak. Aku mmg tak nak ajar diri tido lepas Subuh. So after Subuh aku make sure buat la apa2 yg patut. Tgk tv ker apa2 lah asalkan aku tak tido lepas Subuh.

So smlm bgn, terus bersiap pi jogging. Aku gi sorang jer pun. Dari dulu lagi aku dah biasa lone ranger. Lokasi yg dipilih kali ni adalah Taman Bukit Jalil. Dah lama giler tak ke sini. Last tahun 2003 kot. Tu pun aku stop datang situ sbb mls nak terserempak ngan pakcik tu. Aku tak suka org kacau privacy aku. 


Ramai gak org kat sini. So tak terasa keseorangn pun. Tak jogging sgt pun. Byk berjln jer. Tapi takder la jalan lenggang2 kangkung. Yang tu sesuai kalau gi shopping jer. Tp aku ni gi shopping ker apa ke, aku tak suka la org jln slow. Rimas....So tak sesuai utk aku kalau konon nak jejalan romantik ngan aku. 

Aku pi jog ni pakai kasut futsal tu. Mmg tak sesuai utk pakai kasut tu sbb dia agak keras kat dpn. Tp tak tahu la aku rs cam tak selesa sbb kaki aku yg mmg rs sakit smlm.

Yang menarik bagi aku tmpt ni sbb jalan dia tu ada yg mendatar, ada yg menaik dan ada yg menurun. So cam challenge gak la kan. Mula tu aku jogging la gak..tp lelama aku berjln jer sambil mata dok tgk sekeliling. Cam best plak tgk macam2 gelagat org dan usia. Ada kapel tu, dah taraf nenek bagi aku (moyang lah bg generasi muda), tp still sesama bersneaker jln berdua. Kagum sihhhh... Aku kalau blh nak gak maintain sihat cam tu. Maintain nak berexercise sampai tua. Insyaallah..

Aku buat satu keliling jer. Then aku balik.

Kaki dah mula sakit kat ankle

Balik tu rehat2 jap then mandi. Lps tu aku lumur minyak panas kat kaki dan balut. Kat bahu pun aku letak gak sbb sakit main badminton masih terasa.

Buruk tul kaki. Pakai minyak panas tu, perghhhhh

Tghr tu akak aku satu famili dtg. Mujur kaki dah terasa ok. So kitoarg pi lunch kat food court Giant. Plan asal nak makan steak dan chicken chop. Dok igtkn kat food court tu ada la western. Sekali takder la plak. Malas nak cari tmpt lain, makan jelah apa yg ada kat situ. So aku mkn jer nasi ayam claypot.

1/3 dari nasik aku, anak sedara aku rembat. Aku tak sempat mkn lagi, dia dah minta suh aku suapkan. Bersudu2 utk dia, baru 1 sudu utk aku. Turn aku, dia jeling jer. Cam dia punya lak

Balik lunch, sibuk la plak anak2 sedara nak main badminton. Bbdk kecik tu mn la reti main. Buat rosak raket aku jer kena kat jln. Tp layan gak ler. Lelama aku plak yg main ngan adik aku. Dari kaki dah terasa ok, terus jadi sakit balik. Padan muka aku. 

Terus aku masuk umah layan tv sampai ke mlm. Mlm td, konon sblm tido nak layan novel skdr bahan bacaan utk bg tido jer. Sekali terlayan plak sampai kul 3 lbh pg. Hasilnya ari ni aku kepenatan dan kengantukan... Huhu

PADAN MUKA AKU..

Cerita Lawan Badminton

Aku kan, asal ada jer email dari kelab sukan, mesti aku baca sekilas then aku tutup, tak pun aku delete je terus. Sbb aku tahu, aku takkan join punyalah aktiviti2 tu semua. Tp tahun ni, bila kawan ajak, cam best plak nak join.

So last month ada email pasal badminton ni. Aku mn lah pernah masuk mana2 sukan kan. So aku tgk jer email tu, aku terus close dia. Tak pikir apa2 pun. Then selang bbrp ari selepas tu, geng futsal email ajak join lawan badminton. Aku malas sbnrnya nak lawan2 ni. Ajatnya nak join derang training jer. Sajer nak main2. Tp kawan aku ajak gak partner ngan dia. Bila tgk kekawan yg join tu ok, so aku apa lagi, accept jelah. Sbnrnya dah kena batal dah penyertaan utk wanita. Sbbnya hanya dua team jer yg daftar. Tp bila advertise kat geng2 futsal, so ramai plak yg join, so derang bukak blk pnyertaan.

So aku dok join derang training. Barulah tahu pasal rules semua ni. Maklumlah sblm ni main dpn umah jer. Ni lah br bljr main guna court. 

Main beregu ni sbnrnya ada pro and con. Pro dia, takder lah letih sgt pun sbb ada partner. Dan con dia adalah, camner kita nak bhg tugas. Sapa yg perlu ke sana, dan ke sini. Spjg training, tahu la serba sikit pasal camner main beregu ni.

So kitaorg nyer perlawanan ari Sabtu ari tu. main kat Kompleks Sukan kat Bangi, dkt ngan Niosh. Utk wanita ada dua group. Group A dan B. Aku masuk dlm Group A. Dan setiap group ada 4 team. Maknanya ada 3 kali lawan.

Bahana utk aku...sbbnya aku tak bekfes. Plan asal on the way nak pi Bangi, aku nak singgah beli kuih. Sekali tak berhenti pun. Lupa sbnrnya. Kawan aku bg roti suh mkn. Aku ni plak, jenis perut melayu. Tak lalu sgt pun nak makan roti pepagi. Tp jamah gak skdr nak lapik perut.

So mainlah aku dlm keadaan lapar perut. Tp spjg main 3 game tu, aku langsung tak rs penat pun. Nmpk sgt kejap jer abis. Hehehehe. 

Aku main dlm keadaan lapar, so tgn pun dah terketar2. Kaki pun sakit. Padahal aku yakin, blh jer beat derang tu. 

Yang pasti, semua game aku kalah. So after game, terus aku blk, ambik adik aku blk keje. Dan on the way back, dan2 tu gak aku gi carik nasik. Lapar giler. Rs cam org kebulur. Lps mkn lepak tgk tv dan FB. Sedar2 kul 6 lbh aku tertido dpn tv. Bgn tido br terasa aduhai sakit sungguh tgn...huhuhu

Bukan aku yg main. Kalau aku main, camner aku nak tangkap gmbr kan? Hehe

Kasut buruk

Thursday, April 7, 2011

Cerita Tentang Futsal

Aku pun tak tahu la camner blh terpilih utk join training bg wakil Selangor. Bak org kata, kalau kita awal2 lagi ilang mood, mmg sampai akhir pun kita akn jadi lemah. So dari sblm start training sampailah abis training, pikiran negatif jer main dlm kepala aku. So bila dah kepala pun dok pikir negatif, so hati ngan badan pun ikut...resultnya mmg performance very2 bad. Sian couch aku dan kekawan br aku.

Aku sbnrnya dari awal lagi nak tarik diri, tp kawan aku tak bg. Dia suh jer aku anggap dtg utk exercise, not because of the game. So dtg dlm keterpaksaan. Hehehe..Anyway aku still enjoy la gak training tu. At least aku bljr new things. Maklumlah pasal futsal ni aku zero knowledge. Tahu sepak bola jer. Yg lain, yillek. Hehehe

So kitaorg nyer team ada 10 org. Tp couch ckp, dia akan bawak semua 10 org ni, walaupun hanya 8 yg akan main. And aku dah agak dari awal lagi aku takkan main. Even kalau terpilih pun, aku akan pass kat org lain gak. Entahler, hati mmg takder mood langsung utk main.

Aku budget perlawanan tu nanti cam perlawanan sblm ni. Maklumlah aku mn la pernah join apa2 aktiviti, apatah lagi utk sampai jadi wakil state. Aku th derang akan main ari Sabtu. So budget, pi pagi, ptg abis game, blk umah jelah kan. So bila kawan mai ckp kat aku yg acara sampai 3 hari, aku blur. Aku kata la kat kawan aku, apa kejadah la game sampai 3 hari..team ramai sgt ke utk org laki. Tp bila aku sendiri tgk jadual tu, rupanya kitaorg kena berkumpul kat hotel dari Jumaat, stay kat hotel dan esoknya lawan sampai ptg, then mlm tu ada dinner..then ari Ahad, brlah balik rumah. Hehehehe

So Jumaat tu dpt pelepasan dari HR tak yah dtg keje. Dlm kul 2 ptg, kitaorg dah bertolak dari umah utk check in kat Hotel Summit. Igtkn terus ke hotel, rupanya couch suh pi dulu kat tmpt game tu akan berlangsung utk training. Lps kitaorg training dlm 1 jam, barulah gi check in kat hotel.

Sebilik 3 org

Pemandangan luar bilik

Lps rehat semua, after maghrib kitaorg pi mkn dan beli mknn utk esoknya kat Giant Summit. Lps mkn2 terus naik bilik. Ngantuk giler dah. Dlm kul 10, plan nak tido dah, tp teringat yg jadual utk esok. So call member2 kat bilik lain. Sekali rupanya kul 10.30 couch nak jumpa.

So terpaksa la turun ke lobby. Couch nak bg baju dan juga nak announce sapa yg main. Aku dari awal dah th mmg takkan main, so not a big deal for me pun. Tp walaupun tak main, dpt gak baju, seluar dan stokin dari Kelab Selangor. CUma baju dari penganjur hanya dia bg pada player shj.

After briefing dari couch, terus naik bilik tido. 

Esoknya kena bgn awal sbb breakfast kul 6.30 dan kul 7.30 dah kena pi Ferro Futsal, USJ. Tak jauh pun dari hotel. Sampai sn, sediakan kelengkapan utk player. Walaupun tak main, aku ngan member still support player2 sbb we are in 1 team kan. 

Perasmian..kitaorg tak pi sana pun. Mls nak ke sana. Jg barang2 lgpun nanti kat court ni gak kitaorg berlawan. Sajer book awal2 tmpt

Team kitaorg lawan ngan team IP (Ibu Pejabat). Pergh derang ni...

Final ngan IP

Utk semi final dan final, semua team kena lawan kat padang FIFA ni. Besar beb. Penat tgk derang berlari. Biasa main kat padang futsal biasa tu jer. So team kitaorg berjaya pi ke final. Lawan semula ngan IP. Team laki masa suku akhir lagi dah kalah ngan Penang kalau tak silap. Tu pun sesama kuat. Penalti pun still seri..last2 toss coin, pihak lawan masukkan goal. Kesian tgk muka sorang2.

Utk final ni kitaorg pun kalah ngan penalti. kelemahan team kitoarg adalah penalti. So next year, kena berlatih lebih sikit utk penalti. Anyway, congratulation to my team.

derang ni sbnrnya lupa bawak bendera selangor. masa perasmian tu, semua negeri kena pegang bendera. Ni derang kata pi ambik kat kilang mn ntah. Maklumlah kt tmpt futsal tu, kelilingnya adalah kilang. Bendera pun dah pudar giler ngan koyak lagi..huhuhu

Lps main, terus blk hotel. Mlm tu ada dinner dan penyampaian hadiah.

Persembahan dari pelayan2 ni (tak nmpk sgt). Lapar giler masa ni. Tp derang siap ada persembahan sebelum serve nasik. Lambat sgt makanan sampai dgn mknn dtg satu2. terus takder mood nak makan. So tido ngan perut tak kenyang pun.

So hadiah utk pemenang adalah periuk nasik karen dgn duit. Kitaorg dpt la rm2k ngan periuk. Hehehe

Sbnrnya hadiah2 adalah utk players shj. Tp couch aku kan baik. Hadiah dia nyer dia bg kat kawan aku sorang lagi yg tak main tu. Utk aku dia gi minta satu lagi lbh ngan exco. Hehehehe

Dan masa lps bergmbr dan kuar dari ballroom, tetiba dia cuit aku. Dia bg baju penganjur yg player shj dpt, utk aku satu. hehehehe....

Sampai bilik, kawan aku yg tak main tu tanya, how come aku leh dpt periuk tu sbb dia punya dpt yg couch punya. Aku just jawab entah, couch bagi, aku ambik jelah. Dan bila dia nmpk ada baju merah atas kotak, dia tanya aku, tu apa benda. Aku just ckp sepatah, "Jersey". Mujur dia tak tanya lbh2. Hehehe


Monday, March 28, 2011

Bila Semuanya Datang Serentak

Tetiba jer akhir bulan ni ngan bulan 4 jadi sibuk. Berderet ada program. Tp aku suka keadaan ni. At least aku ada aktiviti, xder lah rasa mandom jer.

1. Futsal
Daripada tak tahu langsung pasal futsal, tetiba jer diajak join main futsal dan tetiba jer terpilih utk training ngan geng2 wakil Selangor. Khabarnya skrg dah cukup 10 org terpilih tp yg akan main hanya 8 org shj. So 2 org lagi akan tlg apa yg patut. Aku plan nak minta ngan derang mlm ni nak jadi salah sorang 2 org yg tak yah main tu. Hahahaha...Dgr khabarnya 10 org kena pi tmpt perlawanan cuma tak yah main jer. Aku plan nak jadi tukang sorak jer. Dlm erti kata pompom girl. Hehehe....Cam mls nak main lagipun derang semua dah biasa main, so better bagi org yg tahu main daripada aku yg ntah apa2 jer ni. Hehehe. Lawan hr Sabtu ni. Minggu lepas training tiap mlm, Khamis dan Jumaat ari tu lawan ngan org2 terer. Best tgk derang main..smooth jer.. tak kelam kabut cam kitaorg.

2. Badminton
Pengalaman main badminton hanyalah main masa PE jer then main depan rumah. Tu pun sethn sekali pun lom tentu. Alatan seperti biasa, mesti ada, main lom tentu. Member ajak aku join lawan badminton berpasangan, lawan antara staff jer. Bukan ngan company luar pun. Aku apa lagi, join jer. Rajin plak aku nak join tahun ni. Mungkin sbb ada gang. Lawan 9/4 nanti. So kitaorg dah start training. Aku ni mana lah biasa main guna net. Hehehe... So kelam kabut sikit la..ngan rules pun tak tahu. So bila training ngan depa ni, tahu la serba sedikit pasal game nyer rules. Takat ni kitaorg training setiap Jumaat, waktu tghr. Dan minggu ni plan nak try main selang sehari waktu lunch.

3. Programming
PM aku bg target kat aku suh siapkan task aku sampai hujung bulan ni. Ari tu kelam kabut gak sbb tak jadi. Syukur ari ni ok. Sbbnya connection kat kaki pin tu tercabut. So bukan salah aku. Hardware enginner dah betulkan, dan aku test program td, yessss..jadi. So aku leh proceed utk next task aku. Insyaallah by this week semua settle.

4. Training
Ari tu dpt email kata kena pi training kat KL. So minggu dpn 4-6/4 aku kena gi training kat KL. Perghhh..mesti jam ni. Kalau dpt balik awal best gak ni.Cuma part nak gi awal tu problem. Standard selalu jer jam kat Pandan Indah tu.
Dan ari ni dpt memo esok aku kena gi training CMMI. Mujur kat ofis jer. Dgr khabarnya hanya half day training. Mujur gak sbb ada agenda lain esok.

5. Makan2
Esok ada jamuan utk geng2 Futsal kitaorg. Ari tu kan dpt no 2, so kitaorg dpt duit rm200. So cara nak spend, cam biasa kita mkn2. 

6. Rafting
Join rafting 23/4. Insyaallah everything will be ok. Sajer nak challenge diri. Aku ni gayat, tp teringin.

7. Assign as PQA
Kat ofis ni ada projek br lulus. So tetiba dpt memo, aku kena jadi PQA (Project Quality Assurance). Aku sbnrnya tak tahu apa tugas aku. Hehehe.. Pernah diassign jadi PQA dulu, sbb kena ganti kawan aku yg berenti keje. Tp satu keje pun aku tak buat dan takder sapa pun tanya aku. Aku mmg blur apa kejadah keje yg aku kena buat. Bengong tul aku ni..Hehehe
So td PM utk projek ni call tanya tugas aku tu. Dia tanya aku sanggup ker jadi PQA? Aku ckp, ok jer. Lagipun aku nak challenge diri. Nak cuba benda lain plak. So PM ajak aku jumpa member aku yg berpengalaman dlm PQA utk brief aku apa yg aku kena buat. Dan dia jugak inform aku pasal esoknya training. Aku tak tahu pun aku kena join esok. So aku gi check kat pigeon hole, kot2 ada memo, mmg aku kena pi esoknya training. 
So td kawan aku dah brief serba sedikit. So insyaallah, member aku tu jadi mentor aku, explain kat aku apa yg aku kena buat. 

Terasa best plak sbb ada byk keje dan terasa hidup terisi gak.  Takderlah aku rs cam hidup aku mandom. Insyaallah aku leh buat dgn baik.

Friday, March 25, 2011

Bila Tiap2 Mlm Kena Pi Training

Tiap2 mlm training dua jam. Berlatih kat area sini gak. Penat giler tp kkdg rs fun gak. Cam mlm td kitaorg lawan ngan player student MMU. Best sbb derang power blh tahan. So at least ada experience main ngan org terer. Student2 tu pun ada game gak nanti kat UUM..so leh la derang pun sesama berlatih ngan kitaorg.

Sbnrnya kitaorg pun tak sure berapa org yg ada skrg ni. Tp yg tahu utk pi lawan nanti, perlukan 9 org termasuk coach dan coach leh main gak. Skrg ni aku pun tak sure dah cukup or terlbh org. Aku nyer intention gi training sbb nak fit jer..sajer nak pi bersenam.. sbb kalau tak, bila lagi aku nak keluar peluh kan. So aku cam tak ambik port pun terpilih ke tak. Kalau tak terpilih pun ok gak sbnrnya hahahaha (nmpk sgt aku mls nak lawan2..hehehe)

Ari tu aku nyer niat kalau tak terpilih, aku mls nak beli kasut futsal. Tp smlm aku menyerah kalah. Pi gak carik kasut sbb tak tahan dah pakai kasut coklat tu. Sbb kasut tu berat dan keras sgt kat dpn dia. Kalau sepak tu, ada sakit gak ler kaki aku ni. Dah peha pun terpeleot sbb nak sepak kasut berat.

Aku dok pikir, dakperlah, nanti kasut futsal tu aku guna jer nanti utk jogging. Kira berbaloi gak ler. Kasut sukan yg berdarah tu pun aku tak basuh2 lagi. Yg tu lagi la tak sesuai utk futsal sbb dpn dia span nipis jer lagipun dah lama aku guna kasut tu. Ada lbh 2 thn kot. 
Smlm pagi2 lps bekfes aku kuar carik kasut jap. Pi Al -Ikhsan Bangi. Mujur brother tu rajin nak melayan aku yg byk kerenah. Hehehe..maklumlah org yg tak pernah beli kasut futsal kan. Dan baru ku tahu, kalau saiz 5 dan ke bwh, tu dlm kategori kids. So kiranya aku beli kids nyer kasut la...ala...design semua sama, cuma dia letak kat tmpt kids jer. 

Mlm ni ada training lagi. Mungkin main2 lawan cam mlm td. Tghr ni practice utk badminton plak. Insyaallah esok leh la rileks, dan buat laundry... Fuuh

 Kitaorg training kat Kelab Komuniti kat sini. Sajer ambik gmbr ni tunjuk tmpt main tp kebetulan ada mamat hensem tu tgh main. Masa ni tgh tunggu derang abis main

Kasut lama...dah buruk dah. Rsnya ada kot 3 thn lbh umur dia ngan aku.


Tuesday, March 22, 2011

Bila Percubaan untuk mencabar Diri Sendiri

Aku sbnrnya seorg yg sungguh gayat. Kkdg melampau2 gayatnya. Masuk dlm masjid, pandang kubah dari dlm pun buat aku leh lemah lutut. Ntah apa2 kan.

Tp aku sukakan cabaran. Mmg langsung tak tally. Yelah, penakut, gayat tp suka pada cabaran. Ntah apa2 ntah.

My office ada buat trip pi Kuala Kubu Bharu utk whitewater rafting. Serius, aku sbnrnya gayat nak ikut, tapi teringin sessgt nak cabar diri sendiri. Aku takleh nak imagine la diri tu nanti camner. Aku ni sejak tgk arwah jiran mati lemas ditelan ombak dulu, aku jadi cuak bab2 air ni. Dok imagine diri lemas.... Sbb tu dulu usaha bljr renang. Tu pun aku rs cikgu aku nak jer PANG aku. Benak sgt. Air paras dada pun cuak cam air paras kepala. Penakut giler.



Teringin nak pi, tp takder geng. Tp ari tu tetiba member ofis skype, tanya nak pi tak? Sbb dia pun tgh cari geng. Apa lagi, aku terus mengiyakan jer. Minta dia register nama aku sekali.

Insyaallah aku nak cuba lawan rs gayat aku. Tak tahu la kalau nanti org yg naik ngan aku tu kena pakai kapas tutup telinga depa, tak pun pakai la apa2 asalkan tak dgr aku jerit kot.

Hopefully everything will be ok. Tetiba jer bulan 4 ni, aku byk tul aktiviti. Ok gak, at least terasa la masa terisi.

Bila Dah Dpt Idea

Bila tgk Pia pi jejalan Ipoh dgn ETS, beri aku idea. Sbnrnya member dah byk kali ajak lepak weekend kat sana. Tp bila pikir mls nak naik turun bas, tu yg asyik berdalih jer.

Member tu kena transfer kat Penang dah lama. Tp selalu lah kena datang HQ kat sini utk meeting la macam2. So dari ari tu lagi dia dok ajak lepak kat Ipoh. Ajak aku dari KL naik kete dia then aku kena balik sendiri la ke KL, dgn bus. 

Bila ada ETS ni, senang la kot aku nak balik KL. Lagipun tak byk cekadak sikit, aku leh jer dari rumah naik komuter jer pi KL Sentral. 

Mlm td aku tgh tensen, aku dok ngadu2 kat member aku. Then pagi ni masa dok tunggu adik aku naik bas blk kg, tetiba terpikir that idea, then terus msg kawan aku.

Kawan aku orait jer... terus dia suggest nak tido mana, nak jln mana. Cuma skrg ni, tarikh jer bila. Member nak check bila dia free sbb dia yg akan jadi driver aku kat Ipoh kan. Hehehe

So right now, just wait for date. Pagi td, masuk2 ofis, member ofis skype. Ajak pi menembak kat Gunung Senyum this weekend. Tgh berkira2 gak ni nak pi ke idak. Nak2 skrg ni tiap2 mlm kena training futsal. So mungkin I need a rest. Tgklah dulu camner.

Best gak bila ada aktiviti. Kurang sikit tekanan...Bulan 4 mmg bz..plan nak ikut gi rafting ;)

Tuesday, March 8, 2011

Bila Semangat Datang

Aku tgh ngantuk ni. Nak check pin mana utk connector RS232 pun aku rs cam mata aku sempit sgt nak pandang pin2 tu. Sbnrnya ada 2 cara utk settlekan masalah ni:
1. Aku bukakkan mata seluasnya, jengilkan mata tu, dan bukak datasheet IC tu, dan trace pin mana yg sambung kat 4 pin ni.
2. Aku pi tanya jer hardware engineer tu. 

Penyetelan yg ke2 tu adalah nmpk sgt cara org mls, nak senangggg je keje. Nampak cam xder usaha kan? Dakper2 aku akan usaha. Tp lepas aku tido jap ok ker?

Ok, dah larik dari tajuk. Nampak sgt ngantuk kan.. Membebel benda lain. Hehehe....

Ok2....semangat apa yg datang? Hehehehe..tetiba jer aku rs cam best giler bersukan. Gelak2 jgn tak gelak.

Oklah, aku ni kan dah biasa lone ranger. Dari dulu sampai skrg. Nak2 bila kekawan dah kawin, aku lagiiiiiii lah mengasingkan diri. Mmg buat hal aku sendiri jer.

Oleh kerana lone ranger adalah besfren aku, kebykn aktiviti yg aku buat adalah aktiviti yg sesuai utk org perseorgn. Aktiviti2 yg pernah aku buat adalah pi jogging dan swimming. Dan kkdg aku pi lepak kat taman sorang2, sambil bukak buku citer. Selalunya aku buat cenggini lepas aku jogging di pagi hari. Lps penat jogging, aku akan ambik buku citer, carik tempat teduh, then lepak sorang2. 

Getah kat baju mandi pun dah mengeras. nampak sgt dah lama terbiar baju tu


Stkt ni takder org kacau sbbnya di waktu pagi masih ramai bergelumang atas katil dan paling utama, takder sapa nak kacau awek buruk.

Aku pernah la gak main squash. Tp squash memerlukan sorang partner utk bermain. Aku rs takder org nak main squash sorang2. Nanti org kata "Kesiannnnnnnnn..nampak no takder kawan".


Aku kenal squash ni zaman bljr dulu. Masuk kelab squash, padahal raket squash pun aku tak pernah sentuh, apatah lagi main squash. Aku terjebak ngan kelab tu sbb senior ajak. So main lah aku. Tp sampai skrg aku igt, senior laki aku tu jahanam. Mentang2 aku ni bodoh main squash, dia pedajal aku, maki aku suh aku balik asrama, carik kayu dan cuba main hayun. Benci aku kat dia (padahal sblm tu aku suka tgk dia). Coach yg ajar adalah cikgu English: sorang mat salleh dari London namanya Mr Richard dan cikgu pompuan cina, aku lupa nama. Hehehe.. Sbb derang ckp English, sedangkan aku broken english, lantaklah weh...asalkan aku tahu, maksudnya suh pukul bola. Kenapa mamat senior tu tetiba terjebak maki aku? Sbbnya tetiba dia kena ambik alih ajar kitaorg time cikgu2 tu takder. 

Back to present...aku asalnya main ngan kawan aku..tp dia dah pindah Penang. So takder geng main. Then aku ajak adik kawan aku main. Kejap jer sbb kkdg aku bosan sbb dia malas kutip bola. Hahahahaha. Skrg dia pun dah abis bljr dan ikut laki dia. Dan kkdg aku ajak kawan aku sorang tu. Sama gak, dia pun sibuk ulang alik Penang. So aku pun dah takder kawan utk main. Dan raket tu pun dlm store, apa ntah jadinya.

Dan aku terus sambung aktiviti persorangan aku..... sampailah minggu lepas setelah di ajak kawan utk join futsal. Dan aku tak sangka, aku terjatuh cinta main game tu. Dan tak sangka dlm aku tak reti main, rules pun ntah mana2, main rembat suka hati, kitaorg leh menang dan aku jadi salah sorang wakil yg terpilih utk main dlm team Selangor nyer kelab.


Dan today, member aku ajak join badminton nyer team plak. Sbnrnya badminton pun dua kali lima gak. Aku bukan terer pun. Takat main raket murah dpn rumah dgn bola tangkis warna warni, so what do you expect? Tp apa salahnya kan... Nak enjoy jer pun. Bukan lebih pada nak menang pun. 

Kalau pakai seksi gini, bola leh gi laju yek?

Tetiba terasa semangat nak bersukan. Rasa best ssgt. Laktu utk org yg biasa bermain secara perseorangan ni, bila tetiba bermain secara berkumpulan, jiwa dia lain macam sikit. Happy tgk kekawan happy. 

Ni tgh dok ajak kawan main squash. Dah lama tak main, tetiba ari ni gian nak main... ;)