Showing posts with label hobby. Show all posts
Showing posts with label hobby. Show all posts

Monday, August 2, 2010

Now I'm Reading These Books

Ari Sabtu balik dari makan2 kat umah abang sempena birthday my nephew,  singgah ke Sunway Pyramid. Dah lama giler tak pi ke sini. Rasanya last pegi tahun 2007 or 2006. Tu pun singgah pi food court jer lepas main2 air kat Sunway Lagoon.

Pi sini takder arah tujuan pun. Singgah Jusco sbb adik nak beli baju then kitaorg singgah Popular ngan MPH. Tetiba terasa nak beli buku citer Melayu. So sambar yg ni sbb nmpk jln citer cam lain sikit.


Masih dalam proses bacaan. Baca dua buku dalam satu masa...Hahaha...Kalau baca dlm keadaan malas berfikir, baca buku Melayu ni. Time otak kena pikir lebih sikit sbb dok translate, baca buku bawah ni.


Insyaallah dapat dihabiskan keduanya dalam minggu ni. Hopefully la kan.

Thursday, December 31, 2009

Celebrate New Year

So apa yg akan korang lakukan utk sambut new year nanti?? Aku akan sambut dlm mimpi kot..hehehe

Insyaallah kalau Allah izinkan, pagi esok akan memulakan xpdc mendaki Broga Hill utk melihat pemandangan ciptaan Allah dan hopefully berjaya la tgk sunrise. Yang merisaukan....dapat ke aku bgn pepg esok ni...dahler derang plan nak bertolak dlm kul 4 lbh pg...huhuhuhu...

gambar broga hill yg aku cilok kat web

Monday, August 3, 2009

The Adventures of Asterix

Zaman sekolah menengah hinggalah matrik, aku suka sgt pi library awam. So one day, not so sure who start first whether me or my sister, kitaorg pinjam satu komik ni,: The Adventures of Asterix.


Asalnya pinjam satu komik, terus melarat sampai semua komik ni dipinjam oleh kitoarg. Sbbnya, satu komik jer, kitaorg almost satu famili la suka baca komik ni. Kelakar giler.

Citer ni terbawa2 sampai skrg where I used word "Asterix" and "Obelix" for the name of certain things. Its not easy to find this comic (mungkin tak glamer kat mesia) but one day I found it at MPH Alamanda. Tp masa tu tak terpikir nak beli. Last Saturday, pi MPH konon nak carik buku tu at least satu comic pun ok tp tak jumpa plak. Sedih rs... tgk la nanti kot2 ada harapan jumpa kat kinokinuya ke, kat MPH mid valley ke plak kan...

Tp comic ni byk gak jasanya sbb byk gak menambahkan vocab masa sekolah2 dulu.


Wednesday, July 29, 2009

Sudoku

Hampir seminggu balik kg tp balik bukan sbb utk bercuti tp balik sbb ada keje. Tlg kawan utk settlekan something. So alang2 ada keje kat sana, blh la sekali jenguk family kan.

3 hari dok ulang alik pi situ cam pi keje (pi pg, balik ptg), terasa cam best plak kalau keje kat kg (tolak masalah la). Ngan makanan murah (RM20 sajer mkn tghr utk 5 org..so cheap), best tul la. Nak ambik gambar kat tmpt buat keje tu, tp tak berani sbb kat luar tu dah tulis, tak dibenarkan bawak tepon berkamera, tp derang bg lepas gak ler. Tp nak angkat tepon ala2 nak ambik gmbr pun tak berani sbb kawasan dia very strict. So after 3 days, akhirnya benda settle. My friend pun bila kitaorg call, siap excited giler dgr sorenya. Sian kat dia, org buat aniaya kat dia, tak dpt buat, terus blah gitu jer, terkontang kanting member...

Settle hal tu.....ni nak citer pasal hobby yg semakin parah. Yes, aku ni mmg la suka main sudoku. Dulu siap beli satu buku sudoku, bapaknya tebal, dari easy level sampai la advanced level. Ada dlm 1000 puzzles kot semuanya. So buku tu aku selalu gak bawak balik kg ker apa, sbb byk sgt, semua org blh main. Abg, adik2 aku pun giler sudoku, kakak aku pun, abg ipar aku pun baru berjinak2 nak main. So kalau bawak balik buku sebijik tu, jgn risau la, takkan abis nyer kalau sorang main..

Tp skrg ni hobby ni makin parah buat aku..hehehe...almaklumlah skrg ni aku dah install kat PSP tu. Sbnrnya dah lama install tp entahler kenapa tetiba jer sejak dua menjak ni, aku makin addicted yg terlampau main sudoku kat PSP tu. Every single minutes yg aku ada, aku main benda ni. Utk elakkan kkdg aku offkan dia, dan jgn sentuh dia. Kalau dulu aku main sudoku kat buku tu before tidur, sampai demam2 (sblm tidur dinasihatkan jgn bagi otak kena perah teruk sgt, nanti jadi cam aku ni) skrg ni main kat PSP tu time tgk tv (masa iklan), masa tunggu nak smbhyg, almost all the time la...Even nak gi ofis, lepas Subuh, make sure main dlm 2,3 round dulu baru bersiap nak gi ofis (sbb tu skrg ni asyik lmbt pi ofis). Parah2...





Wednesday, June 24, 2009

Can't wait


I'll be here this weekend.... tak sabarnya

Mimpi di Mlm Hari

Smlm aku dok preview citer Twilight ngan kekawan..Org lain dah lama dah tinggal citer ni, sibuk ngan next citer, New Moon. Tp kitaorg baru terkedek2 nak tgk Twilight ni.

Sbb dah abis baca PS I Love You, so aku start la baca novel Twilight ni. Biasa la kan, baca sblm tidur. Sambil layan CSI pun, time iklan, aku baca gak novel ni (sian tgk muka Danny mlm td masa Lindsay tolak proposal dia..hukhuk...tp dia ok balik bila Lindsay explain why dia tolak..suka tgk masa last derang jumpa Mac citer pasal Lindsay peknen).

Sblm tidur dok layan novel, bila mata dah hampir terkatup, close the book, and also close my eyes...Hehehe

Then I dreamed, sambil tgk movie citer ni, sambil layan novel. Dok bandingkan sama tak novel and movie. Dua kali aku terbangun mlm td, dua kali la gak dok mimpi citer tu...Aduhai penangan Twilight. hahaha

So aku kena cepat la sikit abiskan baca novel ni..Nanti kan tiap2 hari aku mimpi kan...


Tuesday, June 23, 2009

PS I Love You


Finally, abis gak baca this novel. Dlm masa sama gak, layan dia nyer movie.

My conclusion is movie ngan novel mmg jauh beza. Like idea the same but jln citer yg berbeza. But i much prefer novel version but movie version helps me to imagine the characters when I'm read.

Citer ni based on novel, best sbb dia gambarkan how Holly teruskan her life based on surat2 Gerry. That's why Daniel bising2 kat dia, what she will do when no more letters from Gerry since last letter from Gerry is December's letter. But, yes, mula tu dia teruskan hidup dia based on what Gerry told her in his letter, but in epilogue, says that she already move on with her life.

The most part yg I like is her friends. How I wish that I have those friends who always be there for you, and cry with you..Hmmm...

One more thing, bestnya kalau ada soulmate cam ni. Love each other till the end. Hopefully one day I will find one. Like Holly said:

Finding someone you love and who loves you back is a wonderfull wonderful feeling. But finding a true soul mate is an even better feeling. A soul mate is someone who understands you like no other, loves you like no other, will be there for you for ever, no matter what. They say that nothing lasts for ever, but I am a firm believer in the fact that for some, love lives on even after they're gone.

Movie pun ok gak. Cuma beza dia byk gak ler banding novel. Pasal mak dia, pasal Daniel, pasal Charlie, pasal family Holly, byk la...

It's sad love story.....

So skrg ni nak baca Twilight plak. Dlm proses nak tgk citer dia dulu. Best sikit time baca imagine the characters..I love Robert P..hensemm...hehehe


Wednesday, June 3, 2009

Jom daki bukit kat FRIM

Masa 9hb May ari tu, sempena ngan Wesak Day, me and my frens (coursemate masa master ari tu), decide nak pi panjat bukit kat FRIM. Kitaorg dok plan byk kali nak buat ala2 reunion dgn all our geng masa master dulu. Tp asyik la tertangguh2. Maklumlah masing2 ada their own commitment. So I gave them suggestions, sambil beriadah, sambil lepak ngan kekawan. So sapa yg rajin utk bakar lemak derang, they are welcome to join us utk buat activiti ni. But for my fren yg sayang sgt kat lemak2 derang, just wait for us kat air terjun sana..Hehehe


Mmg penat giler. This is my 2nd time but last time, I tak pi pun naik sampai ke tmpt naik canopy walk tu. Sbbnya masa tu kena piggyback my nieces yg sibuk nak ikut. Mujur la tak piggyback derang masa naik kat sini. Tinggi dan agak menjunam sikit. Penat giler...But happy sbb peluh mencurah2 kuar...rasa cam sihat giler..hehehe

Lps penat mendaki tu, kitoarg lepak kat air terjun. nasib tak bawak baju. kalau tak dah lama berenang2 dlm air tu...tp sejuk giler airnya...bestttttttttttt...

Next time datang lagi. Kitoarg dah decide buat activity ni sbg satu acara bulanan....

Pictures and more pictures

I already found my phone cable. So now, I dah blh nak letak gambar2 yg diambil sendiri oleh tuan punya blog..Hehehe...

Actually these pictures taken masa 3 days holidays masa Labour Day ari tu. 3 days full with exercises nyer activities..Hehehe

First day, early morning, pi jog kat Tasik Cyber. Tp buat utk satu round jer. Sbb mls...hehehe..lagipun sementara tunggu my fren utk pi swim. These pictures taken masa tgh jog.

Jambatan kayu. Selalunya sampai sini, I just walk. Sbb kayu dia cam byk dah reput. Tak berani nak hentak kaki kuat2 (excuse for not jog but just walk padahal org lain ok jer lari2 atas ni..hehe)

Trek jog

Playground. My nieces so happy bila main kat sini. Sbb playground ni byk mainan dia. But we as adult so tired nak kejar2 depa. Fuuh..


Lepas jog, member pun sampai, terus kitoarg pi kelab komuniti cyber utk teruskan senaman ke dua..swimmingggggggggggg....lama giler tak swim...

Adalah berendam dlm tu dlm 1 jam lebih, so kitaorg decide nak gi lepak plak. pikir nyer pikir, so decide nak pi Ikea. Lagipun my fren tgh dok sibuk buat kitchen cabinet kat umah dia. So its time for her to buy something for her house.

on the way to my fren's house to change her clothes and park her car

setelah berjln dgn penat lelah satu ikea tu, kaki ni pun surrender..penat sih..mn taknya, tak rehat lagi dia. lepas jog, swim, then tuan dia guna utk tekan minyak kete, then jln plak. time ni, tuan dia bagi dia rest utk sebarang ketika. ignorekan rupanya yg buruk itu.

Lepas settle, mkn, then balik umah. Petang tu plak, time for me utk potong rumput dpn umah. dah tinggi dah. mujur takder rimau ngan gajah jer. tp sbb penat, manage to trim only 1/3 jer. Walaupun my neighbour ckp, just upah jer bangla2 tu, tp rugi ooo..dahler duit kuar, peluh pun tak kuar. ni atleast, peluh kuar, jimat pun jimat apa...

Next day, pi jog kat putrajaya plak. Kat kelab tasik putrajaya. Selalunya hujung minggu ni la tempat jog. Kalau ari keje kat tasik cyber sbb tu jer yg paling dkt ngan tempat keje dan jimat masa.





Lepas jer jog, pi lepak kat taman area masjid putrajaya. DOk lepak sorang2 situ, ngan dgr lagu, dgn baca buku cerita. Best gak. rs aman jer. Lepas tu balik umah...

Petang tu sambung lg potong rumput. Dan akhirnya setelah 3 hari buat keje sikit2, akhirnya cantik gak ler dpn umah. Bersih jer hasil tgn sendiri.

Ni plak pokok lada. abg ipar yg bagi. kat umah dia byk giler. sajer nak belajar menanam (skrg ni pokok ni dah arwah sbb tuan dia asyik lupa nak jirus...hehehe)


Kat tepi pasu bunga tu, ada nmpk kasut buruk kan...hehehe...sbnrnya kasut tu belong to my neighbour. Benarnya, masa bulan pose dulu2, ada la one night tu, tgh tidur, bunyi kuat jer kat bunbung umah. Pi intai, takut la kan ada org nak buat dajal ker apa kan. Rupanya si wife ni balik lmbt (derang buat bisnes jual daging kat pasar borong selangor yg dibuka 24 hours tu). Laki dia tidur mati kot, dia ketuk pintu, ke apa, semua tak jln. SO dia bengkek, dia lempar la segala kasut yg ada kat dpn pintu umah dia tu kat tingkap master bedroom which bilik aku sebelah tu jer. So dia nak lempar ke situ, terkena la kat aku nyer tingkap. Bengang gak ari tu, tp kesian gak kat bini tu, dahler tgh memboyot, laki plak tido mampus. So kasut tu melekat kat my bumbung almost 1 year. then one day, jatuh gak dia. dah buruk dah kasut tu. tu ari tu tgh kemas2 tu, buang jerlah terus..lagipun ala..mesti dia tak mo dah kan...dah reput dah

Monday, May 25, 2009

Gokusen I and II

So mlm ni secara rasminya aku berjaya abiskan tgk citer Gokusen 2. Best citer ni. Kelakar, sedih semua ada.

Pasal cikgu pompuan yg merupakan generasi ke 4 yg bakal ambik alih kumpulan yakuza kat Jepun. Kiranya cikgu pompuan ganas la. Itu maknanya Gokusen. Tp dia lebih berminat jadi cikgu. Tp anak murid dia adalah budak2 bermasalah kat sekolah. Yang kelakar sbb pompuan ni pretending to be cikgu yg senang dibuli tp sbnrnya dia bukannya gitu. Dan dia kena sembunyikan identiti dia as granddaughter to yakuza chief. dlm nak sembunyikkan tu, asyik la dia tersasul guna perkataan yg selalunya org2 yakuza guna. Nk2 plak dia mmg dibesarkan dlm suasana semua laki, dia sorang jer pompuan. Dia start stay ngan atuk dia setelah parents dia meninggal.

Gokusen 1

Gokusen 2

More about it: Click here

P/s: Smlm beli cd Twilight, Bride Wars and The House Bunny ngan rega rm20 utk 3 citer. ni nak tgk citer The House Bunny plak..hehehe..Gokusen 3 nanti2lah...

Sunday, April 19, 2009

Anda minat shopping?


Semua org suka shopping kecuali yg jenis haji bakhil. tp apa yg dishoppingkan tu yg membezakan setiap org. Org ckp pompuan takleh larik dari beli baju, hbag, kasut, barang kemas...

But for me, serius la, aku bukan jenis reti nak shopping benda2 tu semua. Aku ni jenis selagi ada, pakai je yg ada. Cam baju, aku jarang sgt nak beli2 baju. tu yg baju zaman sekolah pun aku leh pakai lagi. entahler kenapa tak berminat utk beli baju banyak2. cam kalau seluar, kalau ada satu warna, cukupla satu warna tu jer, kecuali tgk jenis kain, jeans ker, slack ker. Tp takkan ada warna sama, jenis kain sama byk2. tak kuasa la..selagi blh pakai, aku pakai jer. Cam skrg, byk sikit la baju yg aku ada. Almaklumlah kakak aku dealer tshirt Sumayya. So setiap kali akak aku gi ambik stok, aku ambik la dlm bbrp helai. Skrg ni ofis aku tak kisah pakai shirt ngan jeans. So lagi la senang aku bab2 berpakaian ni sbb aku ni jenis sempoi jer. Tshirt sumayya pun best pakai, so bg aku asalkan aku selesa ok la

Pasal kasut pun sama la. Aku jenis pakai yg tu jer selagi elok. Kalau dah putus ker, rosak ker, barulah aku beli lain. Aku jenis tak reti nak pakai kalau ada byk2. cuma skrg ni konon nak le jadi cam org lain ada kasut byk2. so aku beli satu warna hitam, putih ngan krim. Konon2 mn2 yg sesuai yg sedondon ngan baju. Tp cam biasalah most of the time, aku pakai kasut kulit ngan selipar aku tu jer. Tak kira la pi mn pun. Keje ke, jln2 ker....ni pun main2 paksa jer

Cam hbag gak. AKu ada la bbrp hbag konon nak jadik la feminin cam org lain. Tp last2 sling bag ngan backpack gak jadi mangsa aku. Hbag gantung jer kat blkg pintu. mn la org laki nak berkenan ngan aku kan. tak feminin langsung. patutla kawan2 laki aku asyik tak kisah kalau aku suka benda2 yg lelaki suka buat tp cam terkejut kalau pompuan lain suka.

Kalau semua benda tu aku kurang...apa yg aku buat bila shopping??? Hehehehe....Aku pun suka shopping...tp tu la, aku ni kalau bab2 shopping, aku tak tahan dua benda jer. CD ngan buku. Dpt beli satu buku or cd pun, dah lega dah aku ni. Tu CD berlambak kat umah, siap byk lagi yg aku tak tgk lagi, siap akak aku ngan adik2 aku ambik pinjam lagi. tu pun cd2 zaman aku beli masa dok ngan akak aku dulu pun, ada ngan akak aku. siap ari tu abg ipar aku tanya, ni nak buang ker apa. ikut hati dia, dia nak buang jer sbb byk sgt.

Skrg ni aku dok giler tgk citer2 jepun ngan korea dan jugak series cam grey's anatomy tu. So berlambak la cd2 ni. ni pun baru jer bbrp ari lepas aku beli lagi dlm bbrp box cd. tak campur awal bulan ari tu br je abiskan dlm 200++ utk beli cd2 ni. tu pun akak aku ngan adik2 aku ambik separuh cd tu. sbb tu kawan aku suka pinjam ngan aku. sbb dia tahu, aku mesti ada stock baru..

Selain cd, buku. dah penuh dah box aku ngan buku2 ni. tak kira la buku apa, novel, motivation, komik, majalah. semua aku suka beli. pesta buku salah satu acara kegemaran aku. ni smlm baru jer balik dari pesta buku. abis gak ler hampir rm200. tp tu la..masalah aku, aku ni jenis suka beli benda2 tu semua tp nak baca, nak tgk, entah bila ntah. tu yg ada lagi buku2 yg aku beli thn2 sblm ni, masih lagi berplastik. tak baca lagi la tu. ni nak start balik baca satu2. tak nak lah rugikan duit beli tp tak baca kan...tp ok la kan, blh la rebet utk tax.

nanti lah aku letak gambar2 cd ngan buku2. kabel tertinggal kat ofis.

Fhm ker?


Suatu hari di tghr jumaat, masa kuar nak abiskan duit, dlm kereta aku, tetiba kawan aku tanya

Kwn: Mi, fhm ker maksud lagu ni?
Aku: Fhm, saranghae maksudnya I love you (padahal aku fhm hanya certain word jer. Almaklumlah kerap sgt tgk citer korea)

AKu sbnrnya masa tu tgh dgr lagu korea yang aku download dn burn kat cd. Bila member aku bertanya gitu, terus bagi aku idea utk aku bercerita pasal muzik ni.

Semua org ada jenis muzik yg dia suka, artis dia suka. Cam aku ni, so far, seigt aku la, aku tak pernah minat artis kecuali NKOTB dulu2 jer. Tu pun sbb terikut2 ngan sepupu aku dok giler ngan kumpulan tu. tp selain dari grup tu, mmg aku ni jenis yg tak minat artis but suka ngan lagu or lakonan depa. Cam cth Siti Nurhaliza tu, aku mmg tak pernah la nak suka dia, tp lagu2 dia aku suka. Tp x semua la. Cm artis2 barat tu, lantak depa la kan blkg citer dia cam Brtiney Spears, tp aku suka gak lagu2 dia.

Sbnrnya aku ni jenis dgr jer lagu2 yg ada. Selagi telinga aku kata ok, aku akan dgr jer. Apa jenis muzik pun. dari trash, slow rock, hard rock, ballad, jazz, pop dll, aku dgr je. Cam dulu bos aku pernah bg pinjam dia nyer cd nirvana bila dia tahu aku suka lagu2 depa. hehehe....and even linkin park pun aku leh dgr, metalicca, gun n roses, tommy page, tu apa tu penyanyi lama razis ismail ke apa ntah yek, aku main pakai dgr jer. selagi leh masuk dlm jiwa aku.

Bila start aku mengenali dunia luar; jepun dan korea, makin luaslah dunia muzik aku. Tak terhad pun lagu melayu ker, english ker, siam ker, jepun ker, korea ke, mandarin, kantonis semua aku bantai. asalkan masuk dlm jiwa aku.

Persoalan kawan aku, aku fhm ker dgr lagu2 tu semua? Sbnrnya kan, aku ni, jenis main dgrrrrrr jer, tp tak pernah nak ambik port pasal lirik. Kalau tetiba aku rs cam eh, lagu ni cam best, cam ada maksud jer, barulah aku carik lirik.

Bukan takat lagu asing, lagu2 melayu pun, sbnrnya aku bukan fhm pun. sbb aku jenis tak ambik port pasal lirik. sbb tu bila kawan aku tanya, bg aku, kenapa perlu fhm lagu tu br leh dgr? Cam la aku fhm apa penyanyi melayu nyanyi. Sbb aku ni jenis dgr jer. Cam lagu Sampai Syurga, masa aku dgr tu, aku tak tahu pun lagu tu pasal apa ntah. tp aku suka dgr muzik dia. Bila aku rs cam best jer dgr byk kali, barulah aku carik lirik dia, tgk apa sbnrnya lagu ni nak citer. Same goes to lagu2 asing lain, cam lagu Korea Because I'm Stupid, Deja Vu by SS501, lagu2 Jepun yang Utada nyanyi, lagu Time of My Life (David Cook), What's About Now (Daughtry).

SO itulah aku, yg takder minat hanya pada lagu2 tertentu or genre2 tertentu. But jenis global...bak kata kawan aku, aku ni jenis otak open minded...semua blh masuk...hehehe
Peace!!!!