Showing posts with label friend. Show all posts
Showing posts with label friend. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Selamat Ulang Tahun….

Petang semalam tetiba dapat call dari sorang kawan rapat

Kawan: Mi, mlm ni buat apa?

Aku: Kenapa?

Kawan: Tlg bawak aku mkn…Aku xder kereta. Dari tghr aku tak mkn lagi ni. Dah ler ari ni birthday aku.

Aku: Ok2. Nanti aku ambik ko. Happy birthday. Sian ko

Kawan: Apa?

Aku: Birthday ko kan ari ni?

Kawan: A’ah.

Aku: Happy birthday!! Nanti mlm karang aku ambik ko. Eh jap…kalau camni, aku suh adik aku balik ngan abg dia, so dari ofis aku terus pi ambik ko. Aku puasa ari ni

Kawan: Ok2. Blh la ko bukak pose ngan aku. Nanti ambik kat umah, aku suh driver htr blk umah dulu.

Aku: Orait

So aku skype adik suh balik ngan abg or adik dia. So DONE.

Maksud kawan aku driver tu, bukan personal driver. But company nyer driver. Kalau sapa keje kerajaan fhm la kot yek. Sesapa pun leh guna khidmat dia sbb tu mmg kejenya.

Sbnrnya kawan aku ni dulu keje kat HQ sini, tp dah brp thn dah dia kena pindah jaga bhgn utara. Umah dah beli kt sini, tp sbb dia bujang kan, so umah tu dah jadi cam umah persinggahan dia sbb dia selalu travel pi HQ dari region. At least tak perlu dok hotel kan?

So mlm td straight dari ofis aku singgah umah dia kat Kajang ambik dia then terus ke Seksyen 7 bangi. Aku tak pernah pi situ. Cam best plak dok round2 area situ. Sambil round2 sementara nak bukak pose, smpt lg aku sambar tudung satu.

Bukak puasa kat Chicken King makan black pepper steak ngan air chocolate. Kenyang giler. Dan sempena birthday kawan aku ni, aku belanja dia makan.

Kitaorg ni kira senasib la. Tp nasib dia lbh sikit. Sbb dia atleast ada gak kawan utk rambu ramba. Aku ni mmg takder kawan dan mmg tak pernah dlm hidup celebrate birthday. Pernah la dpt kad, hadiahh…..hmmmm pernah la dpt hadiah dari kekawan. Kira ok la kan. Tp as usual, birthday aku selalunya berlalu gitu shj tanpa benda menarik pun berlaku. Cam ari2 biasa jer. Huhuhu…..

So for my fren, walaupun aku takleh nak memeriahkan birthday dia, but at least bawak dia makan, belanja dia makan ok la kan? Make her happy.

To my fren, walaupun dia tak baca blog ni, Happy birthday to U. May happiness always with U. And thanks, sudi kawan dan igt tentang aku. Sanggup doakan supaya aku bertemu jodoh sblm dia supaya aku tak sedih kalau dia yg kawin dulu..Huhuhu…. Thanks buddy.

(ambik gmbr tp malas nak tempek sbb mls nak sambung kabel  -_- )

Saturday, February 19, 2011

Kawan

Ari tu tgh semak kepala, bermcm2 ada dlm pikiran. Dgn berborak2 dgn teman alam maya sekurangnya dpt switch kepala otak ni pikir benda lain. Dlm borak2 tetiba ada seseorg tawarkan diri utk menolong. Tp aku ambik kata2 dia tu as gurauan,

Perbualan dengannya membuatkan aku teringat pada seorg kawan. Aku ni jenis yg susah utk terima bantuan org lain terutama dlm bentuk wang. Selagi kudrat aku masih kuat, selagi masih ada jln utk aku dptkan duit dgn cara yg halal, selagi itulah aku akan usaha. Dan aku bersyukur sbb Allah sentiasa murahkan rezeki aku dlm pelbagai bentuk.

Berbalik pada kawan aku tu, dialah satu2nya kawan yg aku terima pertlgn dia dlm bentuk wang. Pada masa tu mmg aku buntu gila2. Keadaan agak krtikal masa tu. Bila kawan ni hulurkan bantuan, dengan muka yg teramat tebal, aku terima. Tp setiap hari, setiap ketika, otak dok pikir mcmana aku nak byr hutang dia dan bila aku dpt langsaikan. Walaupun member ni tak kisah pun bila aku byr dan tak pernah ambik kesempatan atas aku, walaupun jumlahnya takder pun byk sgt, tp still, hutang tetap hutang dan otak tetap pikir.

Aku rs aku ambik masa dlm sthn jugak kot byr hutang dia. Tp dialah satu2nya kawan yg sentiasa ada bila aku perlukan dia waktu susah dan senang tanpa mengira waktu. Kkdg kalau kul 2 pg pun, kalau tahu aku lom makan, dari jauh dia dtg, temankan makan..atau kalau dia tahu aku ada problem, dan2 tu gak dia dtg. Selalu perkataan pertama yg kuar dari mulut dia..."Awak ok ari ni?"

Tp start dia kecewa bila cinta dia pada kawan serumah aku tak berbls, lama kelamaan kitaorg makin renggang.. Bertambah renggang bila dia dah kawin. Last aku jumpa dia hampir 2 thn. Maknanya hampir 2 thn jugak aku tak berckp dgn dia.

Bila kawan cyber menawarkan bantuan, aku terus teringatkan kawan aku ni. And so surprise, stlh 2 thn dia menyepi, esoknya tetiba aku dpt msg dari dia bertanyakan khabar. Kuasa Allah ;)


Friday, February 18, 2011

Aku Ada Seorg Kawan

Aku ada seorg kawan perempuan yg close ngan aku. Dia seorg bujang seperti aku (promote? hehehehe). Dia suka dengan kerjanya. Dan dia seorg pemurah. Setiap bulan dia akan belanja staff2 bawahan dia. Elaun keraian yg dia dpt, dia gunakan utk belanja staff bawahan dia. Sememangnya dia bukan seorg yang kedekut.

Setiap bulan dia akan simpan gajinya dan sebhgn gajinya tu dia akan invest sama ada dlm unit trust or mana2 yg pelaburan yg dia rs ok. Dan kehidupan bulanan dia adalah dengan menggunakan duit claim. Kehidupan seharian dia adalah di atas jln, dan sememangnya keje pun melibatkan jalan. So no wonder lah kalau claim yg dia dpt dah cukup utk menampung bulanan dia. Aku yg tgk dia pun rasa isssshhhh sungguh penat jadi dia. Sekejap dpt call kena pi Perak utk meeting, kejap ke KL. 

Sbb duit dia byk, so ramai la kekawan dia dok menprovoke dia utk beli barang2 mahal especially designer handbag. Tp hati dia kental. Bg dia, kenapa perlu abiskan duit utk designer bag beribu2 sedangkan duit tu blh guna utk benda lain lagi. Dan bg dia, tiada kepuasan dengan menggunakan designer bag, cukuplah sekadar punya bag biasa yg blh dia guna di kala perlu.

Dia mmg sukakan pekerjaan dia, seorg pemurah, seorg baik hati.......dan mungkin sebab itulah Allah semakin murahkan rezeki dia tanpa putus. Dan itu tidak menutup pintu hatinya utk mendekatkan dirinya dgn Allah, bila aku dapat message dia dari, yang dia dah mula mendaftarkan diri utk menghadiri kursus haji dan dalam proses membuat rayuan utk dapat tunaikan haji pada tahun ini...

Dan sessungguhnya aku amat jeles.... huhuhuhu

Monday, August 2, 2010

Frens, now and forever

Satu kepantangan pada diriku kalau ada org caring2 ni. Dari aku leh sabar dan perasaan dah ok, blh buat aku nangis2...Hahahaha...Aku kan berjiwa manja dan sensitif.. Hehehe

Aku sayang semua kawan2 aku. Motto aku, sapa2 nak kawan ngan aku, dipersilakan walau siapa pun dikau, tp kalau tak mo kawan, takpe, sila blah dari hidup aku...hehehe

Aku bukannya jenis memilih kawan pun. Sapa2 pun blh kawan ngan aku. Aku ada kawan yg bljr pun takat tingkatan 3 jer. Aku kenal dia masa aku sesama ngan dia keje kat kedai runcit dkat ngan umah yg mak ayah aku menyewa masa aku lepas SPM dulu. Sajer carik duit masa tu. Tidak dinafikan dia ni cam susah sikit utk berpikir (fhm2 la kan) tu yg asyik la kena marah ngan majikan kitaorg. Sian gak kat dia. Tp aku kawan jer ngan dia lagipun dia mmg takder kawan pun. Dia pun terkejut gak bila aku sanggup kawan ngan dia sbb katanya aku ni budak pandai (aku kan budak MRSM masa tu...konon pandai la tu bg dia..padahal dia tak tahu aku ni kurang cerdik gak...hahahahaha). Dia ni hanya bersekolah sampai tingkatan 3. Rsnya SRP pun dia tak ambik kot (zaman kitaorg masih SRP bukan PMR..tuanya aku..hehe). Dia stop bljr sbb dia tk sihat. Ada masalah jantung kalau tak silap. Asyik on off sekolah, last2 dia berhenti terus...Sian gak dia. sbb family pun susah..Tp bila aku masuk U, dia pun stop keje kat situ, terus aku lost contact ngan dia. Sbbnya aku takder no phone dia. Yelah jumpa pun kat kedai. Kalau nak kuar2 berdua pun, main janji2 jumpa kat ner, kul brp. Maklumlah zaman takder hanfon. Kalau ada pun, igt aku mampu ke nak beli? Tepon umah pun sesak nafas ayah aku nak byr....Huhu

Selain dia, aku ada gak kawan ngan penjahat..hehehehe...Xderlah....bekas penjahat je (aku hrp dia tak ulang buat keje jahat tu.). Kenal dia atas kawan. Dia ngajar kitaorg utk taktik swimming sbnrnya. Lama2 kitorg blh rapat. Mula2 tu aku tak byk tahu pasal dia ni. Aku pun tak tahu dia ni kawin ke belum kan..Then one day, dia ckp yg dia nmpk aku ni cam open minded so dia pun bercerita pasal diri dia. Dia dah kawin, ada anak sorang (aku terkejut sbb tak nmpk gaya ada anak pun). Dia citer kisah hidup dia, yg pernah pukul org, mencuri, minum arak dll. Tp skrg ni dia cuba nak berubah dan dia takut utk kata dia quit totally sbb dia ckp bila dia kata nak quit, takut dugaan dtg utk dia buat keje jahat tu. So dia just niat, dia nak bersara kejap. Hopefully dia bersara terus. Dia ni smbhyg pun tak, pose pun tak (mak dia Sikh masuk islam, siap sediakn bekfes utk dia time pose..huhu..mana la aku tk caya dia ni dah ada anak..mujur dah jumpa anak dia dpn mata baru caya). Dia dok asing ngan bini dia, sbb bini dia keje negeri lain. Dia jarang jumpa bini dia sbb hatinya tawar dah kat bini dia sbbnya bini dia curang kat dia. Bini dia ada boifren lain, tp boifren dia hanya skdr utk bercinta jer, berkawin tak mo....Tp aku fhm la gak kan kenapa bini dia curang... Aku kenal mamat ni camner, aku rs no wonder bini dia curang...hehehe. Tp aku suka kawan ngan dia sbbnya, dia the only one yg tahu betul sapa aku. Means, apa yg aku sembunyi dalam hati aku. Hehehe....Sbb tu aku suka nak citer apa2 kat dia.

Ishh ngumpat org plak aku ni..Hehe..Takder, aku just nak citer yg aku dah jumpa macam2 jenis org dah. Tp syukur, satu pun aku tak pernah terpikir nak ikut derang buat jahat ke apa. Dan yg aku suka, pengalaman2 ni buat aku berpikir tentang kehidupan dan buat aku bersyukur siapa aku skrg. Cam ada sekali dulu, aku tumpang kete bapak kawan aku (bapak dia takder la...ni bukan kawan yg kat atas tu). Penuh dlm kete tu kertas no ekor. Aku tanya ni sapa punya, dia ckp tu bapak dia nyer (no wonder la anak pun perangai ntah apa2). Aku bersyukur ssgt yg ayah aku tak cam tu. Ayah aku bg aku ilmu dunia dan akhirat...

Walau siapa pun kawan aku, aku sayang semua depa2 ni. Sbb kkdg time aku sedih2 tu, ada gak yg sudi hulurkan bantuan. Walaupun macam2 kkdg tu org lain buat aku, kata aku, tp terselit gak yg sudi berkawan ngan aku. Walaupun aku jer yg kkdg tak appreciate kkwn aku. Soriii..

Aku rindu zaman dulu2, masa semua2 lom kawin. Skrg majoriti dah kawin dan zaman gembira dulu2 pun dah berlalu. Selalunya bila derang dah kawin, aku dah jarang contact depa. Bukan sbb mengasingkan diri ker apa, tp kita fhm lah kan org dah kawin camne.Sibuk ngan anak2, bini, suami...Tp bila derang perlukan bantuan aku, or apa2 pun, aku sentiasa bersedia utk depa kalau aku free. Apa yg aku leh tlg, aku tlg takat mn yg aku mampu. Termasuk la jadi penadah telinga bila depa ada masalah rumahtangga. Aku ni dah ler lom kawin, tak reti nak consult org, so kkdg skdr mendgr jelah. Aku ni jenis jiwa keras, tak reti nak pujuk2 org ni., nak tunjuk muka concern. Tp tu lah, kalau sekdr itu yg aku mampu, itu jelah yg aku blh bg.

Masa aku sakit ari tu, tgh2 aku dok pikir benda2 lain, tetiba aku dpt email ni...Terus aku nangis...Hahahaha (jiwa manja bebbb)
dgr cite mimi sakit. sakit apa?
sorry le kita baru tanya cz kita baru tahu actly..
if mimi x keberatan, cite le kat kita mimi sakit apa.. (yalah dulu time kita sakit pun mimi selalu tolong).
mayb dis time mana tahu kita blh tolong lak mimi..
wpun kita dah x duk satu  umah, tp kita kan still kawan.. so x salah if saling tolong menolong..
Aku sayangggggggggggggggggggg kekawan aku...

Tuesday, December 22, 2009

Kenapa blogging?

Dah lama tak menulis dlm ni. Mls nak create ayat, dan malas utk berfikir utk buat ayat.. Kalau nak kata jenguk tu, mmg jenguk gak tp jenguk utk baca blog org lain..hehehe

Bbrp ari lepas ada la borak2 ngan kawan. The he told me about his current activity-> buat website for his friend. Dlm borak2 tu, he told me la yg dia ada masa utk buat website for his friend but still no time to update his blog. Then he asked me, apa yg aku tulis dlm blog sbb dia sometimes has no idea apa yg dia nak merapu dlm tu.

So start la we discuss this matter. For me, frankly speaking la kan, tujuan utama for me to have blog adalah utk meluahkan perasaan. My biggest problem adalah, aku tak reti nak express my feeling, tak reti nak luahkan apa2 kat org termasuk la my problems. I rather to keep to myself then let myself suffer than put my trust to other people by telling them my problems. Bukannya niat utk berahsia sgt pun, tp sbb dah byk dah I try to trust people, citer kat derang my problems, dengan harapan that my friend just keep to themselves sbg one of my secret. But they turned me down when I found out yg derang pi bercerita pada org lain. Hukhukhuk..

Sbb tu I rather to keep to myself unless kalau my problem tu just a simple problem yg I tak kisah pun if they tell anyone else. So dgn ada blog ni, I can use it sbg satu tmpt for me utk luahkan apa jua pun. Dan tak sangka la kan...dgn blog aku kenal dgn org lain. Thanks kepada kekawan cyber yg sudi utk baca dan berborak dgn I walaupun bukan kenal muka pun. Yelah takat ni pun pernah jumpa pun dgn K.Manis jer.

But bila one of my collegue dpt tahu about my blog, so dah jadi cam dah tak best. So I need to erase some of my posts here yg mungkin tak patut org2 sekeliling aku baca. So start from that, I use my blog sebagai satu medium utk luahkan perasaan yg biasa2 jer. About my everyday life..my feeling..dan juga sbg satu cara menjawab persoalan yg berlaku dlm hidup aku.

Byk gakler yg me and my friend discuss that night. Thanks to Allah, I still have friend yg sudi utk mendgr celoteh aku, kemarahan aku, bebelan aku, even my personal problem yg aku mungkin susah utk ceritakan pada org lain. Hopefully we still be friend forever...Thanks Master!!

And also thanks to all my cyber friends yg sudi jenguk kat sini...



Glitter Graphics

Wednesday, December 9, 2009

Kawan2 Lama

Ari ni dok bukak FB. Member sekolah lama letak la gmbr zaman sekolah dulu2. Punyalah aku belek, kenapa aku takder dlm gmbr tu...Pelik la kan, kenapa aku tak ditag kan....(perasan glamer..hahaha)..

Telek punya telek, baru perasan....camner la aku nak ada dlm filem tu kalau aku pun dah pindah sekolah lain...hahahaha....masa Form 4 aku dah pindah masuk MRSM. Tu gmbr yg kawan aku letak tu gmbr zaman derang Form 5.

Kitaorg ni walaupun sekolah lain2, tp sbb rapat masa sama2 sekolah dulu2, yelah geng2 dari sekolah rendah sampai la sekolah menengah dan sampai la skrg ni, masih igt la kan antara satu sama lain. Tambah2 plak adanya facebook..dapat la jumpa balik mana2 yg dah lama tak jumpa tu...

Dlm pada tu, aku terperasan la yg sorang kawan aku ni dah meninggal. Sumpah, aku tak tahu langsung pun dia dah takder. Tu aku yg terkejut gak ler kan, bila member aku tulis "Allahyarham" kat nama dia...Sebak seketika sbb masa zaman sekolah dulu aku agak close la gak ngan dia. Cuma bila dah abis belajar, dgr citernya dia dah pindah Pahang. So terus lost contact. Sedih gak la kan..

Dan dua lagi kawan kitaorg pun dah meninggal. Yg ni kitaorg mmg dah maklum. Sorang meninggal sbb sakit kalau aku tak silap. Aku satu kelas ngan dia dari zaman darjah 2@3 lagi.. Igt lagi dia dok panggil aku anak Ibrahim Libya sbb ayah aku nama Ibrahim. Lagipun masa tu tgh hangat ngan kes Arwah Ibrahim Libya...tragedi memali tu..

Sorang lagi arwah meninggal sbb accident. Sedih gak ler dgr bila dpt berita dia meninggal ni. Ni pun satu kelas ngan aku dari Form 1 lagi.

Dah tua2 ni, biasalah kan, sorang2 akan pergi. Tgk gmbr zaman sekolah2 dulu, teringat time tu. Macam2 suka duka ada. Gelak ketawa, gaduh, gossip...hehehehehe...Aku rs zaman belajar lah zaman yg paling best dlm hidup...