Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Monday, April 18, 2011

Cerita Maggi Tom Yam

Makanan budak malas ari Ahad ari tu adalah di atas ni. Tak perlu panaskan periuk anda di atas dapur, tp aku ikut resepi satu2 kat blkg plastik tu. Yezza..........masukkan semua mee tu dan perencahnya ke dalam mangkuk dan tuangkan air panas. Dan tunggu dia masak dan terus ngap.


Teringat satu ketika dulu masa zaman aku dok asrama. Maggi tomyam adalah maggi yg agak glamer dgn kepedasan dia. Sapa nak mkn, make sure sediakan bhn2 yg patut:
1. Tisu - utk kesat apa yg patut..hmmm
2. Air satu tumbler - bersedia dgn kepedasan

Dan paling baik adalah dgn makan maggi ini secara berkongsi. Sbb kemungkinan besar anda tak dpt abiskan pun utk satu paket tu sorang. Bukan sbb terlalu byk, tp perut penuh ngan air sbb asyik minum air utk kurangkan pedas ataupun sbb tak thn sgt pedas, member tlg abiskan..nanti rugi ooo...

Dulu2 bg aku maggi ni mmg pedas. Kitaorg sukalah mencabar diri mkn maggi ni. Tp lepas bljr dulu, adalah sedikit kesulitan utk dptkan stok ni. Dgr khabarnya (rumours) ada bhn yg dia letak membuatkan rs pedas camtu dan tiba2 cam stok hilang kejap di pasaran (tak th la betul ke idak or sbb kitaorg jer yg susah nak jumpa stok).

Tp skrg ni rsnya dah lain. Dah takder dah rs pedas cam dulu. Tak tahu la kalau bhn tu dah bertukar ataupun faktor usia membuatkan lidah dah kebal dgn kepedasan maggi tomyam ni. Apa2 pun, sampai skrg aku suka maggi ni.

Selain maggi tomyam, mamee tomyam kung pun jadi pujaan kitoarg masa kat uni. Tp skrg ni cam susah nak jumpa kot. Ke mmg dah tak wujud?

Wednesday, March 9, 2011

Bila Sajer Nak Lepaskan Tekanan

Esok dua hari ada training. Dah diberi reminder td yg esok perlu dtg tepat jam 8.30 pg (sila PUNCTUAL!!!). Training dari pagi sampai la ptg. Dan yg paling aku tak gemar sbb esok punya training termasuk dgn org2 management. Yeahhhh..CEO pun masuk training itu sekali. Adusssss.....

Aku lagi suka kalau training tu hanya dari golongan marhen cam aku ni jer. Best sikit utk present ke apa ke. Ni bila geng2 management pun ada sekali, aku rs mesti cam terbantut sikit. Dahler dgr citer training tu akan ada presentation..Huhuhuhu...

Kitaorg nyer adalah 2nd batch utk training ni. Kemungkinan besar semua org perlu join this training tp peringkat demi peringkat. Terpaksalah aku kuar awal esok pagi. Yelah, dahler kat depan umah aku tu jam. So kena make sure kul 8 tu dah ada atas jalan.

So kita chill out kejap ;). Smlm aku rs semacam. Tetiba rs loya. Satu hari aku cam terbau2 benda2 yg buat aku loya. Aku sbnrnya kerap gak bau2 gitu. Tp mmg tak citer kat sesapa pun sbb aku rs nanti mesti org kaitkan dgn benda2 mistik. Tp aku anggap je benda tu takder apa2. Ala..kuasa Allah jauh lagi power kan? So baik kita baca ayat Kursi byk2, pagar diri kita.

Aku kalau terasa loya2 ni, utk elakkan migrain start, so suka layan mkn benda2 masam. So balik keje smlm, aku dah terbayang dah mangga dimakan dgn 'colek' (org kelantan fhm la kot).

So ni la yg aku layan smlm....perghhh menggegar jiwa. Hilang kejap rs loya tu walaupun mlm td still aku terbau benda2 tu. Tp mujur pagi ni, aku dah tak bau.

Mangga muda

Colek (cuka+gula+garam+belacan+cili api)


Wednesday, July 29, 2009

Ikan Celup Tepung

Masa balik kg ari tu, nak bagi mudah, kitaorg lepak la kat hotel (aku stay only for one night). Not 3,4 bintang hotel, but more to motel la. Tmpt tu dkt ngan jetty nak pi Pulau Perhentian. So best la pagi2 bgn, lepak2 kat tepi laut tu, tgk nelayan sibuk berlepas nak pi laut. Laktu pekan tu cam best jer, pagi2 tu aku gi round2 situ, byk kedai tak bukak lagi, ala2 cam pekan Harlem (Holland) masa waktu pagi aku sampai sana dulu. Sunyi laktu ramai pelancong2 yg pun cam aku, round2 pekan sunyi tu.

Nelayan sibuk nak pi laut. Yg nampak nun jauh sayup2 tu kalau tak silap tu la Pulau Perhentian


Tmpt nelayan berlabuh dan gak jetty nak pi Pulau

Masa balik kg tu, member aku sorang join gak. So dia tak pernah tgk or mkn ikan celup tepung ni. Kalau tak silap aku la kan, mmg kat negeri lain takder benda alah ni selain Kelantan dan Trg. So masa on the way balik kg tu, singgah la umah makcik utk mkn tghr kat Trg. Kebetulan lak masa tu makcik aku masak ikan ni. So member aku ni cam pelik la kan, tp aku paksa la dia mkn. Dia kata best gak.

So masa on the way balik KL, aku pun bawak la dia mkn kat satu kedai yg biasa aku pi kalau rs nak mkn seafood celup tepung ni kalau on the way pi Trg la. Tmpt ni kat Pantai Penarik. So aku bawak member ni mkn sini. Kitaorg apa lagi melantak la cukup2. Ngan udang, sotong dan ikan celup tepung. Sampai tak abis mkn (siap bungkuskan yg tak abis tu) sbb berperang ngan lalat. Aku biasa pi situ takder pun lalat macam tu. Tukang jual tu kata, skrg ni musim lalat, tu yg byk sgt lalat tu. Tp puas hati la mkn ari tu walaupun dlm Rm30++ gak kitaorg mkn utk berdua...Hehehe dan pengalaman utk kawan aku ni.

Bapaknya ikan, ni ikan kembong rsnya. Aku biasa kalau buat guna ikan sardin tu sbb rs dia best sikit kot.