Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, August 16, 2010

Balik Kg Before Raya

Selalunya kitaorg (aku la of course) tak pernah pun balik kg nak2 dkt pose ni. Sbb minah ni amatlah kedekut, so rs cam membazir jer kalau balik kg selang tak sampai sebulan. Bukan membazir apa, bukan stkt bazir masa (drive 8 jam tau..penattttttt), ngan cuti lagi, ngan duit lagi..... Sbb tu ayah pun tak galakkan kitaorg balik time pose especially kecuali kalau kitaorg tak balik raya umah (ni utk kakak2 dan abg yg dah kawin).

Tp kali ni kitaorg balik. Tp balik sblm pose (lebih dari sbln pose la kan. walaupun beza tak sampai 2,3 hari..hahahaha). Kitaorg balik sbbnya raya jatuh ari Jumaat (insyaallah) dan masing2 malas nak ambik cuti pjg sgt dan malas nak balik awal2. Majoriti plan nak balik kg hari Khamis or Rabu mlm. Tambah plak, skrg ni tgh musim buah kat kg tu. Buah rambutan, buah dokong dan manggis..Slurrppp..

So balik kali ni ngan misi nak mkn buah + beli baju raya utk ayah dan adik bongsu. Kitoarg balik konvoi 2 kete. 1 kereta dari Selangor (selalu org bantai Kolumpo walaupun dok kat Selangor..hehe) dok bersempit penuh satu kete dan jumpa kat Kuantan, bahagi2kan manusia ke kete satu lagi supaya tak sempit kereta nan satu ni...

Kalau time balik kg gitu, time balik Selangor pun, gitu lah. Singgah Kuantan dulu...

Summary of this balik kg, adalah amat menggembirakan..Hehe..Kiranya puas hati la walaupun duit byk habis. Imagine lah almost 2 years kitaorg tak pernah keluar jln2 ngan ayah dan ayah tak pernah bercuti ngan kitaorg, tp kali ni dia ikut kitaorg secara solo. Hehehe...nampak sgt muka dia happy dpt kuar ngan kitaorg apatah lagi dapat shopping ngan kitaorg...hehehe

So misi balik kg kali ni mmg tercapai. Thanks to Allah yg makhbulkan doa kami semua.. Alhamdulillah


Thursday, February 18, 2010

CNY

Cuti 5 hari (Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu (replacement leave utk yg thaipusam)) tp tak pi mn2 pun. Sblm tu, bukan main plan macam2. Nak pi sana, pi sini. but pikir bab drive mls nyer pasal, so last2 cuti hanya lepak kat rumah jer. Nak ajak adik pompuan tu, dia sibuk dok uruskan pasal hal dia nak kawin bulan dpn. So mls nak kacau kan. Ramai yg tanya, tak balik kg ker?? Tak balik la...Kenapa?? Sbb bulan dpn pun nak kena balik kg gak utk kenduri adik. Mls la nak balik byk2 kali kg ni. Kalau kg tu stkt 2,3 jam jer, ok jer nak balik. Tp ni nak balik ajer makan 8 jam, aduhai..tak larat aaa.. Laktu balik sana, dok ngadap muka yg kita tak nak tgk, so wat per kan. Baik la lepak kat umah sendiri, lagi best apa.

Ari Sabtu hanya kuar umah utk pi aerobik, petang plan nak kuar, siap ckp ngan adik balik awal sikit sbb nak guna kete (adik pinjam kete pi kuar main paintball ngan kekawan dia). Dia dah balik awal, tp tak pi ke mana pun. Hehehe...(kalau ada yg tanya, knp tak ikut adik pi main paintball? Jawapan dia, adik aku yg ni, yg laki. Tak mo aku join dia. Sbb geng2 dia geng2 pro yg ada pakaian sendiri. Laktu aku tak kenal pun geng2 dia yg ni. Kalau geng2 sekolah dia dakper gak sbb dari zaman sekolah lagi kitaorg kenal..hehehe)

Ari Ahad kuar pagi utk pi jogging kat Taman Putra Perdana. Sedih aaa tgk taman tu. Dulu masa pi bbrp tahun lepas, lawa jer tmpt tu. Ari tu pi, mcm kurang dijaga. Area lain ok la, tp main area dia yg ada cam tugu tu, cam tak terjaga. Sedih jer tgk tmpt tu. Tp aku still enjoy. Walaupun tak jog mn pun sbb dada sakit dan mls nak larik, tp peluh mencurah2 kuar sbb keadaan geografi yg berbukit2. Penat weh naik bukit turun bukit...huhuhu

Ari Isnin, tak kuar pi jog pun, tp sbb terlampau bosan, kitaorg kuar gak pi The Mines. Sajer nak lepaskan tekanan hidup..hahaha...Benda yg nak dibeli lain, tp end up beli benda lain. Tp beli pun skdr cam benda2 kecik jer. Xder la benda2 besar pun. Aku ni jenis yg tak reti pi shopping complex without nothing to buy in mind. Kalau skdr pi tp takder tujuan, mmg aku tak berminat aa pi. Pi Mines pun sbb nak survey MP3. Dah abis survey tu, terus lah balik. Mls nak lepak lelama tanpa arah tujuan ni.

Ari Selasa pi umah kakak. Kitaorg ni cam biasa la, kalau kebosanan jer, pi la carik budak2 kecik tu. Plan nak bawak derang kuar. Tp masih tanpa arah tujuan. Plan nak bawak derang pi jln2 kat sunway pyramid tgk org main ski ke apa kan. Tp risau gak kalau kedai masih tak bukak sbb CNY. Yelah, pi mines ari tu pun, masih byk kedai belum dibuka. Lepas tu plan nak pi Pusat Sains Negara. Tp call derang, derang kata tgh tutup sehingga 1/4. So last2 borak2, kitaorg nak gi beli pokok bunga. Ajak la ayah budak2 ni sbb dia yg suh pi kedai sekian2. Mula2 tu dia tak nak pi, pujuk nyer pujuk, ok la dia ikut.

Masa nak kuar tu, tanya dia, nak guna kete mana? Dia ckp guna kete dia. Aku happy la kan, sbb kalau guna kete aku means aku yg kena drive...Hehehe...

Anak2 sedara aku ni pantang nmpk kitaorg pi umah derang. Anggapan derang, kitaorg mesti bawak derang kuar. So bukan main happy la kan tgk kitaorg nak kuar. Sibuk dok pujuk kitaorg nak ikut kitaorg pi mana. Siap takut nak masuk umah, yelah in case kalau derang masuk umah, kitaorg dah masuk kete tinggalkan depa kan. Suh pi toilet pun, siap suh adik aku gi temankan. Hahahaha

Si adik yg tgh demam

Proses pujuk kitaorg bg dia ikut pi jln. Si kakak sibuk dok ngorat anak jiran sebelah. Derang siap berjaga kat luar takut kitaorg blah tanpa bawak derang

So bila kitaorg kuar tu happy la dia masa tu. Tp bila tgk first tmpt kitaorg pi adalah nursery, frust giler beb. Masam giler muka derang. Siap bebel2 kata tu bukan tmpt dia nak pi.

Then bila ayah derang bawak gi mkn, siap tak mo turun, siap protes lagi tak mo makan. Bila dipujuk kata lepas ni kita gi main, barulah nak mkn. Tp still ngan muka masam. Bila kitaorg ckp camner nak gi main kalau takder duit. Siap minta ngan ayah dia duit..hehehe

Lepas mkn, abg ipar bawak la pusing2 kejap, tp terus headed ke rumah. So akak bising takut bbdk tu tak puas hati kan selagi tak bawak gi mn2. So kakak suggest singgah ikea pi main kat bawah tu. Abg ipar biasa lah, macam2 la keluh kesahnya, konon susah nak parking la, susah nak u-turn la..mcm2...so bila adik suggest kata balik umah dulu, bg kitaorg ambik kete then bawak bbdk tu pi One Utama, dan2 tu gak dia kata dia nak g beli seluar. Hahahaha....nmpk no jeles... Aku pun lagi lah suka sbb tak perlu nak drive mencari parking..hehehe

Bbdk kecik tu apa lagi, happy la kan sbb bawak gi main. Aku pun apa lagi, teruskan pencarian MP3 ku. At the end of the day, aku berjaya gak dpt satu MP4 Sony dan bbrp batang pokok hasil belian dan jugak ambik kat umah kakak..heheheh


So smlm, aktiviti aku adalah, menjadi penanam pokok. Tp tak pastilah kan, pokok tu berjaya hidup dlm masa brp ari. Maklumlah tgn aku ni bukan jenis tgn yg berjaya menanam pokok...Hehehe


Thursday, February 4, 2010

Lelaki oh Lelaki

Wah..tajukkkk...hehehe...Bukan pasal aku ada pakwe ke apa yek...Aku lom ada pakwe (promote ke ni??? jgn salah fhm yek..hehe)

Terpikir nak menulis dlm ni sbbnya pg td dgr kat HotFM pasal hal rumahtangga. So terrelate plak pasal hal rumahtangga kawan aku..yg tetiba terrelate plak ngan diri aku ni haaa...

Jgn panik..bukan aku ambik laki dia yek....dan bukan jugak laki dia nak goda aku yek..hehehe

Ni pasal aku yg masih bujang ni aaa... So far, aku takder la plak dok kacau laki org ker, pakwe org ker, tunang org ker, or aku minta org lain tolong sara hidup aku ke sampai org lain nak sibuk pasal hidup aku. Dah aku tak kacau hidup korang, korang jgn kacau hidup aku..okeh???

Yg pasal kawan aku ni plak...Sbnrnya, dia ada la problem ngan laki dia. Apa jenis laki yek, keje takder, jenis keje on off, dok melepek jer kat rumah. Kalau nak tlg buat keje rumah ke apa ke, dakper gak. Ni kawan aku gak ke hulu ke hilir kisah pasal anak2 derang. Bini dia gak yg menanggung hidup satu keluarga. Bini dia la yg abis duit sana sini. Si laki dahler keje on off, nafkah tak bagi (batin bagi la kot...), bljr pun tak abis. Lagi mau dok pung pang sana sini kat kekawan dia suh bini sambung bljr ambik phd, suh beranak lagi...ek elehhhhh...

Pesal relate ngan aku plak?? Pesalnya, mamat tu dahler hampeh, lagi mau komen pasal aku. Dok bebel2 kat kawan aku, kata pesal aku tak kawin2. Konon aku ni memilih. Helloooooo....of course la aku kena pilih.... Takkan aku main rembat gitu jer...Sekali rembat dpt laki cam ko, tak ke haru hidup aku. Aku kalau blh nak kawin sekali jer dlm hidup, kalau blh nak la bahagia sampai akhir hayat. Mujur kawan aku backing, ckp of course la aku nak kena pilih, dpt laki yg keje ntah ke mana, laki ntah apa2, baik la hidup membujang sampai tua. Terdiam mamat tu...

Pelik tul la ngan lelaki2 ni kan. Tak sedar diri sendiri, lagi mau komen pasal org lain.

Aku rs tipu la kalau korang kawin, korang tak pilih sapa pasangan korang. Mesti pilih punya. Takkan main pakai kawinnn jer... Korang nak beli ikan kat pasar pun, korang pilih ikan yg korang nak mkn. Ada ke org main ambik jer ikan, walaupun tahu ikan tu busuk? Xder kan...

Aku ni bukannya budak lawa nak pilih sampai nak kawin ngan anak raja jer, org muka cam brad pitt ker..tu kira cam melampau la kan memilih kan. Cukup la skdr dia Islam, semayang...

Pernah aku ckp kata pilihan aku asalkan laki tu smbhyg bila ada kekawan laki aku yg mengaku dia islam tanya kat aku. Jawapan derang...ko kawin la ngan ustaz... Ooooo baru aku tahu, kat dunia ni, hanya org yg bergelar ustaz je yek yg sembahyang. Org yg bukan ustaz tu tak smbhyg yek???

Ustaz2 skrg pun bukan leh caya sgt pun. Cam dok dgr skrg ni, mcm2 kes berlaku walaupun org tu ada gelaran ustaz. Cam ada org yg aku kenal tu la, org dok panggil ustaz, tp perangai azabbbbbbb...mulut pun azabbbbb...

Cam pernah sorang ustaz ni yg konon member kenalkan utk aku. Terkejut gak aku dgr bila dia kata, dia nak kawin ngan pompuan berkerjaya sbb dia tak sanggup dah hidup susah. Dlm erti kata, nak tumpang hidup senang atas duit bini. Terus aku rejek sbb apa jenis ustaz sblm kawin dah ckp kata nak tumpang duit bini?? Takkan ustaz tak tahu apa tugas sorang suami??... Nak tahu ngan sapa dia kawin skrg? Ngan anak tokei kilang batik... huhuhu...

Aku kawan ngan ramai org, mcm2 kisah yg ada. Tp cam aku biasa ckp kat kekawan aku, aku tak kacau hidup org, so jgn sesapa kacau hidup aku. Aku nak kawin ke, tak nak kawin ke, itu hidup aku. Kalau korang rs korang famili aku, fine kalau nak bising2 kat aku. Even famili aku pun tak kisah sbb bg depa, asalkan aku bahagia ngan hidup aku. So far aku bahagia...dan aku rs org lain yg tgk aku yg rs hidup dia tak bahagia kot...hehehehe...

Be cool braderrr...


Wednesday, December 9, 2009

Demi Cinta...hehehe

Pagi td bukak Kosmo online. Baca berita ni. Bila tgk nama tu, terus teringat pada anak pada sepupu yg pernah menghilangkan diri bbrp tahun sudah. Hilang ikut pakwe dia si Indon. Mak bapak dia dah cuba mcm2, tp tak jumpa gak. Lama2 senyap gitu jer ceritanya.

Sambil otak teringat kisah lalu, aku teruskan bacaan aku. Tetiba terbaca yg pompuan ni org Trg. Kuat pikiran teringatkan anak sepupu. Baca balik dari atas. Tgk nama mak bapak dia. Tgk balik gmbr dia.....Terkejut dan terkedu seketika....SAHHHH...ni anak sepupu aku yg pernah larik dulu. Dan gmbr tu, sepupu aku (Mak dia) yg dok peluk dia...Syukur alhamdulillah, balik gak anak sepupu aku ni..

Tp lain giler tgk muka dia. Kalau dulu, zaman sekolah2 dulu, kiranya dia lah cucu paling lawa dlm keluarga arwah makcik aku ni. Cantik orgnya...Kitaorg panggil dia Zuli.

Tup2 masa dia Form 5, kecoh kejap, bila mak dia yg kitaorg panggil K.Yati ckp yg anak dia hilang. Dikatakan mlm tu, dia kuar ngan adik dia pi kedai (kalau tak silap sbb citer dah lama, dah igt2 lupa). Then dia suh adik dia balik dulu. Dan adik dia sempat nmpk, dia pi ngan someone. Lepas tu ilang begitu jer...Tp kitoarg masa tu dah tahu yg dia kemungkinan besar lari ngan boifren indon dia tu. Tp sayang dan agak sedih la time tu, sbb dia masih muda, cantik plak orgnya, tp itu jadinya....

Tp syukurlah, dia selamat gak balik. Kalau arwah makcik aku masih ada, mesti dia happy. Tp sayang arwah tak sempat tgk cucu dia balik...

Moralnya: Jgn la konon demi cinta ku sanggup harungi segala rintangan, sanggup lari bersama konon utk hidup bersama, tp bila sampai kat Lombok sana, hidup susah, barulah terhegeh2 minta kerajaan Mesia support nak balik semula ke Mesia...pikir sebelum bikin...

******************************************************************************

Pulang selepas 11 tahun - Tinggalkan keluarga lari ikut lelaki Lombok pulang ke negara asal


NORZULIYANI (dua dari kanan) bersama anak-anaknya, IntanAnatasya (tiga dari kanan), Hendri Febian (kiri) dan Firman Anadi (kanan) dipeluk oleh ibu bapanya, Alias dan Norhayati Abas di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Gara-gara lari bersama seorang lelaki Lombok dek panahan cinta 11 tahun lalu, akhirnya Norzuliyani Alias, 29, pulang ke pangkuan keluarga kerana tidak lagi dapat menahan perasaan kerinduan yang teramat sangat kepada ibu dan bapanya.

Wanita itu selamat kembali ke tanah air petang semalam, hasil usaha sama Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Wisma Putra dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Nawi Mohammad.

Norzuliyani yang berasal dari Felcra Keruak, Hulu Besut, Terengganu memberitahu, beliau tidak akan kembali ke Lombok lagi dan kepulangannya telah mendapat izin daripada suaminya.

"Sepanjang saya tinggal di sana, saya tidak mempunyai apa-apa masalah, tidak pernah dipukul dan hanya diminta tidak bekerja oleh suami kerana perlu menguruskan keluarga," katanya ketika ditemui pada sidang media di Pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia di sini semalam.

Mengenang kembali detik lari ke Lombok pada September 1998, ceritanya, dia ketika itu berusia 17 tahun bersama suaminya menaiki bas ke Johor Bahru dan tinggal selama seminggu di bandar raya itu sebelum mengambil bot menuju ke Dumai, Sumatera.

Tambahnya, apabila sampai ke Dumai, dia bersama kekasihnya itu bermalam selama tujuh hari sebelum mengambil bas menuju ke Lombok.



Tuesday, October 6, 2009

Bz

Dah lama aku tak masuk, update apa2 kat sini. Byk sgt benda bermain dlm kepala sampai tak buat apa pun...hahahaha. Laktu minggu lepas satu minggu sibuk ngan training. Ngan tugasan big bos bagi suh uruskan jamuan grup kitaorg. Ngan keje lagi yg byk tak settle..Pening2...

Ari tu plan nak tukar theme, siap pilih theme apa nak, download semua tp tak buat2 lagi pertukaran dia. Konon nak buat hujung minggu ari tu. Tp laptop buruk aku tu buat hal la plak. Sakit hati tul la....Manjang jer problem sana, sini. Cam suh aku carik pengganti dia, cam nak retired jer laptop tu...TUnggu la nak retired pun, bg la aku simpan duit dulu, cukup duit, aku carik la pengganti muda...

Hujung minggu ari tu, tetiba jer sakit kepala. Dgn byk benda nak dibuat. Pagi2 lagi dah siap nak kena pi umah baru tu, org yg pasang gril nak dtg, nak kutip balik gril dia. Aku suh dia ganti lain sbb yg dia buat ari tu buat aku sakit hati giler (lain kali lah citer). Then konon petang kawan adik aku nak dtg nak tgk umah sewa yg aku dok skrg. Tp tetiba jer dia kata dakper kalau skdr dia nak tgk dari luar jer, so aku terus tukar plan, pi umah akak aku kat Damansara Damai sbb dia buat open house.

Pi sana, jadi tetamu jer..hehehehe...tp tolong la serba sikit, sian akak aku kan. Tlg tidurkan anak bongsu dia, lepas tu aku tidurkan diri aku sendiri...hehehe...Tup tap sana sini, sampai lepas isyak aku lepak situ. Terus konvoi ngan adik balik rumah. Kononnya dia nak ajak aku pi jog la pagi esoknya.

Sampai umah terus terbongkang dpn tv. Dgn terketar2 kesejukan. Tak tahu la pesal apa, nak demam ke apa tak tahu la..Kepala pun dah sarat sgt...Tu yg terus tertidur..

Pagi esoknya, bgn utk Subuh, tanya adik aku, nak pi jog ker. Dia pun dok tanya aku balik. Masing2 bertanya sesama sendiri. Last2 tak jadi pi jog, tp kitaorg pi carik barang kat Carrefour. Kul 8 pg terus pi Alamanda. Adik akubeli brg dpr. Aku dah siap2 beli minggu lepas. So mknn mentah masih byk la.

Balik tu, aku pi buat facial jap sbb mmg appointment dah dibuat. Balik dari facial, aku start masak. Rugi la kan nak beli luar sbb adik2 aku ramai lepak minggu ni kat umah tu. So utk 4 org, amatlah berbaloi masak2 ni. So aku masak daging goreng masak dgn sos tiram dan tomyam putih seafood dan kerang rebus. Rs best plak, riuh rendah umah tu kitaorg dok bergelak ketawa, usik mengusik...Uiihh..tak sabar nak tunggu adik2 lain dtg cuti sekolah nanti...Lagi la kecoh kan.

So ari ahad tu asalnya plan nak ke Ikea sambil nak singgah umah K.Manis, tp tak jadi, dok melepek jer kat umah. Dah badan pun rs panas, penat smcm, tambah plak kepala pun dok berdenyut lagi.

Insyaallah, minggu dpn lah ke sana. Apa2 pun nanti sy call akak yek, K.Manis


Tuesday, July 14, 2009

Bila Kanak2 Bercakap

Best kan kalau dgr kanak2 berckp...kkdg pertanyaan derang tu blh buat kita tak terjawab. Kkdg kelakuan derang tu blh hilangkan kepenatan kita seharian...hehehe (bila la nak ada anak sendiri yek..hehe). Hujung minggu ari tu spend masa ngan anak2 kakak (eldest 4++, 2nd 2++ and youngest almost 4 months). So mcm2 kerenah la depa ni. Then bila borak2 pasal derang ni, dok korek balik citer2 kisah2 budak2.

1. Si eldest tanya maknya
E: Mama, bila besar nanti, Fasha nak panggil Cik Mimi, Mimi ajer blh tak?
M: Mana blh. Kena panggil Cik Mimi gak
E: Ala..Mama dah besar, panggil Cik Mimi, Mimi ajer
M: Yelah, Cik Mimi tu adik mama. Tp Cik Mimi aunty Fasha
E: Bila Fasha besar, Fasha pun jadik adik Cik Mimi gak.
M: Aduhai....

2. Masih si eldest
E: Mama, bila besar nanti Fasha ada t*t*k mcm mama yek?
M: Hahahahaha (tak terjawab)

3. Masih si eldest masa on the way tu Cyber. Dia dah pandai membaca so dia nmpk la signboard ni
E: Mama, pusat tu apa
M: Pusat tu adalah satu center (sambil berborak ngan Cik Miminya yg tgh drive dok berharap anak dia x bertanya lagi apa itu center..hehehe)

4. Si eldest ngan si adiknya yg kkdg nyampuk kakaknya. Masa ni Pakcik dia sibuk nak kuar gi main paintball
K: Uncle Shukri nak gi mn?
U: Nak pi main tembak2
K: Oooooo

Masa dlm kereta bawak derang pi jln2, si kakak tanya mak dia
E: Mama, uncle Shukri tak kena tangkap polis ke
M: Kenapa?
E: Sbb dia main tembak2
M: ........

Masa kat rumah, Uncle Shukri dah balik
E: Uncle Shukri main tembak2, ada org mati tak?
U: Takde
E: Kenapa takder org mati?
U: Kitaorg main2 je lah...(mls nak menjawab lagi dah)

5. Ni kakak sulung bercerita pasal anak dia yg skrg ni dah Drjh 1. Masa kejadian adalah last year. Masa tu time Mother's Day. At that time, husband dia ada kat rumah tp dia still kat tmpt keje. Husband dia nampak anak sulung ngan 2nd sibuk dok balut hadiah utk Umi derang. Then si adik plak cam sibuk ke sana ke mari. Cam mencari sesuatu. Then tiba2 dia terdgr si Adik ni ckp kat kakak dia. "Kakak, can I borrow your pencil case?" Kakak dia kata ok. So bila kakak balik, masing2 sibuk hulur hadiah Mother's day masing2 termasuk la si adik ni. Masing2 cam tak terpikir apa2. Bila dah dibuka hadiah, rupanya dia hadiahkan pencil case kakak dia kat Umi dia...hehehe sian sbb lom berduit nak bg something kat mak dia...

6. Masih si eldest anak kakak yg kat sini. Tgh bljr ngan mak dia. Masa tu dia tak berapa nak kenal huruf lagi. So study ngan mak dia
E: Mama, ni apa (sambil tunjuk no 8)
M: Ni 'eight'
E: Bukanlah, ni 'six'
M: Bukan, ni 'eight', 'six' camni (sambil draw '6' kat kertas)
E: Bukan lah mama
M: Ye...
E: Mama, Fasha gi sekolah tauuuuu...(dgn berlagaknya)
M: ................

Continue tomorrow lah....


Thursday, June 18, 2009

Jgn Selubungi Diri Anda dgn Misteri 2...

Anak sedara aku ni suka sgt ambik gambar pelik. Tu gambar akak dia ambik. Masa akak dia nak ambik, terus dia wat muka gitu.

Ada la one day, masa tgh dok browse pic in my phone, I saw this small pic, nmpk pelik sgt. I thought I tercapture weird pic. Bila I bukak, rupanya video minah ni. Dia suka sgt buat gitu ngan rambut dia. Dahler rambut dia kerinting pjg. Dh byk kali her mother wants to cut her hair. But her father plak x bg because of konon nak bg nampak feminin. Dakpelah her father so rajin nak kemas2 rambut his daughters.



Teringat pasal anak kakak ni, teringat la one day, on the way pi umah my aunty. My sis operate masa labour itu hari, then her daughters so naughty, laktu without maid, its not easy for my sister nak take care all of them. Ayah derang plak bz keje. So because of my sister nyer perut tmpt operate tu cam terbukak balik because of dok gerak sana sini, so kena masuk ward balik. So my aunt bising and asked her just stay at her house until recover. My aunt tak blh la nak dtg sini sbb dia pun ada laki nak take care of kan.

So ni one the way pi umah my aunt. I kena jaga budak dua org ni, takut gaduh dlm kete and takut sibuk nak kacau mak derang kat depan with baby.


Umah my aunt kat Felda Ketengah Jaya. Masa dah sampai ke jln nak masuk ke Felda tu, waktu tu maghrib. Baru jer lepas azan maghrib (radio kereta), dgn hutan kiri kanan, ngan gelap gelita kiri kanan kereta sebijik pun takder, my niece ni dok berdiri tgh2 kete tu (antara driver ngan passegger) tetiba jer pandang aku dgn rambut dia berserabut tutup sbhgn muka, dia ckp dlm keadaan berbisik gitu,"CikMi, Diam! Hantu!". Then pandang depan balik. Then dia ulang lagi keadaan tu. Masa first and 2nd tu, rs ok lagi. Tp bila 3rd and 4th, aku dah rs cuak dah.

Isk minah ni betul2 nampak hantu ker, sajer ckp. tp kalau sajer, kenapa tetiba jer dia timbul isu hantu ni? Pelik jer, Dan2 jer aku cuit dia, then aku jerit kat akak aku. "Ish, apa ni Filza ni, asyik sebut2 hantu ni." Then aku gelak2 (padahal hati cuak). Rupanya aku sorang jer dgr dia sebut pasal hantu tu. Selang bbrp minit, tetiba dia blh gelak2 balik, sengih2 balik cam biasa. Padahal spjg dia dok kata tu, muka dia serius giler.

So sampai skrg kitoarg pun tak tahu sama ada mmg dia nampak betul2 or sajer ckp. Tp bak kata akak aku, budak2 besar ni kkdg masih nmpk lagi benda2 halus. Wallahuaklam...


Friday, June 12, 2009

My Sister Engagement

The reason I need to go back to my hometown was because of my younger sister's engagement. Another reason was 'kenduri akikah' for my nieces and nephews (my brother's and my sisters').

Our previous experienced kalau melibatkan marriages, that's means we have to face with problems. Problems with 'DIA". Because of this, sometimes I feel like I don't want to get married. Maybe outsider can say anything about this, but they, who don't know what we have faced with, don't understand what we felt. Only us, our families knew.

So we have to prepare our mental and physical to face any circumstances that might happen during engagement preparations and also during engagement itself.

Eventhough something happened during that time, but fortunately we as familiy do everything for my sister's sake to make her happy during her TIME. And so lucky nothing happened.

Actually few hours before the engagement, my younger sister already mentioned to 'DIA' eventhough not directly, that she really hope nothing bad happen during her TIME. And I also warned 'DIA' by telling 'DIA' yg every marriages of our siblings, 'DIA' always make us sad and make something that can make other people cried with us. 'DIA' only make ignorance face like nothing happened. Arghhhh....

Insyallah my sister will get married early next year and really hope nothing can make her sad during her TIME and hope it will go smoothly. We as her sisters and brothers and also family will help her and stand for her every time she need us.

Congratulations my dear...



Wednesday, June 3, 2009

My Nieces

Ni my nieces, anak pada kakak yg dok kat KL ni. very close with them sbb jarang pi umah abg, dan selalu pi umah kakak. lagipun apa2 hal, i'm the one yg dipanggil utk apa2. derang nak gi mandi kolam pun, aku la jugak kena bawak depa ni. derang nak gi jln mn2, makcik dia ni gakler yg tukang bawak. almaklumlah, ayah derang bz, jarang bawak derang jln2. lagipun kalau bbdk ni ajak pi mana2, jawapan ayah dia, tunggu makcik korang dtg..tak pun call makcik korang, suh dia dtg.

Derang ni sbnrnya beza 2 thn. tp sbb akak dia ni susahhhh sgt nak mkn, sedangkan si adik plak jenis melantak apa2 ajer, so adik nak sama bsr ngan kakak. kalau kitoarg pi mn2, semua org igtkn derang ni kembar. tak tahulah kat mn yg samanya.

Tp si adik ni aduhai..teramatlah lasak. cam sepupu dia kat kg (anak 2nd kakak sulung). jenis muka wat derk, ngan suka2 hati dia jer nak buat apa. rs nak tampar kakak dia, dia tampar jer....geram tul tgk dia ni..

Si kakak kalau ngan makcik dia ni, asyik la kena paksa or diugut mkn. Selalunya makcik dia ni, ugut dia, kalau dia tak mkn, adik2 dia akan jadi lagik besar dari dia. Barulah dia rs terancam, dan cuba mkn sbyk mn yg dia blh....aduhai, nak mkn pun kena dipaksa..

Ni adik derang yg baru berusia 2 bln lbh. Sebijik muka akak dia yg sulung masa kecik. Anak2 akak ni, yg dua atas tu, makcik dia ni lah yg first tgk derang lepas derang beranak. almaklumlah, ayah derang ni penakut sikit. dgr jer bunyi baby nangis (kuar jer dari perut) asyik la suh makcik dia ni pi tgk. lepas tu barulah dia menyusul...hehehe..cuma yg last ni jer lambat pi sbb time beranak ni makcik dia OS.

Pictures and more pictures 1

9th May ari tu, aku, kakak and anak2 dan adik pi la zoo negara. Sbb utama pi zoo adalah kononnya nak jaga anak sulung kakak yg ada lawatan ke zoo ngan kawan2 anjuran tadika dia. Kakak risau la kan, budak2 umur 5 thn tu pandai ke nak jaga diri, cikgu berapa kerat, budak2 berapa org kan. terlayan ke cikgu2 nak kawal budak2 tu semua. Kakak tak nak bg dia pi, cam kesian plak kat dia, sbb this is the time for her nak hang around ngan kawan2 dia, happy2 kat luar dari sekolah kan. So kitoarg pi la gak tp pi asing la.

Masa pi sana tu, kebetulan radio2 ngan boh ada buat apa benda ntah. ni banner dia.


Masuk tu kitaorg pi tgk animal show. Kebetulan jumpa la ngan anak sedara and schoolmates. Kaak dok borak2 ngan cikgu dia. My niece ni cam tak heran pun kat show tu, kitaorg suh tgk show, dia pi buat benda lain..hehehe

My niece nyer sekolah tu sekolah tadika islam. tp bagus la sekolah tu, dia ajar guna satu buku tu (Tajuk dia Anak2Ku), ajar membaca ikut suku kata. now my niece yg umur 4 thn lbh ni dah pandai membaca dah. mula tu kitoarg igtkan dia menghafal, tp bila bagi perkataan dlm paper ker, storybook ker, dia blh baca ngan elok. syukur lah. my niece yg pakai tudung krim tu.


Ni anak kakak no 2. Si budak takder perasaan. tulah yg kitaorg makcikpakcik dia panggil dia dari kecik hingga besar. Selalu jer tunjuk muka takder perasaan..tp nakal nak mampus. dia rs bosan, suka2 dia jer dia gi tampar kakak dia.

Si budak kecik tu, itu hari dia tanya, mn gambar dia. masa tu aku dok la tunjuk video monyet2 ni tgh gayut. tetiba jer dia kata ni dia...sambil tunjuk kat monyet dia...hahahaha

Masa tgh dok lepak2 dlm zoo tu, dok borak ngan kakak pasal Tiara Beach resort yg IG buat offer tu. tetiba akak aku ckp, eh, bukanker fiza (sepupu kitoarg) ada apartment kat situ ker. So kitoarg dan2 jer decide nak pi situ. So call abg ipar, dia kata dia free, then call my cousin, dia kata dia nyer apartment free. So apa lagi, kitoarg terus balik (padahal balik cepat sbb my niece nyer rombongan dah balik dah....first dan last jumpa kat animal show, then kitoarg jl2n sendiri, tak jaga pun derang tu..hahaha). Kemas2 barang2 terus tolak pi sana.

Sampai sana dlm kul 7. tak smpt buat apa pun. sbb mlm tu, kitoarg pi hospital sbb akak kena allergic. lepas balik hospital, kitoarg gi mkn2.

esoknya barulah activity mandi manda...


Waktu ni dah petang. Ari ahad plak tu. so ramai la yg dah balik. sbb kitaorg dok apartment persendirian, so nak balik kul brp pun tak kisah.


Ni bilik dia. Studio apartment jer, tp blh la utk kitoarg lepak2. Bawak comforter, bentang dpn tv. Tu anak beranak satu famili kitaorg bg lepak atas katil. kitaorg geng2 bujang tidur dpn tv...hehehe

Saturday, January 31, 2009

6th

29th Jan ari tu kononnya nk write something kat blog ni. tp tetiba ari tu tak sihat. pg kena gastrik then I have to htr my little brother naik bas kat pudu. balik tu terus pi klinik ambik ubat dan mc. mn tahu tgh rehat2 tu, tetiba kena plak migrain. sakitnya smp nak nangis..

Back to the topic. oklah this year genap 6 years my mom meninggal. agak lama but i still can remember her smile, her laugh, her face when she angry, when she blush, when she sad. compared to my dad, she so close with her children. Always lend hers to ours. Citer apa kisah pun dia akan dgr dan nanti dia akan nasihatkan kitaorg. some kind of filter to us when something to do with my dad. she's the one yg kitaorg akan rujuk before we told our dad. she will approve or disaprove the things. or whether she the one who should told dad or not...

How close we are, when she gone, our life so miserable. We even dont know how to talk to our dad since we not so close with dad. conflicts happen and more problems created. we tried our best to make sure our family happy. thanks to Allah, end of 2005, we as family reunited again and we went for holiday as one big happy family.

Even still have conflicts with our dad, we as her children try our best to make sure our family ok. Nobodys perfect. but at least we try.

Our mum was the best mum ever. She dont complained much about her life even her life so miserable. happy for her she got the best sisters and brothers who always helped her whenever she got problem. eventhough my dad cant buy her jewelry because we so damn poor at that time, but her sister aka our aunt always came and bought her jewelry to cheer her up. also her brother aka our uncle who always give her money eventhough she never asked for that.

She loved her children so much even when she got problem, she never told us because she didnt want burden us with her problems. even she didnt have money, she told our little sisters and brothers never to tell us about it. unless we knew it our own.

sometimes she told us whenever she met with her friends, or neighbours and they chit chat about their son-in-laws or daughter-in-laws and kutuk2 theirs, she dont know what to say about hers. because for her, her son in laws and daughter in law were so perfect. even they didnt, but for her, they are. that's why my sister in law told us that she's so lucky to have her as mother in law.

SO, mum, u always in my heart, for ever and ever. ...love u so much....even I know, I didnt show you how much I love u...

Wednesday, January 28, 2009

Cuti2 Balik Kg

Aku kalau balik kg mmg tak online lh...maklumlah kat kg no internet. yelah wat per psg internet takat kat umah tu ayah aku ngan mak tiri aku jer..nak berinternet kat umah akak aku, katanya abis kabel streamyx kat kg tu kena curik...nth apa2 jer..

Our journey started on friday night and arrived at our kg around 7.30. Siap berenti beli breakfast. sampai umah, mata dah tak larat, sambung tidur.

Bgn dari tidur, rileks2, cam biasa terus pi umah kakak. ckp ngan ayah pi KB htr sepupu yg tumpang kitorg balik skali. Dok lepak sampai lah mlm kononnya waiting for my sister's avanza sbb tak muat nak naik only one car. tp abg ipar yg bawak kete dia pi service, balik lmbt...end up, adik laki yg pi htr sepupu then kitaorg lepak umah kakak sampai ke tgh mlm.

mcm2 sbnrnya berlaku...aku harap sgt dan selalu berdoa agar konflik antara kitorg ngan ayah akan berkurangan..tp rsnya cam xder perubahan walaupun aku nmpk in our stepmother side tu ada perubahan. for me as long as dia nmpk berubah, its ok..and as long as dia tak buat perangai in front of me, its ok. tp for my sisters and brothers, so far, they still cant accept it especially about our father. tak reti nak nasihat depa sbb kalau aku nasihatkan ke arah kebaikan, they said I ni dah berpihak pada our parent side. but for me, whoever he is, what ever he has done, he still my father. the person who sacrifice his life to make sure his kids got good educations. without him, I'm not who I'm right now. if he done something bad, its our responsiblity to tell him, to advice him. sbb tu spjg kt kg ari tu, apa yg aku rs apa yg ayah aku buat tu salah, yes, aku agree with them. but apa yg aku rs apa yg dia buat tu betul sbg seorg ayah, i just shut my mouth. sbb kalau bersuara, macam2 plak telahan derang.. so tak nak conflict lain timbul, baik diam and then let them think. Sbb masing2 dh besar and knows the better and worst.

Apa2 pun, I just hope and pray that something good happen in our family and we reunite as one happy family. And really hope that our father will realize that not everything he has done are right and he will stop saying bad about his children again. And I also hope that my siblings will accept our father and stepmother with open arms as long as our parents try hard to change.