Wednesday, February 24, 2010

Yassin - Nur Kasih

Dok pikir pasal lagu apa yg aku nak simpan kat blog ni. Tetiba aku teringat kat lagu ni. Lagipun lagu ni blm download lagi, so aku decide nak letak lagu ni kat sini.

Lagu ni aku start suka pasal kes aku dok ikut citer Nur Kasih. Citer feveret..walaupun kala org lain dok giler kat Adam, tp aku plak sebaliknya. Aku tak suka Adam sbb bg aku Adam tu selfish. Masa suka Katrina, buang Nur, tp bila suka Nur, buang Katrina.

Ok berbalik pada lagu. Sblm ni mmg pernah dgr lagu ni. Tp mungkin sbb kesesuaian citer ngan lagu buat lagu ni cam best ssgt. Ok lah...layan jelah lagu ni dari baca bebelan aku..Hehehe

Lirik: Nur Kasih (Yassin)

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

Download: Click Here





credit to: mrcadbury86

Bengkek



Kelmarin (skrg dah pagi kan, dah masuk hari Rabu la kan kiranya..so kejadian ni berlaku Isnin) aku bengkek tul la. Aku geram tul kalau org berjanji, dan kita dah usaha supaya janji itu tertunai, tp tup2 org tu bukan kita kacau.

Rumah aku ada masalah ngan saliran air buangan. So nak tak nak, terpaksa la kan panggil org. Aku ada byk choice (yelah iklan kecik2 kan byk dpt kat umah tu). Dlm byk2 tu aku ambik yg kaum aku nyer. Aku call la kata nak minta dia tlg baiki. Masa aku call dia tu, ari Ahad dlm kul 5 lbh dkt2 kul 6 gitu la kan. So dia kata dia dtg esoknya (Isnin) dlm waktu2 petang cam ari yg aku call dia tu la. Dan dia minta aku sms alamat umah.

So kelmarin pg, aku sms la alamat umah. Dlm tghr tu, dia call tanya kul brp nak suh dia dtg sbb dia dah siapkan keje dia yg pagi tu. Kiranya skrg ni dia free la kan. So aku ckp la, aku keje so suh dia dtg petang. So aku set kul 5.30 ngan dia dan berjanji la kan kata aku sampai umah, aku msg dia. Dia pun sama la kan. So kitaorg dah set appointment.

Sbb janji kul 5.30, means aku kena kuar ofis awal la sbb aku nak kena ambik adik aku lagi. So aku minta time off, balik awal. Sblm aku kuar ofis, aku msg siap2 la mamat tu kata aku dah nak balik umah, dan kul 5.30 aku dah ada kat umah. Aku msg dia awal time tu dlm kul 4.15 gitu. Tp dia senyap.

Sampai umah, aku msg lagi. Tp dia senyap gak. DLm dkt kul 6 barulah dia call, kata dia dtg kul 7. Aku bengkek la kan sbb aku dahler rushing balik siap minta time off lagi sbb aku takut dia tertunggu2 kan. Aku bab2 masa ni kkdg aku punctual gak. Yelah kan, sampai bila kita nak org kata Janji Melayu tak pun alaaaa Jam org Melayu kan.Ayah aku selalu pesan, jgn bg org tunggu kita, tp biar kita tunggu derang. Means kalau berjanji tu, kalau kul brp tu, better la dtg awal dr waktunya.

Walaupun dia kata dia dtg kul 7, tp aku minta gak ler suh dtg seawal yg mungkin. Dh nak kul 7, dia call lagi kata dia tak dpt dtg awal dari kul 7 sbb dia kena siapkan keje customer dia sbb customer dia dah tunggu lama. Abis tu aku ni sapa? Bukan customer? Aku tak menunggu lama? Padahal dia dah set dah appointment tu ngan aku.

Tup2 kul 7, msg aku kata dia dtg lmbt sbb jam. Yelah, dahler time tu ngan hujan lagi. DLm kul 7 lbh hampir kul 8, dia msg lagi kata tak dpt dtg sbb jam teruk dan insyaallah dia dtg esoknya. Arghh tensen aku. SIa2 jer amik time off, terkejar sana sini. Terus aku bls balik kata takperlah, aku takleh nak janji bg dia dtg esoknya ke tak sbb aku takut jadi cam ari ni lagi dahler aku terpaksa ambik time off.

Skrg ni aku tak decide lagi business card mn plak yg aku pilih. Mujur tak kritikal sngt masalah saliran tu...Aduhai...

Tuesday, February 23, 2010

Woman Better Than Man?



Salam...
Mlm ni baru leh nak nulis2. Yelah siang keje kan...hehehe... Ok, cam biasa pagi td on the way pi keje dgr HotFM, dan cam biasa la kan, HotChat bersama Fara and FBI.

So topik ari ni pasal yg tertulis kat paper pasal pompuan yg menguasai bhgn perkhidmatan awam dan apa pendapat korangkan pasal benda ni. Which one better? Man or woman?

Pada pendapat aku la kan....ni dari kepala aku la kan, bukan kepala org lain la kan....lebih kurang sama jer pompuan ngan laki ni cuma masing2 ada kelebihan dan kelemahan masing2.

Cam lelaki...memang Allah dah anugerahkan derang ni akal lebih dari nafsu kan. Dan lebih sepatutnya derang ni jadi ketua. Dan otak derang pun akal pjg utk pikir idea2 yg lebih bernas, lbh jauh ke dpn dan lbh baik dari pompuan. Tetapi...... kkdg derang ni mudah sgt kalah ngan nafsu derang.

Kalau yg lemah imannya, senang jer digoda dgn pompuan dan harta. Bila sudah tergoda, akan mempengaruhi akal dia dan dgn itu blh menjatuhkan dia balik.

Dan kkdg sbb akal pjg lah, ramai gak benda2 yg buruk berlaku adalah dtg dari org laki. Cuba tgk sekeliling la kan. Kbykn penjenayah pun majoriti lelaki, yg kat pusat serenti pun laki. Sayang sekali sbb derang tak guna akal yg Allah anugerahkan itu dgn sebaik mungkin.

Kalau pompuan plak, tak dinafikan, akal derang pun mantap gak. Kalau tak mantap, takkan la ramai kita tgk pompuan yg pegang jawatan tinggi even kalau tgk seluruh dunia pun kan. Pompuan pandai dan lebih teliti dalam buat sesuatu pekerjaan walaupun bukan semua la kan (cam aku la kan...messy..hehe)

Tp pompuan ni mudah dikuasai oleh emosi. Sbb tu kalau pompuan ni, nangis2 sikit, pujuk2 sikit kita dah lemah kan. Sbb benda2 gini lah kkdg blh mempengaruhi dia dlm pekerjaan dia mahupun dlm kehidupan seharian dia.

Sbnrnya masa dok dgr kat radio td, dlm otak aku ni dok keluarkan byk idea nak tulis kat sini pasal topik ni. Tp bila dah mlm ni, dan bila dah menulis dlm ni, terus dah lupa apa yg nak diperkatakan.

Anyway, itu lah antaranya pendapat aku la kan. Bg diri aku sendiri pun, aku takleh nak ckp yg aku prefer kawan ngan laki banding ngan pompuan ker, or keje ngan laki lagi best ker...Sbb pengalaman diri sendiri, kita takleh nak spesifikkan kata lelaki better than pompuan or vice versa sbb bg aku its depend on that person itself dan kita pun saling memerlukan antara satu sama lain.

Cam nak kata keje ngan laki lbh best dari pompuan. Bg aku tak gak. Sbb aku pernah bekerja di mana aku sorang jer pompuan dlm kelompok laki dan pernah gak keje ngan pompuan sbg supervisor. Kkdg best la kalau kita keje ngan derang sbb byk ilmu dpt, cara derang lain, tak byk sgt main ngan emosi. Tp dlm ramai2 lelaki tu, mesti terselit gak sorang yg jenis suka ambik kesempatan atas org lain cam kita yg buat keje tu, dia kata dia yg buat dan org akan nmpk kita cam tak buat keje. Tp benda ni bukan lelaki jer yg buat, kkdg pompuan pun ada gak. Kalau pompuan, kita akan tgk cara keje dia lebih teliti, lebih detail tp dlm ramai2 tu terselit gak yg keje cincai jer asalkan siap jer. Kkdg org lain yg buat, dia tukar serba sikit, dah claim dia nyer.

Kalau cam ada caller ckp kalau kat kaunter dia lbh suka pilih laki sbb laki lagi tak cerewet banding ngan pompuan. Bagi aku kan, tak gak ler. Sbg org yg biasa berurusan kat kaunter tak kira la kan, kaunter bank ker apa ker kan..asalkan melibatkan kaunter, aku rs depend on siapa org itu bukan apa jantina org itu. Sbb kkdg aku dpt kaunter yg laki jaga, fussy giler, itu tak blh ini tak blh..cam pernah aku nak pi isi borang utk buat loan, dia minta aku isi guna pen hitam tp aku tersilap isi guna pen biru. Dia mintak aku isi semula. Imagine la dahler form tu perlukan tdtgn majikan kan, takkan la aku nak balik semula ofis semata2 tu. Tp sbb dia bosan kot aku dok tanya byk kali knp tak blh serah yg tu jer tak perlu isi balik just because of color, dia pi tanya kawan pompuan dia. Terus jer pompuan tu ckp, accept jer borang tu sbb takat warna tak kritikal pun. Barulah lelaki tu terima borang aku tu.

Dan pernah gak aku berurusan ngan pompuan kat kaunter. Mcm2 kerenah, tp ngan lelaki, rileks jer, senang jer berurusan. Itu yg aku ckp, its not about gender tp siapa org tu.

Kalau nak citer tu byk la kan..Tp kesimpulannya kan, aku rs takder beza pun lelaki or pompuan walaupun bg aku, suppose lelaki lah yg layak utk jadi ketua sbb akal derang yg lbh kan. Tp sbb masing2 ada kelemahan dan kelebihan masing2, so kita saling memerlukan antara satu sama lain utk saling melengkapi supaya hasil yg dpt adalah yg lebih baik...

Dan semoga kita sentiasa tingkatkn diri kita dan jangan mudah terpengaruh ngan nafsu dunia ni...

Quote:
  • "There are three things men can do with women: love them, suffer for them, or turn them into literature." -- Stephen Stills

  • "Men are like a deck of cards. You'll find the occasional king, but most are jacks." -- Laura Swenson

  • "You see a lot of smart guys with dumb women but you hardly ever see a smart woman with a dumb guy." -- Erica Jong

More quotes..

Monday, February 22, 2010

Sudirman - Pelangi Petang



My most feveret lagu dari arwah Sudirman. Setiap kali dgr lagu ni, aku akan rs hiba. Ni aku jumpa youtube sedutan citer Kami. Sedih beb citer ni and aku tak boring tgk citer ni ulang kali.

Pelangi Petang
Artist: Sudirman

Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...


Utk download: Click Here





Credit to: sexrocco

Sudirman Dlm Kenangan


Pagi td dlm Hot Chat Pagi bincang pasal arwah Sudirman. Sempena memperingati arwah meninggal pada 22 Februari 1992 (betulkan?). Dan topiknya adalah apa shj yg melibatkan arwah dlm hidup korang.

So for me, aku ni mmg peminat dia lah kan. Semua lagu2 dia aku suka. Kartun dia aku suka baca. Movie dia Kami pun aku suka tgk sampai nangis2 aku tgk (sampai skrg pun kalau tgk...nak2 bila pikir dia dah takder kat dunia ni..huhuhu). Kiranya lagu dia tu evergreen la bg diri aku. Tak puas utk didgr. Bg aku, takder artis lain yg leh celen dia. Talent dia superb beb.

Kalau nak tahu....aku pernah la dulu plan nak htr surat kat dia, minta dia jadi abg angkat aku (hahahahahaah..gelak guling2 ni). Bukan apa...dia kan kaya raya, aku ni org miskin. Memang miskin betul la time tu. Aku ni kan, nama je peminat, tp mn pernah beli apa2 brg dia pun. Mana mampu beb. TV pun masa tu harap beli TV yg org lain dah tak nak. Time ada tv tu, aku leh la tgk citer2 feveret aku kan. Tp bila time tv dah kong, terpaksa lah menumpang kasih kat umah org. Kalau jiran baik hati, dia layan jer kehendak aku nak tgk channel mana. Time dia mls nak layan, kenalah tgk jer channel apa yg jiran pasang. Yelah..nama pun menumpang kasih tv org kan.

Berbalik citer td, dulu2 pikir, kalau arwah sudi jadi abg angkat aku, at least dapat la dia tolong aku satu keluarga. Walaupun sikit at least ok la kan lagipun arwah tu kan pemurah..hehehe...Tp aku tak htr pun surat tu. Mana aku nak cekau duit nak beli setem ngan sampul surat beb. Duit pi sekolah pun bawak 30 sen jer tiap2 hari. Tupun cukup la utk beli keropok ngan air time rehat.

Masa tahu arwah sakit dan meninggal, mmg sedih aa gak. Sbb cam hilang sebutir bintang kat negara kita ni. Ada ke artis cam dia skrg ni? Rsnya takder kan. Dgn siap ada business sendiri bagai...Bagi aku dia mmg seorg yg berjaya.

Sempena memperingati beliau, jom kita hadiahkan Al Fatihah kat arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan semoga Allah tempatkan dia di tempat org2 yg soleh. Amin....Al Fatihah

Sunday, February 21, 2010

Mulan The Movie


Cite start ngan tunjuk ayah Mulan ngan his friends. Ayah Mulan ni keturunan tentera. Mulan plak mak dia dah meninggal. So dia membesar pun dah cam laki. Yelah takder mak yg ajar jadi pompuan. Kekawan ayah dia dok ajar dia seni pertahanan diri. Tp dia xderlah jadi tomboi ke apa. Dia close ngan anak jiran dia, Tiger yg panggil dia sebagai Kak Mulan. Dari kecik Mulan selalu la jadi bodyguard Tiger ni dari dibuli.

Ayah Mulan ni tak sihat. Maklumlah dah tua, jln pun dah tempang. So bila org jahat sibuk datang nak berperang, so arahan raja supaya keturunan tentera ni htr wakil setiap keluarga. Mulan sedih la sbb ayah dia dah tak sihat, kalau ayah dia pi, kemungkinan besar takkan balik lagi. Ayah dia cam happy (dlm sedih) sbb dpt berkhidmat utk negara (konon2 best la berperang di medan perang tu), kuarkan brg2 tentera dia, dok gilap balik. Mulan tak sanggup tgk, so dia cam mabukkan ayah dia konon last sblm pi berperang esok.

Esoknya bapak dia bgn lmbt, tgk2 Mulan dah ambik brg2 tu dan blah pi kem tentera. Ayah dia sedih sgt. Pi sana, dia terjumpa Tiger. Tiger terkejut sbb tak sangka Kak Mulannya ganti bapak dia. Mulan minta tlg dia rahsiakan hal tu. So dari panggil K.Mulan, dia terpaksa panggil Abg Mulan. So hanya Tiger jelah yg tahu dia tu pompuan.

Dlm pada tu, ada jeneral ni, nama dia WenTai (kalau tak silap, sbb lupa aa). Baik la ngan derang ni. (kiranya hero la dlm citer ni). Setiap askar kena pakai tag nama. In case kalau terkorban, at least derang tahu sapa dan setiap kali berperang, derang akan kutip tag nama mereka2 yg terkorban ni dan derang akan gantung sebagai mengingati mereka2 yg terkorban.

So one day, tgh mlm masa semua org tgh tidur, Mulan pi mandi kat kolam. Masa tgh mandi, tengok2 si WenTai tu ada mandi sekali. Dia terkejut. WenTai cuba mendekati dia, tp sbb masa tu tgk bogel kan, takut identiti dia terbongkar, so dia cuba elakkan. So cam derang ala2 berkungfu dlm air sbb Mulan tak bg mamat tu nmpk muka dia. Dlm masa tgh bergaduh dlm air tu, lelaki tu dpt rs yg org yg berlawan ngan dia tu adalah pompuan dan dia telah cakar tgn lawan dia tu. Mulan berjaya escape.

Esoknya, ada kes hilang brg. Brg tu sbnrnya Tiger yg buang dlm kolam sbb dia bengkek ngan mamat ni. Mana la dia tahu benda tu adalah penting. So masa siasatan tu, derang minta semua askar bukak baju. Mulan nak tak nak, dia ngaku dia yg buat. So dia dihukum pancung. Sementara hukuman dijlnkan, dia dimasukkan dlm tahanan. Masa siasatan tu lah, WenTai ni perasan yg tangan Mulan tu luka, sama cam yg dia cakar mlm sblm tu. So dia tahulah yg Mulan tu adalah pompuan.

Masa Mulan dlm tahanan tu lah, WenTai mai jumpa Mulan suh dia ngaku. Mulan citer lah hal sbnrnya yg dia ganti ayah dia sbb ayah dia sakit. Dan dia minta suh rahsiakan hal itu lagipun dia pun mmg dah nak mati kan. Lepas tu WenTai tu blah. Selang lama lepas tu, WenTai tetiba dtg, kata ada perang, so dia potong tali yg ikat Mulan, dah suh Mulan larik. Mula tu Mulan tak nak, tp WenTai ckp, skrg ni perang, so mmg nak tak nak, kemungkinan besar derang takkan jumpa balik amatlah tinggi. Yelah mana tahu nanti derang terbunuh kat medan perang kan. So Mulan pun blah.

Geng2 askar pi berperang ngan geng2 jahat ni. Actually org jahat ni, ketuanya ok la. Walaupun jahat, tp masih berperikemanusian. Yg jahat sgt adalah anak dia. Anak angkat pengjahat ni, angan2 dia adalah utk jadi pemaisuri raja. Sbb bgnya, kalau jadi permaisuri, dia leh la control supaya perang tidak lagi terjadi sbb dia dh bosan ngan perang.

Back to kat medan perang, masa tgh perang2 ni tgh kemuncak, cam dah nak kalah dah, Mulan tetiba dtg tlg. So masa dia perang2 tu, dia perang ngan Komander jahat ni, so dia berjaya la penggal kepala Komander jahat tu. Atas jasa dia, dia jadi penolong jeneral yg mana penolong kepada WenTai.

So dia bersama2 ngan WenTai bawak bala tentera dia dan makin berjaya la misi perang dia. Dlm masa yg sama, perasaan dia kat WenTai pun dah makin kuat. Sampai la one day, masa perang tu, WenTai suh dia jaga geng2 tentera yg bawak mknn ni and WenTai ni pi lawan kat depan, dia tak ikut arahan WenTai tp ikut gak WenTai lawan penjahat. WenTai bengkek, bila pusing balik, tgk2 semua geng2 askar yg dia tinggalkan tu terkorban. So WenTai cam pertikaikan tindakan dia. Alasan dia sbb dia tak sanggup tinggalkan WenTai dan takut WenTai tak balik2. Dia tanya WenTai apa tindakan dia lakukan kalau WenTai ditempat dia.WenTai kata dia akan ikut apa arahan ketua, dan jgn bg perasaan yg menguasai segalanya. So Mulan rs sedih sgt nak2 ramai kekawan dia terkorban. DIa rs bersalah sgt dan dia sungguh down. Nak2 bila balik tgk makin byk tag nama yg terikat. Dia pertikaikan kenapa bapak dia sungguh happy bila disebut perang sedangkan perang itu sungguh memeritkan dan dia tak sanggup ngan perang sbb setiap kali perang, setipa kali tu lah ada yg terkorban. Bila waktu berperang, Mulan elak utk ikut sekali, so WenTai sgt kecewa ngan tindakan Mulan so dia tinggalkan Mulan di kem.

Sekembalinya geng2 perang ni, tgk2 WenTai terkorban. Tiger bawak balik tag nama WenTai. Mulan rs bersalah sbb bg dia apa yg terjadi adalah sebab dia. So dia jadi makin teruk. Makin down. Asyik la mabuk semua dan tak hirau kat dia nyer anak buah. Anak2 buah dia pun dah makin demotivated sbb tgk penolong jeneral pun dah tak semangat utk ketuai derang. Tiger sedih sgt tgk Mulan. So dia marah2 Mulan. Siap dia cabut semua tag nama yg Mulan ikat tu. Mulan cam bengang la kenapa buat gitu.

Masa semua tentera dok lepak tunggu latihan, tetiba Mulan ngan semangat baru, kuar. Dan dia ngaku kat semua tentera dia yg dia amat takut pada peperangan dan dia sebenarnya pengecut. Tp dia nak ubah semua tu, so dia dgn semangat baru, dia jadi jeneral baru yg makin bagus dlm kuasai medan peperangan. Peperangan demi peperangan dia berjaya. So pangkat dia pun makin naik.

One day, anak penjahat tu yg gilakan kuasa yg lebih besar, telah paksa sekutu dia utk kuasai negara. Bapak dia tak setuju tp dia bunuh bapak dia. So nak tak nak semua org terpaksa la terima yg dia adalah Danya (maknanya ketua kot) baru. So Danya baru ni isytiharkan perang lagi.

Bila Komander askar dpt tahu, so Mulan dan ketua lain pun diskus camner nak buat. Mulan pun bagilah suggestion supaya bg dia dan bala tentera dia yg pi dulu. Dia minta komander htr ubat dan mknn kat jurang (yekot..tak igt) tu sbg backup utk derang. So kononnya2 dia lawan dulu ngan jahat tu, then bila jahat ni kepong derang, derang pi larik ke jurang tu dan ala2 cam surrendar la kan. So masa jahat ni kepung derang, Mulan minta geng2 Komander plak dtg serbu jahat ni. So semua setuju.

Tp rupanya Komander ni tipu Mulan and the geng. Derang tak htr pun mknn dan ubatan kat tmpt tu. Dan derang tak dtg pun selamatkan derang. SO Mulan and the gang terperangkap. Dahler sblm tu ribut tetiba dtg. Dan Mulan pun kena panah. WenTai yg disangka mati rupanya lom mati cuma muka dia kena pedang so cam ada scar la kat muka. Rupanya dia berpakat ngan Tiger agar ckp jer kat Mulan dia mati supaya Mulan bersemangat kembali. SO masa lepas ribut tu, WenTai jerit carik Mulan sbb dia igt Mulan dah mati. Mulan terkejut la tgk. Dia ckp yg dia mmg tak caya yg WenTai mati.

Lepas ribut ni, sbb nak selamatkan Mulan dari dibunuh penjahat, Tiger and the gang backup walaupun masa tu ramai yg cedera. Bg derang, selamatkan Mulan supaya Mulan dpt pi ke kem semntara derang kt jurang tu. Masa tu Mulan pun dah cedera parah sbb kena panah. So WenTai bawak Mulan ni. Sbb xder ubatan dan mknn tp utk bg Mulan selamat, WenTai bg darah dia utk Mulan minum. Esoknya, mujurlah Mulan dah ok sikit.

Dlm masa yg sama gang, Tiger and the gang jadi tahanan perang. Di depan Mulan and the gang, Tiger and the gang kena bunuh. Mula tu ahli tentera tanya, kenapa tak gi selamatkan Tiger sbb Tiger tu kan besfren dia. Tp Mulan kata semua org adalah besfren dia. Sbb masa tu Danya baru tu suh Mulan kuar. Tp bg Mulan, kalau dia kuar, nanti nyawa askar2 lain pun akan jadi mangsa gak. Utk bagi semangat kat semua, Mulan nyanyi lagu semangat askar derang. Masa tu dlm tgh2 nyanyi, sorang2 ahli tahanan termasuk Tiger dibunuh depan mata.

Dahler mknn takder, ubatan takder, terpaksalah derang korbankan kuda derang utk dijadikan sbg mknn. And last kuda masa tu adalah kuda Mulan. Semua dah tak larat utk berperang sbb x cukup mknn dan ubatan, tp semangat yg ada buat derang semangat utk berperang. Masa tu MUlan pun dah tak ok, so sblm berperang, dia nak bunuh kuda dia tu. Tp semua cam sedih la, tak bg dia bunuh kuda tu. WenTai tak sanggup tgk, terus dia pi ke dpn dan jumpa ngan penjahat kata dia nak jumpa ngan Danya br tu.

Dia tunjuklah dia nyer cop mohor yg dia sbnrnya anak raja dan dia sanggup gantikan diri dia dgn bekalan mknn dan ubatan yg penjahat tu ada. So Danya tu setuju. Dia ambik WenTai sbg tahanan dan tinggalkan tmpt tu dgn bekalan mknn derang ngan ubatan.

Bila semua dah ok, Mulan pi sorang2 selamatkan WenTai. Dia menyamar jadi sbhgn askar penjahat. Danya baru tu dok ckp la konon dia leh dpt something la dari raja since dia dah dpt anak raja sbg tebusan. Tp WenTai ckp dia hanya anak raja yg tidak dihargai oleh raja dan semestinya raja tak akan buat apa2 dkt dia. Anak angkat pompuan Danya yg mati dibunuh tu, dia ckp something like suh stop perang sbb dia tak suka semua ni. Masa tu lah, Mulan ngintip dan dia dengar semua tu.

Mlm tu dia menyelinap masuk bilik anak angkat pompuan tu. Dan confront dia adalah Mulan. Pompuan tu terkejut sbb Mulan kan jeneral yg glamer dan tambah terkejut bila dpt tahu Mulan adalah pompuan. Pompuan tu ckp la yg dia nak jadi permaisuri raja supaya dia dpt hentikan perang sbb dia dah taklarat ngan perang. Mulan pun ckp dia pun dah tak larat ngan perang dan ajak pompuan ni sesama lawan Danya jahat tu.

So Mulan nyamar jadi dayang. Masa serve Danya jahat ni lah, mereka2 yg komplot ngan Mulan ni bunuh Danya ni. Dan berjayalah depa ngan mission derang.

So perang pun stop dan masa mengadap raja, raja nak bg pangkat lagi kat Mulan. Tp Mulan minta ngan raja yg dia dah tak mo lagi jadi askar dan dia ngaku dia adalah pompuan. Mujurlah raja tak murka dgn Mulan malah berterima kasih atas jasa dia. Dan disebabkan sudah berjanji (sbg salah satu utk stopkan perang), WenTai akn berkahwin dgn anak angkat pompuan Danya lama tu.

Mulan balik kg dan disambut scr besaran. Dia jumpa balik ngan ayah dia. Ayah dia minta maaf sbb tak jadikan dia sbg pompuan. Mulan tukar pakaian pompuan. Dan tetiba WenTai dtg.

(Aku igtkan WenTai tak jadi kawin..huhu) WenTai ajak Mulan kawin larik. Tp Mulan ckp, dia tak sanggup ngan perang lagi dan minta tunaikan janji tu. WenTai ckp la, kalau camtu, jgn igt dia lagi, minta lupakan diri dia. Tp Mulan ckp, mana blh dia lupa WenTai sbb WenTai lah semangat utk dia bgn setiap hari dan hidup setiap hari (lbh kurang gitulah sbb lupa exact ayat dia). SO ending dia, WenTai cam tergamam dan sedih dgn pernyataan Mulan tu dan Mulan pun blah tinggal WenTai. So ending dia adalah sad ending

Tp citer ni bg aku best. Dan dari awal citer hingga akhir citer, sedih jer manjang..huhu...Yg jadi Tiger tu kalau tak silap, anak Jackie Chan.

Citer Mulan

First time tgk citer Mulan adalah citer yg cartoon tu. Suka ngan citer Mulan tu sbbnya derang tunjuk yg pompuan pun leh lawan org jahat and pompuan pun otaknya genius. Dan bila tgk citer tu, aku dan kekawan gelak sbbnya hero dlm citer tu, sememangnya Mulan sbb lelaki yg jadik ketua tu, cam tak bermakna langsung, cam lembik jer. Walaupun sekadar kartun, but I like la that movie.

Following after, aku tgk citer Mulan Chinese drama. Kalau tak silap Anita Yuen jadi Mulan. Tak syok sgt bg aku. Mungkin sbb dipanjangkan jadi drama, so cam meleret sikit citer dia.

Last week, mungkin sbb CNY or memang Disney channel suka ulang2 citer, so sekali lagi aku tgk Mulan cartoon movie (dah byk kali dah tgk sbnrnya). And last week masa jln2 kat The Mines, aku terjumpa cd ni. Mulan the Movie lakonan Zhao Wei. AKu suka minah ni berlakon. Terus aku beli lagipun nak gak ler kan camner citer ni dlm version yg ni. Kot2 ada bab2 komedi ker cam kartun masa dia purak2 jadi laki tu kan...

Rupanya silap telahan aku. Citer ni bg aku la kan, dari awal citer, hinggalah akhir citer, sedih jer manjang. Kalau yg tak tahan emosi, mungkin nangis kot. AKu pun tahan nangis pun sbb ada adik aku kan. Kalau sorang2, meleleh gak kot. Summary citer ni, aku sambung kat next post, nantikan panjang plak aku bebel.