Friday, October 22, 2010

Massage ball

Tadi beli massage ball ni kat StreetMall, Cyberjaya. RM4 jer seketul. Sbnrnya dah lama carik. Tp asyik la tak jumpa kat dpn mata (maknanya tak gi carik betul2 la..hehehe)


Nampak tajamkan, tp sbnrnya tak pun. Lembuttttt.... Dah lama carik sbb Dr suh beli satu utk latihan tgn. So td dok try2 cam best gak.

Ni sambil dok ngadap pc, dok la main golek2 kat tgn. Fuuuhhhh bestnya sbb angin mencanak2 kuar. Best la plak... Puas hati beli.. Kalau lambung2 nanti kuar lampu..heheh


Iklan MINUS - Minimise Usage

Ralit dok tgk iklan kat atas tu. Cam best plak dok main game tu. Korang dah try?

Cuba la try..beat for the best.. hahaha

Membebel oh membebel

Terasa nak membebel bila kita dgr or tgk something. Tp org kata tak elok kita memberi komen ketika hati tgh panas. Nanti yg kuar adalah ayat yg tak patut. Ataupun paling baik, kita cool down, sabar dan lupakan.

Aku rs patut aku senyap je tak pun bebel di lain masa... hahaha..

Daripada kita buat dosa ngan ngumpat org, baik kita dok senyap2 buat hal sendiri. Insyaallah dosa ngan org lain pun kurang kan?

So skrg ni baik kita gi buat keje or buat apa yg patut.. Tetiba rs tak selesa bila semakin ramai org kat bilik ni...


Makin Jam

Smlm balik keje dalam kul 6 ptg, terkejut sungguh tgk jam gegila nak masuk ke Equine. NI mesti lain tak bukan kes Giant baru bukak ni. Selalunya aku balik keje, takder la traffic teruk cenggini sejak jln kat situ dibesarkan.

Oleh kerana aku mls nak beratur panjang, aku telah membuat org marah dgn memotong barisan. Tp aku takder la cucuk kete org. Just dok tepi dan masa kete2 tgh bergerak, aku tgk ada ruang kosong, cepat2 la mencelah... Tak salah kan? Sapa suh lambat sgt kan. Hahahahahha..Ayat nak selamat diri.. hehe

Yelah, kalau org tak bg jln, kita sibuk gak nak menempel, sah2 org hangin kan. Tu yg aku ambik kesempatan time ada gap besar antara dua kete, barulah aku masuk. Abis2 pun org tu rs menyesal sbb lambat sgt tekan minyak..

Back to topic, teramatlah jam smlm sampai dua2 belah jln jam gegila. Pak polisi pun xder pun nak tlg jaga traffic. Mungkin derang pun sibuk serbu Giant kot. Hahaha

Aku tak kuasa lah nak pi sana. Ngan jam2 gitu, stkt Giant je pun, baik aku layan citer Chinta. Lagi syok kan?

Balik smlm aku pi kedai cicit tiri Giant jer kat lorong nak balik rumah. Beli barang dapur sana. Senang jer, parking dpn kedai jer, beli2 brg, terus blh balik umah tanpa jam. Sempat gak aku layan Chinta...

Thursday, October 21, 2010

Nuffnang Ads

Aku baru perasan ari ni yg ads by Nuffnang xder sejak aku tukar skin ni. Perasan pun sbb baru jer nak gi website Nuffnang, tgk2 xder link. Sbb aku biasanya mls nak igt or save link Nuffnang. Just click kat iklan nama dia, terus masuk ke akaun aku.

So ptg2 ni blh la adjust balik. Yg aku perasan, dia nyer tutorial utk blogger blogspot masukkan ads lagi senang dan mudah difhm (ke aku yg lembab sblm ni? hahahaha).


Skrg dah kuar balik semua iklan2 tu dan aku pun nak balik dah, panas giler bilik ni..


Road tax and Insurance Renewal

Sebelum ni setiap kali nak renew road tax dan insurance, aku akan buat melalui bank. Kalau kete lama, financier adalah EON Bank, so aku akan pi EON Bank kat Puchong Jaya kat dpn IOI tu. Setiap kali pi, mesti dpt hadiah.. hehehe

So utk kereta yg guna skrg ni. Financier adalah Maybank Kajang. Setiap tahun aku akan ke Maybank Kajang utk buat permohonan. Dan ambik masa seminggu utk settle (sbb ambik masa utk aku gi kutip kat Kajang. Jauh aaa). Dan makin lama dah tak dpt hadiah...Hehehe

Utk tahun ni, aku jadi malas nak drive jauh2. Laktu aku kan selalu dimomok ngan iklan2 MyEG kat tv tu. Aku tak fhm la apa motif iklan tu tunjuk artis2 tu pakai baju ketat giler pi dptkan khidmat MyEG. Apa motif ntah, derang dtg ngan kasut berdetap detup, ngan laki2 semua mulut ternganga.. then tetiba tunjuk gunalah khidmat servis MyEG. Aku je ker yg tak fhm motif iklan tu? Ke iklan tu tunjuk laki2 terkejut  sbb apa kejadah pakai baju gitu pi tmpt tu kan? Ok, kita abaikan yg tu...

Ini tahun setelah aku kemalasan utk mendrive, aku cuba utk menggunakan khidmat MyEG. Sblm tu, aku dah dpt surat dari current insurance mengatakan berapa amount yg aku kena byr for this year utk renew insurance. So aku dahleh budget la kan brp aku kena byr.

Dan sblm tu gak aku tanya la pada kekawan yg pernah guna khidmat ni dan how derang buat. So aku pun call MyEG. Setelah aku berckp ngan Cik Siti, dia pun bagi la email kat aku berapa amount yg aku kena byr. Wahhhh cukup murah banding ngan aku dpt surat dari insurance tu.

Ngan Cik Siti tu, just bg jer butiran pasal kereta, alamat dan email. Then derang akan email kat kita apa yg patut. 




So atas tu adalah quotation yg derang bagi. Kalau tekan proceed tu, utk pembyrn secara kredit. Tp aku pilih byr cash. So kenalah pi masuk duit kat Maybank. Tp smlm aku guna khidmat kawan aku sbb kemalasan melanda dengan bg cash kat kawan dan kawan buat pmbyrn dari akaun dia.

Lps byr, fax kat derang dan nanti derang akan call utk pilih insurance mn. Sbb dah biasa ngan Etiqa, so aku pilih utk terus setia ngan Etiqa Takaful. Smlm masa aku tanya Cik Siti tu, dia ckp kemungkinan akan sampai esok (means hari ni) ataupun Jumaat. Ishhh jgn sampai Isnin udahler...sbb roadtax tu mati 26hb. Petang tu aku dah dpt email utk covernote Insurance dari Etiqa.


Pagi td borak ngan kawan. Dia citer pengalaman dia dan org lain. Derang ambik masa 5 hari baru dpt road tax tu. Cuak gak aku sbb kalau takder road tax, camner aku nak pi keje? Aku ada cara satu tu jer nak pi keje. Dahler aku try check kat MyEG nyer website, dia kata tak jumpa pun status tu. Isshhh cuak ni. Baru jer aku plan nanti nak call derang, sekali receptionist skype kata road tax dah ada kat bawah. Yahoooooooo



Oleh kerana kegembiraaan benda ni sampai pada waktu nyer, mulai skrg, aku akan teruskan guna khidmat MyEG. Senang dan cepat. Dan utk elakkan kegusaran melanda, tempah la awal2... Hehehe

Ari ni ari sibuk

Pagi ni kuar awal sikit dari ari biasa. Ari biasa kuar umah kul 8.25, then gi htr adik gi keje kat don simpang sana then jam kejap kat dpn Giant baru sana, so sampai office dlm 8.45 gitu.

Ari ni kuar kul 8.10 lbh kurang tu pun kalut sbb buat bekfes pagi ni. Adik aku yg buatkan aku tlg apa yg patut (tlg try ok ke dak jer dan tlg perah limau :) ). Tujuan asal kuar awal sbbnya dikatakan ari ini Board members ada dtg utk board meeting. Konon utk menunjukkan disiplin yg tinggi utk dtg keje sblm 8.30, tu yg kuar awal. 

Seperti biasa akan htr adik dulu kat tmpt keje dia kat dpn simpang sana. Then cam biasa jam kat dpn Giant baru sana. Dan keadaan menjadi agak sibuk ari ni sbbnya, ari ni adalah hari pembukaan Giant baru ni. So sesapa teringin nak pi Giant Equine, silalah pi sbb ia sudah dibuka..hehe

Kereta pun byk kat Giant tu. Aku pun confuse sama ada kereta2 yg penuh tu kereta2 pelanggan or kereta2 pekerja Giant. Nak kata pelanggan, ishhh awalnya ko dtg. Stkt Giant, apa yg best sgt. Bukannya ada branded items pun kan. Takat beli groceries ok la kan. Nak kata pekerja, ishhh pekerja nyer kenderaan jer dah nak penuh parking, kalau customer dtg, mn mau parking?

So aku teruskan perjuangan utk ke ofis. Sampai kat kawasn ofis..wah2 byk la plak tukang2 jaga jln. Yelah, ari ni kan meeting ORG BSR.... Bosan tul bila dipaksa rela utk lalu kat bumper tu...

Oleh kerana takder geng (mungkin derang gi mkn awal takut kantoi mkn waktu bekerja), dan kebetulan aku bawak bekfes (alamak baru perasan aku tak bawak air, kalau terlekat roti ni camner?) so blh lah aku bekfes kat meja ni without kena turun bawah...