Wednesday, August 4, 2010

Cara utk Atasi Malas.....

Minggu ni takder mood langsung nak buat keje (minggu ni jer ker? bukan selalu takder mood ker? ahaks). Tp sbb dah dibyr gaji utk buat keje bukan utk bersenang lenang dan tersengih2 dpn pc sorang2, adalah kita patut berusaha mencari mood yg hilang itu. Apa caranya?

Org kata (org yek, bukan kerbau ker, monyer ker...) caranya adalah dgn menlistkan apa yg kita nak buat setiap hari. Dlm erti kata kita buat "TO DO LIST". Then kita cuba selesaikan satu2 task tu berdasarkan list tu. Insyaallah masalah mood yg hilang dpt diatasi.

So meh kita buat list utk ari ni:

1. Kita check dulu emails
2. Kita check latest news kat Online News (berita hangat skrg ni pasal kes kematian misteri tu. Korang pun tahu berita apa kan)
3. Kita updatekan diri kita ngan apa2 yg spttnya
4. Kita MAKAN
5. MAKAN dulu
6. Masih ada ruang, kita MAKAN sikit lagi
7. Kita buat RESEARCH online sikit
8. Kita MINUM dulu
9. Kita smbhyg sat
10. Kita check emails sat
11. Turun bawah gi check pigeon hole (kot2 ada letter dari secret admirer)
12. Update bills yg projek punya (settle kita letak jer atas meja PM)

13. Kemas meja yg bersepah ni (barulah semangat sikit nak buat keje kan kalau bersih2 kan kan kan)


14. Mood masih tak jumpa? Kita baca sikit buku motivasi..Mana tahu lepas baca kita leh jejak kasih ngan mood tu.

 Dia ckp, nak seribu daya. So kalau nak carik mood yg hilang tu, kita mesti usaha carik dia, panggil dia kuar. Jgn bagi dia sembunyi2, merajuk ngan kita.

15. Check jam
16. Smbhyg Asar sat
17. Buat RESEARCH sikit kat internet
18. Check jam....dah waktu utk pulang, sila pulangggg
19. Kalau belum waktu pulang, sila ulang task 17.

P/s: Sila buat list sendiri....utk rujukan blh tp jgn ditiru...nanti korang dpt KPI sikit, aku tak tauuuuu....

- - - -

Smlm masa balik ambik adik, dah nak sampai umah, baru perasan minyak abis. Aduhai, tensen tul kalau nak kena kuar balik. Bukannya takleh isi di waktu pagi masa nak pi ofis, tp leceh la nak kena u-turn pi stesen minyak sblm pi ofis, nak2 plak area tu area jam.

Bacaan dah tak ternilai dah...

Mana tahu kan, masa nak ke stesen minyak tu, tetiba jam giler2, dan kete aku tetiba mati sbb kehabisan minyak dan buat stuck kat tgh2 jln, dan menambahkan lagi suasana jam tanpa roti tu.

Balik ptg smlm, mata dah takleh bukak. Ngantuk giler2. Tp sbb sembahyang, paksa gak mata utk smbhyg Maghrib. Plan lepas maghrib nak katup mata jap, tp pikir2, ishhh takleh jadik, terus tunggu Isyak sambil main Sudoku (supaya mata terbeliak gitu). 

Lepas smyg, terus tukar suar (pakai baju tidur kat dlm, kat luar pakai sweater...takder org nmpk kan kan kan) pi isik minyak. Sampai stesen minyak, nak kuarkan credit card, sekali baru perasan cek claim dari PMCare lom masuk bank lagi...Aduhai...bila ntah nak pi bank....

Sudah isi minyak, balik umah, terus naik katil, tidurrrrrrrr...ZZZZZZ

Tuesday, August 3, 2010

FrontierVille

Dulu rajin la layan games kat FB. Ngan Farmville la, Barn Buddy, Animal Ranch, dan bbrp lagi. Lelama dah tahap bosan dah melayan games tu. Nak2 plak games cam Animal Ranch dan sewaktu dgnnya yg under grup tu buat hal, aku terus stop dah. Yelah, dah kutip2, dah semai yg baru, tup2 bila bukak lagi sekali, masih yg lama...Bosan la kan. So hanya maintain main Mafia Wars jer.

Tup2 geng forum IG ajak layan FrontierVille. Mula tu malas nak main. Sekali terjebak, aduhaiiiiii...terus layannnnnn.

Kebestan main FV ni adalah dia ada tugasan (quest) yg perlu diselesaikan. So tu yg aku suka sbb ala2 ada target. Cam Farmville aku terasa kebosanan sbb hanya semai dan harvest, cam takder challenge.

So aku hanya maintain main benda alah ni, Mafia Wars dan Barn Buddy....Hehehe

Jiran aku nyer tanah jajahan ni. Masa aku save ari tu igtkn aku nyer. Ari ni baru perasan..Heheheh

Cuti2 Di Terengganu

Mengalami masalah kengantukan melampau. Nak fokus buat keje pun tak blh sbb otak pun jadi lemau. So utk mengatasi masalah ini, dok la godek2 file2 lama. So terjumpa gmbr masa balik kg itu hari. On the way balik tu, kitoarg singgah la Taman Tamadun Islam kat Trg ni. So byrn dia adalah RM25 seorg (yeker yek..lupa) dan dpt voucher mkn RM3 dan jugak pasport ;)


Malas nak tempek byk. Ambik sbhgn jer..Hehehe. Lepas pi sini, kitaorg terus singgah ke Masjid Kristal. Sedih jer tgk masjid tu. Sbb cam hanya tersergam indah sekadar hiasan jer. Cam org dtg situ utk melawat jer bukan utk beribadat..Wallahualam....Dan aku igtkn masjid ni besar. Rupanya kecik jer pun. 

Gambar masjid ada ambik tp guna kamera adik sbb masa ni aku nyer tepon dah kehabisan bateri tahap kronik..

When U Think U're Smaller

Smlm balik keje, sampai kat simpang kat D'Alpinia (ntah betul ke idak ejanya..), cam biasa jam sikit. Xder polis plak smlm. Selalunya kalau ada polis, cam smooth sikit jlnnya. Tp smlm mungkin baru jer polis blah kot, a bit smooth la..tp lepas tu jam kot...Hehehe

So smlm masa tgh Q, ada la sekor tractor ni dok blkg my car selang sebijik dua kete jer pun. Tp ntahler tak sabar la kot, padahal sikit jer lagi nak ke simpang sblh kiri tu, nak gak mencelah masuk ke jln motor tu. Dia igt dia kecik sebesar kete kelisa la kot. Padahal bukannya leh lepas pun kat depan tu. Tak pasal2 la motor plak kete Q blkg dia...

Monday, August 2, 2010

Now I'm Reading These Books

Ari Sabtu balik dari makan2 kat umah abang sempena birthday my nephew,  singgah ke Sunway Pyramid. Dah lama giler tak pi ke sini. Rasanya last pegi tahun 2007 or 2006. Tu pun singgah pi food court jer lepas main2 air kat Sunway Lagoon.

Pi sini takder arah tujuan pun. Singgah Jusco sbb adik nak beli baju then kitaorg singgah Popular ngan MPH. Tetiba terasa nak beli buku citer Melayu. So sambar yg ni sbb nmpk jln citer cam lain sikit.


Masih dalam proses bacaan. Baca dua buku dalam satu masa...Hahaha...Kalau baca dlm keadaan malas berfikir, baca buku Melayu ni. Time otak kena pikir lebih sikit sbb dok translate, baca buku bawah ni.


Insyaallah dapat dihabiskan keduanya dalam minggu ni. Hopefully la kan.

Frens, now and forever

Satu kepantangan pada diriku kalau ada org caring2 ni. Dari aku leh sabar dan perasaan dah ok, blh buat aku nangis2...Hahahaha...Aku kan berjiwa manja dan sensitif.. Hehehe

Aku sayang semua kawan2 aku. Motto aku, sapa2 nak kawan ngan aku, dipersilakan walau siapa pun dikau, tp kalau tak mo kawan, takpe, sila blah dari hidup aku...hehehe

Aku bukannya jenis memilih kawan pun. Sapa2 pun blh kawan ngan aku. Aku ada kawan yg bljr pun takat tingkatan 3 jer. Aku kenal dia masa aku sesama ngan dia keje kat kedai runcit dkat ngan umah yg mak ayah aku menyewa masa aku lepas SPM dulu. Sajer carik duit masa tu. Tidak dinafikan dia ni cam susah sikit utk berpikir (fhm2 la kan) tu yg asyik la kena marah ngan majikan kitaorg. Sian gak kat dia. Tp aku kawan jer ngan dia lagipun dia mmg takder kawan pun. Dia pun terkejut gak bila aku sanggup kawan ngan dia sbb katanya aku ni budak pandai (aku kan budak MRSM masa tu...konon pandai la tu bg dia..padahal dia tak tahu aku ni kurang cerdik gak...hahahahaha). Dia ni hanya bersekolah sampai tingkatan 3. Rsnya SRP pun dia tak ambik kot (zaman kitaorg masih SRP bukan PMR..tuanya aku..hehe). Dia stop bljr sbb dia tk sihat. Ada masalah jantung kalau tak silap. Asyik on off sekolah, last2 dia berhenti terus...Sian gak dia. sbb family pun susah..Tp bila aku masuk U, dia pun stop keje kat situ, terus aku lost contact ngan dia. Sbbnya aku takder no phone dia. Yelah jumpa pun kat kedai. Kalau nak kuar2 berdua pun, main janji2 jumpa kat ner, kul brp. Maklumlah zaman takder hanfon. Kalau ada pun, igt aku mampu ke nak beli? Tepon umah pun sesak nafas ayah aku nak byr....Huhu

Selain dia, aku ada gak kawan ngan penjahat..hehehehe...Xderlah....bekas penjahat je (aku hrp dia tak ulang buat keje jahat tu.). Kenal dia atas kawan. Dia ngajar kitaorg utk taktik swimming sbnrnya. Lama2 kitorg blh rapat. Mula2 tu aku tak byk tahu pasal dia ni. Aku pun tak tahu dia ni kawin ke belum kan..Then one day, dia ckp yg dia nmpk aku ni cam open minded so dia pun bercerita pasal diri dia. Dia dah kawin, ada anak sorang (aku terkejut sbb tak nmpk gaya ada anak pun). Dia citer kisah hidup dia, yg pernah pukul org, mencuri, minum arak dll. Tp skrg ni dia cuba nak berubah dan dia takut utk kata dia quit totally sbb dia ckp bila dia kata nak quit, takut dugaan dtg utk dia buat keje jahat tu. So dia just niat, dia nak bersara kejap. Hopefully dia bersara terus. Dia ni smbhyg pun tak, pose pun tak (mak dia Sikh masuk islam, siap sediakn bekfes utk dia time pose..huhu..mana la aku tk caya dia ni dah ada anak..mujur dah jumpa anak dia dpn mata baru caya). Dia dok asing ngan bini dia, sbb bini dia keje negeri lain. Dia jarang jumpa bini dia sbb hatinya tawar dah kat bini dia sbbnya bini dia curang kat dia. Bini dia ada boifren lain, tp boifren dia hanya skdr utk bercinta jer, berkawin tak mo....Tp aku fhm la gak kan kenapa bini dia curang... Aku kenal mamat ni camner, aku rs no wonder bini dia curang...hehehe. Tp aku suka kawan ngan dia sbbnya, dia the only one yg tahu betul sapa aku. Means, apa yg aku sembunyi dalam hati aku. Hehehe....Sbb tu aku suka nak citer apa2 kat dia.

Ishh ngumpat org plak aku ni..Hehe..Takder, aku just nak citer yg aku dah jumpa macam2 jenis org dah. Tp syukur, satu pun aku tak pernah terpikir nak ikut derang buat jahat ke apa. Dan yg aku suka, pengalaman2 ni buat aku berpikir tentang kehidupan dan buat aku bersyukur siapa aku skrg. Cam ada sekali dulu, aku tumpang kete bapak kawan aku (bapak dia takder la...ni bukan kawan yg kat atas tu). Penuh dlm kete tu kertas no ekor. Aku tanya ni sapa punya, dia ckp tu bapak dia nyer (no wonder la anak pun perangai ntah apa2). Aku bersyukur ssgt yg ayah aku tak cam tu. Ayah aku bg aku ilmu dunia dan akhirat...

Walau siapa pun kawan aku, aku sayang semua depa2 ni. Sbb kkdg time aku sedih2 tu, ada gak yg sudi hulurkan bantuan. Walaupun macam2 kkdg tu org lain buat aku, kata aku, tp terselit gak yg sudi berkawan ngan aku. Walaupun aku jer yg kkdg tak appreciate kkwn aku. Soriii..

Aku rindu zaman dulu2, masa semua2 lom kawin. Skrg majoriti dah kawin dan zaman gembira dulu2 pun dah berlalu. Selalunya bila derang dah kawin, aku dah jarang contact depa. Bukan sbb mengasingkan diri ker apa, tp kita fhm lah kan org dah kawin camne.Sibuk ngan anak2, bini, suami...Tp bila derang perlukan bantuan aku, or apa2 pun, aku sentiasa bersedia utk depa kalau aku free. Apa yg aku leh tlg, aku tlg takat mn yg aku mampu. Termasuk la jadi penadah telinga bila depa ada masalah rumahtangga. Aku ni dah ler lom kawin, tak reti nak consult org, so kkdg skdr mendgr jelah. Aku ni jenis jiwa keras, tak reti nak pujuk2 org ni., nak tunjuk muka concern. Tp tu lah, kalau sekdr itu yg aku mampu, itu jelah yg aku blh bg.

Masa aku sakit ari tu, tgh2 aku dok pikir benda2 lain, tetiba aku dpt email ni...Terus aku nangis...Hahahaha (jiwa manja bebbb)
dgr cite mimi sakit. sakit apa?
sorry le kita baru tanya cz kita baru tahu actly..
if mimi x keberatan, cite le kat kita mimi sakit apa.. (yalah dulu time kita sakit pun mimi selalu tolong).
mayb dis time mana tahu kita blh tolong lak mimi..
wpun kita dah x duk satu  umah, tp kita kan still kawan.. so x salah if saling tolong menolong..
Aku sayangggggggggggggggggggg kekawan aku...