Wednesday, October 26, 2011

Room – Emma Donoghue

Novel ni berdasarkan pada perspektif seorg budak yang bernama Jack.

Citer ni start dgn this little boy, named Jack, sambut birthday dia yg ke 5 kat sebuah bilik kecil yang dia panggil Room. Jack membesar kat bilik tu bersama ngan mak dia yang dia panggil Ma.

Citer ni penulis dpt idea dari kes Fritz tu (kes bapak kurung anak dia kat bawah tanah, rape anak dia sampai ada anak luar nikah tu). So novel ni kisah Ma tu diculik oleh sorang laki yg Jack panggil sbg Old Nick masa Ma ni berumur 19 thn masa dia balik dari sekolah kalau tak silap (tetiba blh lupa plak…memory zaman dulu maaaa)

So Ma ni terkurung selama 7 thn kat dalam bilik tu, dirogol oleh penculik dia tu sampai melahirkan 2 org anak. First baby, girl…meninggal masa nak beranak sbb terbelit ngan tali pusatnya. Old Nick tanam kat backyard umah dia. Dan 2nd child adalah Jack.

Jack ni membesar dlm bilik kecik tu dan spjg 5 thn, mak dia tak bg Old Nick sentuh dan jumpa dia. Setiap kali Old Nick dtg bilik tu, Jack akan dok dlm wardrobe.

Bagi Jack, Room tu lah dunia dia. Dan apa yg ada kat TV tu (mujur ada tv kecik dlm bilik tu)  adalah tak real. Benda2 yg ada dlm Room je benda2 real. Dan luar Room adalah Outside, ala2 outspace gitu.

Spjg dok dlm bilik tu, mak dia ajar dia macam2. So dia cam cerdik la sikit. Bila dia dah umur 5 thn ni, mak dia tetiba reveal kat dia yg sbnrnya dunia masih luas kat luar sana. So dia cam blur sikit dan susah nak percaya sbb selama ni bg dia Room tu lah dunia dia.

Mak dia feels that its enough for both of them stucked in that Room. So dia buat plan agar Jack dpt kuar dari Room tu dan selamatkan both of them. Plan dia adalah dgn pura2 ckp kat Old Nick yg Jack dah mati and need to bury him somewhere.

Its not easy utk Jack phmkan instruction mak dia sbbnya dia tak th dunia luar camner. Mak dia terpaksa explain kat dia step2 yg perlu dia buat.

Plan mak dia, balut Jack dlm Rug, konon Jack mati, then Old Nick akan letakkan Jack yg digulungkan dlm Rug tu kat blkg truck. Dan bila truck start bergerak, Jack kena cepat2 kuar dari Rug, then tunggu bila truck tu berhenti, cepat2 lari dan cari org yg seperti dia dan suh org panggil Police.

Plan tu berjaya walaupun pada mulanya hampir menemui kegagalan. Dan akhirnya mereka berdua berjaya diselamatkan oleh polis.

Cerita pasal derang tersebar kat media semua dan benda tu sbnrnya memberi tekanan pada dia dan Ma. Mak dan ayah Ma rupanya telah terpisah sejak kehilangan Ma sbb derang igtkn Ma dah mati dan menjadi satu issue bg mereka.

Pelbagai pihak terutama Dr dan famili Ma yg berusaha menolong Jack and Ma menjalani kehidupan luar dari Room. Dan sesuatu yg amat susah utk diterangkan pada Jack tentang dunia luar ni. Cabaran utk mereka dan Jack utk memahami setiap perkara.

Utk lebih lanjut….sila baca….hehehehe

Citer ni best la bagi aku. Dan setiap description tu, kita cam dpt fhm la camner Jack ni deal ngan kehidupan baru dia. Its nice novel….

Tuesday, October 25, 2011

Middle-man

Citer ni aku pernah tgk sekali dua jer kot..tu pun tak pernah abis. Lps tu sampai la ni tak pernah tgk pun. Aku pun tak th la citer ni ada related tak ngan citer aku ni. Rasanya tak..hahahaha…Motif ambik gmbr ni? Sajer jer..penyeri…

Aku dua tiga menjak ni mmg bz melampau. Ngan aku demam, selsema, batuk..sampai berdarah2 hidung aku. Berketul2 byk plak tu…Terketar2 aku tgk darah tu..lembik lutut sbb seriau.

Sekali lagi, aku bukan nak citer pasal hidung aku berdarah…hehehe..ni citer lain.

Aku ada sorang kawan. Kawan lama gak ler… Kiranya kenal pun lama gak ler. Selama ni aku selalu dgr citer dia komen org lain. Org tu gitu gini. Aku dgrrrr jer. Tp spjg aku kawan ngan dia pun, mmg byk gak ler aku tensen ngan dia, tp aku diam jer. Susah nak berckp ngan org yg rs dia asyik betul jer. Buang karan jer kalau dok berbahas ngan dia. Tp kalau aku sakit hati sgt, aku sound gak ler.

Dua tiga menjak ni, mmg aku tensen ngan dia. Sakit jiwa segala ada. Tp aku sabar jer. Kkdg terlepas gak, tp aku berjaya control balik marah aku tu. Malas nak gaduh lelama..nak2 ngan org yg kita kerap jumpa kan. Nak tak nak, muka sama gak kita ngadap kan?

Selama ni, kita tk th nak citer kat sapa..mls la nak ngumpat ngan org lain yg takder kaitan kan?. Abis2 aku citer ngan adik aku. Kkdg aku pikir….agaknya sbb dia gitu gini la kot, org lain buat macam2 cam apa yg dia komen selama ni pasal org lain.

Tup2 disbbkan ada satu kejadian ni, aku baru tahu yg ramai rupanya org2 sekeliling dia yg sakit jiwa ngan perangai dia. Apa lagi, sesama bercerita lah kan. Rupanya best gak bila dpt jumpa org yg dapat luahkan perasaan yg sama.

Yg tak bestnya….org yg diumpat ni, kawan aku…..org2 sekeliling dia tu, aku lom pernah lagi wat hal ngan depa dan depa pun lom buat hal ngan aku. Maklumlah baru rapat.

Kkdg rasa tersepit gak……sbb dia adalah kawan aku….tp dlm masa yg sama, aku pun tensen gak ngan dia, nak2 org2 sekeliling dia pun berperasaan sama ngan aku. Org2 tu pandang aku as kawan dia. Kkdg derang pun cam ada limitation sikit bila berckp ngan aku. Mn la tahu kan kalau2 aku pi ngadu kat kawan aku ke kan…walaupun aku ni bukannya jenis batu api or jenis pi ngadu domba ni.

Skrg ni, aku jadi cam tawar hati sikit ngan kawan aku. Tp dlm masa yg sama, kesian plak kat dia….Entahler..tak reti nak citer lebih2…

Jangan Tidak-Tidak – HM Tuah

jgntidak2

Buku ni sbnrnya dah beli lama. Dah teruk dah rupanya..tp tuan punya buku asyik baca sikit2 tak pernah nak abis baca.

Last week, aku rs down dan rasa malas giler nak buat keje. Cam takut plak nak pi keje. Aku rs aku takleh la nak biarkan perasaan gitu menguasai diri aku kan? So pikir2, its better aku baca buku2 motivasi. Bagi semangat sikit utk teruskan hidup ni.

Alhamdulillah, abis gak baca buku ni selama seminggu (ambik masa dlm 3 hari jer pun, baca time minum2, free2).

Rasa bermotivasi la sikit after baca buku ni. Sbnrnya aku mmg suka pun baca buku2 penulis ni. Sbbnya buku dia sempoi. Lebih cerita pengalaman2 dia dan gak org2 sekeliling dia.

Banyak la nasihat2 yg diberi yg buat aku rs bersemangat terutama part last tu.

Pasal pengalaman seorg Gabenor Sarawak suatu ketika dulu yang pernah dihina oleh org disebabkan kemiskinan dia. Tp dia tak ambik penghinaan org tu sebagai melemahkan semangat dia, tp dijadikan satu booster utk dia berjaya dlm hidup dia sehingga dia berjaya skrg. Bagi dia, kalau tidak dikencing org pada masa dulu, mungkin dia masih lom sedar. Tp dia berterima kasih pada org yg mengencingkan dia, buat dia sedar siapa dia… Dan dia tak mau lagi dihina org sebegitu sekali.

Aku take it as positive thing utk diri aku. Walaupun segala dugaan yg ada dlm hidup aku, aku takleh take it sebagai suatu yg melemahkan semangat aku but take it as challenge. Aku akan cuba the best supaya aku jadi seorg yg berjaya dalam hidup walaupun mungkin org2 sekeliling tak pandang pun akan kejayaan aku, tp sbg kepuasan utk diri sendiri.

Kalau kita usaha, insyaallah ada habuannya….

Nak tahu lagi lanjut…bacalah sendiri..hehehehe

Monday, October 17, 2011

Byk keje weh

Skrg mmg busy gegila.

Project 1: Project Manager kejar utk user manual dan training material. Sbbnya UAT ngan pilot run akan jln next month. Byknya benda nak kena settle. Pikir nanti nak kena ajar org lagi…huhuhu

Project 2: Dah start development stage. End of next month dah patut ready utk POC. Tp satu benda pun lom buat lagi sbb dok sibuk siapkan yg project 1st tu. Plan dlm minggu ni nak gak ada benda yg patut ditunjuk kat Technical Leader.

Project 3: Kena chase ngan PM suh review derang nyer Syrs ngan SDD. Adussss..lom sempat lagi baca ni. Terpaksa la nanti aku print, baca kat umah. PM kejar sbb takut nanti kena audit. Dia ngan aku gak yg kena nanti. Huhuhu

Musim raya ari tu, dahler keje byk, tetiba aku kena wakil ofis utk dua event plak. Cissss…sapa la yg bagi nama. Tensen aku. Tp mujur berjaya gak settle ngan jayanya. Fuuuhhhh.

Lps settle events, folowing week, sibuk plak ngan training FreeRTos. 4 hari plak tu. Dahler utk projek 1 tu lom settle lagi. Terpaksa bawak keje balik umah. Tak sempat buat kat umah, dtg awal pagi, sblm trainer dtg, buat keje dulu. Last2 sbb takut tak smpt siap, tgh trainer ngajar, kita sibuk wat keje lain. Bila kena buat lab programming, terkulat2 tak fhm.. Adussss

Dahler minggu tu 4 hari training, following week (last week), kena attend plak training wajib. Arghhhhh….Plannya nak jer tukar session lain, tp pikir2, baik bg settle jelah terus. Tak perlu pikir dah lepas ni.

Lps jer training, jatuh plak sakit. Dugaan wehhhhhhhh…Skrg kepala pusing, hidung pedih sbb selsema, tekak batuk sbb gatal dan berkahak. Sebeban dpt ubat dari Dr. Nak MC, mls la plak sbb keje byk. Atleast siap yg Project 1 pun dah ok dah.

Smlm bila pikir pasal keje yang menimbun, rs cam mls giler nak pi keje. Tetiba rs takut plak nak pi keje. Terus carik mood, baca buku motivasi. Mujur ok sikit.

Insyaallah, semoga target utk ari ni, berjaya settlekan…. ayuhhhhhhhh

Sunday, October 9, 2011

Jgn Memilih laaa

Bini Org (BO): Ko lom kawin?

Aku: Lom

BO: Eleh....ni mesti ko memilih sgt. Terima jelah sesapa yg ada..

Aku: Ooooo gitu yek... aku kena terima je lah yek sesapa pun?

BO: Terima je. Ko tu dah tua...jgn nak memilih sgt...

Aku: Ok, kalau gitu, aku terima jelah laki ko. Laki ko cam ok gak.

BO: Wehhh...ko nak kena tumbuk ngan aku? Jgn ngengada nak kacau laki aku.

Aku: Ko gak yg ckp kan, jgn memilih. Terima jer sesapa kan?

BO: Ko jgn buat hal... Agak2 la sikit. Tu laki aku, jgn ko nak ambik laki aku. Pilih org lain, jgn laki aku.

Aku: Td ko kata jgn memilih....terima jer apa yg ada. Skrg ni, ko kata jgn pilih laki ko... So nak tak nak, aku kena gak bersifat MEMILIH. Jgn PILIH lagi ko kan?

BO:.......




---------------
Ok tak kalau aku jawab gitu?