Lama tul ambik masa utk menulis. Hehehe…
Seperti yg aku ckp sblm ni, kitaorg gi trip ke Medan sbb dpt hadiah cash RM2k dan alang2 salah seorg team member org dari seberang, so gunakan kesempatan yg ada utk pi sana.
Last year team tu menang tmpt ke-3, dpt cash RM1k, and they use that money pi Jakarta-Bandung and stay kat umah member ni. Utk this year, gi Medan, kitaorg stay kat umah Pakcik dia (abg pada ayah dia). Tp yg akan entertain kitaorg adalah sepupunya. Dan memandangkan member ni tak dpt join sekali disebabkan ada masalah yg tak dpt dielakkan, so kitaorg sepenuhnya akan dientertain oleh cousinnya.
Sampai kat LCCT dlm kul 7.45 mlm, flight kitaorg kul 9.45. So just nice la kan. After berkumpul dan check-in in group, kitaorg gi solat dan lepak kat McD sbb ramai gak yg lom mkn termasuk la aku.
Tgh2 mkn, kitaorg dpt call dari org sana, mengenai jadual utk mlm tu. Kami diinform yg bila jer sampai kat Medan nanti, derang akan bawak kitaorg mkn, bg kenyang2. Then blh lah kitaorg rehat, tidur spjg perjlnn kerana perjlnn dari Medan ke rumah dia adalah 3 JAM!
Terkejut gak kitaorg. Jauh tul derang dtg semata2 utk ambik kitaorg kat airport. Aduhaiiii…
Perjlnn ngan flight dari LCCT-Medan hanya mengambil masa bbrp minit jer. Tak sampai 1 jam, dah sampai pun ke Medan. Kat airport tu, Kak Penny (sepupu kawan) tu dah menunggu dgn pegang signboard (first time jumpa kan, masing2 tak kenal muka)
Derang sediakan satu Innova dan Pergio utk kitaorg spjg cuti kat sana with drivers. Bila dah ready, kitaorg dibawa ke kedai mkn. Dahler tgh2 mlm, ngan ngantuk2, diberi mkn..fuuuhhh…tp tak menolak sbb nmpk sedap. Hahahah
Bila dah settle mkn, kitaorg pun apa lg masuk jer kenderaan, terus tidur. Maklumlah perjlnn 3 jam kan. Spjg perjlnn tu kkdg tersedar gak, tp tutup mata balik. Dan sedar2 dah sampai pun umah derang.
Umah K.Penny ni kat Pematang Siantar. Kawasan perumahan, Dpn tu sekolah rendah milik keluarga derang.
Kitaorg bila jer ditunjukkan bilik, apa lagi terus la bersiap utk sambung tidur……
ZZZZZZzzzzz…
1 comment:
syoknye cuti.. tp den tak leh terbang.. huhuhu stay local..
Post a Comment