Thursday, June 23, 2011

Bila Terasa Anda Tiada Kelebihan

Dua tiga menjak ni aku asyik mengintai diri sendiri. LIhat ke dalam diri sendiri. Muhasabah diri. Dan aku tertanya2, apa yg ada pada diri aku? Maksud aku, apa kelebihan aku yek?

Mmg aku such a loser la. Hahahahaha…..

Nak kata cun? Aku tak cun..dahler pendek.

Nak kata terer dalam sukan? Apa sukan pun aku asyik fail. Satu pun aku tak champion. Hadiah saguhati pun takkan dptnyer. Hahahaha…Futsal? asyik la aku sepak caca merba. Mesti bosan kawan aku dok ngajar aku. But thanks still ajar aku dan bg semangat walaupun aku asyik tak dgr kata..Huhu. Badminton? Main dpn umah blh la… Squash? Takat basic ok la…tp rules pun tak th sgt pun. Larik2? Asyik semput jer….Swimming? sampai skrg bodo lagi..aku rs cikgu aku nampak pun geleng kepala dia..pesal la bengap sgt budak ni.

Nak kata aku bagus bab keje? Document tunggang langgang maklumlah english pun cam sampah. Melayu pun dua kali lima. Programming? Masih merangkak. Design? Masing meniarap. Mujur tak tertido.

Nak kata aku bagus dalam relationship? Sampai skrg aku masih sendiri. Kawan pun tak ramai. Aku akui aku ni bukannya jenis yg blh buat org suka utk berkawan ngan aku. Aku ni pelik, membosankan. So sbb tu lah tak ramai nak ajak lepak2 bersama. Kalau ada pun, ramai yg ajak sbb ada makna. Cam baru2 ni ada kekawan ni ajak pi mkn sesama, kuar sesama..igtkn mmg ikhlas ajak aku utk berkawan ngan depa. Tp rupanya skdr utk guna kereta aku. Sedih siutttt….

Nak kata aku terer dlm pelajaran? Mungkin blh kalau aku concentrate. Tp aku ni pemalas yg amat. Aduhaiii…pernah la dulu aku rs aku punya kelebihan bila jadi budak pandai sekolah dan jadi org dlm golongan pandai masa aku sambung master dulu. Best plak rs bila ramai yg dtg jumpa kita, bertanya dgn kita utk dpt ilmu. Syok sgt dpt berkongsi kelebihan yg kita ada dgn org lain.

Kalau nak disenaraikan, mmg la tak larat kan. Tp kalau aku renung jauh2, pikir sedalamnya, semua benda ni terjadi adalah sbb diri aku sendiri. Mmg salah sendiri. Bukan salah org lain pun.

Knp aku tak bgs dlm apa sajer yg aku buat? Sbb aku ni selalu buat keje sambil lewa. Buat keje sekerat2. Tak bersungguh2. Mudah mengalah. Mudah putus asa. Camner nak dpt kalau berperangai negatif camni.

Knp aku tak bagus dlm berkawan ngan org? Sbbnya aku suka berpikir beyond than that. Byk pikir negatif yg buat diri sendiri rs down. Bila perasaan tu timbul, effect pada org yg aku berdepan ketika itu. Tunjuk muka tak best, ckp pun ntah apa2, mestilah org bosan kan?

Dah muhasabah diri ni, aku patutnya berpikir apa cara yg aku nak buat utk overcome semua benda ni.

1. Nak bg cun. start lah jaga diri elok2. Kesihatan diri kena jaga. Kecantikan diri pun kena jaga. Perckpan pun kawal la gak apatah lg perbuatan. Jgnlah malas mkn ubat, kebersihan diri pun kena jaga. Semuanya bermula dari dlm, dan insyaallah akan terpancar ke muka.

2. Nak bagi terer dlm sukan, kenalah bersungguh2. Ni cepat mengalah. Cam main futsal, tak reti sikit dah rasa mengalah..padahal blh jer kalau bg bersungguh2 biar betul2 terer. So utk kali ini, aku nak bersungguh2. Biar betul2 pandai. Bukannya nak wakil ofis ker apa pun, just nak kepuasan diri. Terasa puas hati kalau dpt menguasai sesuatu bidang tu. Skrg ni every Wednesday akan main ngan kekawan ofis. Member2 yg byk ajar camner nak gelecek, score semua. Thanks frens.

3. Nak bg bagus dlm keje, kenalah concentrate, jgn mls2, jgn ambik mudah, jgn mudah lalai. Aku plan, aku nak make sure aku ikut betul2 plan yg diberi bg make sure task aku dlm setiap projek berjaya di siapkan on time. Aku nak tunjukkan kat semua yg aku ni mmg bersungguh dlm keje. Syukur alhamdulillah takat ni aku berjaya la siapkn keje2 aku on time. Terasa sgt puas hati. Dan aku tak nak stop situ jer, tp nak terus go on, tunjukkan yg terbaik yg blh aku lakukan. Insyaallah.

4. Nak bagus dalam pergaulan, aku kena la jg tingkah laku. Jgn nak caca merba jer. Tp tu la, aku ni jenis kalut, ckp pun kucar kacir. Kkdg otak aku pikir lain, tp kuar kat mulut lain. Kkdg otak laju sgt berpikir, so hasilnya perckpn pun lintang pukang. Tak selari otak ngan mulut ni. Sbb tu kkdg org jadi bosan ngan aku. Even kalau aku ngaji pun, kalau ngaji AlQuran sebijik2, aduhai, terpaksa la aku ulang byk kali. Sbb aku jadi merapu2. Kalau ayatnya “La”, aku gi sebut “Li”. Adussss…..tu yg kalau aku mengaji, nak2 yg aku dah hafal, kena baca cepat2. Kalau slow jer, aku cepat lupa. Apa jenis penyakit pun tak th la. Insyaallah aku cuba la buat yg terbaik utk diri aku ni haa…And make sure kepala otak yg laju berpikir ni tak pikir benda2 negatif. Ni asyik la pikir benda negatif. Org tak berckp sikit jer, dah rs org tak suka kita. Lps tu down…huhuhu

5. Nak berjaya dalam pelajaran, aku harus buang perasaan malas. Dari epxerience sblm2 ni, aku sbnrnya pandai jer. Bukan aku jer, majoriti kita ni pandai, tp cuma mls dan kkdg salah cara pembelajaran. Aku ngaku aku pemalas. Ni aku bljr sambil malas2 pun, aku dpt elok, kalau aku betul2? Mesti power laaaa… Insyaallah. Byk ni dlm kepala hotak aku pikir pasal study. Byk benda aku nak bljr. Bljr masak, bljr menjahit…dan plan nak sambung pHD. cuma tajuk jer tak carik lagi..ni satu hal, malas tul nak carik tajuk utk wat projek phd…huhuhu.

Setiap org ada kelebihan masing2. Cuma kkdg kita tak sedar. Kena korek sendiri br tahu. Kkdg kita tak sedar, tp ada org lain yg nmpk. Dan aku yakin, aku ada kelebihan, cuma sifat negatif aku tu yg menghalang semuanya. Aku nak cuba kikis perasaan tu semua. Insyaallah aku jadi insan yg terbaik.

4 comments:

layd said...

kita semua special in our own way..

sayangi diri kita... sbb itulah the only hse yg kita ada.. ^_^..

xpe.. if u think u dont have apa2 kelebihan... i do think u r so special. at least to me?? ^_^ kan kan kan?

plug2pin said...

;) thanks....

yup..sometimes bila terasa takder kawan, sbnrnya ramai jer kawan yg sudi be there for us bila kita sedih...
thanks to u and all my frens...

dian radzi said...

Best entry yg saya baca untuk hari ni

dian radzi said...

Best entry yg saya baca untuk hari ni