Td bukan main beriya nak bercerita pasal aktiviti sekarang dan apa yg aku suka skrg ni...Perubahan yg menggembirakan utk diri aku...
Tp dalam berkobar2 nak susun ayat nak bercerita, tetiba penyakit MALAS dtg.. hahahahaha...
So nanti2 lah kita cerita
Thursday, November 25, 2010
Friday, November 19, 2010
Jgn tangguh2
Petang smlm balik keje. Konon balik awal la kan sbb nak ke Puchong. Sharp kul 5.30 ptg, terus turun bawah ambik kete dan terus blah. Sampai kat guard house, tgk kete byk ke kiri, so terus ambik ke kanan, lalu jln satu lagi.
Sampai jer dpn TM Net, belok ke kiri, tetiba tekan minyak terasa cam kete tak pi pun. Risau, terus berhenti tepi. Kete terus padam dan try start, mmg kete langsung takleh start.
So dlm kepala ada 2 kemungkinan jer. Bateri kong or minyak abis. Sbb bateri mmg dlm proses nak kong. Tunggu masa jer. Baru jer plan hujung minggu nak gi beli bateri dan minyak plak mmg dlm paras yg perlu diisi, mmg plan nak isi on the way ke Puchong.
Mungkin dah nak jadi kan. Masa kete takleh start tu, kepala ligat pikir, nak panggil sapa. Teringat kat officemate yg masih lom pulang, terus call dia.
Mujur dia ada lagi. So minta tlg dia belikan minyak. In case kalau jumpstart, kete takleh on sbb minyak. Tp bila kitaorg buh minyak still tak jln. So budget mungkin sbb bateri. Tp nak jumpstart, nak reverse kete susah sbb jln tgh sibuk situ. Kete pun laju2.
Call towing. Tp alahai, nak kena tunggu 1 jam baru sampai. Dahler dari KL. sah2 jam. Tu katanya sejam, kalau lebih dari sejam, tak ke tensen menunggu di tepi jln dgn suasana pun dah nak ujan.
Call adik, dia call kawan pada kawan dia. Lebih dari 2 jam menunggu tepi jln tu barulah mekanik dtg. End up, beli bateri kat Petronas jer. Kete terus jln. Kalau tahu gitu, awal2 lagi masa kawan gi beli minyak, beli jer terus bateri kete. Tak pasal2 abis duit bg upah kat org tu semata2 mai pasang bateri kete jer.. Padahal bukan susah mana pun... Adussss
Monday, November 15, 2010
Ke sana ke mari
Skrg ni bz sikit. Byk ke sana ke mari. Ke mana tu, tak yah citer lah kot. Tp last week pegi hospital. Appointment dgn Dr. Sekali kena tukar ubat daaaa...sbbnya cam takder keberkesanan ngan ubat yg di mkn.
Risau gak ni bila jadi gini. Tp cuba nak kurangkan kebergantungan pada ubat. So skrg ni bykkan dgn exercise. Bagi joint2 ni longgar sikit. Syukur alhamdulillah takat ni ok jer.
My personal trainer pun very helpful. Ajar exercise yg patut dibuat kat rumah yg senang dibuat utk longgarkan joint2 ni. Dan memberi cadangan apa yg patut utk kesihatan aku. Insyaallah. Thanks
Monday, November 8, 2010
Tak Sihat
Cuti 3 hari ni bz betul. Byk sgt agenda. Dari pagi sampai la malam. Cuma smlm jer dok melepek jer kat umah. Plan pagi tu nak pi jog kat putrajaya, sekali tgk adik cam tido balik jer lepas Subuh. Terus aku pun buat decision berexercise dgn cara kemas rumah. Plan nak mop ruang tamu ngan basuh lantai dapur.
Tp plan terbantut. Tgn ngan bahu sakit. Takat tgn jer sakit, dakper. Ni bahu sakit. Sampaikan nak angkat tgn pun, sakit sikit. Sblm2 ni pun sakit gak, tp bila aku workout, sakit tu hilang. Mungkin semlm aku tak buat aktiviti, so dia cam stiff sikit kot.
Sampai ke hari ni tgn masih sakit, bahu pun masih sakit. dah telan pain killer. Tak tahu la camner. Mlm ni nak pi buat exercise. Hopefuly dapat hilang. Dr dah pesan, suh selalu buat exercise, tak bg joint ni stiff. Hopefully my trainer blh tlg apa yg patut.
Wednesday, November 3, 2010
Badan sihat, Minda Cergas
Aku suka la skrg ni sbb start exercise balik. Suka, suka..hehehe... Terasa cergas jer nak buat apa2.
So plan aku nak concentrate jer exercise ni...tak mo tuang2 dah.. I want to be healthy..tak nak tua sebelum waktunya
Tuesday, November 2, 2010
Jom bersenam
Masa aku sekolah dulu, badan aku just nice la kan. Nak kata gemuk, mmg tak gemuk la kan. Tp sbb kitaorg org susah, mknn yg ada pun terhad. So mknn adalah bergtg kepada kreativiti arwah mak. Sbb arwah mak ni ada jer idea dia utk jadikan benda tu mknn. Dia buat kuih la, dia nmpk tu, dia goreng lah, mcm2. So mknn insyaallah ada.
Then bila start masuk asrama, aku jadi rindu ngan mknn rumah. Biasalah kan, mknn asrama mn la sedap mn kan (walaupun jauh lagi mewah dari mknn kat umah, makanan kat umah jugak yg best). Nak2 plak kena mkn ikut time. Aku ni kalau kat umah, main tibai jer mkn apa, dan bila. So bila dah kena ikut time, aku jadi tak biasa. So lelama aku jadi makin kurang mkn.
Jadilah aku kurus keding sampailah aku keje. Masa mula2 start keje tahun 2000, aku nyer berat dlm 36-38 kg jer. Imagine lah kurus keding jer dulu. Aku tgk badan aku pun, aduhaiiii, takutttttttttt. Ngan tulang temulang semua tu. Ishhh menakutkan.
Bila disahkan aku ada sakit tiroid dan dah recover, aku try to gain weight. Dulu punya aim at least nak naik 40kg pun dah bersyukur. Sbb aku ni time tu nak naik susah tp turun senang giler.
So one day, masa lepak umah kawan, kawan tegur, dia nmpk cam berisi sikit. Dan2 jer terus cari penimbang. happy giler sbb tgk2 dah dpt 42kg. Melompat2 masa tu.
Lama lepas tu masa kat ofis, tgh buat keje ngan member, member tegur, eh, besarnya lengan, cam dah naik badan je. So dan2 jer lepas tu carik penimbang. Mmg dah naik giler dah masa tu.
Lelama badan semakin dipam2 yg akhirnya skrg ni dah jadi 53kg. Skrg ni dah jadi satu masalah plak. Perut makin flabby. Berlipat2 sampai time duduk, nak bernafas pun tersekat2. Lengan pun melambai2.
Pikir punya pikir, ishhh aku ni baru umur berapa, kawin pun lom, aku tak mo bila dah tua, aku sakit2. So I have to prevent this. So I need profesional to help me this.
Dah lama dah survey, but geng takder. So kebetulan ada borak ngan member yg sesama mencari goal yg sama, so kitaorg terus la subscribe gym.
So smlm bermulalah kitaorg menjadi ahli gym dan dibantu dgn personal trainer. Smlm aku byk fail terutama yg melibatkan balance dan strength. Tgn aku sakit beb. X thn. Masa PT check my condition smlm, I have to lose weight dlm 10kg gitu. Dan aku nyer lemak mmg terlampau tinggi dan aku kena reduce semua tu. Impedance pun byk, mmg teruk la condition aku sbnrnya.
So i'm happy now. My target to achieve my goal within 3 months. Insyaallah...
Subscribe to:
Posts (Atom)