Friday, April 30, 2010

Dengki Mendengki Membawa Berkat ker??

Aku suka baca blog org. Suka baca kisah kehidupan org lain. Yelah kan, setiap org, hidupnya berbeza. Pengalaman masing2 berbeza, pandangan berbeza, interest berbeza...bak kata org, rambut sama hitam tp hati lain2.

Dlm baca2 blog org tu, mcm2 citer la yg aku jumpa. Ada yg dikutuk kaw2, ada yg mengutuk. Ada yg dikata dan ada yg mengata. Tp dalam pada tu, ada yg memuji dan dipuji.
Bagi aku, aku bukak blog ni utk diri aku sendiri. Lebih kepada nak luahkan perasaan. So aku takder pun intention utk suh org semua mai baca blog aku. Sapa suka singgah, meh la singgah walapun aku bukannya leh sediakan air ke, kuih ker kan...Tp sapa yg tak suka, dakpelah... Sapa yg suka baca apa yg aku tulis, dipersilakan baca, sapa tak suka, blhlah jelajah blog org lain.

Sbb aku gitu, aku pun anggap org lain pun camtu. Meaning, derang punya hak utk tulis apa sajer dlm blog dia, nak citer pasal hidup dia, pasal harta dia ker, pasal anak2 ker, pasal laki bini ker, pasal apa yg dia mkn ker, apa yg dia minum ker, mn dia pegi ker..itu hak masing2. Bukannya dia byr kat kita utk menulis pun kan.

Dan bg aku, setiap org ada pandangan masing2. Kkdg kita baca blog org tu, citer pasal sekian2. Kkdg bg aku, aku bantah apa padangan dia. Tp aku tetap respek apa panadangan dia. Sbb setiap org ada pandangan masing2. Yelah, kkdg kita rs apa yg kita pikir tu betul, tp pada pandangan org lain, salah. Dan kkg kita rs salah, tp bg org lain betul. Dan aku tak memaksa org lain utk ikut pandangan aku, dan aku pun tak suka utk org lain memaksa aku ikut apa yg derang pikirkan.

Bg aku dengki tu tak salah kalau ke arah kebaikan. Maksud aku, kita dengki tgk kelebihan org lain, kejayaan org lain, so kita usaha lagi bagus utk capai seperti tu. Tp dgn cara baik la. Dgn usaha yg lebih lagi. Bukan dgn cara yg jahat. Cam kita gi kutuk org tu kat blog org lain ker, or kalau in reality, gi bomoh2 ker....

Entahlah kan...Allah dah bg setiap org akal utk berpikir sebaik2nya. So gunakanlah sebaiknya. Aku pun bukannya baik pun, sbb tu aku suka kalau aku ditegur supaya aku tak terus lalai...Walaupun masa ditegur kkdg pahit utk ditelan, tp its better daripada kita dok asyik buat kesilapan


Thursday, April 29, 2010

Rezekiku, rezekimu

Kkdg kita rs cam tu hak kita tp kita tak sedar yg apa yg kita miliki sbnrnya hak milik org lain. Cam pernah aku dgr ceramah dari sorang ustaz dulu. Dia ckp, bila kita hilang duit ke apa, kita punyalah bengang kan. Padahal sbnrnya, ada hikmah atas kejadian tu. Mungkin benda yg hilang tu bukan hak milik kita, tp milik org lain. Dan mungkin cara kita miliki harta tersebut adalah dari cara yg salah.

Aku sbnrnya tgh memujuk hatiku. Yelah kan, musim isi tax kan. Bila diisi online tu, tgk2 aku kena byr tax..huhu.. Kkdg rs ketidakacian dlm borang tu. Yelah walaupun aku ni takder anak, tp kitaorg menanggung adik2 yg masih bljr. Mujur skrg ni tinggal sorang jer. Bab pelajaran adik2 xder pun dlm tu. Tu yg aku pikir...mungkin bukan rezeki ku tp rezeki org lain. Yelahkan...tax tu kan utk kegunaan rakyat mesia gak kan...

Dan ari ni dpt bonus. Br jer nak rs pegang duit byk, sekali tu dia, kena potong PCB punyalah byk...nak nangis jer rs. Tp tu la..cam biasa, aku pujuk hati, tu bukan rezeki ku tp rezeki org lain...Dan mungkin secara tak langsung jadi rezeki aku gak..yelah duit tu kan nanti guna utk negara..aku pun terpalit sama la kan...

Anyway, bersyukur jelah ngan rezeki yg ada. Insyaallah Allah bg rezeki lagi kat kita. Semoga dimurahkan rezeki. Amin..

Wednesday, April 21, 2010

Pentingkan diri or tak malu?

Pasal berita kat thread sblm ni tu, bila baca teringat kes yg berlaku kat akak sulung kat kg. Citernya camni...

My sister ada beli tanah, luas la tanahnya. So tanah dia tu betul2 tepi jln kg. Dah nama jalan kg, so jln dia pun agak sempit la kan. So my sister ni buat la rumah banglo sebijik atas tanah dia yg luas ni. Masa dia bina pagar rumah tu, dia bg la tanah dia keluar sikit dari pagar tu sbg persediaan in case kalau kerajaan nak luaskan jln tu, so blh la ambik tanah dia tu. Tak perlu la dia pecahkan pagar dia, then buat lain.

Tp ada plak la insan yg tak tahu malu ni. Jiran dia ni, ngan tak malunya, gi buat rumah atas tanah akak aku yg betul2 tepi jln ni. Kiranya tanah yg akak aku bg lapang tu sbg persediaan in case nak lebarkan jln tu, blh la cukup muat utk buat rumah kecik satu bilik kan. Bukak pintu, dua langkah dah naik atas jln la kiranya.

Yg lagi tak malunya, dahler tak malu buat rumah atas tanah org ngan tuan rumah dok sblh umah jer, blh plak rumah yg dia buat tu, dijadikan rumah sewa. Bengong tul. Akak ngan abg ipar buat tak tahu jer sbb mls nak gaduh ngan jiran. Tp derang ckp, biarlah, kalau dia rs apa yg dia buat tu halal. Sedangkan duit tu yg dok bg anak2 mkn. Kalau otak tu cerdik, sanggup ke ko carik rezeki atas tanah haram yg tak minta permission ngan tuan tanah pun dan hasilnya ko bg kat anak2 ko?

Kkdg aku pelik ngan org2 gini. Sama ada mmg jenis muka tak malu or jenis penting diri sendiri or bangang....

Kedai kat parking lot?

Salam and good morning,
Dah lama giler tak update kat blog ni. Malas dan sbb too buy with my family and personal matters.
Baca dlm Kosmo online ari ni, buat terpikir nak citer something kat sini. Citer dlm next thread sbb mls nak longgok kat sini.
Dlm paper ari ni, blh yek buat gini?

-------------------------------------------------------------------------------

Misteri kedai di tempat letak kereta


INILAH kedai yang didirikan di atas petak letak kereta di Taman Tenaga, Cheras sehingga menyusahkan orang ramai.


KUALA LUMPUR - Kewujudan sebuah kedai berwarna ungu betul-betul di atas petak letak kereta di Taman Tenaga, Cheras di sini menimbulkan tanda-tanya dan rasa kurang senang di kalangan orang ramai.

Kabin yang dijadikan kedai itu bukan sahaja mencuri hak pemandu untuk meletak kereta, malah ia menghalang laluan pelanggan yang mahu berurusan di beberapa buah kedai makan di situ.

Seorang peniaga, Ali Abdul Rahman, 36, berkata, sikap pemilik kedai menjual rokok yang mula beroperasi sejak tiga minggu lalu itu telah menyusahkan orang ramai.

"Saya hairan bagaimana pemiliknya boleh berniaga secara sesuka hati di atas petak letak kenderaan tanpa dikenakan tindakan.

"Adakah dia dapat kelulusan pihak berkuasa untuk mendirikan kedai?," soalnya ketika ditemui di sini semalam.

Friday, April 2, 2010

Malas makin menjadi2

Aku skrg ni semakin malas nak update. Semakin menjadi2 penyakit ni melanda. Makin melarat plak virus ni menyerang aku. Tp aku spttnya harus tabah utk hadapi segala cabaran dan segala serangan dari virus ni supaya aku terus berdiri, terus bersemangat, terus bercita2 tinggi untuk meneruskan kehidupan aku sehari2 dan jugak utk menulis...hehehe

Dlm kepala otak ni, byk tajuk2 nak ditulis dlm blog. Byk isi2 yg nak ditulis. Byk karangan nak diceritakan...tp aduhai mlsnyaaaaaaaaaaaaaaa...

Bulan 3 ari tu mmg bz sikit. Sbb byk memerlukan aku kuarkan duit dan tenaga (dahler ari tu dpt gaji awal then bulan ni gaji lambat, licin bebb lepas dpt gaji dok bayar hutang piutang..huhu). Tgh bulan aku kena balik kg adik aku kawin. Akhir bulan plak aku gi Penang dan Kedah sbb adik konvo.

Aku plan nak bercuti aaa. Tp duit yillek. Ari tu plan cuti tak jadi sbb 1. pasport mampus bulan 5 ni 2. elaun kena potong..huhuhuh... So duit secara automatik pun yillek, plan pun yillek

Smlm meeting, derang plan nak pi jejalan ke Langkawi bulan 7. Insyaallah nak join. Nak tgk keadaan walaupun aku dah muak pi Langkawi. Sbbnya aku ni bukannya jenis kaki shopping dan bukannya jenis suka pi satu tempat tu byk kali utk bercuti.

Ada gak member ajak pi redang bulan 4 ni. Tp malas aa setelah bulan 3 dok asyik pi sana sini, its time for me this month aku nak rileks kat umah. The best place for me adalah rumah sendiri.. rugi oo beli umah mahal2, tp tak mo dok umah

Utk trip ke Langkawi insyaallah aku join tp plan nak gak pi somewhere with my friends or with my sister maybe but not sure when. Bg settle hal satu2 dulu.

Oklah...aku nak melawan virus Malas plak ni. Keje byk tak settle disebabkan virus ni..huhuhuh