Monday, August 3, 2009

Mendiang -> mati??

Aku baca paper kosmo online, then baca berita pasal Jolie and Pitt. Then dia tunjuk gambar Jolie ngan ex husband dia, Billy Bob...then dia nyer caption kat gambar tu, GAMBAR fail Angelina Jolie bersama mendiang bekas suaminya, Billy Bob Thornton. Aku confuse. Mendiang means dah mati kan??? Bila Billy Bob ni mati? Aku bukak wiki, takder plak mention dah mati. Ke aku yg silap fhm? or paper yg silap tulis??? Cam kes The Star ke apa ari tu yek, pandai2 jer kata sorang penyanyi Hollywood ni mati padahal berita yg derang cilok tu hanyalah hoax.

--------------------

Jolie, Pitt berbalah fasal kubur


GAMBAR fail Angelina Jolie bersama mendiang bekas suaminya, Billy Bob Thornton.


LOS ANGELES - Pasangan selebriti Angelina Jolie dan Brad Pitt sekali lagi berbalah selepas aktor kacak tersebut didesak supaya menempah tanah kubur mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Angelina, 34, sebelum ini mahu dikebumi bersebelahan bekas suaminya iaitu aktor Billy Bob Thornton tetapi dia kemudian menukar fikiran dan mahu dikebumikan di sebelah kubur Pitt.

"Dia mahu kubur mereka sebelah menyebelah. Justeru, Jolie memujuk Pitt supaya menempah lot perkuburan mereka," kata sumber yang rapat dengan pasangan itu.

Bagaimanapun, desakan heroin filem Tomb Raider itu menakutkan kekasihnya.

Pitt sebaliknya menganggap Jolie terlalu taksub dengan isu tersebut.

Ini bukan kali pertama mereka berbalah, sebelum ini Pitt mahu keluarga mereka menetap di satu tempat manakala Jolie memilih untuk berpindah randah kerana berpendapat cara itu dapat memberikan banyak pengalaman berguna kepada anak-anak pasangan tersebut. - Agensi


No comments: