Baru jer td balik melawat makcik yg mmg dah tak berupaya utk bangun, makan, mengingati..almaklumlah bila dah tua, dah sakit2…..penyakit biasa bagi seorg yg dah berumur…
Last aku jumpa makcik masa kitaorg sama2 sambut Hari Raya Haji kat Tiara Beach Resort ari tu. Sepupu aku ada apartment kat situ dan kebetulan pada ari tu, kami reramai ngan sepupu sepapat, adik beradik pakat lepak sana. Happy sungguh tgk makcik, siap nak tunggu mkn pagi ngan kitaorg sbb derang sampai bbrp hari awal dari kitaorg.
Masa tu makcik masih berupaya utk makan sebyk mn yg dia nak, tp disbbkan dia ada penyakit kencing manis, terpaksa gak ler dipantau mknnnya oleh anaknya.
Bbrp ari lepas, kitaorg dpt tahu dia semakin tak sihat dan sejak kena stroke, dia tak berupaya utk duduk sendiri kecuali ada yg pegang dia dari blkg. Disbbkan kaki sblh dah kena potong (hanya tinggal sampai betis jer) disbbkan penyakitnya, kalau sblm ni dia mampu utk mengengsot badannya utk pergi mana2, skrg ni tak mampu utk angkat kepala dari bantal sekiranya tidak dibantu.
Memikirkan makcik yg byk gak berjasa ngan kitaorg zaman kecik2 dulu, dan rumah anaknya yg takder lah jauh mana pun dari umah kitaorg, so pagi td tetiba timbul idea nak pi melawat dia.
Alhamdulillah, dia masih sihat walaupun bila dah sakit tua ni, kepala pun dah makin nyanyuk, dan start memanggil2 mereka2 yg telah tiada (sob sob sob…).
Selalunya bila pergi melawat org sakit, terutama mereka2 yg dah tua, perasaan insaf akan timbul, dan buat aku pikir kehidupan aku nanti. Being a spinster, of course, aku terpikir, sapa yg dpt jaga aku bila dah tua nanti. Org kata kawin, dpt anak, adalah anak yg dpt jaga bila dah tua nanti. Alhamdulillah kalau dpt anak2 yg mengenang jasa mak derang…tp kalau dpt anak2 yg tak kenang budi..sob sob sob..
Alhamdulillah, makcik aku tu dpt anak yg baik. Aku mmg tabik spring la kat anak bongsu dia ni. Dahler dok kat flat, tingkat 4 yang tak berlif. Makcik aku ni tak berkaki sblh, of course tak mampu utk dia berjln sendiri, naik turun tangga. Tp menantu dia, tanpa merungut, setiap kali nak bawak kuar makcik aku mn2, dia akan dukung sampai ke bawah.
Mmg beruntung ssgt makcik aku ni ada anak sebaik tu yg sanggup jaga dia sehabis baik dan dpt menantu yg caring camtu…Mana la nak jumpa laki sebaik tu. Susah tul nak jumpa lelaki yg sanggup susah payah jaga mentua sebegitu rupa.
Baru jer last week aku dok borak2 ngan sorang pakcik ni citer pasal ada pompuan tu jadi janda semata2 sbb lepas lahir anak dia yg 3rd, dia jatuh dan terpeleot, so kaki dia cam lumpuh lbh kurang. Terus laki dia tinggalkan dia…. Tu baru bini sakit, lom lagi mentua.
Bukannya aku tak pernah jumpa lelaki2 yg tak sanggup jaga bini sakit…. Huhuhuhu…. Nak tahu kesetiaan lelaki, agaknya time2 susah gini la kot yek?
Satu lagi beruntungnya sepupu aku ni, sbb masih ada jiran yg so caring. Kalau sepupu aku ni ada keje, jiran dia lah yg tukang jaga makcik aku. Tlg mandikan, tlg suap mknn. Mmg Allah dah bagi kesenangan utk dia dlm kesusahan dia menguruskan makcik aku ni. Byk dugaannya, tp sabarrrrr jer melayan kerenah maknya. Alhamdulillah, jiran2 dia memahami apa yg dia alami dalam menjaga org tua yang dah nyanyuk. Syukurrrr…(aku yg baru jer jaga makcik aku bbrp jam, mandikan dia semua…dah terasa penat…huhuhu)
Bukan aku tak pernah pikir masa hadapan. Aku sentiasa pikir tentang masa hadapan aku. Sblhnya, aku tak nak susahkan sesiapa dlm masalah aku. Pernah kawan2 aku yg senasib berbincang sesama sendiri, tenantang masa hadapan kami. Dan kami come out with our own solution, in case tiada siapa yg sudi menjaga kami bila kami sudah tak berupaya nanti….
Byk cabarannya bila dah tak berupaya….menduga siapa yg sudi bersama kita di kala susah dan senang….dan mengingatkan kita tentang Pencipta kita…
Byk pengajarannya bila melawat org sakit……..alhamdulillah, Allah beri sekeping hati dan akal utk aku berpikir…..