Thursday, March 22, 2012

Team Work

Kita ni hidup bukannya sorang2, tp dikelilingi dgn ramai org. Dan apa yg kita buat, kebyknnya perlukan bantuan org lain bg merealisasikan apa yg kita hajatkan (mandi, masuk toilet semua tu of course la sendiri2, but if kalau kita sakit, still perlukan org lain right?). Dalam erti kata, kehidupan kita byk memerlukan kita bekerja dalam ‘kumpulan’ (perlukan bantuan org).

Bila sesuatu dilakukan dalam kumpulan, setiap org ada role masing2 kan? Bukan setakat dalam kerja, even dlm famili kita pun, masing2 ada role masing2 kan.

Cthnya: Katakan famili kita plan nak pi somewhere. So bincang2, then decide, org ni yg kena pi ckp ngan ayah, org tu tukang call org tu org ni…dll… Setiap org ada tugas masing2 kan?

Kalau kita dah decide role masing2, and bila ada org yg tak buat role dia seperti yg dibincangkan, agak2 berjaya tak plan korang? Harmoni tak? Cam cth kat atas tu, kalau la mentang2 la dia anak sulung, semua benda dia kena buat…tak aci la kan? Siannnnn dia.

Aku bagi situasi lain utk dipikirkan..(skdr cth bukan merujuk pada sesapa secara direct…sorry)

Situasi 1:
Korang nak buat reunion sekolah. Mestilah ada AJK utk uruskan majlis ni kan? Of course la, takkan nak buat semua kerja sorang2, so dilantikla beberapa AJK. Sorang jadi tukang call tmpt nak buat reunion, sorang lagi tukang call semua kekawan, sorang lagi tukang prepare mknn, sorang htr kad and seterusnya….

Masing2 dah ada role masing2 kan. What if, tetiba tukang jemput kekawan tu tak buat pun tugas dia? Agak2 jadi tak reunion tu? Or tukang prepare mknn tak call pun caterer…telan air liur jelah semua org time reunion tu.

It’s ok kalau si A tgk si B bz, tak smpt nak buat tugas dia, so si A tlg ambik alih. BUt what if, si A dah tahu si B dah buat tugas tu…tp dia nak gak buat..konon nak tunjuk bagus….agak2 berjln lancar tak majlis tu. Cth cam prepare mkn…tgk2 time majlis, mknn berlebihan..so sapa nak byr yg terlbh2 tu?

And satu lagi keadaan…bila majlis berjaya, tetiba jer pengarah majlis tu dok canang kata tu semua tugas dia la yg menjayakan majlis tu…tanpa bagi kredit kat AJK2 lain. Agak2 apa perasaan AJK2 tu?

Situasi 2:
Satu produksi buat penggambaraan utk satu drama. Masing2 dah ada tugas masing2. Pelakon A jadi hero, pelakon B jadi heroin, pelakon C jadi ayah, pelakon D jadi kawan B dll. And krew2 pun ada tugas masing2. sorang jadi kameraman, sorang lagi prepare mknn, sorang lagi bhgn sound dan sorang jadi pengarah dll….

Tetiba la plak si pelakon A ni terlbh perasan dia bagus. Semua tugas org lain dia nak buat. Konon terasa org lain tak buat kerja yg bagus. SO dia nak overrule tugas pengarah, dia la sibuk nak prepare food, dia la sibuk nak jadi kameraman, dia la plak sibuk jadi karektor mak, ayah, kawan..semua la dia nak bolot. Padahal org lain dah prepare dah semua tu.

Agak2 apa perasaan org lain? Nak2 plak bila wartawan or producer dtg, dia dok merungut2 yg semua kerja dia buat. Dia busy ssgt, byk kerja nak kena setel. Lagi teruk kalau wartawan ngan producer tu percaya ngan kata2 dia…abis canang kat semua org yg pelakon A ni dibuli…bla bla bla la kan……Padahal ko nyer role as hero jer pun. BUat kerja ko jelah, yg ko sibuk overrule keje org lain pesal? Kameraman dah setup dah kamera semua, ko gi setup lagi sekali plak kamera lain. Mestilah waste masa dan resources kan?

Agak2 drama tu leh siap on time tak?

Situasi 3:
Kalau produksi tu buat drama, masing2 buat role masing2 dah ok dah. Tp pengarahla plak buat hal. Dahler asyik datang lmbt time nak shooting. Lepas tu tahu nak arah2 org suh buat tu, buat ni. Tp dia goyang kaki jer.

Arah drama, tp arah nak tak nak jer. Tp bila kuar rating, dpt rating teruk…marah2 krew, pelakon konon derang semua tu tak buat kerja dgn bagus. Padahal org lain semua kerja sebaik mungkin.

Dia bukan main sound2 krew dan pelakon…pls datang on time. Jgn buat kerja last minute, bla bla bla…cam dia bagus sessgt. Tp bila time shooting, dahler dtg lambat. Laktu kamera plak dia pegang. Sampai2 jer nak suh shooting. Agak2 apa perasaan kameraman tu? Lagi haru, kalau dahler kamera tu pengarah beli yg lain, alatan yang ada kat set plak lain. Haru la plak nak kena setting lain.

Time shooting, arah drama nak tak nak, ala kadar jer. Main tangkap muat jer. Tp bila wartawan turun padang, or producer dtg, wahhhhhhhh tunjuk muka bersungguh2. Konon dia la pengarah terhebat di dunia. Konon dia buat kerja sehabis baik, so yg salah adalah krew2 dan pelakon.

Agak2 pengarah tu jadi bhn ngumpat oleh krew2 ngan pelakon2 tak?

-----------

Situasi2 ke atas tu, korang kupaskan sendiri lah apa yg aku nak sampaikan. Winking smile

Anyway….bila apa yg kita buat ada kaitan ngan org lain, usaha la sehabis mungkin. Dan kalau kita buat silap, cubala minta maaf. Dan jangan la plak kita taichikan kesalahan kita pada org lain.

Dan bila kejayaan yg diterima, jgn la kita lupa usaha org lain gak.

Dan sekiranya kita tak dpt benefit dari kejayaan usahasama tu, jgnla kita nak blame org lain 100%. Kkdg kena tgk balik diri kita. Kenapa kita tak dpt. Mmg kkdg bukan silap kita, tp what if kita beri usaha kita 20% jer, tp nak claim cam kita ni beri 100% usaha.

Apa2 pun, buat la sesuatu dgn ikhlas. Insyaallah hati kita lebih tenang. Yakinlah yg rezeki itu adalah milik Allah. Ada sebab musabab kenapa kita diberi dugaan sedemikian rupa. Bukan bermakna Allah benci, tp Dia sayang…Dia nak kita pikir, dan igt Dia di kala kita terlupa….Insyaallah

Peace Smile!!!

No comments: