Tuesday, August 23, 2011

Secret Admire 3

Bila umur dh lanjut ni, nak2 baru jer cecah angka baru, ada la kan mulut2 yg bertanya part2 kawin. Lemah aku nak menjawabnya.

Aku nak jawab camne kalau dah tak pernah ada org pun offer aku jadi awek dia or bini dia…Hehehehe…Oklah….mmg pernah la suatu ketika duluuuuuuuuuuuu….ada mamat ni mengoffer utk jadi bini dia. Siap ckp, kalau ok, raya haji nak htr pinangan.Kuikuikui….Tp aku terpaksa tolak sbbnya zaman sekolah dulu aku tak pernah pun berckp ngan dia. Tup2 terjumpa blk time awal2 keje, dan br nak berkenal2an, tetiba ajak kawin? Yg mengukuhkan aku tolak tu, sbbnya, dia dah ada awek sbnrnya, tp awek bukan org Kelantan. Memandangkan mak dia nak gak suh dia kawin ngan awek kelantan, (padahal mak dia org Melaka), terjumpa aku, terus offer aku. Ohhh tidakkk….Tp mlm tu aku berdiskusi ngan dia hampir 2 jam kat tepon…tp bukan pasal nak kawin ni, tp nasihat dia suh aku cuba belajar utk menerima lelaki dlm hidup aku (ni citer lain kali la yek..). Sbb nasihat dia tu lah, bermulalah sesuatu yg baru utk aku dan aku cuba menerima seseorg dalam hidup ni, tp last2 aku dikecewakan gak.

Serik? Tak serik pun…tp bg aku itu adalah pengalaman ;)

Since then, aku rs takder kot dah yg mengofferkan diri. So how aku nak kawin?

Ok..sambung citer sblm ni

=======================================================================

Lps abis English course, selang bbrp bulan SPM dah announce result, then selang bbrp bulan dpt offer buat Matrik kat utara sana.

So kat kolej ni, ada 4 buah universiti tempatkan student dia kat sini. Tp uni aku hanya sethn jer matrik kat situ dan another 1 year kat main campus. Tp ada satu lagi uni tu, 2 years buat matrik kat situ. Ini bermakna derang ada senior la..

Kelas dan asrama mmg kitaorg asing2, tak kacau sesama uni pun. Cuma aktiviti dan kelab ada yg cmpr. So masa tu lah bergaul mesra ngan bbdk uni lain.

Senior uni tu kebetulan that year, ramai tul yg ganteng2. Menarik pandangan mata….best jer dpt cuci mata. Kuikuikui…

Masa kat sana, aku join kelab Taekwan-do. Konon sayang la weh, 2 thn bljr masa kat sekolah asrama dulu, so alang2 sesama ITF kat kolej ni, sambung jelah terus. Kalau masa sekolah dulu, selamba badak jer aku sorang2 join kelab taekwan-do sedangkan budak kelas aku semua join kelab lain..Yelah minat nyer pasal kan. Tp ok la, last2 aku kenal gak bbdk lain.

Same goes kat kolej ni. Aku dan ada sorang budak pompuan tu jer dari  uni yg sama. Yg lain bbdk uni yg bersenior itu. Nak2 pompuan brp kerat jer yg join. Laktu pompuan seuni ngan aku ni plak, tak mo join grading…katanya mak ayah tak bg..So muka aku mmg tetap wujud la setiap kali kelas. Kkdg aku sorang2 jer pompuan. Buat muka tak malu jelah aku ni. Pedulikkkkkkk….aku join kelas nak bljr, bukannya aku nak ngorat depa.

Yg membuatkan aku lagi tertarik join this club adalah presidentnya. Kuikuikui……Masa derang wat show perkenalkan kelab ni, siap brader ni tunjuk aksi dia lagi pecahkan papan dan bla bla bla. Teruja tgk aksi2 dia…

Nama pun president kan, so mestila dah black belt…(tetiba aku terbyg muka dia yg senyum simpul ajar kitaorg..cairrrr japp…hehehe). Start sign utk join the club, bermulalah senyum simpul aku dok terbyg brader ni.

Kelas seminggu sekali jer pun. So time tu jelah kalau dpt mengadap dia pun. Time lain, bila pi mkn kat dewan makan or time kelas sbb kat situ pun sistem kelas adalah floating class.

Masa mula2 kelas taekwan-do start, student pun masih ramai, so aku takderlah berpeluang pun utk dkt ngan dia. Maklumlah ramai lagi gadis2 lain yg menghimpit dia..nak2 plak aku ni kan gadis pemalu, laktu takder geng. Selalunya aku dok lepak sorang2 jelah, buat hal sendiri. Abis2 aku senyum jer bila org tegur. Lagipun ada brader sorang tu, senior aku daripada zaman aku sekolah rendah, sampailah aku pi sekolah asrama, tup2 jumpa lagi kat kolej tu….Adussssss (and dia partner grading aku….geli plak teringat kena pegang dada dia yg berpeluh tu..yuckss)

Bila lelama, nak2 plak time sibuk nak grading, bbdk pun makin lama makin kurang. Sbbnya yg dtg pun yg geng2 nak grading termasuk la aku. Disbbkn aku dh kira agak tinggi dah pangkat, so kkdg brader tu terpaksa bg kelas separate la utk aku ngan senior aku sorang lagi tu. Ntah lelama, aku ngan dia blh la borak serba sikit, simple2 jer pun.

And until lepas grading, aku still tak tinggal kelas (kecuali aku sakit ke apa…rugi la weh, tinggal kelas bila cikgu dia aku suka..kuikui), tp student dah makin kurang. Lelama masa utk aku menghimpit dia pun terbentang luas. Ada sekali tu, sementara student2 lain dtg (kami mmg punctual), kitaorg borak2..lama giler. Hati berbunga2 giler. Rasa cam nak announce kat student2 lain, TLG JGN DTG KELASSS, AKU NK DATING!!!!

Start tu aku baik la ngan dia. Kalau terjumpa kat tgh jln tu, blh lagi la bertukar2 senyuman, say Hi ker apa kan.

Until la last day kitaorg kat kolej tu. Yelah dia pun dah nak blah ke uni dia, aku pun sama. Uni plak negeri lain2. So last day dia kat situ, dia minta la alamat aku. Reason dia, sbbnya nanti senang dia nak htr sijil taekwan-do aku. Masa tu tgh busy pasal apa ntah, aku just ckp ok, nanti aku bg.

Zaman aku tu mn la ada handphone kan nak call dia nak jumpa ke apa. So aku just kirim alamat aku kat senior pompuan yg sama uni ngan dia. Tp aku tak th la kakak tu bg ke tak alamat aku tu sbb sampai skrg sijil tu aku tak dpt. Huhuhuhu…Tp aku budget cam akak tu tak bg jer sbb muka dia semacam jer masa aku minta tlg passkan kat brader tu….Hmmm

Tulah last word aku ngan dia. Lepas tu tak th la apa citernya, tak dpt khabar berita langsung pasal dia. And masa thn 2002 kalau tak silap aku…Masa kat Sogo, aku naik escalator, and aku pandang atas, aku nmpk sorang mamat ni kat escalator yg sama, tp dah kat atas, dok pandang jer aku. Aku cam terkejut, “eh, brader tu la”. Tp cam was2 jer masa tu. Dan dia pun cam was2 jer muka pandang aku. Mungkin dia pun cam terpikir, “eh, betul ker dia ni”. Aku pandang tmpt lain nak tanya kawan aku. Tp mungkin sbb dia igt silap org, so dia pun blah. Nak2 plak kat Sogo tu penuh giler org, so tu lah last aku nmpk dia.

Abis citerrrr mamat ni..

=======================================================================

Next story…..esok2lah sambung

2 comments:

Liasari said...

salam,
tumpang lalu :-) singgah sini kejap tiba2 terasa enjoy pulak baca entri ni. buat sy terkenang zaman muda mudi dulu... esp those that i left behind ;-). miss zaman remaja sangat-sangat.

plug2pin said...

salam...silalah lalu...zaman2 remaja kan, bila dikenang2 best plak