Wednesday, April 21, 2010

Kedai kat parking lot?

Salam and good morning,
Dah lama giler tak update kat blog ni. Malas dan sbb too buy with my family and personal matters.
Baca dlm Kosmo online ari ni, buat terpikir nak citer something kat sini. Citer dlm next thread sbb mls nak longgok kat sini.
Dlm paper ari ni, blh yek buat gini?

-------------------------------------------------------------------------------

Misteri kedai di tempat letak kereta


INILAH kedai yang didirikan di atas petak letak kereta di Taman Tenaga, Cheras sehingga menyusahkan orang ramai.


KUALA LUMPUR - Kewujudan sebuah kedai berwarna ungu betul-betul di atas petak letak kereta di Taman Tenaga, Cheras di sini menimbulkan tanda-tanya dan rasa kurang senang di kalangan orang ramai.

Kabin yang dijadikan kedai itu bukan sahaja mencuri hak pemandu untuk meletak kereta, malah ia menghalang laluan pelanggan yang mahu berurusan di beberapa buah kedai makan di situ.

Seorang peniaga, Ali Abdul Rahman, 36, berkata, sikap pemilik kedai menjual rokok yang mula beroperasi sejak tiga minggu lalu itu telah menyusahkan orang ramai.

"Saya hairan bagaimana pemiliknya boleh berniaga secara sesuka hati di atas petak letak kenderaan tanpa dikenakan tindakan.

"Adakah dia dapat kelulusan pihak berkuasa untuk mendirikan kedai?," soalnya ketika ditemui di sini semalam.

4 comments:

Sumijelly said...

derang nie main bina tempat tu tnpa kebenaran..
teruk tul la...

kan dah buat menyemak..nak parking pun susah...


Sumijelly.com

nn said...

larh. suka hati dia je kan..

Murni Alfathunnisa said...

apa kata city council?

plug2pin said...

tu la kan. pelik la org2 gini. selfish