Tuesday, August 17, 2010

Puasa - Day 2

12/8/2010 - 2 Ramadhan 1431

Cam biasa aku akan bangun awal pagi untuk masak utk adik2 (terasa cam mak2 plak..hahaha). So menu ari tu adalah ikan bilis goreng masak ngan sos tiram+ kicap dan telur dadar. Blh la kan. Walaupun sakit tgn, tp aku bukannya harap sgt bbudak ni nak bgn awal utk masakkan semua org.

After sahur, tidur jap dan dlm kul 6.30 bgn balik as usual utk semayang. Disebabkan mc, so takder la terkocoh2 sgt cuma cam biasa tugas adalah menghantar adik pompuan tu pi keje. Mujur aku tak keje ari tu. Sbbnya aku tgk bukan main jam jalan. Hahahaha.

After htr adik aku, balik umah jap, main internet, tidur jap. Dlm kul 10 bgn siapkan diri dan terus pi KWSP. Dari ari tu lagi derang call suh pick up cek. Tp setiap kali derang call, asyik la dpt miss call. Asyik tak sempat nak angkat. Bila aku call balik, aduhai, cam bercinta nak tunggu operator pick up. Nak masukkan extension, tak tahu sapa yg call, laktu ext number pun takder kan. Hampir seminggu gakler barulah dpt gi ambik.

Actually masa isi borang dulu tu, akak kat kaunter KWSP tu ckp tak yah tunggu cek, tp derang terus byr ke bank. Tp ni kena ambik cek plak sbb katanya derang dah htr ke bank tp asyik kena reject.

Dalam kepala byk benda dok pikir masa on the way to KWSP Kajang. Dok siap susun jalan dan tmpt nak tuju sbbnya byk benda nak settlekan kat area Kajang dan Bangi. So lepas settle kat situ, aku terus ke Bank Islam plak. Nak kuarkan duit. Lepas settle, pi plak CIMB Bank kat depan PKNS masukkan cek. 

Lepas settle, terus pi kedai beli brg yg aku nak beli (cam tmpt lain takde benda tu, tp sbb ari tu beli benda yg sama kat situ, mls nak carik tmpt lain). Patutnya aku nak pi settle hal ASB aku nyer buku. Tp sbb masa tu dah kepenatan ngan kengantukan tambah tgn pun lom pulih sepenuhnya, terus balik umah.

Sampai umah, melepek jer dpn tv. Terus tido sampai kul 3...hahaha...Bgn jer terus smbhyg Zuhur. Plan nak gi ambik adik then ajak dia gi beli brg kat Jusco, tp kepenatan melanda, so adik laki yg pi ambik dia. Aku terus melepek depan tv sampai kul 6. Kul 6 brlah bgn gi sembhyg Asar...teruk tul.

Makanan utk berbuka, masih lagi dibeli kat pasar kat simpang rumah. Mknn yg dibeli adalah mknn asasi kitaorg daripada tukang jual yg kitaorg dah biasa beli. Mujur kitaorg adik beradik ni bukannya jenis yg berbuka perlu kuih muih. Beli nasik cukup satu borang, then terus balik...Sahur, aku masak.

Disebabkan tgn dah ok utk smbhyg cam org lain, so aku pi terawih. Ramai la plak ari tu dan aku smbhyg kat luar bhgn bawah. So far takder gangguan luar tp byk gangguan nafsu jer..Hahahahah...Biasa la, imam dok baca kat dpn, aku dlm kepala pi sampai London, Paris.....


Monday, August 16, 2010

Puasa - Day 1

Sempena bulan puasa tahun ni, plan nak buat jurnal. Bukan utk sapa2 tp utk igtan diri sendiri. Penilaian diri sendiri. Ada improvement or tak. Hope ke arah yg lebih baik.

Cam tahun 2008 nyer ramadhan, adalah tahun paling teruk utk diri sendiri.. Sbbnya, aku sibuk buat benda keduniaan daripada carik keredhaan Allah di bulan Ramadhan yg mulia ini.

So tahun ni aku nak buat jurnal supaya aku dpt lihat diri sendiri....Insyaallah

First day puasa - 11/8/2010 (Rabu)

3.45 am: Bangun, sembahyang tahajud, masak utk sahur
Sahur: Nasi + Daging goreng kicap + Susu kambing Hi Goat suam
6.00: Tido kejap
6.30: Smbhgyg Subuh
7.00: Sambung tido jap (ngantuk tak cukup tido)
7.30: Bersiap utk htr adik ke tempat keje and pi hospital
8.00: On the way ke Subang Jaya utk appointment ngan Dr
9.15: Sampai kat SDMC, naik tingkat 2, register then pi ke tingkat 5 utk ambik darah.

Abaikan bulu2 itu. Kali ni mamat tu ambik darah aku sampai meleleh2 darah. Ishhh

After that, balik semula ke tkgt 2 (ramai sungguh org ari tu...lama tul menunggu)

12.00++: Masuk bilik Dr. Kena inject. And seperti biasa kena tegur bab berat badan yg makin bertmbah..arghhh tensen.
 Dr: I try to find finest needle for u. Yg I jumpa yg ni.
Siap2 utk inject. Then masa inject
Dr:  I'm so amazed with u because this injection suppose to paling sakit banding yg sebelum ni. Tp you tak menjerit pun. Mungkin sbb dah biasa kena inject kot. 
Me: Really?? (Tp mmg sakit pun tp tahannnnn jer)
Dr: U kena rest dlm 48 hours. So I'll give u MC for 2 days.
Me: Thanks Dr (yihhaaaaa...hehehe)
 Tgn pun dah bengkak

12.30: Plan nak pi KWSP utk settlekan hal KWSP. Tp amatlah sakit tgn yg diinject tu, sampaikan nak drive pun rs nak menangis..Bukan stkt nak drive, nak tekan bukak cermin masa kat tol pun rs nak menangis sakitnya... So terpaksa la terus balik umah

1.30: Lepak kat umah sambil tidoooo (itu je yg mampu dibuat. hanya mampu memanadang rumah yg berterabur itu)
4.00: Sembahyang Zuhur
4.15: Lepakkkkkkk dpn tv
6.00: Sembahyang Asar
6.15: Lepak depan tv sampaila berbuka

So today aku skip terawih. Camner la nak terawih kalau nak smbhyg pun susah terutama time sujud. Terpaksa semayang dok atas kerusi.

Aku bukak plaster masa nak smbhyg zuhur td...Tmpt yg ambik darah tu dah jadi cenggini..Ishhhh ngerinya
Abaikan bulu-bulu itu...



Balik Kg Before Raya

Selalunya kitaorg (aku la of course) tak pernah pun balik kg nak2 dkt pose ni. Sbb minah ni amatlah kedekut, so rs cam membazir jer kalau balik kg selang tak sampai sebulan. Bukan membazir apa, bukan stkt bazir masa (drive 8 jam tau..penattttttt), ngan cuti lagi, ngan duit lagi..... Sbb tu ayah pun tak galakkan kitaorg balik time pose especially kecuali kalau kitaorg tak balik raya umah (ni utk kakak2 dan abg yg dah kawin).

Tp kali ni kitaorg balik. Tp balik sblm pose (lebih dari sbln pose la kan. walaupun beza tak sampai 2,3 hari..hahahaha). Kitaorg balik sbbnya raya jatuh ari Jumaat (insyaallah) dan masing2 malas nak ambik cuti pjg sgt dan malas nak balik awal2. Majoriti plan nak balik kg hari Khamis or Rabu mlm. Tambah plak, skrg ni tgh musim buah kat kg tu. Buah rambutan, buah dokong dan manggis..Slurrppp..

So balik kali ni ngan misi nak mkn buah + beli baju raya utk ayah dan adik bongsu. Kitoarg balik konvoi 2 kete. 1 kereta dari Selangor (selalu org bantai Kolumpo walaupun dok kat Selangor..hehe) dok bersempit penuh satu kete dan jumpa kat Kuantan, bahagi2kan manusia ke kete satu lagi supaya tak sempit kereta nan satu ni...

Kalau time balik kg gitu, time balik Selangor pun, gitu lah. Singgah Kuantan dulu...

Summary of this balik kg, adalah amat menggembirakan..Hehe..Kiranya puas hati la walaupun duit byk habis. Imagine lah almost 2 years kitaorg tak pernah keluar jln2 ngan ayah dan ayah tak pernah bercuti ngan kitaorg, tp kali ni dia ikut kitaorg secara solo. Hehehe...nampak sgt muka dia happy dpt kuar ngan kitaorg apatah lagi dapat shopping ngan kitaorg...hehehe

So misi balik kg kali ni mmg tercapai. Thanks to Allah yg makhbulkan doa kami semua.. Alhamdulillah


Tuesday, August 10, 2010

10082010

Ari ni merupakan:

1. Diumumkan tarikh permulaan puasa esok

2. Bermulanya sembahyang terawih - alhamdulillah berjaya buat 8 rakaat

3. Birthday my late mum - sedekahkan utk arwah surah Yaasin. Semoga Allah ampuni segala dosa2 dia dan tempatkan dia di kalangan org2 yg beriman. Dan semoga Allah jadikan kuburnya salah satu daripada taman2 syurga dan dijauhkan kuburnya dijadikan lubang2 neraka.

4. Berharap bermulanya utk menjadi seorg yg baru sempena ramadhan..


Salam Ramadhan

Salam semua,
Tak kira yg dikenali mahupun tidak, saya nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan semoga di bulan mulia ini kita dpt membuat ibadah dengan lebih baik lagi dan semoga kita mendapat keberkatan dan keampunan dariNya.

Saya juga nak ambik kesempatan kat sini utk minta ampun dan maaf pada semua kalau saya terkasar bahasa dan mengguris hati korang semua. Sorry yekkk...

Dan semoga kita happy selalu ;)

Thursday, August 5, 2010

Sambung minggu depan jelah yek

Sambung citer minggu depan ok tak? Insyaallah mlm ni balik kg. Nak mkn buah-buahan. Supaya menjadi lebih sihat dan gumbira.

Tlg doakan saya dan keluarga saya yg tercinta selamat dalam perjlnn, pegi dan balik dari kg yek. Insyaallah Isnin start keje.

Nak update kat kg, kat kg tak masuk streamyx pun. Line tepon pun dah potong, masing2 guna hphone. Line tepon umah akak pun dah takder sbb kabel asyik kena curik. So rumah ayah ngan rumah kakak masing2 takder internet. Kalau ada pun broadband yg kkdg ok dan tak ok. Tu kata kakak la sbb dia pun masuk kalau ada yg perlu jer.

Nak on guna 3G. Tp tak sure line ok ke tak ok. Lagipun laptop takder. Adik kemungkinan besar bawak balik laptop dia tp malas la nak install Nokia PC Suite tu. 

Dakpe2, sekali sekala kita hidup tanpa internet. Alaaaa cam tak biasa kan...

Ok....doakan perjlnn saya selamat, xder apa2 bencana berlaku kat kami sekeluarga...Insyaallah...Amiinn..

Wednesday, August 4, 2010

Kerisauan Melanda Diriku

Terkejut dan risau...apa sebabnya?

Esoklah aku sambung citer...