Wednesday, July 29, 2009

Ikan Celup Tepung

Masa balik kg ari tu, nak bagi mudah, kitaorg lepak la kat hotel (aku stay only for one night). Not 3,4 bintang hotel, but more to motel la. Tmpt tu dkt ngan jetty nak pi Pulau Perhentian. So best la pagi2 bgn, lepak2 kat tepi laut tu, tgk nelayan sibuk berlepas nak pi laut. Laktu pekan tu cam best jer, pagi2 tu aku gi round2 situ, byk kedai tak bukak lagi, ala2 cam pekan Harlem (Holland) masa waktu pagi aku sampai sana dulu. Sunyi laktu ramai pelancong2 yg pun cam aku, round2 pekan sunyi tu.

Nelayan sibuk nak pi laut. Yg nampak nun jauh sayup2 tu kalau tak silap tu la Pulau Perhentian


Tmpt nelayan berlabuh dan gak jetty nak pi Pulau

Masa balik kg tu, member aku sorang join gak. So dia tak pernah tgk or mkn ikan celup tepung ni. Kalau tak silap aku la kan, mmg kat negeri lain takder benda alah ni selain Kelantan dan Trg. So masa on the way balik kg tu, singgah la umah makcik utk mkn tghr kat Trg. Kebetulan lak masa tu makcik aku masak ikan ni. So member aku ni cam pelik la kan, tp aku paksa la dia mkn. Dia kata best gak.

So masa on the way balik KL, aku pun bawak la dia mkn kat satu kedai yg biasa aku pi kalau rs nak mkn seafood celup tepung ni kalau on the way pi Trg la. Tmpt ni kat Pantai Penarik. So aku bawak member ni mkn sini. Kitaorg apa lagi melantak la cukup2. Ngan udang, sotong dan ikan celup tepung. Sampai tak abis mkn (siap bungkuskan yg tak abis tu) sbb berperang ngan lalat. Aku biasa pi situ takder pun lalat macam tu. Tukang jual tu kata, skrg ni musim lalat, tu yg byk sgt lalat tu. Tp puas hati la mkn ari tu walaupun dlm Rm30++ gak kitaorg mkn utk berdua...Hehehe dan pengalaman utk kawan aku ni.

Bapaknya ikan, ni ikan kembong rsnya. Aku biasa kalau buat guna ikan sardin tu sbb rs dia best sikit kot.


Sudoku

Hampir seminggu balik kg tp balik bukan sbb utk bercuti tp balik sbb ada keje. Tlg kawan utk settlekan something. So alang2 ada keje kat sana, blh la sekali jenguk family kan.

3 hari dok ulang alik pi situ cam pi keje (pi pg, balik ptg), terasa cam best plak kalau keje kat kg (tolak masalah la). Ngan makanan murah (RM20 sajer mkn tghr utk 5 org..so cheap), best tul la. Nak ambik gambar kat tmpt buat keje tu, tp tak berani sbb kat luar tu dah tulis, tak dibenarkan bawak tepon berkamera, tp derang bg lepas gak ler. Tp nak angkat tepon ala2 nak ambik gmbr pun tak berani sbb kawasan dia very strict. So after 3 days, akhirnya benda settle. My friend pun bila kitaorg call, siap excited giler dgr sorenya. Sian kat dia, org buat aniaya kat dia, tak dpt buat, terus blah gitu jer, terkontang kanting member...

Settle hal tu.....ni nak citer pasal hobby yg semakin parah. Yes, aku ni mmg la suka main sudoku. Dulu siap beli satu buku sudoku, bapaknya tebal, dari easy level sampai la advanced level. Ada dlm 1000 puzzles kot semuanya. So buku tu aku selalu gak bawak balik kg ker apa, sbb byk sgt, semua org blh main. Abg, adik2 aku pun giler sudoku, kakak aku pun, abg ipar aku pun baru berjinak2 nak main. So kalau bawak balik buku sebijik tu, jgn risau la, takkan abis nyer kalau sorang main..

Tp skrg ni hobby ni makin parah buat aku..hehehe...almaklumlah skrg ni aku dah install kat PSP tu. Sbnrnya dah lama install tp entahler kenapa tetiba jer sejak dua menjak ni, aku makin addicted yg terlampau main sudoku kat PSP tu. Every single minutes yg aku ada, aku main benda ni. Utk elakkan kkdg aku offkan dia, dan jgn sentuh dia. Kalau dulu aku main sudoku kat buku tu before tidur, sampai demam2 (sblm tidur dinasihatkan jgn bagi otak kena perah teruk sgt, nanti jadi cam aku ni) skrg ni main kat PSP tu time tgk tv (masa iklan), masa tunggu nak smbhyg, almost all the time la...Even nak gi ofis, lepas Subuh, make sure main dlm 2,3 round dulu baru bersiap nak gi ofis (sbb tu skrg ni asyik lmbt pi ofis). Parah2...





Tuesday, July 14, 2009

Bila Kanak2 Bercakap

Best kan kalau dgr kanak2 berckp...kkdg pertanyaan derang tu blh buat kita tak terjawab. Kkdg kelakuan derang tu blh hilangkan kepenatan kita seharian...hehehe (bila la nak ada anak sendiri yek..hehe). Hujung minggu ari tu spend masa ngan anak2 kakak (eldest 4++, 2nd 2++ and youngest almost 4 months). So mcm2 kerenah la depa ni. Then bila borak2 pasal derang ni, dok korek balik citer2 kisah2 budak2.

1. Si eldest tanya maknya
E: Mama, bila besar nanti, Fasha nak panggil Cik Mimi, Mimi ajer blh tak?
M: Mana blh. Kena panggil Cik Mimi gak
E: Ala..Mama dah besar, panggil Cik Mimi, Mimi ajer
M: Yelah, Cik Mimi tu adik mama. Tp Cik Mimi aunty Fasha
E: Bila Fasha besar, Fasha pun jadik adik Cik Mimi gak.
M: Aduhai....

2. Masih si eldest
E: Mama, bila besar nanti Fasha ada t*t*k mcm mama yek?
M: Hahahahaha (tak terjawab)

3. Masih si eldest masa on the way tu Cyber. Dia dah pandai membaca so dia nmpk la signboard ni
E: Mama, pusat tu apa
M: Pusat tu adalah satu center (sambil berborak ngan Cik Miminya yg tgh drive dok berharap anak dia x bertanya lagi apa itu center..hehehe)

4. Si eldest ngan si adiknya yg kkdg nyampuk kakaknya. Masa ni Pakcik dia sibuk nak kuar gi main paintball
K: Uncle Shukri nak gi mn?
U: Nak pi main tembak2
K: Oooooo

Masa dlm kereta bawak derang pi jln2, si kakak tanya mak dia
E: Mama, uncle Shukri tak kena tangkap polis ke
M: Kenapa?
E: Sbb dia main tembak2
M: ........

Masa kat rumah, Uncle Shukri dah balik
E: Uncle Shukri main tembak2, ada org mati tak?
U: Takde
E: Kenapa takder org mati?
U: Kitaorg main2 je lah...(mls nak menjawab lagi dah)

5. Ni kakak sulung bercerita pasal anak dia yg skrg ni dah Drjh 1. Masa kejadian adalah last year. Masa tu time Mother's Day. At that time, husband dia ada kat rumah tp dia still kat tmpt keje. Husband dia nampak anak sulung ngan 2nd sibuk dok balut hadiah utk Umi derang. Then si adik plak cam sibuk ke sana ke mari. Cam mencari sesuatu. Then tiba2 dia terdgr si Adik ni ckp kat kakak dia. "Kakak, can I borrow your pencil case?" Kakak dia kata ok. So bila kakak balik, masing2 sibuk hulur hadiah Mother's day masing2 termasuk la si adik ni. Masing2 cam tak terpikir apa2. Bila dah dibuka hadiah, rupanya dia hadiahkan pencil case kakak dia kat Umi dia...hehehe sian sbb lom berduit nak bg something kat mak dia...

6. Masih si eldest anak kakak yg kat sini. Tgh bljr ngan mak dia. Masa tu dia tak berapa nak kenal huruf lagi. So study ngan mak dia
E: Mama, ni apa (sambil tunjuk no 8)
M: Ni 'eight'
E: Bukanlah, ni 'six'
M: Bukan, ni 'eight', 'six' camni (sambil draw '6' kat kertas)
E: Bukan lah mama
M: Ye...
E: Mama, Fasha gi sekolah tauuuuu...(dgn berlagaknya)
M: ................

Continue tomorrow lah....


Wednesday, July 8, 2009

Layannnnnn



Sapa layan KBS channel?? Aku suka layan gak kalau takder citer lain. Suka layan talk show ni Chit Chat with Beautiful Ladies..

Talk show pasal pandangan ladies luar, bukan korean pasal topic2 yg derang bincangkan. Malaysian pun ada dulu, sophia tp skrg dah takder kot. Best gak layan. Youtube tu tunjuk antara panelist derang. Layannnnnnn..........

Masih Jua

Malas nak sambung pasal citer cuti2 mesia tu...nantilah sambung....

Ari Isnin ari tu konon nak la sambung kan..tup2 kena block la plak...yg kelakar, semua blogspot di block dan diletakkan dlm kategori porno...hahahaha...cam la aku nak letak gambar org telanjang kan...hahaha

Sajer nak ceria kan ari ni walaupun pagi2 lagi dapat msg terkejut buat aku pikir byk ari ni. dahler mlm td dok pressure hal lain kan....so jom dgr lagu ni...

Suka tgk citer Ghost ni kat 8tv every sunday at 10 pm. Lagu ni mmg aku suka dgr. Utk first season ngan 2nd, they still use the same song as OST.

Lirik Lagu Masih Jua - Douglas Lim & Chelsia Ng (OST Ghost)

Di siniku menanti
Aku menanti

Dalam tidurku
Ku terjaga
Dan terasa sunyi
Kedinginan
Semata-mata menyelubungi

Masih jua
Di siniku menanti

Masih jua
Aku menanti

Masih jua
Aku menanti

Masih jua,
Aku menanti...


First season.



2nd season



Sapa2 nak tgk citer ni yg season 2, leh pi ke youtube ni.

Thursday, July 2, 2009

Cuti2 Mesia - On the way back to Penang

Stay at Belum resort only 1 night. So dlm kul 11.30 pg, kitaorg pun bertolak pi Penang. Percutian kali ni mmg betul2 mkn angin. Sambil drive balik Penang, nmpk tmpt menarik, kitaorg berhenti.

So on the way back tu, nmpk Pengkalan Hulu which is dah border ngan Thailand kan. So sajer la pi sana. Takder apa pun. Duty free dia pun, still mahal rsnya, lagipun kecik jer.

Spjg bercuti ni, byk tul kitaorg berjumpa ngan officer. Police road block tu, ada la kot 4 kali kitaorg lalu. Polis pun dah kenal. Siap kitaorg borak2 ngan polis2 tu lagi, tanya tmpt2 menarik yg leh kitaorg pi. Kat border pun, imigresen nyer officer pun baik2. Kitaorg blur time tu, derang pun buat ala2 blur balik kat kitoarg..hehehe..tp semuanya layan ok. Syukur alhamdulillah spjg cuti ni, jumpa dgn org2 yg baik jer. Xder la rs nak marah ke apa..

Lepas pi Pengkalan Hulu, kitaorg pi plak ke Ulu Lenggong Kolam Air Panas. Pi tghr buta, org pun takder. So best la, lepak2 situ cam kitoarg yg punya. Sambil mkn2, sambil main games, sambil baring2. Bbrp minit lepas tu, barulah ada satu famili cina ni dtg. Minutes later, satu famili plak dtg. Tak ramai org pun sbb kat sana keje, laktu biasanya derang dtg time mlm, bukan tghr buta cam kitaorg ni.


1 km lagi nak masuk Thailand. Next pic, kolam air panas tp utk budak2 nyer. rs suam2 gitu


1st pic yg kolam dpn sikit, kolam 2nd panas, then blkg tu 3rd panas. Yg next pic tu, kolam yg paling panas, berasap2. Ada pakcik tu ambik lumut dlm kolam tu dia kata blh buat ubat.


ku rendam kakiku...mrah2 kaki. nampak ada bintik merah kat betis tu? tu bekas gigitan pacat. gatallll...(abaikan kakiku yg huduh berbulu itu)


ni dah nak balik dah..on the way to Baling


suka tgk bukit kat Baling ni. cam cantik jer. suka pemandangan sekitar perjlnn. ngan bukit2 cam lukisan



Penang, here I come


Pulau Jerjak...dan Pulau Pinang..hehehe

p/s: all pic taken by Nokia 5800