Wednesday, January 11, 2012

You’re Beautiful

Dah lama dah aku dok baca review org yg ckp citer ni best. Tp aku cam mls nak mencari cerita ni utk ditonton sbb aku tahu, once aku tgk citer korea ni, abis masa aku jadi ntah apa2.

Tp ari tu, aku tgh kebosanan pasal keje, tgh serabut pasal keje, then aku nak cari something bg aku lega kepala otak sikit, tetiba aku teringat nak tgk citer ni.

Cek kat server, jumpa, terus aku download, then tgk citer ni. Dan yg paling best…..sbbnya member aku ajar tgk movie pakai Galaxy Tab. Galaxy tab tu bukan aku beli pun tp dipinjam kat aku utk projek yg aku involve skrg. Maklumlah aku kan trainer utk projek tu…kalau aku takder, camner aku nak ajar org kan?

So aku download dlm Galaxy Tab tu, so aku dpt tgk citer ni di mana sajer sampai abis.

Aku just summarize serba sikit jer. Detail, sila tgk sendiri baru best.

Citer dia pasal heroin ni ada kembar yg jadi penyanyi. Dan dia plak adalah bakal nun. And this band plak (3 org), vocalist utama dia ada masalah suara, so perlukan org baru. Agensi derang cadangkan ambik penyanyi baru utk jadi ahli derang dan calonkan kembar heroin.

Masalahnya kembar heroin tu plak sblm sempat sign agreement, pi US utk buat pembedahan plastik kat mata dia. And agent dia pi cari kembarnya (heroin) utk tlg sign on behalf.

Memandangkan niat utama kembarnya nak jadi penyanyi nak cari sapa mak derang (mak derang takder sejak kecik dan bapak derang meninggal), so dia pun bersetuju ganti kembarnya dan nyamar jadi laki. Kembar dia laki (sbnrnya dia gak pun).

So dia nyamar jadi laki and join this grup dan mcm2 hal lah yg berlaku bila ramai yg tak th dia sbnrnya pompuan dan hanya org2 rapat jer yg tahu.

Slbhnya, sila tgk sendiri. ;)

Spjg citer ni, aku suka tgk kecomelan heroin tu. Dan kalau org lain dok tergila2 ngan heronya, tp aku suka tgk kecoolan 2nd hero.

So aku browse, dan jumpa citer lain yg menggabungkan heroin citer ni ngan 2nd hero yg buat aku lagi giler tgk ngan mamat ni, Heartstrings.

Semangat yg Hilang

Aku takder semangat nak buat keje…..

Takder semangat nak buat apa2…

Aku hanya ada semangat utk balik rumah, lepak atas katil dan tidooooooooooooooooooo

“Sigh”

Tuesday, January 3, 2012

Kejutan

Aku rs aku ni mengalami kejutan. Bukan kejutan budaya tp kejutan cuaca. And skrg ni aku rs tak sihat.

Skrg ni aku kat kg. Sajer bercuti sblm memulakan keje di tahun baru.

Aku blk ari tu, naik flight kul 6.35 pg. Tido pun tak cukup, bgn kul 2 pg, bersiap dan terus ke airport dlm kul 3 lbh pg. And melepak kat sana sampai la waktu utk masuk ke dalam departure hall.

Sajer gi awal sbb kesian kat adik aku nak pi keje plak lepas tu. Yelah, imagine la kalau tido tak cukup, lepas tu kena pi keje plak. Azabbbb..

Masa dok dlm flight, tetiba org blkg aku dok bersin2. Aku dalam hati siap ckp, “Abis ni, jangkit satu flight”

Dan padan muka aku, turun jer dari flight, aku terus terbersin2 dan start tekak sakit. Aduhaiiiiiii..dugaan.

Sampai jer kat umah ayah…lagiiiiiiiiiiiiiiiiii la dugaan.

Dahler spjg hari hujan, terpaksa plak mandi ngan air yg sejuk giler. Cam mandi ngan air dari peti ais. Dahler takder heater. Tak kuasa plak kan nak panaskan air semata2 nak mandi.

Time mandi, selalu ambik masa utk masuk dalam air tu ;). Tp mandi tetap mandi. Tak pernah plak miss mandi. 2 kali sehari lagi tau.

So skrg ni mmg tak berapa nak sihat. Ngan hidung buat hal, tekak buat hal, kepala pun kkdg pusing2. Hopefully dapat la recover sblm masuk ofis esok.

Monday, January 2, 2012

Ongbak Rindu

Baru lepas tgk citer ni secara online. Pendapat aku? Hmmmm..takder perasaan…

Time org lain semua update status FB masing2 pasal Ombak Rindu…aku takder perasaan langsung dan teruja pun nak tgk. Sbbnya aku tak berapa suka dgn lakonan Maya Karin.

Aaron Aziz mmg aa hensem..tp xder la aku minat dia pun. Entahler….kalau aku suka pun, bukan aku dapat pun kan? Hehehehe

Kalau majoriti yg tgk citer ni kata derang sedih, nangis2…aku ngan adik aku saling pandang…apa yg sedihnya? Mungkin kitaorg tgk ngan tak mendalam kot.

Tp bg aku ngan adik aku, citer ni lagi sedih bila baca novelnya. Disebabkan aku dah baca novel ni dah lama dan one of my feveret novel, so aku tak rs feelnya bila tgk movie. Tambah plak ngan heroin dia yg tak menarik perhatian aku, so lagilah hambar aku rs.

Ceritanya pun byk yg takder cam dlm novel. Sbb aku terikat ngan novel, so aku rs citer tu cam nak cepat abis jer. Kejap jer Hariz tu leh luah perasaan kat Izzah dan mcm2. Patutla pengarang novel tak puas hati.

Ending dia kalau dlm novel, lagi sedih. Sbbnya at the end Dato tu mati. And tak silap aku, Dato tu ada anak pompuan, and eventhough harta Dato tu tak dpt kat Hariz sbb Hariz bukan anak betul Dato, tp anak pompuan Dato tu serahkan kat abang dia utk handle everything.

And rsnya tak tunjuk pun scene yg Mila tu tak mo jaga Hariz kat spital ngan mcm2 alasan. Ke aku yg tak perasan yek?

Tuesday, December 20, 2011

Seteresss

Minggu ni mmg havoc sikit sbb byk kerja aku nak kena buat dan settlekan before cuti pjg next week. Dahler ketiga2 projek tu ada benda yg perlu aku deliver by this week. Cuma aku mengharapkan ssgt yg satu projek tu, x perlu aku buat audit mmandangkan project manager pun cam busy dan aku mengharapkan yg kuar dari mulutnya, "Kita minta ngan Pn XXXXXXXX postpone tahun depanlah audit project saya.".

Kalau itu yg diharapkan menjadi, so 2 jelah project yg aku kena entertain minggu ni..

Memandangkan satu hari ni aku memeningkan kepala buat programming dan another project dpt reminder suh aku siapkan user manual and submit by end of this week, aku rs cam tak sempat nak siapkan semua keje kat ofis. So terpaksa bawak balik kerja ke rumah.

Before balik, aku dah siap2 sendkan kepada diri sendiri melalui email doc2 penting yg diperlukan utk aku update user manual utk this project. Aku suka updatekan apa2 yg penting melalui email dgn email pada diri sendiri. In case kalau terlupa copy doc tu, at least aku leh bukak email kat mn2 and copy it.

Blk rumah, mata dah ngantuk giler. So buat plan, after Isyak, tido dulu then wake up kemudian utk buat kerja. So here I am. Sleep at 9 and wake up at 3 am. Tu pun terkejut sbb terasa cam tido dah lama. Camner nak buat keje kalau asyik tido je kan?

So cepat2 bukak laptop, bukak email and copy everything....then, copy link to server and GO!!

Alahaiiiiiii...potong stim betul la. Tetiba plak takleh access ke server. Camner nak buat keje ni sedangkan aku nak kena update user manual utk web server tu. Seteres sungguh.

Aku pun tak sure, mlm ni ke derang migrate server? Padan muka sapa suh tak baca email betul2.

So ni terkelip2 mata sbb dah susah nak tido balik.....hmmmm

Friday, December 16, 2011

Muzik

Aku suka kalau tgh concentrate buat something terutama buat keje, melayan lagu kuat2. Aku akan lebih concentrate sbb aku tak dgr pasal benda lain dan aku rs enjoyyyyy…

Cam kalau aku kemas umah, aku sumbat jer earphone, dgr lagu… aku rs aku buat keje dgn lbh concentrate, sedar2 dah abis dah aku kemas. Kalau tak, kejap2 aku rs nak gi baca buku jap, or gi buat benda lain plak.

Cam buat keje kat ofis gak. Kalau aku tak dgr muzik, kejap2, dgr ada org masuk bilik, aku pun sibuk nak tgk sapa. Pandang ada bunyi org borak sikit, dok sibuk intai apa benda. Tp bila aku dgr lagu, aku tak layan dunia luar. Aku layan dunia aku jer. Kkdg blh tak sdr pukul brp. Kalau aku dgr lagu dari desktop, time azan, dia akan pop up, so tahu la kan dah masuk waktu. So pi la solat kan. Kalau pakai mp3, mmg tak dgr la kecuali kalau aku tertgk jam.

Ari tu aku dah bosan dgn lagu2 yg ada dlm pc dan mp3 aku. Yelah dok asyik ulang yg sama jer. Boring gak. So aku copy lagu lain plak.

Skrg ni aku dok melayan muzik2 dari Kitaro dan Kenny G. Seriously la wehhhhh.. aku suka la melayan muzik dua org ni. Nak2 Kenny G…perghhhhhhhh rs cam dok kat ballroom jer. Hahahahaha…apa kejadah la dok ballroom kan? Cam la aku ni pandai menari. Aerobik pun leh sumbang. Apatah lagi menari.

Maksud aku tu, feel dia lain la bila dgr lagu tu. Tp satu jer…aku takleh dgr lagu kalau time study. Melalut wehhhhhhhhhhhh….

Its ok la kalau study yg melibatkan calculation ker, or benda2 yg aku tak perlu membaca dan menghafal. Kalau tak, hmmmm hafalan ntah mana2 jer.

Tp kalau time datang ‘alim’ aku, aku layan Al-Quran… ;)

Tuesday, December 13, 2011

Bg aku ini kelakar

image

Aku dapat email ni. Bagi aku, ia kelakar. Kenapa aku kata kelakar? Sbb nak menipu, tapi tak cerdik. So pada pendapat aku, kalau sapa percaya email ni, mmg bodoh tak cerdik la jawabnya.

Konon dari CIMB. Tgk email pun dah tahu. Apa kehal la plak, ko dari cimb, tp email add, rrohio.com?

Yg link dia bg tu, kalau letak mouse kat link tu, bukan cimb punya link pun, tp web tipu mn ntah.

Yg buat paling kelakar…..bila masa plak CIMB ngan Maybank bergabung? Konon dari CIMB tp signature bawah dari Maybank. Sah2 la mamat luar mesia mn ntah nak menipu tp tak th pasal Malaysia.

Aku mmg selalu dpt benda2 ni. Berlambak2. Bosan aku dok mendelete. Tu belum lagi konon aku kaya, dpt offer harta berbilion2.

Tp dalam byk2 email yg aku pernah dpt, yg ni la yg paling kelakar bg aku. Cam adik aku citer, ada satu site menipu tu, konon CIMB nyer link, tp kuar Maybank. Hahahahaha

Tp jgn tak th, dlm kita rs kelakar ni, ada gak org yg percaya. Cam kes jadi kat kawan aku sorang ni dari India tp keje kat ofis ni.

Dpt email for our group, konon dari Maybank suh update our details, and kena click kat site dia bg tu dan kena bg tac no semua tu. Sekali tu dia, abis duit dia dlm akaun.

Bila kitaorg tanya, kenapa blh percaya kat email tu? Sbb kalau letak mouse kat link tu pun, dah kuar kat bawah tu yg website ntah apa2 yg kuar. Bukan website bank yg original pun. Mamat tu ckp sbb email tu diemail pada grup kitaorg, so igtkn ofis yg bg. Adusssss

By logic, Maybank tahu ker grup kitaorg ni wujud ke idak? Perlu ke derang ambik tahu grup kitaorg? Perlu ker email grup kitaorg? Hmmmm….

Sbb tu, hati2lah dalam benda2 melibatkan online. Make sure site yg tulis kat atas tu, betul site yg kita nak. Jgn kita nak pi CIMB online tp yg kuar kat atas tu site utk ke Maybank.