Friday, February 17, 2012

Gerammmmmmmm

Pagi2 dah buat aku sakit hati. Buat aku jadi kurang semangat utk buat keje. Tensennnnnnnnnnn

(ok, aku tk th nak luah kat mn sbnrnya. Nak luah kat FB, nnt org kata kita pohon simpati. So terpaksa aku luah kan sini)


Thursday, February 9, 2012

Second Hero Sindrom

Selalunya kalau org tgk citer, pilihan utama mesti la nak tgk hero dan heroin kan?
Dan selalunya hero la yg hensem kan? Dah nama hero mestilah ambik yg hensem2 kan?
Tapi aku ni selalunya lain sikit. Especially time tgk citer Korea. Kalau org lain dok gila tgk heronya, aku plak lagi prefer tgk 2nd hero. Antara citer2 yg aku prefer 2nd hero adalah:
1. Full House
 credit to dramaload.com

Citer ni Rain yg jadi heronya. Walaupun aku suka endingnya, tp aku kesian kat 2nd hero. Sbb aku suka tgk gaya dia yg kejantanan. Punyala aku harapkan kebahagian utk dia at the end of this drama. Hahahahaha
2. Boys over Flower
credit to wiki-addict.com

Ramai dok gila ngan hero ni. Tp aku tak suka hero ni dalam citer ni. Sbb bg aku rambutnya sungguh buruk dan tak cool. Sbb tu aku giler tgk 2nd hero, Jihoo. Aku lagi sedih sbb Jihoo tak berakhir dgn Jan Di. :))
3. You’re Beautiful

Heronya cam pompuan. Sbb tu kurang suka walaupun suaranya macho. Tp mujur kesedihan aku terubat bila 2nd hero berlakon as hero dan kapel ngan heroin ni dalam citer Heartstrings.
Ok, aku mls nak listkan byk2. Skrg ni aku dok giler balik tgk channel Korea. Adussssssss….. (pain).

Kemas Time

Krekkkkk……(buka pintu blog ;)

Lama giler tak update. Bukan busy pun tapi lebih kepada malas. Bukan takder benda yg nak diceritakan, bykkkkkkk…tp malas nak mengarang.

Perkembangan terkini?

Aku baru jer lepas solat Zuhur. Org kata lepas buat ibadah patutnya lagi semangat la kan? Hehehehe..

Aku ari ni aduhaiiiiiii semangat malas tgh tinggi menggunung. Sama tinggi ngan kerja2 yg perlu disettlekan.

Pagi td konon nak bg hilangkan semangat layu, aku layan lagu Kara – Step. Tetiba rs nak joget2 bg lepas perasaan. Tp mn leh joget2 nanti bbdk bilik ni kata aku giler plak kan. So terpaksa la aku joget secara di alam maya (dalam kepala aku jer) sambil kepala terhangguk2 ikut lagu.

Lepas tu aku tambah lagi dlm playlist tu lagu2 CNBlue dan lagu2 yg berkaitan bg aku hangguk2 kepala ni biar segala debu, habuk semua kuar.

Dgr lagu2 CNBlue, tetiba terasa cam nak main gitar plak. Adusssss….bestnya kalau pandai main gitar. Kreng..kreng..kreng…

Tetiba aku rs lapar plak. Tghr td aku rs lunch yg tak best. Konon mkn kat luar sbb bosan mkn kat cafe bawah ni. Plan nak mkn steamboat tp member plak tak mo. So main terjah jer mn2 kedai. So masuk la kedai western.

Order ribeye steak. Dpt2 aduhai, plain la. Black pepper dia tak rs sgt. So mkn dgn penuh takder perasaan. Nak wat camner kan…rezeki tokey kedai, bukan rezeki aku.

Namun demikian, aku bersyukur sbb skrg ni rezeki aku makin murah. Alhamdulillah.

Aku dah dpt dah keje utk part-time tu, so kebusyan aku makin bertambah. Walaupun beban makin tambah, tp aku masih ada byk masa utk aku layan citer2 Korea dan melayan mimpi dan fantasi aku. (Gelak jahat jap)

Kalau ikut kemalasan aku, tak kuasa aku nak tambah pendapatan aku. Baik aku abis masa ngan melepek atas katil layan citer Korea. Tp bila buat kira-kira, mata aku pun bertukar jadi mata duitan, so aku buang perasaan malas tu.

Walaupun semangat malas masih wujud, tp still aku leh manage lagi la takat ni. Kalau aku buang perasaan malas, lagi mantap kot kerja aku.

Eh….aku sambung buat keje lah.

Nota utk diri: Kalau tukar lagu hangguk2 tu ngan lagu yg ‘lebih baik’ kan bagus. Ish ish ish..apa nak jadi ni…

Wednesday, January 11, 2012

You’re Beautiful

Dah lama dah aku dok baca review org yg ckp citer ni best. Tp aku cam mls nak mencari cerita ni utk ditonton sbb aku tahu, once aku tgk citer korea ni, abis masa aku jadi ntah apa2.

Tp ari tu, aku tgh kebosanan pasal keje, tgh serabut pasal keje, then aku nak cari something bg aku lega kepala otak sikit, tetiba aku teringat nak tgk citer ni.

Cek kat server, jumpa, terus aku download, then tgk citer ni. Dan yg paling best…..sbbnya member aku ajar tgk movie pakai Galaxy Tab. Galaxy tab tu bukan aku beli pun tp dipinjam kat aku utk projek yg aku involve skrg. Maklumlah aku kan trainer utk projek tu…kalau aku takder, camner aku nak ajar org kan?

So aku download dlm Galaxy Tab tu, so aku dpt tgk citer ni di mana sajer sampai abis.

Aku just summarize serba sikit jer. Detail, sila tgk sendiri baru best.

Citer dia pasal heroin ni ada kembar yg jadi penyanyi. Dan dia plak adalah bakal nun. And this band plak (3 org), vocalist utama dia ada masalah suara, so perlukan org baru. Agensi derang cadangkan ambik penyanyi baru utk jadi ahli derang dan calonkan kembar heroin.

Masalahnya kembar heroin tu plak sblm sempat sign agreement, pi US utk buat pembedahan plastik kat mata dia. And agent dia pi cari kembarnya (heroin) utk tlg sign on behalf.

Memandangkan niat utama kembarnya nak jadi penyanyi nak cari sapa mak derang (mak derang takder sejak kecik dan bapak derang meninggal), so dia pun bersetuju ganti kembarnya dan nyamar jadi laki. Kembar dia laki (sbnrnya dia gak pun).

So dia nyamar jadi laki and join this grup dan mcm2 hal lah yg berlaku bila ramai yg tak th dia sbnrnya pompuan dan hanya org2 rapat jer yg tahu.

Slbhnya, sila tgk sendiri. ;)

Spjg citer ni, aku suka tgk kecomelan heroin tu. Dan kalau org lain dok tergila2 ngan heronya, tp aku suka tgk kecoolan 2nd hero.

So aku browse, dan jumpa citer lain yg menggabungkan heroin citer ni ngan 2nd hero yg buat aku lagi giler tgk ngan mamat ni, Heartstrings.

Semangat yg Hilang

Aku takder semangat nak buat keje…..

Takder semangat nak buat apa2…

Aku hanya ada semangat utk balik rumah, lepak atas katil dan tidooooooooooooooooooo

“Sigh”

Tuesday, January 3, 2012

Kejutan

Aku rs aku ni mengalami kejutan. Bukan kejutan budaya tp kejutan cuaca. And skrg ni aku rs tak sihat.

Skrg ni aku kat kg. Sajer bercuti sblm memulakan keje di tahun baru.

Aku blk ari tu, naik flight kul 6.35 pg. Tido pun tak cukup, bgn kul 2 pg, bersiap dan terus ke airport dlm kul 3 lbh pg. And melepak kat sana sampai la waktu utk masuk ke dalam departure hall.

Sajer gi awal sbb kesian kat adik aku nak pi keje plak lepas tu. Yelah, imagine la kalau tido tak cukup, lepas tu kena pi keje plak. Azabbbb..

Masa dok dlm flight, tetiba org blkg aku dok bersin2. Aku dalam hati siap ckp, “Abis ni, jangkit satu flight”

Dan padan muka aku, turun jer dari flight, aku terus terbersin2 dan start tekak sakit. Aduhaiiiiiii..dugaan.

Sampai jer kat umah ayah…lagiiiiiiiiiiiiiiiiii la dugaan.

Dahler spjg hari hujan, terpaksa plak mandi ngan air yg sejuk giler. Cam mandi ngan air dari peti ais. Dahler takder heater. Tak kuasa plak kan nak panaskan air semata2 nak mandi.

Time mandi, selalu ambik masa utk masuk dalam air tu ;). Tp mandi tetap mandi. Tak pernah plak miss mandi. 2 kali sehari lagi tau.

So skrg ni mmg tak berapa nak sihat. Ngan hidung buat hal, tekak buat hal, kepala pun kkdg pusing2. Hopefully dapat la recover sblm masuk ofis esok.

Monday, January 2, 2012

Ongbak Rindu

Baru lepas tgk citer ni secara online. Pendapat aku? Hmmmm..takder perasaan…

Time org lain semua update status FB masing2 pasal Ombak Rindu…aku takder perasaan langsung dan teruja pun nak tgk. Sbbnya aku tak berapa suka dgn lakonan Maya Karin.

Aaron Aziz mmg aa hensem..tp xder la aku minat dia pun. Entahler….kalau aku suka pun, bukan aku dapat pun kan? Hehehehe

Kalau majoriti yg tgk citer ni kata derang sedih, nangis2…aku ngan adik aku saling pandang…apa yg sedihnya? Mungkin kitaorg tgk ngan tak mendalam kot.

Tp bg aku ngan adik aku, citer ni lagi sedih bila baca novelnya. Disebabkan aku dah baca novel ni dah lama dan one of my feveret novel, so aku tak rs feelnya bila tgk movie. Tambah plak ngan heroin dia yg tak menarik perhatian aku, so lagilah hambar aku rs.

Ceritanya pun byk yg takder cam dlm novel. Sbb aku terikat ngan novel, so aku rs citer tu cam nak cepat abis jer. Kejap jer Hariz tu leh luah perasaan kat Izzah dan mcm2. Patutla pengarang novel tak puas hati.

Ending dia kalau dlm novel, lagi sedih. Sbbnya at the end Dato tu mati. And tak silap aku, Dato tu ada anak pompuan, and eventhough harta Dato tu tak dpt kat Hariz sbb Hariz bukan anak betul Dato, tp anak pompuan Dato tu serahkan kat abang dia utk handle everything.

And rsnya tak tunjuk pun scene yg Mila tu tak mo jaga Hariz kat spital ngan mcm2 alasan. Ke aku yg tak perasan yek?